SEMBANG TEPI JALAN - 26
Aku selalu ke Kuala Lumpur menaiki keretapi. Ada yang memanggilnya tren, merupakan sistem pengangkutan awan terbaik bagi aku. Semalam sewaktu aku sedang berada di dalam perjalanan pulang Kuala Lumpur ke Ipoh, terdapat seorang lelaki cacat berkcrusi roda. Dia mungkin lumpuh. Kami sembang-sembang. Dia lulusan diploma dan mungkin berumur 37 tahun sebab dia memberitahu bahawa dia sudah sembilan tahun lumpuh. Dia mengalami kemalangan ketika berumur 28 tahun. Motosikalnya bertembung dengan lori. Pada avval perbualan, keluarganya asyik bising dengan leteran. Apabila melihat keadaannya yang sudah cacat, perkara ini mungkin membebankan mereka. Aku memberitahunya keluarganya gagal. Sepatutnya keluarganya menerima dugaan yang datang walau sehebat mana. I idak ada sesiapa pun yang mahu menerima nasib sebegitu. Aku beritahunya lagi, mereka yang cepat sembuh mahupun lambat, mereka akan tetap cacat. Muda atau tua, sihat atau sakit - itu semua nikmat yang dipinjamkan sahaja. Bila-bila sahaja Dia mahu ambil, Dia akan ambil nikmat itu. Masalah kita ialah kita selalu berfikir bahawa hidup ini milik kita. Apa yang ada di badan adalah milik kita. Kecantikan itu milik kita dan kita juga suka memuji diri. Perbualan aku menjadi bertambah rancak apabila dia menyatakan bahawa dia semakin menerima ketentuan hidup, cuma dia kata penerimaan masyarakat masih negatif terhadap golongan kurang upaya sepertinya terutamanya masyarakat Melayu tidak mengira sama ada sekolah atap, berasas agama, sekolah tinggi mahupun rendah. Kita mesti patuh kepada apa yang mereka suka, aprt yang dia faham, bentuk hiburan yang disukai. Melayu tetap Melayu tidak mengira apa parti pun. Aku buk.in anti-Melayu. Aku tergerak untuk memberitahu ini sebab Melayu tidak faham sangat tentang provokatif dan sarkastik.