Bila beratnya dah naik 3 kg kelam-kabut pula mereka. Semalam setengah hari sangkut di klinik. Kena buat ujian MGTT. Kena minum air gula. Paras gulanya pula 4.3/5.6 mmol/L. Itu pun mereka tak puas hati lagi. Hari ini kena datang balik ke klinik. Untuk check tekanan darah. Lepas tu kena check hari-hari untuk seminggu ini. Minta MC mereka tak beri. Yang aku bengang adalah aku yang kena beri MC untuk dia. Doktor pakar pun ada check dia. Takda apa-apa masalah setakat ini. Tapi nurse kat Pusat Kesihatan lain pula. Padaku nurse dan doktor di Pusat Kesihatan tak merawat pesakit. Mereka merawat nombor. Berat naik 3 kg tu cukup merisaukan bagi mereka. Darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya.
Ini bukan kali pertama. Berat naik turun itu adatlah. Tekanan darah naik turun pun adatlah. Kali ini aku ajar pesakit. Aku tulis besar-besar dalam kad merah pesakit. Tak perlu daily BP, daily weight ataupun repeat MGTT. Aku cop nama aku dan klinik aku. Boleh call aku kalau tak puas hati. Aku tak puas hati sebab aku yang kena tulis MC. Dia tak sakit apa-apa. Cuma asyik kena ke klinik sahaja. Nak rekodkan BP dan berat setiap hari. Ingat pesakit tu takda kerja lain ke