SAAT AKU BERPALING - 26
JAM sudah merangkak ke angka 9 malam. Nadhirah masih lagi menyiapkan kerjanya yang bertimbun. Lehernya yang terasa sengal dipicit perlahan. Pejam celik, pejam celik hari Jumaat menjelang semula menandakan yang sudah hampir seminggu dia memulakan khidmatnya di Emerald Group.

Banyak lagi fail-fail yang perlu dibaca dan difahaminya selaku Penolong Ketua Pegawai Pemasaran Dan Komunikasi Emerald Group. Selama ini tidak pernah sekali pun Nadhirah membayangkan yang dia akan berpeluang untuk masuk ke dalam syarikat ini. Segala-galanya terjadi dengan begitu pantas sekali.

Masuk, arah Nadhirah setelah pintu biliknya diketuk beberapa kali dari luar.

Kenapa Ezah Soal Nadhirah pada setiausahanya yang kelihatan sedikit gugup mahu berkata-kata.

Tan Sri

Kenapa dengan Tan Sri

Tan Sri dimasukkan ke hospital.

Apa

Encik Zaki minta cik ke sana segera.

Okey. Saya ke sana segera.

Tan Sri Malik telah digegaskan ke hospital berkenaan sejak pagi kelmarin kerana masalah buah pinggang pula. Menurut setiausaha Papanya, keadaan Tan Sri Malik sudah sedikit pulih. Nadhirah kecewa apabila dia menjadi orang terakhir yang tahu mengenai keadaan Tan Sri Malik.

Hey, kau buat apa dekat sini Kau tak boleh masuk ke dalam. Aidid yang berada di luar bilik rawatan tibatiba bangun sebaik sahaja kelibat Nadhirah muncul.

Nad nak tengok Papa lah. Nak buat apa lagi Nadhirah menjawab.

Kau tak tahu ke yang Mama aku bila-bila masa sahaja akan sampai ke sini Kau tak nampak ke ada kenalan Papa dekat luar tadi

Nad risaukan Papa. Tak kisahlah siapa pun yang ada dekat sini. Nad cuma nak jumpa Tan Sri Malik.

Masalahnya sekarang Mama aku memang tak nak tengok muka kau. Kami anak-anak dia pun tak nak tengok muka kau. Kau tak diperlukan di sini. Sekarang aku nak kau balik sebelum aku guna cara kasar. Bisik Aidid dekat di telinga Nadhirah.

Nad takkan balik, abang nak buat apa pada Nad Nadhirah seakan-akan mencabar abangnya. Jangan lupa yang dekat luar ada ramai kenalan Papa. Kalau abang berdegil juga tak nak bagi Nad masuk, Nad akan keluar dan buat sidang media dekat luar. Nad akan umumkan pada dunia tentang semua benda yang abang sibuk sangat nak rahsiakan.

Kau!

Nad tak takut langsung kalau kehadiran Nad dipersoal sebab Nad ada hak untuk cari Papa Nad sendiri. Dia Papa Nad. Dari dulu sampai sekarang. Nadhirah berkeras.

Dia memang Papa kau. Tapi, kau kena ingat. Kau tu cuma anak haram. Anak perempuan simpanan. Kau nak ke satu dunia tahu betapa kotornya kau ni

Selama kita sebumbung, dah beribu kali Nad dengar orang panggil Nad dengan semua panggilan yang abang cakapkan tadi. Nad dah terbiasa pun. Kenapa abang tak buat pengumuman aja Biar satu dunia betul-betul tahu betapa menariknya kisah keluarga kita yang selama ini orang anggap mulia sangat. Nad tak kisah langsung. Kerana geram Nadhirah menghamburkan sahaja segala isi hatinya. Dia tahu tak mungkin Aidid mahu semua itu terjadi.

Huh! Kau jangan nak pandai-pandai mengugut aku pula.

Nad takkan ugut abang kalau abang benarkan Nad masuk. Setahu Nad, Papa yang suruh Nad datang ke sini. Papa sendiri yang minta untuk bercakap dengan Nad. Abang tak ada hak nak halang Nad daripada masuk ke dalam.

Encik Aidid, Tan Sri nak jumpa Cik Nadhirah. Setiausaha Tan Sri Malik tiba-tiba sahaja mencelah.

Aku nak kau keluar ikut pintu belakang. Kau faham tak Aidid berterusan memberi amaran.

Aidid terpaksa mengalah sebaik sahaja mendengar permintaan setiausaha Papanya demi menjaga nama baiknya di mata Tan Sri Malik. Maklumlah, jawatan Pengerusi Emerald Group bakal menjadi taruhan jika Tan Sri Malik meninggal dunia.

