menegur ketika aku menapak turun tangga.
Sha pakai macam biasalah akak. Jeans dengan t-shirt aje. Tepek compact powder dan lip balm. Apa yang berserinya Bidasku sambil tergelak agak kuat.
Bukan penampilan yang berseri, tapi wajah tu. Senyum memanjang, manis sangat-sangat sejak balik dari piknik semalam. Kak Zila terus mencuit lenganku saat aku tiba di hadapannya.
Seronok jumpa keluarga Mak Cik Ruqayyah. Insya-Allah, nanti Sha kenalkan akak dengan Mak Cik Ruqayyah. Confirm akak pun akan suka dengan dia. Bersungguh-sungguh aku bercerita.
Ya ke sebab Mak Cik Ruqayyah Ke tengah dilamun cinta ni Mak Cik Ruqayyah ada anak teruna tak Nakal Kak Zila mengusik. Spontan aku menepuk lembut bahu Kak Zila.
Eh ke situ pula akak ni. Jomlah kita gerak. Nanti lambat pula kita nak masak tengahari ni. Aku terus mengalih topik perbualan. Tangan Kak Zila kutarik ke pintu.
Luarannya aku hebat mengawal riak wajah, namun dalam hati hanya Allah yang tahu. Jantungku bagai sedikit bergetar teringatkan soalan Kak Zila tentang dilamun cinta.
Benarkah aku makin berseri sejak semalam Adakah kerana urusan aku dan Niel yang tergantung berbulan sudah menampakkan sinar baru
ALAMAK! Ada satu barang lagi. Sha pergi ambil kejap. Aku terus berjalan laju
meninggalkan Kak Zila. Sampai sahaja ke rak yang dipenuhi dengan tin bahan masakan, aku terus mencari apa yang kumahu.
Senyuman lebar terukir saat mataku menangkap tin berisi jagung. Terus satu tin kucapai dan spontan aku teringatkan Niel. Ini bukan main-main, tapi betul-betul. Dia belum dapat merasa puding jagung buatanku. Kali pertama dulu tidak sempat kerana Niel terlebih dahulu dibawa pergi oleh ayahnya. Dalam hati mula berhajat ingin membuat puding jagung untuk Niel. Memandangkan keadaan kami sudah beransur pulih, jadi mungkin peluangnya ada kali ini.
Hai, apa kes pula senyum tengok tin jagung ni Tidak sedar sahaja Kak Zila sudah berada di sebelahku. Ingatkan dia tunggu aku di tempat tadi.
Saja senyum. Jom. balasku sambil meletakkan tin ke dalam troli. Hanya ini bahan yang aku perlu beli. Tepung dan gula masih banyak di rumah sewa.
Sha nak buat bubur jagung ke puding jagung ni Kak Zila sempat menyoal ketika kami menolak troli melalui lorong bahan masakan.
Akak rasa Soalku sambil tergelak kecil.
Puding jagung rasanya sebab bubur jagung,
Sha tak pernah buat sebelum ni. Tak sabar pula nak makan lagi puding jagung Sha ni. Kali terakhir makan, sebelum puasa rasanya.
Okey nanti Sha buatkan. Yang penting bahan dah ada. Sengihan lebar kuhadiahkan pada Kak Zila.
Tanpa sengaja, troli kami terlanggar bakul seseorang. Itulah, salah sendiri kerana sibuk berborak.
Maaf, maaf kak. Aku tunduk beberapa kali dengan wajah kesal.
Wanita muda di hadapan kami ini hanya tersenyum nipis sambil menggeleng. Aku yakin ada sedikit rasa marah untuk kami.
Iza, okey tak Satu suara yang seperti kucam tiba-tiba kedengaran.
Terkejut aku saat melihat Syafiq muncul. Dia langsung tidak sedar akan kehadiranku. Maklumlah aku tersorok di tepi rak. Siapa agaknya wanita ini dengannya. Langsung aku tidak cemburu, tapi sekadar ingin tahu.
Maaflah terlanggar isteri encik. Sengaja aku berlakon untuk mengorek jawapan.
Syafiq menoleh dan bulat matanya saat terlihatku.
