I met Imran and he really missed you. Dia juga ingin call you tapi you dah fly ke Melbourne. He has to go to London kerana adiknya accident. Hell call you from there.
Kathy.
Ayu menggenggam cebisan kertas itu. Hatinya telah pun memaafkan perbuatan Imran. Dia tahu Im-ran memang jujur dan mengharapkannya.
AYU tak ada! Hani separuh berbisik, takut kalau Ayu tiba-tiba muncul dari biliknya.
Kathy
Pun tak ada!
Er... boleh saya tahu itu siapa kerana setahu saya 176
rumah tu ada dua orang saja!
Itu Encik Imran ya
Ya... mana you tau
I Hani, ala... yang datang dengan Kathy masa lunch dulu!
Oh... yes! I ingat. You dah tinggal dengan mereka ke
Yes! Hani berdusta. Dia sebenarnya hanya ke sini sekali-sekala membuang waktu kerana dia me-nyewa rumah lain.
Er... Ayu ke mana I ada urgent matter to talk to her, I'm calling from London!
Oh... I don't think Encik Imran boleh dapat cakap dengan Ayu. Dengar khabar, Ayu nak pindah dari sini. Lagipun... saat ini dia pulang ke kampung... cuti panjang!
Imran memejam mata. Harapannya luluh. Bagaimana dia dapat menyampaikan hasratnya itu. Dia bukan di Malaysia tetapi nun jauh di Kota London.
Shit!"
Kenapa Encik Imran
Er tak ada apa... thanks anyway! Gagang dihempas.
Imran terlontar ke lembah sepi. Dia murung di dalam bilik hotelnya. Semalam ibu dan bapanya tiba dari Malaysia. Adiknya pula semakin stabil cuma kakinya bersimen. Bapanya membawa khabar yang paling dibenci. Dia perlu ke LA kerana cawangan di sana memerlukan khidmatnya segera. Dia ingin kembali ke KL tetapi bapanya membantah.
Dia terpaksa akur dan esok dia akan ke LA. Ayu cuba dihubungi tetapi setiap kali dia menelefon, Ayu tiada dan saat ini telah kembali ke kampungnya.177
SEPURNAMA berlalu tetapi tiada langsung khabar berita daripada Imran. Menurut Kathy, Imran ke London melawat adiknya yang sakit. Takkanlah di London sana tak ada telefon hingga sekalipun tiada panggilan daripadanya.
Ayu semakin geram.
Memang lelaki tak guna. Tahu bermain kata-kata manis, meninggalkan perempuan terharap-harap.
Kekecewaan semakin melanda, merebahkan perasaan rindu yang sebelum ini masih berbunga. Di manakah janji Imran yang kononnya ingin menelefon dari London
KELESUAN tergambar di wajah Ayu - tidak lagi berwarna ayu. Semenjak dari Hong Kong lagi hatinya kusam dan setiap senyuman yang dilempar hanyalah palsu.
Dia ingat lagi suatu ketika dulu, pulang saja ke KL, Imran sedia menanti. Bunga riang mengcmbang di taman, makan bersama dan segalanya bersama. Tetapi Imran
Hey... what is wrong, dreaming all the time Are you sick"
Ayu tersentak, segera membuah senyum. Ops, sorry... just tired!"
I ada hal nak cakap ni!
What"
I ada message from Mister McLyord!
Mister what" Mata Ayu merening. McLyord... handsome... macam mat salih! Mata Ayu membulat. Dia bukan mat salih ke Nama betul dia Ahmad!
Ayu senyum. Ahmad... kenapa sampai McLyord
Er... dia suruh you hantar champagne... dia kata 178
you sweet!
Ayu ketawa. Oh... itulah message dia! Ah... you yang jaga first class passenger, you layanlah dia!
Tapi dia suruh you... bawa sajalah! Dia duduk nombor 4A.
Ayu mendengus.
Dia baik tau... handsome pulak tu, menyesal you nanti!
Wajah Ayu semakin lesu namun dia akur. Dia memaksa dirinya menjalankan tugas itu.
Excuse me sir, heres your drink!"
Oh... thank you very much!" Lelaki bergaya itu tersenyum - segak walaupun agak berumur. Belum sempat jarinya mengaut kaki gelas, air kuning emas itu tertumpah.
Oh! My God... I'm terribly sorry sir, I'll get something to wipe your shirt. Ayu mengetap bibir namun hatinya riang. Dia memang sengaja menumpahkan air itu. Tetapi, semasa meninggalkan lelaki itu, dia berasa kesal pula. Bukankah bodoh bertindak begitu kerana sekali lagi dia terpaksa bersemuka dan mengelap baju lelaki itu. Stupid! bisiknya sendirian.