Aidid mahu memastikan jawatan berkenaan jatuh ke tangannya tanpa sebarang masalah. Oleh itu, dia perlu memainkan peranan sebagai anak sulung yang berkaliber. Lakonannya yang sejak dari dahulu dipertontonkan kepada Tan Sri Malik diteruskan bagi menguatkan lagi kredebilitinya di mata pengasas Emerald Group itu.

Papa, kenapa sampai macam ni Nadhirah dilanda kerisauan melihat keadaan Tan Sri Malik yang begitu lemah di pembaringannya.

Papa sakit sikit aja. Doktor nasihatkan Papa untuk berehat dulu sehari dua supaya mudah dia orang nak buat pemantauan. Nad jangan risau.

Tentulah Nad risaukan Papa. Nad ingatkan Papa ada di Ipoh dengan keluarga Mak Cik. Tiba-tiba Encik Zaki call beritahu yang Papa dah masuk hospital. Terkejut Nad tau.

Kami memang rancang nak stay lama sikit di sana, tapi terpaksa balik awal sikit sebab ada urusan pejabat. Tak ada apa-apalah. Papa okey aje ni.

Apa doktor cakap, Papa dah sihat sikit ke Nadhirah memegang tangan Papanya yang masih terbaring lemah di atas katil.

Papa dah sihat sikit cuma mengantuk mungkin sebab ubat yang dia orang bagi Papa makan tadi. Nad tak payah risau. Sakit sikit je. Mak Cik aje yang kalut nak bawa Papa ke hospital. Jangan risau.

Papa mengantuk ke Tak apalah kalau macam tu, Papa tidur dulu. Nad tunggu Papa dekat sini. Nadhirah menarik kain yang menyelimuti Papa ke atas sedikit agar Tan Sri Malik selesa.

Nad, Papa tak boleh tidur. Ada benda yang dah lama Papa nak cakap pada Nad. Papa tak boleh nak rehat selagi Papa tak berterus terang pada Nad. Mata Tan Sri Malik berkaca. Dia seolah-olah dapat merasakan bahawa masa yang ada buatnya sudah semakin singkat. Nadhirah perlu tahu segala-galanya.

Papa tidurlah dulu. Nanti Papa dah cukup rehat baru kita berbual. Sekarang ni Papa nampak lemah.

Papa dah tak ada masa. Papa serius. Tangan Nadhirah digenggam kemas.

Fine. Apa yang kita nak bualkan Nadhirah sedikit kaget. Wajahnya Papanya kelihatan kusut. Seolah-olah ada perkara yang begitu penting yang bakal mereka bualkan.

Papa minta maaf bila Papa buat keputusan untuk diamkan diri. Papa tahu hidup Nad susah sejak Nad masuk ke dalam rumah Papa. Papa tahu apa yang dia orang buat pada Nad. Papa minta maaf. Intonasi Tan Sri Malik sedikit bertukar hiba.

Benda dah lepas. Nad tak marah. Nad bersyukur Papa sanggup ambil Nad dari Australia, bela Nad sampai besar, bagi Nad makan pakai. Nad tak marah pun. Air mata Nadhirah menitis. Dia hiba dengan apa yang dituturkan Tan Sri Malik.

Nad dengar dulu apa Papa nak cakap. Hari ni kita akan bercakap pasal Natrah. Mama Nad. Papa tahu banyak persoalan yang ada dalam kepala Nad. Papa harap Nad dengar apa yang Papa nak cakapkan ni. Dengar sampai habis, ya

Nadhirah mengangguk, namun dia mula berasa tidak sedap hati. Dengan keadaan Papanya yang lemah, Nadhirah memilih untuk menjadi pendengar sahaja.

Papa tahu selama ni banyak benda yang tak baik Nad dengar pasal Mama Nad daripada Mak Cik, dari Aidid dan Adelia. Semua tu tak betul. Natrah bukan orang yang macam tu. Tan Sri Malik menggelengkan kepalanya beberapa kali. Natrah adalah setiausaha Papa. Dia bekerja dengan Papa selama hampir 4 tahun. Dia bukan perempuan simpanan, dia bukan perempuan jalang macam yang dia orang cakapkan.

Nadhirah diam lagi. Cuma menghadam kata-kata Tan Sri Malik.

Natrah merupakan satu-satunya setiausaha Papa yang paling lama bekerja dengan Papa masa tu. Di sebabkan dia dapat bertahan lama dengan Papa, Mak Cik mula menyimpan syak wasangka. Katanya kami ada hubungan dan bersekedudukan. Tak, kami cuma bekerja bersama. Papa memang sukakan Natrah, tapi dia perempuan terhormat. Pandai jaga diri, baik dan cekap. Ada senyuman bertamu dibibir Tan Sri Malik.

Nadhirah cuba memadankan setiap kata-kata Papanya dengan memori yang masih tersisa di kotak ingatannya mengenai Mamanya.

