DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 26
Aku balik semula ke kota metropolitan Tanjong Malim pada hari raya ketiga. Kenderaan di jalan raya masih belum banyak. Sikit-sikit saja. Semua masih ketagih makan tat jem agaknya. Atau mungkin juga mereka belum puas bertanding kereta Myvi siapa paling segak balik beraya. Aku tak berapa pasti.

Pada hemat aku, pulang ke kota besar ketika orang lain masih duduk di kampung merupakan satu rancangan genius. Namun ianya ternyata tidaklah segenius mana pun. Aku mengalami kelaparan nasi putih bersama lauk pauk yang tidak diselesaikan. Sampai tengahari raya kelima, kedai-kedai makan usual suspects masih kunci dia punya pintu grill. Minyak kereta aku susut tanpa sebarang hasil. Aku gagahkan diri melahap bekalan ketupat sambil menangis. Malam tiba, situasi tetap sama. Nampak gaya brader-brader tomyam juga masih seronok makan lemang di Pattani tanpa mengendahkan hati dan perasaan aku di Tanjong Malim.

Awak beli je lah roti Gardenia apa patut dekat Seven Eleven. Bini aku membalas sms. Beliau ada bagi cadangan makan nasi putih dengan telur goreng. Tapi aku tolak. Itu menu Fateem, bukan menu aku. Cadangan membeli lauk di kedai mamak lagi lah awal-awal aku tolak. Kedai mamak adalah tempat tengok bola, bukan tempat makan nasi.

Aku yang ketika itu sedang melilau mencari sisa-sisa kedai tomyam, dengan separuh hati meletak kereta di depan Seven Eleven. Aku cuba berfikiran positif. Roti Gardenia kalau aku peralatkan untuk dicicah dengan air Milo panas sedap juga. Otak pandai aku memberi ilmu.

Melangkah ke dalam premis Seven Eleven sambil mata melirik ke arah adik manis bertudung merah jambu di kaunter. Kurang manis sebenarnya. Muka dia masam. Aku suspect dia bengang dengan bos sebab tak bagi pakai baju raya pergi kerja. Di dalam Seven Eleven ketika itu, selain adik kaunter bertudung merah jambu yang bermuka masam, hanya ada aku dan seorang brader mendukung anak kecil yang berumur dalam setahun. Jadi semuanya ada empat orang, seorang dari kami belum mumayyiz.

Brader ni mundar mandir depan kaunter dengan sebelah tangan berisi makanan ringan, sebelah tangan lagi dukung anak. Riak wajah menunjukkan beliau masih mencari barang lain yang hendak dibeli tapi tak jumpa. Aku perhatikan umur brader ni macam sebaya aku. Muka beliau masih berbekas air sembahyang Isya. Cara berpakaian segak dengan seluar slack lembut pergi kerja bersama baju melayu butang penuh. Ilmu firasat aku memberitahu, beliau tak pernah ponteng kapur kasut masa sekolah rendah atau kena tulis nama dengan pengawas. Hatta kantoi spot check lepas perhimpunan pun confirm beliau tak pernah. Aura akademik makam tinggi yang memenuhi ruang Seven Eleven juga menakutkan lagi hujah aku. Kerana pastinya aura tersebut milik brader seluar slack lembut, bukan milik aku. Adik kaunter pun bukan.

Aku menuju ke rak roti yang lokasinya tak berapa jauh dari kaunter. Terdapat bermacam jenis roti di situ dan separuh darinya sudah tamat tempoh. Fokus aku terarah pada roti Gardenia saiz jumbo. Nama saja jumbo saiz, tapi saiz roti dia

Mencari Gardenia Jumbo Di Seven Eleven

lagi kecil daripada Gardenia saiz biasa. Aku tak berapa berkira, sebab roti Gardenia jumbo yang kecil tampak seksi serta lebih lazat dikunyah.

Sedang aku melihat tarikh luput, aku terdengar adik kaunter berkata sesuatu pada brader sebentar tadi yang sudah tercegat di depan kaunter.

Kami takde jual stoking bang, amat jelas aku dengar kenyataan adik kaunter.

Aku yang cepat curious, memiliki daya refleksi tinggi serta berperwatakan hensem memasang telinga sambil mata curi-curi tengok. Pelik juga aku bila ada orang nak beli stoking di Seven Eleven. Ini memang rare!

Belakang awak tu bukan stoking Dalam dengar tak dengar, aku tangkap butir-butir pertuturan brader akademik berseluar slack lembut kepada adik kaunter.

Deria pendengaran saja belum cukup memberi maklumat lengkap. Aku terpaksa mendapatkan sokongan dari deria penglihatan. Aku toleh pandang sorok-sorok.

Yang mana satu stokingnya bang Adik kaunter pusing belakang meminta kepastian benda apakah yang disifatkan sebagai stoking oleh brader berkenaan.

Hah! Dalam kotak hijau tu. Stokinglah tu. Bagi satu! Lancar saja arahan beliau pada adik kaunter.

Selesai brader tersebut berurusan, aku pulak berdiri depan kaunter. Dalam tangan dah genggam kemas Gardenia jumbo saiz. Aku cuba mengawal diri supaya tak ketawa macam orang gila. Aku cuma kontrol sengih yang dah masuk kategori ketawa sunat.

Cilake! Adik kaunter yang tadi muka tensen pun aku tengok sengih juga macam aku!

Tiada perbualan antara kami. Masing-masing bersikap professional. Lepas bayar aku blah.

Dalam kereta. Aku bantai gelak sampai barai.

NOTA KAKI:

Woi brader, benda dalam kotak hijau tu nama dia KONDOM lah KONDOM! Bukan stoking bai. Stoking tu pakai kat kepala kaki! K.E.P.A.L.A K.A.K.I faham Ko punya berkias macam lahanat punya misleading! Siapa ajar ni Jenis tak ada agak-agak langsung!