Belum isteri lagi dik. Bakal tunang baru. Ayat gadis bernama Iza ini sangat mengejutkan aku. Bukan terkejut kecewa, tapi terkejut lega.
Alhamdulillah. Tahniah. Cukup lebar senyuman aku untuk Syafiq dan bakal tunangnya.
Wajah Syafiq lain macam sahaja tapi malas aku hendak fikir.
Terima kasih dik. Iza tersenyum manis.
Kami pergi dulu. Aku meminta diri. Sungguh aku lega dengan berita ini.
Rasa bagai hilang satu bebanan fikiran. Akhirnya Syafiq bertemu dengan seseorang. Tapi, cepat benar ya Baru tiga minggu lepas dia dan keluarganya berhari raya di rumahku. Tup-tup hari ini aku jumpa dengan bakal tunangnya.
Pasti kehadiran Syafiq ke sini untuk bertemu dengan bakal tunangnya kerana setahu aku Syafiq bekerja di Rembau. Ish, buat apa aku sibuk fikir hal orang. Yang penting aku bahagia dengan berita tadi.
Eh makin risau akak tengok adik akak sorang ni. Kak Zila tiba-tiba pegang dahiku ketika kami beratur di kaunter. Aku balas dengan kerutan di dahi.
Sejak semalam dah senyum-senyum. Lepas tu tadi senyum sambil tengok tin jagung dan lepas langgar orang senyum lebar lagi, sambung Kak Zila sambil menggeleng.
Kak Zila, Sha okeylah. Rasa lega aje dengan semua perkara. Sha betul-betul okey, jangan risau. Tak demam pun. Aku ketawa kecil sambil mengalihkan tangan Kak Zila dari dahiku.
NEK Timah masih cuti raya agaknya kan mak cik. Niel terus buat kesimpulan
setelah melihat gerai Nek Timah kosong bertutup rapi.
Sengaja kami berjanji untuk datang tengahari ini ke sini. Sebagai kejutan untuk Nek Timah dan menolongnya di gerai. Selesai makan tengahari tadi masing-masing terus bergerak dari rumah. Memang tidak berniat untuk makan di sini kerana niat kami hanya untuk membantu apa yang termampu.
Bulan Syawal dah nak habislah Niel. Tak akan masih cuti raya Aku menyangkal kesimpulan Niel. Walau sudah tahu Nek Timah tiada, namun mata kami masih sibuk tertinjau.
Bimbang Nek Timah tak sihat. Cuba Niel call, cadangku sambil pandang Niel semula. Dia kerutkan dahinya sambil jari telunjuk kiri menggosok kepala.
Telefon dan simcard saya kan asyik bertukar jadi nombor memang banyak hilang. Sepanjang bulan puasa pula memang saya tak jumpa Nek Timah sebab Nek Timah tutup gerai. Tak sempat nak ambil semula nombor telefon dia. Penjelasan Niel sedikit menyentak perasaanku. Yalah, aku arif benar akan punca-punca telefon dan simcardnya bertukar. Betapa banyaknya perkara yang berlaku antara kami. Akibatnya sampai nombor Nek Timah pun hilang.
Assalamualaikum. Satu suara asing tiba-tiba menyapa.
Waalaikumussalam. Aku dan Niel membalas serentak sambil menoleh ke arah sumber suara. Kelihatan seorang pakcik lingkungan setengah abad lengkap berapron.
Anak berdua ni cari Mak Timah ke Pakcik tu menyoal sambil tersenyum. Barangkali pakcik dari gerai sebelah.
Ya pakcik. Niel membalas pendek.
Oh, dah dua hari dia tak buka gerai. Mungkin sengaja cuti untuk berehat. Minggu kedua raya hari tu dia ada buka gerai. Maklumlah orang-orang tua ni bukannya bertenaga sangat. Kesihatan pun tak menentu. Ramah pakcik ini menjelaskan.
Oh, kalau macam tu tak apalah pakcik. Terima kasih banyak-banyak. Harap-haraplah Nek Timah sihat aje. Salah kami juga lama tak jenguk dia dekat sini. Aku balas dengan keramahan juga.