Amacam... handsome tak Temannya tadi tersenyum. Dia tu millionaire dari Singapura! Ah... peduli apa aku! Millionaire ke, apa ke... aku tak peduli! Boring!
Ayu bergegas semula ke kerusi 4A setelah kain pengelap tersisip di genggaman.
I am very sorry, sir... actually... I did that because I thought I was angry with you! Jarinya menari-nari di kerusi lelaki itu.
Mata Ahmad terbeliak. You purposely doing it to me... but why
I don't know sir, but I thought... man are all the 179
same! I just hate them!
Ahmad senyum. Dia tidak jadi marah. Setidak-tidaknya gadis ini berani berterus-terang dan tidak hipokrit.
Im sorry, sir.
Its okay... you are a brave girl! Maybe I yang silap kerana menyuruh one of your friends panggil you and serve me. Im quite rude.
Ayu senyum. Its okay!
Tapi, I ada reason!
What
Have you ever given to anybody your photo
Ayu geleng. No!
Tapi... baru-baru ini I ke London, and I jalan-jalan di satu kawasan yang dipenuhi artis jalanan and I just bought one painting that has attracted me so much!
Aha.... Ayu mula berminat.
And you know what
What
Wajah di dalam lukisan itu exactly like you! Ayu hanya terlopong. Dia fikir ini mungkin satu helah. Seorang lelaki yang berumur-penuh dengan pengalaman pasti sudah masak dengan taktik.
Sorry kalau I mengganggu. Mesti you fikir I sama dengan lelaki lain, memikat perempuan untuk santapan. I'm not that type. I tengok you... I tertarik... bukan sebagai kekasih, tetapi tak lebih seperti seorang anak. Im too old to think about love! Ahmad ketawa dan Ayu tidak nafikan lelaki itu mempunyai karisma. Perkenalan di pesawat itu telah menjalinkan satu persahabatan yang jujur antara Ayu dan Encik; Ahmad... mereka kadang-kadang makan malam bersama-untuk menceritakan perihal diri masing-masing.180
AYU... I tak dapat buat apa-apa.. he asked me to move!
What Move! Why
I dont know!
Ayu terpempan. Ditenungnya wajah Kathy dalam-dalam. Seperti tidak percaya apabila Kathy menyuarakan hasratnya untuk berpindah.
Tapi Kathy... ini rumah you! You yang mula-mula sewa!
I know... tapi apa daya I! I have to obey him. We are going to get married soon. In fact... we are going to be engaged next week!
Hanya air mata yang dapat memberitahu perasaan Ayu sebenar. Mereka berpelukan dan esok... apabila mentari menjelang... Ayu tinggal keseorangan.
Segala-galanya suram dan saat inilah dia terkenangkan kampung. Segera dia menelefon dan Aton seperti biasa lemah menjawab.
Mak... Ayu balik hujung minggu ni!
DI SANALAH dia terdampar hujung minggu itu. Membelai dan mengusap setiap ruang... laman hingga ke belakang. Pondok usang masih utuh tetapi sedikit semak. Pohon manggis masih gagah, perigi buta masih seperti dulu.
Walaupun keseorangan, ibunya tetap riang. Khabarnya dia sering diziarahi Rasyidah dengan anak kecilnya. Malah, ada ketika luang, anak Rasyidah yang comel menjadi teman.
Ayu berlegar di laman sebelum terhenti dan bersidai di pondok kecil. Ayu senyum kerana sawang labah-labah yang besar masih ada tanpa digugat.
Dan, seperti biasa penghuni sawang itu turun ke tengah setiap kali Ayu datang. Ayu kelu, semakin bun181
tu di dalam mencari sinar hidup. Kathy sudah bertunang - Rasyidah dah ada anak malah ramai juga teman sekolahnya yang sudah berkahwin.
Aku
Jangankan kahwin, teman lelaki yang istimewa pun tiada.
Ayu! Ada tamu!
Ayu membidik mata, mengintai melalui celahan papan. Sebuah kereta Mercedes terpacak megah.
Siapa pulak tu Aku tak ada kenalan yang loaded macam tu!
Ayu berlari-lari anak, melepasi telaga buta dan pohon manggis.
Hallo! Ahmad tersenyum.
Ayu terlongo. Er... Encik Lyord... bagaimana encik tahu saya tinggal di sini!
Ahmad tersenyum. Dunia ini kecil... dan kalau Tuhan nak temukan, di mana pun boleh!
