MY PRETTY BOY - 26
KAU harus bernikah dengan Hardie jika kau tak mahu aku ambil apa-apa tindakan terhadap kau dan keluarga kau! tegas Tun Tunku Harith dan sekilas melirik ke arah Maria yang tunduk menghala pandangan ke lantai. Tak berani bertentang mata dengan wajah menyinga lelaki itu.

Tunku Hazreen sejak Maria berada di sini, cerlungan tajam melekat terus pada susuk tubuh itu. Kalau diikutkan hatinya yang panas, lama sudah dicekik perempuan yang berani musnahkan kebahagiaan Qamra Ain yang dibina bersama abangnya.

Tun Tunku Harith tiada pilihan lain dari membenarkan perempuan itu menikahi Tunku Hardie untuk menutup aib keluarga. Sementara ianya masih di dalam kawalan dan belum lagi tersebar di luar, adalah lebih baik diselesaikan secara senyap. Dia juga perlu bersikap Professional agar reputasi THSC tak terjejas disebabkan perkara bodoh yang dicetus oleh VP mereka.

Maria pula, sudah lama dia menunggu saat ini. Menikahi lelaki kacak yang kaya dan berpengaruh itu. Duduk di Penthouse yang mewah berserta kolam renang yang luas mata memandang, membeli-belah di tempat yang kelas tinggi dan setiap bulan bercuti di luar negara bersama Tunku Hardie.

Malangnya, impian itu dirancang semasa Tunku Hardie masih lagi elok fizikal. Kini, dia tak sanggup bersuami lelaki yang tak mampu berjalan dan sepanjang masa di atas kerusi roda. Erti kata lain, Tunku Hardie bakal menyusahkan hidupnya selepas ini! Bukan itu yang dicari! Dia hanya mahukan kekayaan harta yang dimiliki oleh Tunku Hardie berpindah milik ke atasnya selepas menjadi isteri yang sah!

Ustaz dan kepada sesiapa yang berada di dalam bilik ni, saya mahu perkara ni diselesaikan secara rahsia dan kita akan adakan akad dan nikah selepas Tunku Hardie sedar dari koma nanti.

Bila agaknya dijangka Tuan Hardie sedar Disebabkan masa yang sangat terhad, biar kami buat persiapan, cadang Ustaz Azli.

Sekejap ya saya tanyakan staff saya Luke Dr. Luke! Panggil Tun Tunku Harith sambil mengamitgamit tangan dari celah muka pintu.

Dr. Azmeer yang kebetulan terpandang segera menyiku lengan Luqman serta memberitahu Tun Tunku Harith memanggilnya. Pantas dia berjalan mendekati lelaki itu.

Bila dijangka Hardie sedar dari anesthesia Bisiknya perlahan di suatu sudut yang jauh dari mereka yang berkumpul.

Mungkin dalam seminggu dua atau lebih kurang. Tengok pada tindakbalas. Tuan Harith, team DMD minta maaf sebab terpaksa buat major surgery tanpa kebenaran.

Dont worry about that, young man. Yang penting, kamu semua berjaya harungi cabaran selamatkan anak saya. Thank you, Dr. Luke and also for your team. Dia menepuk perlahan bahu doktor muda yang baru berkhidmat 2 tahun di THSC.

Ustaz Azli, aturkan pernikahan mereka. Bila

Hardie sedar nanti, kita nikahkan mereka di bilik ni.

Baiklah, Tuan Harith. Kami ikut aje apa yang baik untuk keluarga, Tuan. Kami hanya menjalankan tugas. Harap Tuan, faham, berkali-kali dia memohon maaf kerana terasa bersalah di atas penangkapan anak kepada seorang lelaki yang disegani itu. Dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan walaupun melibatkan kelas atasan sekali pun, itu tugasnya. Jika dibiarkan, mereka juga yang dipersalahkan kerana membiarkan gejala persundalan berleluasa di luar sana.

Luke, sepanjang Tunku Hardie berada di sini, jangan benarkan sesiapa keluar masuk di tingkat ni. Hanya team DMD saja dibenarkan. Jika ada yang

bertanya, katakan arahan dari saya.

Baik, Tuan Harith.

Dan, kau jangan kau mimpi yang aku anggap kau sebagai menantu aku walaupun kau sah menjadi isteri Hardie, faham! Tun Tunku Harith memberi amaran sambil menuding telunjuk tepat ke arah Maria yang terdiam tanpa sebarang bantahan.

Maria terdiam. Dia harus setuju walaupun hatinya berkali-kali mengatakan tak. Namun jauh di sudut hati terdetik sesuatu yang bakal membawanya lari dari kehidupan si lelaki lumpuh itu.

Selepas aku paksa Hardie pindah milik hartanya pada aku, aku minta cerai talak 3! Kau ingat aku bodoh ke orang tua! Kau lagi bodoh dari apa yang aku sangkakan! Maria senyum dalam hati memikirkan rancangan jahatnya bakal menempa kejayaan.