Maklumlah pasangan muda ni mesti sibuk beraya ke sana ke mari. Tak sempat nak makan dekat gerai. Baru kahwin ke Mahu terloncat aku saat disoal begini. Siap dengan senyuman lebar pula tu pakcik ini.
Aku sempat kerling Niel dan jujur aku katakan pipinya sedang berbahang merah. Haih, dia malu sangat ke dengan soalan ini
Tak apalah pakcik sambung kerja dululah. Tak mahu ganggu anak berdua. Merah muka dah si suaminya. Assalamualaikum, usik pakcik ini lagi. Dia tergelak kecil sambil hulurkan tangan untuk bersalam dengan Niel.
Niel pula hanya mampu menyambut huluran itu sambil tersengih nipis. Hampir seminit kami berdiri tegak macam tiang lampu. Sungguh rasa kekok itu sakan beraja. Tak boleh terus begini lantas aku pun berdehem. Niel laju memandangku semula.
Erm, kita balik aje jom. Ada rezeki minggu depan kita datang sini sama-sama lagi ya Ops, seakan aku terlepas cakap. Macam sedang mengajak Niel untuk date kami seterusnya.
Untuk janji hari ini Niel yang mengajak. Semalam dia yang hantar WhatsApp.
Tak, maksud akak mungkin lain kali Niel boleh datang sini. Kalau Nek Timah dah buka gerai, nanti Niel bagitahu akak. Kita datang asing-asing. Sengaja aku tambah dengan gelakan yang sengaja dibuat.
Tak nak minum dulu ke Soal Niel teragak-agak.
Tak rasanya. Akak balik dulu. Aku halakan jari telunjuk ke Iriz yang diparkir berhampiran. Di sebelahnya ialah Ferrari Niel. Memang terserlah warna kedua-duanya apabila diparkir bersebelahan begitu.
Kami sama-sama melangkah ke kereta sendiri. Pintu Iriz terus aku lock dan enjin dihidupkan. Entah kenapa mataku nakal menoleh ke bahagian kanan. Terus nampak tingkap Ferrari Niel yang diturunkan habis. Cepat-cepat aku turunkan tingkap Iriz juga.
Terima kasih mak cik sebab sudi terima ajakan saya petang ni. Walaupun tak tertunai hasrat kita petang ni, tetap saya gembira.
Sama-sama. Terima kasih sebab ajak. Niel bawa kereta elok-elok ya. Assalamualaikum. Aku tersenyum manis. Manis sampai boleh dapat diabetes kut.
Terima kasih untuk senyuman semanis madu tu. Boleh diabetes saya. Waalaikumussalam, balas Niel dan aku tertawa kecil. Sudah hampir 3 bulan tawaku tidak dihadiahkan untuk Niel. Tidak sedar sahaja begitu pantas masa berlalu.
Cermin Iriz aku naikkan semula. Dengan senyuman manis masih terukir di bibir, aku memandu pulang ke rumah sewa. Terima kasih Niel untuk hari ini. Walau cukup sekejap, namun ia memberi erti yang besar buatku.
"JADI tak program dekat UiTM Shah Alam tu Aku terus menyoal Shauqi saat salam berbalas. Malam ini tiba-tiba adikku yang satu
ini menelefon.
Itulah nak bagitahu ni. Jadi, tapi postpone 2 minggu. Alang-alang lepas habis program tu bolehlah terus balik kampung dengan kakak. Shauqi ada baki cuti pertengahan semester 5 hari. Kakak nak naik burung gergasi ke gajah gergasi Atau bawa katak hijau tu Ish, adik aku ini bila datang mood sengal dia macam inilah jadinya.
Adik oi, banyaknya nama pandai-pandai bagi ya. Kita naik burung gergasi ajelah. Tapi, Shauqi confirmkan betul-betul dulu. Nanti kakak beli tiket tiba-tiba tak jadi. Rugilah. Aku tegaskan nada suaraku kali ini.
Baiklah puan besar.
Hei, cik besar okey bentakku sebelum tergelak kecil.
Kakak, hari tu Shauqi ada WhatsApp dengan Abang Syafiq. Apa kes pula Shauqi timbulkan isu calon abang ipar tak jadinya ini.