But... I wonder how. Did someone ever tell you
No! Ahmad senyum. Sebenarnya kita satu flight. I pun turun di Ipoh... and I dah nampak you masa di Subang lagi. Tapi... you sikit pun tak perasan I! So... I ambil keputusan mengekori you and here I am!
Oh... God! Ayu menggeleng. But... who's car is this
I just found it!
Namun, Ayu tahu jawapan itu hanya gurauan. Pasti kereta itu miliknya. Bukankah dia seorang jutawan Dan pasti kereta itu milik syarikatnya yang beroperasi di sekitar Bandar Ipoh. Ya, sudah semestinya!
Aton yang tidak mengerti hujung pangkal tercegat, dan apabila Ahmad menyedari hal itu dia terus mengangguk.182
Er... mak... ini Encik Lyord!
Aton senyum namun hatinya masih curiga.
Ahmad mengerti kegusaran yang bermain di hati wanita itu.
Jangan risau... Ayu ni tak ubah seperti anak saya sendiri!
Namun, Aton masih ragu-ragu kerana sudah ba nyak didengarinya hubungan lelaki tua dengan gadis-gadis muda yang menjadi simpanan.
Kampung ini cantik! Ahmad mengubah topik, cuba memancing ceria yang masih lagi belum berkocak di kolam wajah Aton.
Ye... tapi sayang.... Wajah Ayu tiba-tiba sugul.
Kenapa Ahmad mencerun mata.
Banyak kekurangannya!
Mata Ahmad semakin kecil. I tak faham!
Saya kesal kerana kampung ini tiada klinik untuk kemudahan penduduk!
Oh... I see.... Ahmad mengelus rambut.
Wajahnya yang merah semakin menarik dan memang ketara ketampanannya. Maybe I can do something! Ahmad mengangguk kecil.
Are you sure
Yeah! Ahmad senyum. Well see... beri I sedikit masa... and siapa wakil rakyat di kawasan ini!
Saya akan tunjukkan! Tiba-tiba saja Aton tersenyum dan wajahnya berbunga riang!
TUAN McLyord... itu yang lebih popular di kalangan teman dan rakan niaga tetapi dia lebih gemar dikenali dengan Ahmad apabila mendampingi Ayu.
Ahmad tersenyum sepanjang penerbangan pulang ke Singapura. Dia mengagumi usaha Ayu - gadis yang bercita-cita murni walaupun pada luaran tampak sim183
ple dan out-going.
Dia tertarik kepada Ayu kerana dua alasan. Pertama, kerana lukisan yang telah dibelinya di London dan kedua, kerana keayuan wajah Ayu itu sendiri.
Untungnya keikhlasan yang terbina di dalam diri lebih tinggi daripada keinginan nafsu terhadap Ayu. Namun, dia tidak menafikan betapa dirinya agak goyah setiap kali berdepan dengan gadis itu. Mujur dia menguatkan tekad untuk menjalin hubungan baik tanpa mencemarinya.
Dengan bantuan pengurus besar syarikat cawangannya di Ipoh - perbincangan telah dijalankan antara pihaknya dengan wakil rakyat kawasan itu.
Kata putus telah dicapai dan Ahmad bersetuju mengeluarkan kos pembinaan klinik, sementara pihak kampung menyediakan tapak. Dan... pengendalian tenaga doktor dan pekerja ditanggung oleh kerajaan.
Ahmad turun di Paya Lebar, mencari seseorang yang amat ingin ditemuinya. Dia sudah pun berada di ruang menunggu, terjenguk-jenguk sambil melirik Rolexnya. Semasa dalam penerbangan tadi Ayu berjanji untuk menemuinya.
"Excuse me, Mister McLyord... here's your champagne!"
Ahmad berpaling dan spontan tersenyum. Naughty girl... but great!
Dah lama tunggu Encik Lyord!
Not really! Ahmad senyum. Well... everything is fine and I'm glad everything is over. Semua pihak bersetuju dan tak lama lagi klinik itu akan didirikan. All those people in your kampung are very proud of you!
Ah... sudahlah tu Encik Lyord. You tak habis- habis memuji I!184
No... bukan puji tapi ini kenyataan and please don't call me Encik Lyord! I think... its better for you to start calling me pak cik. Or uncle because I want you to be like my daughter. Im too old for you but, if I'm younger ten years... I might take you as my lover! Ahmad ketawa disusuli dengan cubitan mesra.
Thanks... youre very great. I love you uncle! Ahmad angguk dan Paya lebar semakin cerah dan ceria, menjadi saksi hubungan suci dua insan.185