Dia tak tahulah apa ada dalam fikiran Ryan. Nampak nenek dia, cabut! Tak sangka, Datuk Fatimah bukannya jahat sangat pun. Wanita itu siap berterima kasih padanya sebab dah buat Ryan berubah. Tapi, rasanya mamat tu berubah lagi teruk ada lah.
Dari wajah Datuk Fatimah tadi, terbias keinsafan. Baguslah kalau Datuk Fatimah tu dah insaf. Lepas ni jangan la anggap duit tu segalagalanya. Tengok sekarang. Duit bertimbun pun, dia tak dapat menghalang penyakitnya merebak. Satu bukti, duit bukanlah segala-galanya.
Bunyi telefon bimbit menyedarkan dia dari membebel seperti mak nenek.
Hello Ma Ada apa telefon Hani soal Hani sejurus sahaja talian disambung.
Apa Mama biar betul ni Kenapa tak telefon Hani dulu suara Hani bergema lagi.
Ye ke Tak dengar pun. Habis tu macam mana Hani duduk sorang-sorang je la ni lemah suara Hani.
Mahu tak lemah. Mama dan Kak Long dah pergi ke Alor Star. Katanya kakak Mama sakit teruk. Hani mengeluh.
Bawa. Tak apalah. Mama balik bila ni
Tak pa. Hani biasa dah la. Setakat duduk sorang-sorang tu tak da hal. ujar Hani lagi sebelum lama terdiam.
Talian dimatikan selesai Puan Maizurah meninggalkan pesan. Jaga diri baik-baik. Apa la Mama tu, macam dia budak kecil pula.
Kunci.. Hani mula menyelongkar beg tangannya. Rasanya dia bawa, tapi...
Tak ada! Hani terjerit kecil.
Habis! Dia dah cakap dia bawa kunci pendua seperti dikatakan pada Puan Maizurah tadi. Masak la macam ni! Nak tidur mana Hutan Dia terus menyelongkar beg tangannya, tapi tak jumpa! Dengan harapan tipis, dia duduk mencangkung. Beg tangannya diterbalikkan dan semua isi menderu jatuh.
Tak da... Hani penat mencari. Barang-barang yang terbaring atas jalan dikutip kembali. Nak telefon Puan Maizurah pun, bukan boleh buat apa-apa. Mereka dah dalam perjalanan.
Cari kunci pun muka stress macam tu ke
Hani berpusing dan dia menjeling. Kenapalah mamat ni datang waktu dia otak tengah serabut ni. Hani bangun dari cangkungnya.
Kalau tak ada kunci, apa susah Kau tidur je lah dekat rumah ni. Rumah aku ni besar, banyak bilik. Kau boleh pilih mana satu pun.
Angkuh betul suara tu pada pendengaran Hani. Suka-suka juga, tapi kalau dah tengok mamat tu angkuh, rasa nak cepuk sekali je. Rumah dia konon! Ni rumah nenek kau la!
Banyak bilik eh Thanks but sorry. Not interested. balas Hani sombong. Ingat dia tak boleh sombong macam Ryan ke Siap omputih lagi tu.
Habis tu kau nak tidur mana Kau bukannya ada kunci rumah pun. Ryan jelas tak berkenan dengan suara Hani.
Semakin demand perempuan ni. Suara nak sakitkan hati orang tu dah ada kemajuan.
Macamlah rumah awak je ada bilik. Dekat Malaysia ni banyak hotellah. Bila-bila masa saya boleh check in. Saya balik dulu. Assalamualaikum... jawab Hani bersahaja sebelum melangkah pergi.
Tengok Hani pergi, Ryan tahan rasa. Dek tak sabar, kaki dihentak sekali. Degil! Hani degil! Ryan mengeluh sebelum tertunduk. Namun matanya tercacap pada satu benda.
Gincu Ryan mengutip barang Hani yang tertinggal.
Mulanya dia nak menjerit panggil perempuan tu, tapi niatnya berubah. Ada senyuman senget di bibirnya.
You are dead!