Berhentilah berharap adikku. Abang Syafiq kesayangan awak tu dah nak bertunang pun. Minggu lepas kakak terserempak dengan dia dan bakal tunang dia dekat pasaraya. Cantik kecil molek sangat orangnya. Padanlah dengan Syafiq tu. Alhamdulillah lega sangat. Rasa macam hilang satu beban. Jadi, mulai detik ini sila jangan sibuk bermimpi nak berabang iparkan Syafiq lagi. Terimalah hakikat ya adikku. Ambil terus bebelan panjangku.
Ish, apa kakak merepek ni Orang dah tahulah pasal tu. Abang Syafiq sendiri yang bagitahu. Tapi, kasihan dia masa luahkan perasaan dekat Shauqi tu. Macam masih mengharapkan kakak. Tapi, iyalah nak buat macam mana, kakakku yang ini memanglah macam kerak bumi, bukan takat kerak nasi dah hati tu. Shauqi balas dengan bebelan juga. Tapi, yalah, siapa suruh aku membebel dahulu.
Perbualanku dengan Shauqi tamat tidak lama kemudian. Disebabkan adikku sudah bangkitkan isu Syafiq, aku jadi teringat akan WhatsApp taraf esei Shafiq seminggu lepas. Hari yang sama selepas pertembungan tanpa sengaja aku dengan bakal tunangnya. WhatsApp itu kubaca semula.
Syafiq:
Salam Sha. Aku tak sangka boleh jumpa kau tadi. Pasal Iza tu, sebenarnya kami baru aje buat keputusan untuk bertunang. Jujur aku sebenarnya masih mengharapkan kau masa aku dan keluarga aku datang beraya. Aku takut kau anggap aku lelaki buaya yang suka ramai perempuan pada waktu yang sama.
Iza dan aku rakan sekerja dan kebetulan kami sama-sama berkursus di sini. Dia ajak aku temankan dia beli barang. Memang kami akan bertunang, tapi aku masih dalam proses untuk terima dia. Aku dah mula reda yang kau tak akan pernah anggap aku lebih dari kawan. Kau dah tetapkan friendzone untuk kita. Jujurnya aku dah mula rasa penat untuk tawan hati kau.
Siapalah agaknya yang mampu cairkan hati kau. Memang aku kagum dengan lelaki yang bertuah tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Moga persahabatan kita akan terus kekal.
Aku pula balas WhatsApp itu dengan penuh rasa lega. Juga boleh tahan panjang berjela.
Aliya Shaqina:
Jangan risaulah. Aku tak ada fikiran negatif pun pasal kau. Biasalah tu kalau buat keputusan mendadak untuk bertunang. Ramai dah kawan aku yang baru aje kenal seminggu dua, dah nak bertunang. Kau ni lagilah lama kenal dengan Iza tu. Dah sampai masa yang sesuai, jadi Allah mudahkan urusan hati kau untuk meminang Iza.
Aku minta maaf sebab buat kau penat. Terima kasih sebab sudi suka aku. Tapi, itulah, aku bukan yang terbaik untuk kau sebab Allah dah tentukan Iza yang lebih layak dan sesuai.
Aku ni biasa-biasa aje. Tak bertuah mana pun lelaki yang dapat aku. Aku doakan urusan pertunangan dan seterusnya pernikahan kau dan Iza akan berjalan lancar. Amin.
Bunyi WhatsApp yang masuk mengalihkan perhatianku dari WhatsApp Syafiq. Tanganku terus ligat menyentuh skrin. Spontan bibirku menguntum senyum saat mengetahui gerangan si penghantar.
Bad Boy Insaf:
Salam mak cik. Akhirnya saya dapat tengok lagi ketawa mak cik. Lega sangat saya.
Tersenyum-senyum aku membaca WhatsApp Niel. Aku tahu dia maksudkan tawa aku semasa di dalam kereta tadi. Jariku laju menari di atas Galaxy A.
Aliya Shaqina:
Salam. Niel ni dari dulu suka mengusik. Jangan hilang dan teruskan buat akak ketawa boleh
Bad Boy Insaf:
Boleh. Saya tak kisah asalkan mak cik gembira. Mak cik rindu saya yang nakal, kan
Mod nakal mengusik Niel mula datang lagi.
