Argh! Tidak! Mama! Mama! ... Tidak! Mama! ... Mama!!!
Razief sudah rebah di sebelah bongkah yang sedari tadi berasap-asap tanpa henti. Barangkali masih ada cucuhan haba daripada litar pintas yang tertanam di bahagian tulang belakang bongkah itu. Pemuda neo-Human itu menggoncangkan bongkah itu sekali lagi.
Mama... mama!!! Razief datang ma! Mama!
Asap itu terus berhembus, membawa kesialan bau hangit yang kini membumbu dendam di dalam batang tubuh Razief. Pemuda neo-Human itu tunduk sugul sambil menggoncangkan tubuh ibunya sekali lagi yang sudah keras dan berasap-asap.
Apakah syurga terpakai untuknya
Razief... Razief ....
Isa cuba memeluknya; amukan Razief sedari tadi sudah diganti dengan tangisan. Dia dihiris. Hatinya dihiris halus dan dalam oleh kenyataan yang meremukkan sanubari mesinnya. Dia sudah kelihangan asa dan daya untuk meluahkan segala kecamuk minda yang beraja.
Razief ...
Isa... mama ...
Pemuda neo-Human itu memandang Isa.
Ini kali pertama.
Ini kali pertama Isa mengerti bahawa manusia separuh mesin itu punya perasaan seperti proto-Human juga. Nyata kasih sayang itu merentasi halangan jeda masa dan rupa. Kasih ibu membawa ke syurga.
Apakah syurga terpakai untuknya
Razief.... bertenang ...
Isa terus memujuk. Sedang Srikandi Pujangga sudah rebah pada bahu Buhaira, lalu menangislah dia mengenangkan nasib sial yang menimpa Juwita. Buhaira merangkul lembut tubuh tua Pujangga yang sedang menangis teresak-esak, terus mengingat kembali akan persitiwa Nora Napisah dan Syed Borhad saat menyaksikan sendiri tragedi Gempa Mega dan Tsunami Raya. Srikandi tua itu telah kehilangan jati dan pasak kekuatan saat ini; berasap-asap di hadapannya adalah sebongkah jenazah Juwita yang reput lagikan berkarat.
Apakah syurga terpakai untuknya
Kita harus tamatkan peperangan ini!
Razief ...
Demi diri aku sendiri, aku bersumpah untuk menuntut bela, Isa!
Kami bersamamu Zief, bahkan kami ingin
berkeluarga denganmu ...
Mama ... mama aku takkan dipersia-sisa sebegini
Isa!
Razief ... bertenang, kali ini kita berjuang, kali ini kita menang!
Pujangga tiba-tiba mendapatkan Razief; melulu dia ke suatu lorong tersudut di hujung sana.
***
Bukankah semua yang aku sangka itu, benar-benar belaka Sepuluh jari tua saling bercantuman dan menarinari, tanda bunga menguntum di hati.
Iskariot tunduk.
Dia harus bersetuju. Jaafar tidak pernah menerima perkataan tidak seumur hidupnya. Tiada dalam kamusnya. Rupaya-rupanya taufan itu sekadar amaran Tuan Pemerintah, tetapi tiada tanda-tanda fizikal bahawa sang diktator itu akan turun ke bumi dari stesen antara galaksinya. Singgahsana Kubah Gemawan itu hanya fatamorgana cuma.
Tuan Pemerintah itu tidak pernah wujud; dan kita sudah tidak punya banyak masa!
Benar laksamanaku, malah keadaan ekonomi neoKuala Lumpur lumpuh teruk!
Semua ini salah kamu Iskariot! Apa harus aku
tunggu sehingga seribu tahun lamanya, barulah aku akan berjaya untuk menakluk tanah ini!
Tuanku ...
Aku bimbang jikalau jemaah kapitalis
merencanakan usaha mereka sendiri!
Perihalkan aku maksudnya, Tuanku ...
Jaafar merenung tajam. Hulubalang bodoh, bisik hatinya.
