Suara Kurt Cobain mencetus semacam satu semangat baru kepada Kharlissa. Kharlissa masih boleh bertolak ansur apabila Maxy meminta dia menjalankan tugasan membunuh. Tetapi permintaan Maxy agar dia memutuskan hubungan dengan Khairul Rasheed benarbenar membuat semangat Kharlissa menjunam.
Kharlissa sempat berkhayal sambil menikmati
suara Kurt Cobain yang serak dan merdu itu. Meskipun Kurt Cobain sudah lama mati kerana membunuh diri, tetapi suara dan lagu-lagunya tetap menjadi kegemaran. Lagu The Man Who Sold The World sudah pun habis diganti dengan lagu Where Did You Sleep Last Night. Kharlissa ikut sekali berlagu dengan penuh perasaan.
My girl, my girl, dont lie to me
Tell me where did you sleep last night
In the pines, in the pines
Where the sun dont ever shine
I would shiver the whole night through
My girl, my girl, where will you go
Im going where the cold wind blows
My girl... my girl, dont lie to me...
Suara Kurt Cobain yang mulanya lembut mendayu kini berubah menjadi agak keras, membayangkan betapa jiwanya yang terkecewa kerana kekasih hati tidak setia. Mungkin kesetiaan itu tiada atau jarang sekali diperolehi daripada seorang kekasih bangsa kulit putih.
Tapi bagi seorang wanita Asia seperti Kharlissa, kesetiaan menjadi tunjang dalam sesuatu hubungan. Laksana bunga dandelion yang membawa maksud, satu anugerah cinta yang memberi kebahagiaan dan janji setia selamanya. Lantaran itu Kharlissa sukakan bunga dandelion, lambang kebahagiaan dan kesetiaan.
Ketukan di pintu langsung tidak didengari lantaran telinga Kharlissa disumbat dengan headphone. Dia tenggelam dalam keasyikan mendengar lagu yang sudah lama tidak didengari. Tiba-tiba Kharlissa terlihat bayangbayang hitam apabila secara tidak sengaja dia memandang ke arah tingkap. Kharlissa terkejut. Dia memperlahankan suara radio dan terus menuju ke pintu.
Di luar dia lihat seorang lelaki yang memakai jaket hitam berdiri resah. Hud jaket hitam itu menutup kepala hingga wajahnya tidak jelas terlindung dari cahaya lampu. Siapa Kharlissa bertanya dengan nada cemas.
Dia sempat menjeling ke arah rumah Khairul Rasheed. Rumah lelaki itu terang benderang, menandakan dia berada di rumah. Jika lelaki di hadapannya itu berniat jahat, pasti Khairul Rasheed akan tahu. Lagipun Kharlissa sudah bersedia pada sebarang kemungkinan. Dia tidak pernah lupa pada kemahiran diri sendiri. Dia cekap dengan ilmu mempertahan diri seperti judo dan karate.
Aku Ario, jawab lelaki itu sambil membuka hud yang menutup kepala.
Kenapa kau datang sini tanya Kharlissa dengan kasar.
Kau lambat bertindak. Maxy minta aku datang untuk ajar kau gunakan senjata tu! kata Ario dengan suara perlahan tetapi jelas.
Gila! Kau tak boleh datang sini. Pergi baliklah! Aku akan contact kau. Aku ada nombor kau lah!
Kau tak contact aku langsung. Dah lama sangat aku tunggu. Kata Maxy, kau semakin lalai.
Pergilah dari sini! Kita jumpa kat tempat lain. Pergi! kata Kharlissa dengan cemas sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah rumah Khairul Rasheed.
Dia bimbang lelaki itu akan keluar dari rumah dan terlihat dia sedang bercakap dengan Ario. Ario enggan berganjak. Dia merenung tajam wajah Kharlissa.
Benarkan aku masuk!
Tak! Kau tak boleh masuk. Tak ada sesiapa pun yang boleh masuk ke rumah aku, kata Kharlissa dengan kasar, Pergilah!
Aku takkan pergi.
Aku akan panggil sekuriti kalau kau degil! Panggillah! Ario mencabar.
Okey, aku akan jumpa kau esok. Di mana
Ario menyatakan dia akan datang ke pejabat Kharlissa. Dari sana mereka akan menaiki keretanya menuju ke satu destinasi yang dirahsiakan.
Kita akan jumpa lagi. I will be watching you, Carra! katanya sebelum beredar.
Kharlissa merengus kasar. Dia melihat Ario berjalan laju menghala ke lif. Kharlissa menghempas pintu. Hatinya benar-benar geram. Maxy tidak ingin menunggu lagi, lalu dia menghantar Ario datang untuk menganggu ketenangan hidupnya.
Sesuatu yang Kharlissa bimbang, pun terjadi. Khairul Rasheed berdiri di ambang pintu sebelum sempat Kharlissa menutup pintu rumahnya sendiri. Lelaki itu pantas menegur.
Siapa yang datang tadi tu
Kharlissa diam sejenak. Dia teragak-agak untuk memberitahu Khairul Rasheed. Yang jelas dia harus berbohong.
Err.... budak pejabat, dari syarikat. Dia minta dokumen yang akan dipos awal pagi esok.
Tak nampak pun dia bawa apa-apa dokumen atau surat.
Hmmm, aku dah agak pastilah Khairul Rasheed sudah pun mengintai segala aksi Ario sebentar dari rumahnya. Kharlissa berharap Khairul Rasheed tidak mendengar perbualan penuh ketegangan antara dia dan Ario. Tetapi kekasihnya itu telinga lintah.
Memanglah sebab dokumen tu belum siap saya taip. Saya ingat nak taip kat rumah.
Okey, jadi awak sibuk dengan kerja malam ni
Saya ingat nak ajak awak makan kat luar.
Nak makan kat mana soal Kharlissa. Dia berasa sedikit lega apabila Khairul Rasheed tidak memanjangkan isu lelaki yang dia nampak tadi.
Apa kata kalau kita pergi makan makanan laut kat Kuala Selangor.
Jauh tu. Saya malaslah nak pergi jauh-jauh. Lagipun saya ada kerja nak buat malam ni. Sorry, Kharlissa cuba mengelakkan diri.
Okey, kalau macam tu apa kata kalau awak masak dan saya datang makan
Oh! No... Tak boleh! Saya tak ada bekalan makanan. Peti sejuk saya dah kosong. Lagipun saya sibuk malam ni.
Frustlah saya kalau macam ni. Okey, kalau macam tu, jangan jumpa, call ataupun mesej saya selama seminggu, kata Khairul Rasheed dengan wajah tegang.
Seminggu saja ke Kharlissa pula seperti mencabar.
Okey! Kalau awak rasa seminggu tak cukup lama, apakata kita jangan bertegur sapa, mesej ataupun call selama sebulan, kata lelaki itu dengan wajah serius sambil terus menutup pintu rumahnya dengan kuat.
Alamak! Ada orang merajuk pula, bisik hati Kharlissa sambil menggaru kepala. Okey, aku tak kisah! Balas Kharlissa tidak mahu kalah. Dia turut menutup pintu rumahnya dengan kuat hingga mengeluarkan bunyi dentuman yang agak kuat.
Lepas ni kita tengok, siapa yang akan mengalah dulu! Kharlissa merengus kasar. Tangannya menyeluk poket seluar mengeluarkan handphone.
Hmmm, mungkin bagus juga kalau aku keluar dengan Norman sepanjang masa sebulan Kay merajuk... Kharlissa tersenyum sendiri sambil mendail nombor telefon lelaki itu.
TAMAT