Tiga percubaan yang pertama; arca tentang alam misteri yang melingkari kehidupan manusia. aku berasa takut tetapi aku tetapkan hati untuk melakar dan melakukan tugasku sebaik mungkin. Terlalu mudah. bentuk mistik yang aku khayalkan, berjaya aku persembahkan dalam bentuk arca.
Seekor makhluk aneh yang ngeri sedang dikelilingi oleh api yang membakar seperti sekuntum bunga dikeli lingi duriduri tajam. aku gunakan sepenuhnya warna jing ga, merah dan kuning di tengah kaca yang telah kutu kar kan menjadi kristal. Dan pelangganku seorang harta wan di pinggir bandaraya, mengkagumi kerjaku.
apabila arca itu sudah kuserahkan kepada pelanggan ku, sekali lagi aku mendapat tempahan. imaginasiku tentang alam ghaib dan misteri digunakan lagi. Tetapi semuanya itu harus aku lukiskan di atas sekeping kertas da hu lu untuk kutunjukkan kepadanya.
aku lakarkan dua batang kayu besar dan di tengahnya, api sedang membakar. Di tengahtengah api ada tangan yang sedang menggapai. Di tepi api pula kelihatan syaitan de ngan kepak yang terbuka lebar, tersenyum sekalipun lidah api menjilat bulu tubuhnya yang kasar. encik Rosli memanggil aku ke pejabatnya. Di tangan nya, sekeping lakaran sedang tergulung. Kemudian dia membentangkan gulungan kertas itu di hadapan aku.
awak mempunyai imaginasi yang cukup baik. Terima kasih, tuan. aku tersipu.
Dia tersenyum dan menarik nafas panjang.
Tapi apa yang ada di sini adalah objek terlalu menon jol imejnya. Pelanggan kita hendakkan gambaran yang lebih deskriptif.
Saya dah buat gambaran tentang syaitan. aku sebe nar nya tidak faham.
Syaitan terlalu konvensional. ini balai Seni indah. apa bila memperkatakan tentang balai Seni indah, kita seha rusnya mempersembahkan sesuatu yang benarbenar indah. Kalau kita berada di dalam sebuah syarikat yang menekankan konsep kreatif, kita seharusnya sentiasa kreatif. Jangan berikan sesuatu yang konvensional. Se siapa pun boleh buat macam tu.
aku terdiam. Di dalam hati, aku mengakui kebenaran katakata encik Rosli. Dia mengambil sebatang pensil dengan jari lisutnya.
Tengok. aku berjalan dan berdiri di belakangnya.
Dengan menggunakan pemadam, dia membuang be berapa garisan dan lakaran. Gambaran syaitan telah be r tukar menjadi beberapa garisan yang baru.
Penguasa Keja h atan telah bertukar menjadi seorang ulama. Makhluk yang kejam dan hodoh telah bertukar menjadi seorang manusia berjubah dan berserban. Tasbih melingkari tangannya. Keadaannya tetap sama dengan gambaran yang aku buat. aku terperanjat; sebenarnya terpegun.
Ulama di neraka
Ya. Dia tersenyum. bangga dengan keupayaannya sendiri.
Tentunya tuan dah buat gambaran yang salah.
Syaitan tak akan serupa dengan rupa asalnya ketika menggoda manusia. aku merenungnya dengan tanda tanya yang masih melekat di benak. Dan akhirnya aku mengkagumi daya pemikiran lelaki tua ini. Sesuatu yang tidak terlintas lang sung di fikiran aku, dipersembahkan dengan gaya yang begitu mudah. encik Rosli benarbenar kreatif.
Syurga dan neraka berada di alam yang sama. Tak su sah bagi kita memikirkan yang nyata dan hak, dia bersuara tenang.
Katakatanya penuh dengan falsafah. Katakatanya juga memerlukan daya berfikir yang cukup tinggi. aku tidak pasti sama ada encik Rosli sengaja mengeluarkan katakata sebegitu kerana dia sebenarnya seorang yang sen tiasa berfikir atau pun sekadar untuk menunjuknunjuk.
Pun begitu, aku senang bekerja dengannya. Lelaki tua itu tidak lokek untuk memberikan pandanganpandangan nya yang bernas dan tepat. Malah dia juga tidak kedekut untuk menurunkan ilmu yang ada padanya.
aku tidak fikir, seandainya aku bekerja dengan orang lain, aku akan memperolehi sebagaimana yang diberikan oleh encik Rosli.
Dia merenungku dengan pandangan bundar. aku berasakan seperti dia sedang memandang reaksiku sama ada aku bersetuju dengannya atau tidak.
ini cadangan saja. Fikirkan masakmasak. Dalam be be rapa hari lagi atau... saya bagi awak masa seminggu, saya hendak arca ini siap. Kalau awak rasa tak sesuai, buatlah seperti apa yang awak fikirkan. aku mengangguk pantas. Di dalam hati, aku telah mem buat satu keputusan. Dan yang pasti, aku akan bukti kan kepada encik Rosli bahawa dia tidak tersalah meng am bil aku bekerja dengannya. Malah pada masa yang sama juga, aku akan membuatkan lelaki tua itu berbangga dengan segala yang telah atau bakal aku lakukan.