Apa kau mahu semua Orang Kaya yang mendiami megalopolis ini meninggalkan pelaburan mereka, lalu jatuh miskin kita jadinya! Cincip sudah melobi dan menyebar segala macam propaganda. Namun kubu kuat mama Juwita itu juga perlu kita hapuskan!
Bukankah itu hanya sebuah makmal tinggal, Tuanku
ARGHHH! Kebodohan kamu menjengkelkanku! Apa kamu fikir makmal maha mega itu hanya menyimpan sebatian asid dan alkali semata-mata!
Ampunkan aku, laksamanaku. Iskariot mula menggigil ketakutan apabila Laksamana Jaafar menderap turun dari pentas pentadbirannya, menghampiri pahlawan neo-Human itu.
Malam ini, kau hapuskan makmal itu! Hapuskan segala-galanya! Hapuskan!
Hapuskan! Hapuskan!
Hahahahahaha ...
Hilaian yang kuat, keras dan kasar itu mengilukan roma Iskariot, hampir sahaja dia meninggal dunia mendengarkannya!
***
Kalian, ikuti aku!
Pujangga terus bergegas ke satu lorong yang tersudut jauh itu. Razief berada di belakangnya, sedang Buhaira dan Isa terus melajukan langkah perjalanan masingmasing. Mereka masih belum mampu untuk melupakan imej mendiang Srikandi Mama Juwita yang ditikam kejam namun keadaan maha darurat kini tidak mengizinkan mereka untuk terus terbuai dalam kesedihan.
Pujangga bergegas. Mereka turut ikut serta.
Bilik... Bilik rahsia Buhaira masih berteka-teki.
Bahawasanya aku pernah ke sini dulu, Buhaira.
Maka apa yang dicari Senjata
Nabi Nuh, Buhaira. Aku mencari Nuh!
Papan kekunci terbuka. Peranti pengesan sudah mengesan jujukan DNA Pujangga dengan cepat sebelum dia diberikan akses masuk ke dalam bilik rahsia itu.
Cepat, kita sudah tidak punya banyak masa! Pujangga mengarah.
Keempat-empat manusia proto dan neo itu bergegas melorongkan diri masing-masing ke dalam perut makmal itu; keyakinan mereka dibahukan kepada pujangga. Srikandi itu kelihatan benar-benar jujur dan tidak akan memungkiri janjinya. Buhaira percaya.
Kerana Nora Napisah pernah menerima lamaran Syed Borhan suatu ketika dahulu!
Kita sudah tiba; aku pasti ini tempatnya.
Kubu kebal mama
Bahkan lebih lagi, Razief. Bahkan lebih lagi.
Pujangga menolak daun pintu yang terbuka setelah pengimbas retina membenarkannya.
Demi Alif Lam Lam Ha! Buhaira menjerit lantang, terperanjat.
Bahagian dalam makmal itu meremangkan roman tuanya; dia tidak pernah terfikir untuk berada di dalam satu kawasan yang sungguh mengerikan, bahkan tidak terlawan dengan mana-mana imej ngeri sekalipun. Isa tercengang melihat binaan yang terkandung di tempat ini.
Ini ... ini .... Dia kehilangan kata-kata.
Di hadapan mereka adalah kelalang-kelalang gergasi yang disambungkan kepada wayar, diperantikan oleh sebuah komputer mega. Terdapat puluhan skrin yang terpadam; gelap. Hanya tinggal kelalang-kelalang gergasi itu sahaja dengan larutan yang berbuih-buih di dalamnya.
Banyak sekali rangka manusia direndam di dalam kelalang itu!
Dalam keterpaksaan, Buhaira dan Isa terpaksa menggagahkan diri mereka untuk terus berjalan mengikuti Pujangga dan Razief. Jujukan kelalang gergasi yang dipenuhi dengan manusia separa hidup dan mati seolah-olah merenung tajam kedatangan proto-Human itu. Kadangkala manusia di dalam kelalang gergasi tersebut menggerakkan kepalanya perlahan-lahan; mungkinkah penciptaan manusia terbaharu berlaku di sini
Buhaira ...apa ... apa kamu sakit
Aku ... aku... ah Pujangga, khabarkan aku akan perihal tempat ini,
Buhaira, adapun jujukan manusia ini kesemuanya sudah terhapus riwayat mereka setelah Juwita menukarkan segala maklumat genetiknya untuk disimpan. Di sini juga Srikandi Juwita menyimpan segala maklumat genetik haiwan dan biji-bijian untuk ditanam.
