MY DARLING ANGEL - 26
HARI Ahad begini, keadaan di Taman Tasik Titiwangsa agak sesak dengan pengunjung yang menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Lagipun terdapat karnival yang sedang dianjurkan oleh pihak akhbar tempatan. Lyn mengerutkan dahinya dan menjengah tempat parking kereta yang sudah penuh dan jalan yang semakin sesak. Kereta diberhentikan di bahu jalan, lalu dengan pantas dia mendail nombor Elzaara.

El, tempat ni dah penuh kot. Ada karnival. Macam mana eh Aku dah lapar ni, perutnya ditekan-tekan.

Amboi, kau fikir perut kau je ye Hmm, macam ni jelah, kita lepak dekat Taman Tasik Perdana. Aku tak rasa dekat situ ramai orang. Kak Lisa cakap apa

Nope. Aku tak call dia lagi. Maybe dia dah on the way kot. Sekarang kita nak buat macam mana ni Nak tunggu dia ke atau kita nak gerak dulu

Kau gerak dulu pergi Taman Tasik Perdana tu. Cari port baik punya. Aku nak bawa si Haziq ni pergi toilet kejap. Kau call Kak Lisa suruh dia gerak ke Taman Tasik Perdana terus. Kejap lagi aku menyusul ke sana. Ok

All right. Jumpa kejap lagi ya. Apa-apa text aku tau. Aku gerak dulu.

Okey.

Elzaara terus menekan butang merah di handphonenya dan meneruskan perjalanan mencari stesen minyak yang berdekatan. Haziq yang berada disebelahnya sedang menahan kerutan di wajah garagara tidak tahan ingin membuang air.

Tahan ya Haziq, tahan sekejap. Sekejap lagi kita sampai, pujuknya dengan mengilas pandangan seketika ke arah Haziq. Elzaara sudah memecut myvi kesayangannya apabila melihat papan tanda petronas di hadapannya.

Sedang Elzaara menguruskan Haziq yang sedang ke tandas di stesen minyak itu, tiba-tiba handphone Samsung Galaxy SIIInya bergetar menandakan bahawa ada mesej baru tiba. Dia membiarkan sahaja dan menguruskan Haziq terlebih dahulu.

Acu... suara Haziq seperti mahukan sesuatu sebaik mereka keluar dari tandas.

Haziq lapar ke

Haziq sengih dan mengangguk perlahan, Boleh tak nak masuk dalam tu... Pinta Haziq sambil menunjuk ke atas kedai serbaneka di hadapan mereka. Elzaara mengangguk dan mereka mula melangkah. Haziq sengih lebar. Sebaik sahaja pintu dibuka, Haziq sudah meluru ke suatu sudut yang menempatkan bahagian aiskrim. Dia sudah menunjuk-nunjuk aiskrim yang dia inginkan. Elzaara sudah tergeleng-geleng kepala melihat keghairahan Haziq terhadap aiskrim. Dia memberi isyarat supaya Haziq mengambil aiskrim tersebut dan meletakkannya di atas kaunter. Dengan lincah Elzaara mencapai roti krim, sandwich dan air nescafe tin dan air milo kotak untuk Haziq. Setelah membuat pembayaran mereka terus memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

Haziq makan aiskrim tu elok-elok tau. Acu nak balas mesej ni kejap. Elzaara menyeluk saku poketnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Haziq senyumsenyum sahaja menjilat aiskrim ditangannya.

Lisa:

El, Akak dah gerak ke Tasik Titiwangsa ni. Lagi 10 minit Akak sampai. Nanti Akak dah sampai Akak bagitahu ya.

Eh, Kak Lisa ni tak tahu lagi ke yang kita dah tukar tempat Ish Lyn nilah. Aku siku juga minah ni karang! Bebel Elzaara. Belum sempat Elzaara mendail nombor Lisa tiba-tiba lagu Innocence yang dinyanyikan oleh Avril Lavigne berteriak kuat.

Hah, kau orang kat mana ni Akak dah sampai dekat Titiwangsa ni. Punyalah ramai manusia dekat sini. Nak park kereta pun tak boleh ni El... tanpa salam Lisa terus sahaja menerjah gegendang telinga Elzaara.

Kak Lisa, kita tak jadi piknik dekat Titiwangsa tu sebab ramai orang. Akak drive terus pergi dekat Tasik Perdana. Lyn dah ada dekat sana tunggu kita.

Hah! Apa! Akak tak dengarlah El. Dekat sini riuh sangat.