Aliya Shaqina:
Rindulah juga. Tapi, yang ini pun okey. Nakal kena ada had tahu. Nakal yang sopan, tapi boleh buat semua orang gembira dan bahagia. Terutama sekali keluarga Niel.
Permintaanku benar-benar ikhlas dari hati. Aku mahu Niel bahagiakan daddynya, Mak Cik Ruqayyah dan adik-beradik susuannya.
Bad Boy Insaf:
Insya-Allah saya akan cuba. Saya nak mak cik
tahu, yang mulai sekarang saya akan sentiasa gembirakan dan bahagiakan mak cik juga.
Oh, terharunya aku kerana aku termasuk dalam senarai orang-orang yang akan dibahagiakan Niel.
Aliya Shaqina:
Okey bad boy. Terima kasih. Hihi.
Bad Boy Insaf:
Sama-sama dan selamat malam.
WhatsApp terakhir Niel tidak kubalas. Aku sendiri rasa jariku sudah tidak mampu untuk bekerja. Siling aku tenung tanpa berkelip. Senyuman lebar masih menghiasi bibir. Kadangkala aku ketawa geli hati terkenangkan peristiwa yang berlaku antara aku dan Niel. Kemudian aku bergolek di atas katil.
Dua tiga kali aku menutup muka kemudian aku gelak lagi. Bergolek ke kanan dan mataku tiba-tiba tertancap pada kalendar di atas meja sisi katil. Terus senyumanku mati saat terlihat nombor pada kalendar.
Ya Allah, aku masih waras lagi ke Nombor! Itu mengingatkan aku pada satu perkara penting. Usiaku 25 tahun dan Niel 20 tahun. Tolonglah sedar diri Aliya Shaqina. Aku tak boleh ada perasaan begini pada seorang budak. Akhirnya pipi kutampar perlahan.
Aliya Shaqina betul-betul dah gila, luahku perlahan.
SHAQINA ke Satu suara tiba-tiba menyoal dari kiriku. Terus aku menoleh dan
seorang wanita pertengahan abad sedang memandangku sambil tersenyum. Wajahnya seperti pernah kulihat.
Ya saya, balasku sesopan mungkin. Hendak bertanya siapa, bimbang mak cik ini kecil hati pula.
Saya Mak Leha, jiran Mak Timah. Spontan aku teringat saat dia kenalkan diri. Terus senyuman lebar kupamer diiringi anggukkan. Haih, muda-muda lagi sudah nyanyuk aku ini.
Kita jumpa dekat gerai hari tu, kan Mak cik apa khabar Aku tunduk bersalam dengannya.
Alhamdulillah, sihat.
Nanti sampaikan salam saya pada Nek Timah boleh mak cik Hari tu saya dan adik angkat saya ke sana, tapi tutup pula gerainya. Suaraku jadi ceria saat hal Nek Timah diutarakan.
Mak Leha ada satu permintaan. Nak minta Shaqina dan Niel datang ke rumah Mak Timah boleh Mak Leha berikan alamat nanti. Perlahan sekali suara Mak Leha. Wajahnya jelas penuh mengharap agar aku setuju.
Nek Timah tak sihat ke Mak Leha Sebab tu gerai tutup Soalanku hanya dibalas dengan gelengan. Riak wajah Mak Leha bagai terkandung maksud tersirat. Tapi, aku tidak mahu terlalu mendesak.
Saya ambil nombor Mak Leha. Nanti saya miss call dan Mak Leha boleh SMS alamat rumah Nek Timah. Aku keluarkan Galaxy A dari dalam tas tangan.
Usai mengambil nombor telefon, Mak Leha meminta diri untuk beredar. Suaminya sudah selesai membayar di kaunter. Kak Zila juga sudah siap.
Sampai sahaja ke rumah sewa, aku terus menghantar WhatsApp pada Niel. Menyatakan hasrat Mak Leha. Alamat juga telah dihantar melalui SMS oleh Mak Leha. Niel cadangkan agar kami pergi sekali dan dia akan menjemputku. Aku pula degil tidak setuju dan mahu kami memandu kereta berasingan. Itu pun Niel bagi syarat.