Tapi, cinta Papa tak berbalas. Dia tolak cinta Papa sebab masa tu Papa dah ada keluarga sendiri.

Senyuman Tan Sri Malik hilang. Dia memalingkan wajahnya mencari wajah Nadhirah. Dia cuba menafsir riak wajah Nadhirah yang masih beku mendengar.

Disebabkan hubungan kami yang rapat, Mak Cik mula fikir yang bukan-bukan. Perkahwinan kami dihujung tanduk. Bergaduh hari-hari, bertekak tak habis-habis. Papa jadi bosan. Perkahwinan kami dah retak menanti belah. Suatu hari, Mak Cik mengamuk. Kami bergaduh teruk malam tu. Papa keluar dari rumah. Papa minum sampai mabuk. Malam tu Papa hilang pertimbangan. Papa cari Natrah sampai ke rumah sewanya. Dalam keadaan tak mabuk Papa Tan Sri Malik berhenti bercakap dan memandang wajah Nadhirah dengan wajah kesal.

Dantuman di dada Nadhirah bagaikan petanda. Namun, diteruskan juga mendengar butir bicara Tan Sri Malik. Dia mahukan kebenaran.

Papa buat kerja gila. Satu kerja gila yang Papa sesalkan sampai sekarang. Papa... Papa rogol Natrah. Keluh Tan Sri Malik.

Nadhirah hanya mampu untuk mendengar. Sumpah dia sedang cuba sedaya upaya untuk bersabar. Segala yang diperkatakan oleh Tan Sri Malik cuba sedaya upaya untuk diterima dengan akal yang waras.

Kalau ikutkan dengan maklumat yang Papa peroleh dari kerajaan Australia, 15 tahun tahun yang lepas ketika Papa dihubungi untuk mengambil Nadhirah... Nad dilahirkan 9 bulan selepas peristiwa itu di Australia. Papa tahu Natrah lari membawa diri ke sana. Tapi, Papa tak tahu yang dia sedang mengandung. Air mata Tan Sri Malik menitis saat dia memandang Nadhirah yang langsung tidak terkutik.

Tak mungkin! Papa tipu! Bukan macam tu, kan Nadhirah seakan-akan tidak dapat menelan hakikat yang baru didengarnya.

Nadhirah... Tan Sri Malik cuba untuk mengenggam tangan Nadhirah.

Papa tidur dulu. Maybe kesan ubat sebab tu Papa cakap merepek. Papa tidur dulu, ya Nadhirah meraup wajahnya beberapa kali. Dia berusaha untuk menafikan semua yang didengarinya. Selimut yang hanya menutupi kaki Tan Sri Malik ditarik ke atas supaya Papanya selesa.

Nad, dengar cakap Papa. Apa yang Papa cakap, semuanya betul. Maafkan Papa bila Papa jadi pengecut sebelum ni. Papa tak berani nak mengaku semuanya pada Nad, pada seluruh ahli keluarga Papa. Papa minta maaf Nad. Melihatkan keadaan Nadhirah yang enggan menerima kenyataan, Tan Sri Malik menggagahkan diri untuk bangun dari pembaringannya.

Tak, Papa Nad bukan orang macam ni. Papa tak mungkin buat macam benda macam ni. Kalau Papa tak suka, Nad boleh pergi. Tapi, tak payah tipu Nad sampai macam ni. Nadhirah bangun dari duduknya, namun tangannya sempat disambar Tan Sri Malik.

Papa tak tipu. Memang silap Papa semua ini terjadi. Di depan Nad, hari ni Papa mengaku semuanya. Apa yang Nad dengar, itulah kenyataan yang terjadi.

Kenapa Papa buat Nad macam ni Nadhirah terduduk. Dia sedar, sukar baginya untuk terus menafikan apa yang diperkatakan Tan Sri Malik.

Dia bukan tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Malik namun, segala yang baru singgah di cuping telinganya amat sukar untuk diterima.

Lepas semua yang Nad hadapi, lepas semua yang Nad bagi, lepas semua hinaan. cacian, makian yang Nad terima dari keluarga ni... akhirnya, ini jawapan yang

Papa mampu bagi pada Nad Papa sayang Nadhirah...

Nadhirah menggelengkan kepalanya, Selepas semua penderaan, hinaan, cercaan, maki hamun, sepak terajang daripada keluarga gila ni... lepas semuanya Nad telan... Ini yang Papa ungkapkan Nad tak minta lebih Papa... Nad cuma nak jadi anak Papa. Nak diiktiraf sebagai anak kepada seseorang!!! Nadhirah meninggikan suaranya. Dia diselubung kemarahan.

