Entah macam mana ayah aku setuju masukkan line internet ke rumah atas sebab-sebab kerja yang pada waktu itu memerlukan internet. Masa ni, aku masih lagi tinggal di rumah kerajaan dalam kuartes IPSI (sekarang dah jadi UPSI). Pada sesiapa yang pernah datang UPSI, dan lalu di gelanggang futsal (berhadapan dengan gimnasium), kau orang akan jumpa rumah Pendita Zaba yang telah diarkibkan. Ha, rumah aku duduk dulu rumah Pendita Zaba lah sebelum kami pindah pula ke Jalan Ketoyong.
Aku start duduk dalam kuartes IPSI pada tahun 1996. Masa tu pelajarpelajar pun tak ramai macam sekarang. Makwe-makwe pula semua umur 27 tahun ke atas dan beranak dua. Kebanyakannya dah ada pengalaman kerja cikgu dan masuk IPSI sebab nak naikkan gaji kasi sedap sikit.
Untuk pengetahuan kau orang, kerja cikgu dulu tak berapa popular. Kerja cikgu ni jadi popular bila ramai jurutera tak dapat kerja. Begitu juga dengan pemegang ijazah IT dan Akauntansi yang turut tak dapat kerja. Atau mereka bosan kerja dan lebih suka menjadi cikgu walaupun kerjaya cikgu tak pernah ada dalam rekod cita-cita ketika melalui alam persekolahan dan universiti. Kenapa tiba-tiba kerjaya cikgu ni jadi hip dan sensasi
Jawapannya mudah. Kerana kerajaan bersetuju menaikkan gaji para cikgu ke status pegawai PTD dan syarikat swasta disamping menaiktarafkan keperluan cikgu berijazah dengan alasan Cikgu berijazah akan melahirkan murid-murid yang pandai-pandai pada masa akan datang.
Akibatnya, IPSI dinaikkan ke status UPSI - setaraf dengan UPM, USM, UM, UKM, UUM dan UIA. Namun terdapat satu perbezaan antara UPSI dan universiti lain. UPSI cuma melahirkan CIKGU dan bukan jurutera atau doktor. Dari sini bercambahlah UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan unggul. Tempiasnya merebak ke persekitaran. Tanjung Malim mengalami kepesatan pembangunan. Taman-taman perumahan muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peniagapeniaga pencetak buat duit tak ingat dunia. Begitu juga dengan peniaga tomyam, pengusaha kafe siber dan peniaga kain ela Jakel dan kedai Ekonomi Hari-Hari.
Kebanjiran cikgu yang begitu ramai ini pada zahirnya nampak cantik untuk masa depan anak anak milennia. Namun begitu, hakikatnya tidaklah secantik yang disangka. Cikgu yang berjiwa Guru, sama sekali berbeza kualitinya dengan cikgu berjiwa janji ada kerja. Seperti yang aku nyatakan di perenggan terdahulu, semangat seorang guru tidak boleh terjelma dengan begitu sahaja. Semangat seorang guru adalah semangat yang langsung tidak memandang materi sebagai faktor, apatah lagi menjadikan kerjaya guru sebagai lacuran ketika tersepit di celah-celah perjalanan hidup dan cita-cita yang dianggap gah pada suatu ketika.
Pepatah Inggeris ada berkata, Those who can, do! Those who cant, teach!
Aku tak bermaksud nak menidakkan kepintaran kau orang. Tetapi perlu aku jelaskan peri pentingnya pepatah Inggeris di atas dengan
Klasik Internet
senario percambahan guru yang negara kita tempuhi sekarang.
Kerjaya cikgu bukanlah satu kerjaya yang boleh disepak terajang. Kerjaya murni ini memerlukan ketabahan dan kesungguhan. Bila kerjaya cikgu bertukar menjadi punca pendapatan, akibatnya cikgucikgu lebih cenderung memikirkan soal mencari duit lebih.
Ya. Mencari duit lebih.