Suasana di Taman Tasik Titiwangsa yang riuh dan hingar-bingar membuatkan Lisa tidak dapat mendengar apa yang sedang di ucapkan oleh Elzaara. Tiba tiba talian teputus. Nafas dihembuskan perlahan. Lyn ni memang betul-betul nak kena siku nanti! Jemarinya pantas menaip dan mesej di hantar ke Lisa.

Elzaara:

Kak, dekat Titiwangsa tu memang penuh orang

sebab orang buat karnival. Akak drive terus ke Tasik Perdana. Lyn dah tunggu kita dekat situ. El pun tengah on the way nak pergi sana.

Serentak itu, mesej dari Lisa juga masuk. Eh, cepatnya balas

Kak Lisa:

El, line dekat sini tak clear. Apa yang El cakap tadi

Oooo... maksudnya ni mesej Kak Lisa dihantar terlebih dulu pada dia sebelum dia menghantar mesej makluman pertukaran tempat tu. Mungkin sebab line sana teruk sangat kot. Itu yang delay.

Kak Lisa:

Tasik Perdana Alamak! Akak dah confused ni. Tak ingat jalanlah El. El dekat mana sekarang Akak jumpa somewhere and El lead the way boleh tak

Elzaara:

Okey. Nak jumpa kat mana ni

Kak Lisa:

El, ehh tak apa tak apa. Kawan Akak tau jalan. Nanti jumpa dekat sana aje.

Elzaara menjungkit bahunya sekali. Earphone dicapai dan nombor Lyn didailnya. Sementara menunggu panggilan dijawab, Elzaara menjeling ke arah Haziq yang baru selesai menghabiskan aiskrimnya.

Haziq, dah selesai makan aiskrim tu nanti ambil

tisu dekat dalam dashboard tu lap mulut ya Elzaara menunjukkan dashboard yang mengandungi tisu di dalamnya.

Haziq mengangguk lalu memasukkan batang aiskrim ke dalam sampul dan memasukkan sampul tersebut ke dalam plastik di bawah seatnya. Kemudian dia membuka pintu dashboard dan mengambil tisu lalu mengelap mulutnya yang comot. Elzaara pula masih fokus terhadap pemanduannya dan buat kali ketiganya dia mendail kembali nombor Lyn.

Hello, El. Kau call aku ya tadi Sorry, sorry aku tengah park kereta tadi.

Kau ni buat aku risau je. Mana kau sekarang Ehh, tadi kau tak inform dekat Kak Lisa ke Bertalu-talu soalan menjengah ke telinga Lyn ibarat mesin gun. Rasa risaunya terus hilang sebaik sahaja suara Lyn menjengah ke telinganya.

Alah, sorrylah beb. Aku lupa nak bagi tahu yang kredit aku sebenarnya dah habis! Aku nak call Kak Lisa tadi tengok-tengok tinggal dua sen je. Aku tunggu kau atau pun Kak Lisa call aku je ni. Nasib baiklah kau call aku, kalau tak memang terganggulah plan kita hari ni.

Sengal! Dahlah buat aku risau je. Sempat lagi buat lawak. Kau kat mana ni Aku dah nak sampai ni. Terdengar gelak tawa dari hujung telefon.

Sengal kau cakap aku. Hampeh betul! Gelengan di wajah dan juga tawa menghiasi wajah Lyn. Walaupun dia tak dapat melihat wajah Elzaara tapi dia sudah boleh mengagaknya. Mesti Elzaara panas hati dan tarik muncung sebaik mendengar gelak tawa mengejek Lyn. Weh, Makcik, cepatlah kau park kereta kat mana Aku dah sampai ni!

Kerata aku parking dekat dengan gazebo ni.

Sebelah gazebo ni ada pokok besar, tapi rendang.

Elzaara sudah mengerutkan wajahnya. Melilau-

lilau dia mencari point di manakah letaknya tempattempat yang disebutkan oleh Lyn. Rasanya dah dua tiga kali dia ronda. Haih... kat ceruk manalah minah ni dapat port.

Aku lostlah. Tak jumpa. Kau bagilah location sebenar. Elzaara sudah mengalah untuk mencari di manakah tempat piknik mereka itu. Dia sudah malas nak memeningkan kepalanya untuk mencari kedudukan sebenar Lyn.

Sekarang kau dekat mana Kau ada jumpa tasik tak Kalau kau jumpa tasik aku dekat area situ je.

Okey. Aku cari kejap. Kalau tak jumpa lagi aku call balik.