Maafkan Papa, Nad. Tan Sri Malik seakan-akan merayu. Kemaafan dari anaknya ini amat ditagih bagi meringankan beban rasa bersalah yang ditanggungnya selama ini.

Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk mengakui semua dosa-dosanya tapi Tan Sri Malik sudah tidak mampu lagi untuk berlakon baik. Dia gagal menjadi ayah yang baik buat Nadhirah dan kini dia juga gagal menjadi lelaki baik di mata anaknya.

Selama ni, saya betul-betul ingat yang saya memang anak seorang perempuan simpanan. Mama perosak rumah tangga orang. Dia adalah orang yang bertanggungjawab musnahkan keluarga bahagia Papa saya. Hari bertukar minggu, bulan bertukar tahun, lama-kelamaan, saya belajar untuk terima hakikat yang saya ni cuma anak haram. Saya tadah telinga setiap kali Mama dipanggil jalang. Air mata yang bertakung dikesat dengan tangan, Nadhirah enggan membiarkan air matanya gugur di depan lelaki ini. Papa sayang Nad...

Rogol Really Tan Sri!

Nadhirah... jangan buat Papa macam ni sayang...

Dari kecil hidup saya macam dalam neraka, Mama saya terpaksa hidup dengan orang gila di Australia. Dia dibelasah hari-hari depan mata saya. Saya dimaki hamun hari-hari. Patutlah sejak lahir, Mama langsung tak nak tengok muka saya, patutlah Mama buat saya macam benda tak berharga, patutlah selama saya hidup bersamanya, Mama tak pernah sayang saya...

Ya Allah berdosanya Papa...

Disebab manusia macam Tan Sri, saya mula membenci Mama sendiri sampai hari ini. Dia mati depan mata saya, tapi sampai hari ini saya membencinya sebab saya tak pernah merasa kasih sayangnya. Mata Nadhirah berubah merah. Dia menahan marah yang teramat.

Maafkan Papa, Nadhirah... Maafkan Papa...

Selama saya hidup dengan Mama, pandang muka saya pun dia jijik. You make me hates my own mother! Mama saya merana sampai mati. Tan Sri memang lelaki tak guna. Nadhirah menghamburkan semua.

Tiada lagi rasa hormat yang tersisa pada lelaki ini yang baru sahaja mencipta satu sisi baru dalam hidupnya. Sisi gelap yang dulu langsung tidak diketahui sebab kewujudannya kini tersingkap sendiri satu persatu.

Nad, kalaulah waktu boleh diundur

Jangan bercakap tentang benda yang mustahil untuk dibuat, Tan Sri. Saya tak nak dengar! Nadhirah pantas memintas kata-kata Tan Sri Malik.

Tan Sri Malik cuba meraih tangan Nadhirah, namun pantas ditepisnya.

Saya masih ingat lagi kali pertama saya nampak wajah Tak Sri di pejabat Kedutaan Australia, 15 tahun lepas. Lelaki yang pada saya adalah sumber harapan untuk saya dapatkan kehidupan yang lebih baik. Tapi, yang saya dapat... tak ada apa pun yang berubah. Harapan saya musnah. Mama tinggalkan saya dan Papa tempat saya berpaut, abaikan saya. Itulah yang saya rasa selama 29 tahun ini.

Maafkan Papa. Papa yang salah.

Maaf Tak mungkin. Takkan sekali-kali saya maafkan Tan Sri untuk semua ni. Ujar Nadhirah penuh amarah. Sekarang saya tertanya-tanya apa yang saya patut buat dengan Tan Sri Sekali fikir sata rasa macam nak bunuh Tan Sri. Dua kali fikir, tiga kali fikir jawapannya tetap sama. Saya cuma rasa macam nak bunuh Tan Sri sahaja sekarang ini. Satu jawapan kejam dilontar oleh Nadhirah dalam keadaan marah.

Bunuhlah Papa kalau semua tu boleh buat Nad maafkan Papa. Papa tahu dosa Papa besar pada Nadhirah dan Natrah. Papa tahu Papa tak layak untuk jadi Papa Nadhirah, tapi kalau kematian Papa boleh buatkan Nadhirah maafkan Papa. Bunuhlah Papa... Nadhirah.

Tan Sri ingat apa yang saya bakal ucapkan ni sampai bila-bila. Kalau ditakdirkan Tan Sri mati hari ini pun, saya takkan maafkan Tan Sri. Kalau saya yang ditakdirkan mati sebelum Tan Sri sekalipun, saya tetap

takkan maafkan Tan Sri!

Nadhirah

Jangan sebut nama Nadhirah. Saya haramkan Tan Sri sebut nama saya! Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Tan Sri bukan sesiapa lagi pada saya! Nadhirah bangun dengan hati yang cukup terluka dan terus berlalu pergi. Langsung tidak menoleh lagi.