Kamu,
dia,
awak, mereka. Teruslah patahkan hati dan jiwa ni.
Emosional, sensitif.
Bukan aku minta, kalau boleh, aku pun tak mahu, gila ke apa
Kalau boleh aku mahu kegembiraan, lebih daripada rasa emosional atau sensitif.
Tetapi apa gunanya kegembiraan jika kamu tiada di sisi
Baik terus begini;
emosional, sensitif--punya hati dan jiwa yang mudah
dipatah-patahkan.
Sekurang-kurangnya,
aku boleh terus menulis lagu-lagu dan sajak-sajak cinta tentang kamu.