Klik! Talian di matikan.

Tasik! Segera mata Elzaara menjadi tajam mengimbas persekitarannya. Haziq juga membantu mencari di manakah letaknya tasik yang dikatakan oleh Lyn.

Acu! Acu! Tu tasik. Tu!

Haziq menunjukkan tasik yang mempunyai pancuran air di tengah-tengahnya. Haziq menariknarik tangan Elzaara apabila Elzaara seperti tidak mengendahkannya. Dan akhirnya mereka menemukan kereta Lyn tak jauh dari situ. Kawasan parking yang agak lengang dan kelibat Lyn yang sedang bersandar di dalam kereta sementara menantikan kehadirannya.

Phew! Berpeluh aku mencari tempat ni. Tak adalah susah mana pun. Dekat je dengan pintu masuk tu. Tapi, ambil masa jugalah nak sampai sini. Aku ingatkan ceruk planet manalah kau cari port. Ruparupanya kat sini je, Perli Elzaara sebaik sahaja kakinya mencecah ke tanah.

Bonet kereta di buka dan pelbagai makanan dan kelengkapan piknik termasuklah sebuah beg khemah juga dikeluarkan. Elzaara membentangkan tikar di atas rumput dan Lyn mengeluarkan bekas-bekas makanan.

El, kenapa tak lepak je dalam gazebo tu Panas kot kat sini. Karang terbakar kulit aku, jatuh pula saham aku nanti.

Ceh! Banyaklah kau punya terbakar. Kau tak sedar ke kita duduk kat mana ni. Kan ke kita ni duduk dekat bawah pokok besar. Rendang lagi tu pokok ni. Kalau macam ni punya nyaman pun kau boleh terbakar juga aku tak tahu nak cakap apalah... Perli Elzaara mengundang tawa Lyn.

Kalau betul kau takut kena sunburn apa kata kau melepak je dalam khemah tu. Apa guna bawa khemah kalau tak pakai, kan

Aku nak tanya kau ni, kenapa boyfriend Kak Lisa join sekali piknik hari ni Aduh, kan aku dah cakap jangan ajak sesiapa, aku tak selesalah, rungut Elzaara.

Mulutnya tak henti-henti mengomel itu dan ini.

Manalah aku tau. Kak Lisa yang ajak takkan tibatiba aku nak cakap tak boleh pula. Karang orang kata aku ni tak beradab pula. Alah, kau buat relaks sudah. Tak payahlah nak serabut sangat. Boyfriend Kak Lisa tu pun orang juga, bukannya harimau ke apa yang kau nak takut bagai.

Lain kali tak mau aku join dah! Rajuk Elzaara.

El, ala... kau ni. Relaks la beb...

Belum sempat Lyn menghabiskan ayatnya tibatiba handphonenya berteriak nyaring. Dia mencapai handphonenya dan tertera nama Kak Lisa di skrin. Lyn memberi isyarat untuk mengangkat panggilan dan Elzaara meneruskan misi mengeluarkan dan menyusun bekas-bekas makanan. Ada sandwich, nasi lemak, bihun goreng dan pelbagai-bagai lagi makanan dan minuman. Hanya beg khemah tersebut sahaja yang tidak berusik kerana Elzaara tidak cekap untuk memasang khemah walaupun dia sering mengikuti aktiviti lasak.

Lyn kembali ke tempat piknik mereka dengan tiga orang dibelakangnya. Di tangan masing-masing terdapat beg plastik dan kotak. Elzaara yang tidak menyedari akan kehadiran mereka terus sahaja menyusun bekas-bekas tadi ke atas tikar dengan khusyuk. Dia yang sedang membelakangkan mereka berempat sambil matanya tetap mengawasi langkah Haziq yang sedang bermain di kawasan berhampiran. Bunyi riuh rendah dan bising menyebabkan Elzaara menoleh.

Uit, rajinnya cik Kak seorang ni. Dah sesuai dah kalau nak jadi calon isteri mithali ni, usik Lyn.

Hah, yang kau ni lama sangat ke mana Pergi dating ke apa Dahlah tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini... bebel Elzaara kepada Lyn.

Oi, kau ni... asyik membebel macam mak nenek ni apasal Dah menopaus ke apa Garang semacam kau ni.

Amboi, mulut! Sedap kata aku nak menopaus. Kau tu kata pergi jawab call, tapi sudahnya menghilang. Mana aku tak geram.

