"Okey.... Lagi satu saya nak tanya," kata Munir sambil menunjukkan salah satu artikel di dalam majalah di tangannya kepada Joey.
"Iya.... Saya adalah wartawan utama untuk artikel ni. Why" soal Joey.
"Ini berdasarkan kisah benar ke"
Joey ketawa. Munir mengerutkan dahinya. Setahunya dia tak buat lawak pun.
"Ini majalah paranormal encik. To determine the truth about any of the articles is quite a stretch..."
"Tak. Saya bukan tanya awak samada betul ataupun tak perempuan tu boleh meramal masa depan. Saya cuma nak tahu samada orang dalam artikel ni benar-benar wujud ke tak."
"Oh.... Ya. Memang artikel ni berdasarkan kes sebenar."
"Adakah ini wanita yang sama dengan kes di Pahang tu Yang bunuh suami dan empat orang anak dia"
"Maaf encik. Saya tak boleh dedahkan benda tu."
"Awak nak menghalang siasatan polis" suara Munir semakin menekan.
Joey bungkam. Dia menelan liur. Wajah Munir titatap dalam perasaan gerun. Kemudian dia mengangguk.
"Iya... Dialah. Nama dia Asmidar..." dedah Joey.
"Tunggu kejap."
Munir bingkas dan keluar sekejap untuk membuat panggilan.
"Zaiful. Apa nama perempuan yang kena tangkap bunuh keluarga dia dekat Pahang tu Yang kau cakap ada persamaan dengan watak Haida dalam Kisah 3," soal Munir sebaik Zaiful menjawab panggilannya.
"Err... kalau tak silap aku.... Asmidar. Kenapa"
Talian diputuskan tanpa menjawab soalan Zaiful.
Munir pergi ke keretanya untuk mengambil helaian Kisah 3. Lalu dibawanya dokumen itu kepada Joey.
Sepanjang Joey membaca cerita tersebut, Munir dapat lihat wajahnya berkerut-kerut. Seperti tidak faham. Atau tidak percaya.
"So" tanya Munir sebaik Joey selesai membaca.
"Siapa yang tulis ni"
"Itu tak penting. Yang penting sekarang, awak tau apa-apa tak pasal kandungan cerita ni"
"Wait... I dont understand. Mana encik dapat cerita ni"
"Jawab saja dulu soalan saya."
Joey masih kelu. Wajahnya tampak jelas keliru.
"Saya tak tau tentang benda-benda lain. Tapi yang saya tau, tiga per empat daripada cerita ni adalah apa yang berlaku masa hari pertama Arfan berkerja di sini. Dan pekerja senior yang dalam cerita ni sebut, adalah saya. Memang saya yang bawak Arfan pergi temubual Asmidar hari tu. And the description... they're spot on. Memang betul-betul macam kejadian-kejadian hari tu. In fact setiap dialog dalam cerita ni pun sama dengan benda-benda yang saya cakap hari tu. Saya masih ingat lagi. Cuma dalam cerita ni... nama Asmidar ditukar kepada Haida."
"Macam mana dengan temubual antara Arfan dengan Asmidar Sama tak deskripsinya dengan temubual antara Arfan dengan Haida dalam cerita ni"
"Sama. Saya masih simpan laporan yang Arfan tulis hari tu. Saya boleh tunjuk pada encik. Tapi percayalah. Memang sama. Cuma nama je lain. Dalam cerita ni perempuan tu diberikan nama Haida, tapi sebenarnya nama dia Asmidar."
"Asmidar ditahan dekat mana sekarang ni Saya nak soal siasat dia."
"Oh encik tak tau ke Asmidar dijumpai mati dalam sel dia beberapa hari lepas. Dia gantung diri dia sendiri..."
Zack berdiri di hadapan pangsapurinya. Dia mendongak ke atas. Melihat beranda rumahnya yang terletak di tingkat tujuh. Ada seseorang sedang bertenggek di situ. Memang waktu-waktu malam yang dingin begini, Anom suka bertenggek di situ. Merasa angin deras yang menghembus rambut panjangnya. Beralun dengan begitu anggun. Dan kain putihnya yang berjela-jela, berkibar buas tatkala Anom mengilai dengan belas. Zack tahu. Anom tidak aman. Dia tidak tenteram... tak keruan. Dan Zack juga tahu, ini bakal mengundang malam yang panjang buat dirinya.
Seorang lelaki yang lalu di tepi Zack, berhenti dan turut mendongak sama. Cuba untuk melihat apa yang Zack sedang perhatikan penuh leka di atas tu.
"Tengok apa bro" soal lelaki itu pada Zack.
"Kau tak nampak Yang duk bertenggek dekat beranda tingkat tujuh tu"
"Tak nampak apa-apa pun..."
"Bagus. Kau beruntung," ujar Zack sambil menepuk bahu lelaki tersebut.
Zack naik ke rumahnya. Sebaik masuk Zack tidak terus ke beranda, sebaliknya dia ke bilik air untuk mandi dan menyegarkan diri dulu. Ketika sedang menyidai tuala, mata Zack tertarik pada kain sejadah yang sedang tersangkut di situ. Zack memegang kain sejadah tersebut. Membawanya ke muka. Masih tercium haruman minyak atar. Walaupun sudah lama wajahnya tidak ditembabkan ke kain berpermukaan baldu itu.
Zack mengeluh deras. Hatinya marah dan sayu. Dia rindu pada Tuhannya. Tapi apa kan daya. Setiap kali dia mengangkat takbir, pasti akan diiringi dengan tempikkan Anom yang menggegak gempitakan seluruh rumahnya. Setiap lafaz bismillah, pasti akan menyakiti Anom sehingga dia berguling-guling di atas lantai.
bersambung
Bab akan datang:
Sapai bilakah Zack tidak mahu menyembah Tuhannya