Ditanam
Suatu masa nanti, manusia akan melupakan Tuhan, Buhaira.
Buhaira masih terpinga-pinga.
Mereka menaiki anak tangga beberapa langkah sebelum tiba di satu platform yang dipenuhi dengan papan kekunci. Pujangga menaip sesuatu sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Juwita.
Makmal yang gelap mula disimbah cahaya.
Cahaya itu membentuk zarah-zarah kecil. Zarahzarah kecil bercantum membentuk zarah-zarah besar. Zarah-zarah besar membentuk satu lembaga kecil. Lembaga kecil membesar membentuk lembaga besar. Lembaga besar semakin dipertingkat zarahnya menjadi satu entiti.
Entiti itu adalah Srikandi MahaMencipta Mama Juwita!
***
ZAP! ZAP! ZAP!
Hirisan itu mengilukan sesiapa sahaja yang mendengarnya, habis terputus leherT uan Stephen dan jemaah menteri yang bersekongkol dengan Tuan Pemerintah. Julius, pendekar suruhan Iskariot telah membawa bala tentera pimpinannnya untuk menyerang Dewan Parlimen neoKuala Lumpur ketika satu sidang tergempar berlangsung.
Rupa-rupanya sidang tergempar itu menjadi betul-betul gempar!
Stephen yang berjalan ke arah podium tiba-
tiba memegang dadanya sebelum jasad separuh mesin itu tersentak-sentak. Julius terlebih dahulu telah menyumpit Tuan Stephen dengan Cyber blade; sejenis senjata biologi yang menggunakan Necrotizing fasciitis sintetik. Bakteria ini akan memamah tubuh mangsa serta merta kerana kecekapan fisiologi dan pemanipulasian toxicity nya membenarkan itu. Ramuannya telah dicuri oleh Cincip daripada Mama Juwita.
Julius yang kacak perlu meniduri Cincip berkali-kali untuk mendapatkan akses senjata itu. Ah, manusia separuh mesin pun ada yang murahan!
Gerombolan bala tentera Julius yang telah kebal dan divaksinkan mula menyerang Dewan Parlimen daripada bahagian atap bangunan itu. Mereka turun seolah-olah Izrail yang datang mencabut nyawa; habis neo-Human yang terpana dihiri-hiris dengan Cyber Blade.
Dewan parlimen seolah-olah berpesta!
Menteri-menteri yang dicincang hiris seolah menari-nari saat darah dan minyak hitam memancut keluar. Ada yang menggigil, tidak kurang juga yang tersentak-sentak. Ada yang bertempik dan melolong, seolah mendendangkan Nessun Dorma dalam lagu dan oktaf mereka yang tersendiri. Jemaah menteri neo-Human itu berjaya dilenyapkan Julius dalam masa lima belas minit sahaja, cukup pantas sebelum dia meletupkan bangunan antik itu buat selama-lamanya.
Debu letupan dan mayat-mayat itu berterbangan, menarinari ke langit tinggi.
***
Mama! Mama... mama!
Panggilan dan rayuan Razief tidak langsung diendahkan oleh hologram Mama Juwita. Ini bukan hologram pintar yang responsif seperti selalu.
Apakah ini neo-Wahyu!
Mama! Mama! ...mama! Razief memanggil lagi; dia kecewa lagi.
Razief, itu hologram pesanan mama mu... Pujangga memujuk lembut.
Pujangga dan anakku Razief... Hologram itu mula berkata-kata.
Mereka semua mendengar dengan teliti akan segala pesana Juwita, terasa seolah-olah mendapat kehidupan baru selepas ini. Pujangga terharu; Buhaira dan Isaiah cuba mencerna satu-persatu butilan itu; sedang Razief sudah mula bersemangat waja meneruskan kehidupan.
Mereka keluar mendapatkan angkatan tentera mereka selepas itu. Takbir!