Takkan jealous kot aku hilang sekejap. Aku pergi menjemput oranglah tadi, Lyn mengejek sambil melabuhkan punggungnya di atas tikar. Begitu juga dengan tiga orang yang hadir bersamanya.

Kau jemput siapa pula lagi ni Mengada betullah kau ni nak jemput satu kampung, mulut Elzaara terus menyambung mengomel tanpa menyedari kehadiran tetamu di belakang. Yang lain hanya tersenyum mendengar leteran Elzaara terhadap Lyn.

Eh, El, mana khemah Kau tak pasang lagi ke khemah Bayang khemah tidak kelihatan walaupun dia yang mengeluarkannya dari dalam bonet kereta sebentar tadi.

Ermm.. Harus rabaklah khemah tu kalau aku yang pasang! Dah, aku dah siapkan makanan. Kau, sila pasang khemah pula ya Aku pula nak landing dekat sini sambil tengok kau buat kerja. Eh, tadi Kak Lisa call dia dah sampai ke

Lyn dan Lisa sudah tergelak-gelak kerana mereka tahu bertapa ganasnya Elzaara apabila berhadapan dengan khemah. Pernah sekali sewaktu sekolah menengah mereka menyertai perkhemahan sekolah dan Elzaara ditugaskan untuk memasang khemah. Habis rabak kain khemah tu dikerjakan oleh Elzaara gara-gara tersalah pasang tiang besi.

Boys, can you help Lisa meminta bantuan. Khemah yang dihulurkan segera bersambut.

Kedua-dua bodyguard Lisa mengangguk dan terus memulakan kerja memasang khemah. Lisa memberikan bantuan untuk mengemaskan ikatan pada khemeh tersebut supaya lebih kukuh. Lyn hanya berdiri tercacak melihat seseorang yang sedang membetulkan tiang ceracak khemah mereka.

Elzaara terkejut apabila mendengar suara Lisa memberikan arahan dan dia terus menoleh kebelakang. Lebih terkejut lagi apabila melihat sebatang susuk tubuh yang amat dia kenali yang sedang tekun memasang khemah dan disebelahnya mungkin buah hati tercinta Lisa.

Eh, Kak Lisa Bila Akak sampai El tak perasan pula yang Akak dah sampai.

Mana nak perasan El oi... Dah awak tu sibuk mengomel itu ini sampai Akak berdiri dekat belakang awak pun awak tak perasan. Haziq mana

Tuuu... Sampai-sampai je dia terus nak main dekat situ.

Lisa tersenyum lebar melihat telatah Haziq yang sedang seronok bermain gelungsur berseorangan. Eh, ni apa lagi Elzaara menyelak plastik yang berada di hadapannya.

Bekas makanan lagi! Banyaknya makanan. Harihari piknik macam ni boleh gemuk tau! Terbeliak biji mata Elzaara. Satu, dua, ehh ada tiga buah bekas tu. Dibuka bekas pertama yang terasa hangat. Hmm, Nasi Tomato! Bekas kedua berisi sambal ayam yang pekat dan bekas ketiga mengandung acar sayur. Fuhh, aromanya sungguh menyelerakan.

Wow! Nasi tomatolah! Sedapnya.. Nyum nyum.. Sempat pula Akak masak ya Puji Elzaara sambil mengenyitkan matanya kepada Lisa.

Lisa hanya tersengih mendengar pujian daripada Elzaara.

Bukan Akak yang masaklah sayang oi... Ni Abang Zahar yang bawa dari rumah dia. El macam tak kenal Akak aje, kan Meledak tawa Lisa bergabung dengan Zahar.

Eh, El, Akak lupa pula. Ni nak kenalkan. Ni Abang Zahar, kawan Akak. Yang ni pula tak payah kenalkan pun El masih ingat dia. Lisa memperkenalkan lelakilelaki yang datang bersamanya tadi.

El, abang Zahar nilah boyfriend Kak Lisa. Nasi tomato tu bakal Mak Mertua dia yang bekalkan. Sesedap rasa sahaja Lyn menambah perasa.

Elzaara hanya tersenyum dan menggangukkan kepalanya apabila dia diperkenalkan kepada Zahar dan Brian. Brian... Mana boleh dia lupa wajah Inggeris lelaki itu. Tiga kali pertemuan yang berlaku secara tidak sengaja bersamanya. Brian hanya membalas senyuman manis apabila Elzaara memberikannya senyuman. Kedengaran tawa halus Elzaara apabila mendengar komen spontan dari Lyn.

Dahlah dik. Jealouslah tu. Sibuk je.