Dalam kata lain, meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini tidak salah sama sekali. Yang menjadi salah bila usaha mencari duit lebih dicampuradukkan dengan kerjaya rasmi seorang pendidik terutamanya di sekolah. Bilik guru yang dahulunya dianggap pusat ketamadunan ilmu kini sudah bertukar rupa menjadi One Stop City Centre. Cakap saja apa yang terlintas di kepala. Hi Goat Cikgu Hamzah ada 50 kotak bawah meja. Unit Trust Cikgu Kamel buat CIMB, cikgu Anis buat Public. Tudung Bawal Kerepek Ubat Gout MLM, jualan cupcake, jualan kismis doa, jualan minuman herba dan segala jenis perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan mata pelajaran Sains atau Geografi sebenarnya wujud di sekolah.
Sama juga halnya dengan guru guru yang anak-anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Katakanlah cikgu Intan ada anak tingkatan 1 bernama Arif Jamal, yang keputusan UPSR anaknya ni tak berapa nak banyak A sangat. Pada masa yang sama, cikgu Asmidar yang berperanan sebagai penyelia tingkatan 1 telah mengeluarkan senarai pelajar mengikut kelas yang disiapkan semasa cuti sekolah baru-baru ni. Mengikut program kelas cikgu Asmidar, Arif Jamal kena masuk kelas 1 YouTube, iaitu kelas ketiga terpandai dalam kategori kelas tingkatan 1. Mengetahui hakikat itu, cikgu Intan terus sms ke cikgu Asmidar,
Woi, Arif Jamal tu anak aku la. Bagi la masuk kelas 1 Facebook. Kalau kau tak bagi masuk aku tak bayar duit penapis air Hai O kau!
Ok. Untuk yang tidak tahu, kelas 1 Facebook adalah kelas terpandai di sekolah tersebut.
Cikgu Asmidar yang menerima sms tadi pun menjadi serba salah. Kalau tak tukar, nanti cikgu Intan tak bayar duit penapis air. Kalau tukar pula, Arif Jamal ni bukannya bijak. Akaun Facebook pun tak ada, apa hal nak masuk kelas 1 Facebook
Ini cuma 1 kes. Yang sebenarnya, cikgu Zubaidah, cikgu Alip, cikgu Mansor, cikgu Halimah, cikgu Zudin semuanya ada anak di sekolah yang sama. Cikgu Zubaidah sampai 3 anak dia di sekolah yang sama dengan tempat beliau mengajar. Nasib baik la anak-anak dia semuanya cun. Tak manis pula kalau makwe cun diletakkan di kelas hujung. Beauty without Brain Apa hal
Cikgu yang sepatutnya mencurahkan ilmu, kini sudah pandai main politik dan penyelewengan. Ya, menukar kelas anak-anak sendiri juga aku anggap satu penyelewengan dan salah guna kuasa. Ada juga 1 kes melampau yang terjadi sendiri pada adik aku Brader Farmasi kira-kira 15 tahun lepas. Masa tu dia dalam darjah 4. Kawan kelas dia entah apa nama aku lupa, anak cikgu yang mengajar situ. Siap jadi cikgu kelas dia lagi. Kawan adik aku ni (anak cikgu tu) memang boleh tahan pandai. Pendek cerita, periksa hujung tahun, markah adik aku dengan kawan dia tu keseluruhannya adik aku lebih dalam 4-5 markah. Ok, mak kawan adik aku tadi, cikgu Bahasa Malaysia kelas mereka dapat tahu perkara ini. Sudah tentulah dia dapat tahu sebab dia cikgu kelas yang kumpul semua markah. Oleh kerana subjek Bahasa Malaysia ada karangan, jadi markahnya agak lambat sikit.
Akhirnya, alih-alih karangan Bahasa Melayu anak dia lebih 6 markah
Klasik Internet
daripada adik aku. Terus anak dia dapat nombor 1.
Apa yang adik aku boleh buat Cakap apa yang dia boleh buat Nak mengadu pada Guru Besar Nak tulis surat pada Jabatan Pelajaran Nak pergi Putrajaya panjat bangunan Parcel E Takde guna. Tak boleh buat apa-apa. Mak aku yang cuma berkerja sebagai Kerani Am hanya mampu menyabarkan adik aku.
Benda-benda macam ni lah yang buat aku rasa bengang. Itu belum kira budak-budak nak jadi cikgu kena tangkap basah.
Kesimpulannya, celaka apa benda sangat yang aku tulis beriya bukanbukan ni Mana cerita Internet tadi aku sendiri pun dah lost!