Bad Boy Insaf:
Boleh pergi asing tapi dengan syarat saya akan gerak dulu dan perlu sampai ke alamat ni lebih awal dari mak cik. Bimbang juga sebab tak boleh terlalu percayakan orang.
Aliya Shaqina:
Tak baik Niel bersangka buruk dengan Mak Leha.
Bad Boy Insaf:
Bukan bersangka buruk, cuma berhati-hati. Tempat ni tempat orang tak boleh pandaipandai.
Akhirnya aku terpaksa menurut. Yang penting esok kami akan dapat menjenguk Nek Timah. Tidak banyak kenanganku dengan Nek Timah, tapi semuanya terlalu bermakna dan indah buatku.
Aku yang sudah baring di atas katil jadi tersenyum sendiri kerana teringatkan kenangan-kenangan itu. Teh O Ais Nek Timah, peristiwa aku dan Niel menolong di gerai juga peristiwa kakiku digigit semut gatal. Paling terkesan di ingatanku ialah betapa kasihnya Nek Timah pada Niel. Jujur aku katakan, aku rindukan Nek Timah. Tidak sabar untuk berbual panjang dengannya esok. Mindaku juga ligat memikirkan buah tangan apa hendak dibawa. Dalam asyik memikirkan itu semua, akhirnya aku terlelap juga.
Amemberi salam. Betullah ini alamat yang SSALAMUALAIKUM. Aku dan Niel serentak diberi oleh Mak Leha semalam. Sebelum bertolak tadi aku sudah SMS Mak Leha berkaitan kedatangan kami dan aku minta dirahsiakan dari Nek Timah. Kononnya sengaja hendak buat kejutan.
Taman perumahan ini lebih kurang 40 minit sahaja dari rumah sewaku. Mujurlah ianya kecil sahaja, jadi tidaklah susah sangat hendak mencari rumah Nek Timah. Niel pula memang sampai lebih awal dariku dan dia menungguku di dalam Ferrari hinggalah aku sampai.
Waalaikumussalam. Niel, Shaqina. Mak Leha muncul dari rumah sebelah. Dia berjalan laju ke pagar. Lama dah sampai Maaf Mak Leha kat dapur. Jemput masuk, pelawa Mak Leha ramah.
Aku tunduk mengucup tangannya setelah pintu pagar dibuka. Yang peliknya Mak Leha ajak kami masuk ke rumahnya dan bukan rumah Nek Timah. Aku buat andaian sendiri, mungkin Nek Timah di rumah Mak Leha. Sempat wajah Niel kukerling dan kelihatan dia tersenyum sambil mengangguk. Kami terus mengekori Mak Leha masuk.
Terima kasih sebab Shaqina dan Niel sudi datang. Syukur, Allah mudahkan urusan yang tertangguh ni. Mak Leha tak perlu susah payah cari kamu berdua, luah Mak Leha usai kami duduk di sofa.
Apa maksud di sebalik kata-kata Mak Leha
Aku dan Niel saling berpandangan. Dari raut wajahnya, aku tahu dia juga hairan. Kemudian pandanganku dialihkan pada Mak Leha yang duduk di sebelahku.
Apa maksud Mak Leha Sebenarnya Nek Timah di mana Niel lebih pantas dariku menyoal.
Tujuan kami ke sini untuk bertemu Nek Timah, tapi hingga sekarang masih belum ada tanda Mak Leha akan memanggil Nek Timah. Malah kata-kata Mak Leha tadi penuh dengan persoalan bagi kami.
Sebenarnya Nek Timah dah tak ada, luah Mak Leha dengan wajah yang ditundukkan. Spontan tangan Mak Leha kucapai dan aku mengusapnya perlahan.
Nek Timah tak ada dekat sini Dia ke mana Soal Niel sekali lagi. Aku hanya mampu menjadi pendengar saat ini.
Allah lebih sayangkan Nek Timah. Jawapan Mak Leha bagai menyentap kuat jantungku.
Terasa dunia bagai terhenti. Nafasku seakan tersekat. Kelam suasana walau hakikatnya sedang terang-benderang.