Adakalanya aku kedriving range untuk menghayun 100 biji bola. Terseliuh tanganku dibuatnya. Tapi tak apa sekurang-kurangnya aku ada pengalaman. Aku tidak setuju anggapan orang bahawa golf bermaksud permainan Golongan Orang Lemah Fikiran.
Cuma aku tidak serasi pada permainan yang mengambil masa yang lama. Squash dan tennis lebih cepat menghasilkan peluh. Ada juga orang menggelarkan dengan Golongan orang Lupa Famili atau Golongan Orang Lupa Fardhu.
Pernah suatu hari aku bersama 5 rakanku yang lain ke golf kelab Port Dickson untuk driving. Pekerja di sana Tanya, awak member ke Spontan aku jawab member maka aku dapat beli bola dengan harga ahli. Semua teman ku ketawa di atas reaksi penuh yakin yang aku berikan.
Aku berharap suatu hari nanti aku akan dapat main golf dengan sepenuhnya sebagai salah satu kebolehan dalam sukan atau untuk membolehkan aku menemani tetamu yang ingin bermain golf.
Buat masa ini aku sudah ada set penuh golf tapi belum terfikir untuk aktif dalam sukan tersebut. Ramai sahabat baru dapat dijalin melalui permainan ini. Namun aku masih merasakan banyak pembaziran masa dan wang akan berlaku terutamanya jika kita tidak bersungguh-sungguh mendalami sukan ini. Jika kita aktif lainlah cerita kerana kita ada kemungkinan untuk menang dalam pertandingan.
Jika tidak betul-betul kita juga boleh sentiasa terlajak solat. Mana tidaknya bermain dalam kumpulan yang tidak semuanya mengambil berat tentang solat atau yang tidak beragama Islam. Sudah tentu kita mungkin akan berhadapan dengan kemungkinan tidak solat kerana permainan tidak dapat di tamatkan pada waktunya.
Aku tidak mempunyai prasangka apa-apa Cuma aku tidak mahu terlibat dalam situasi tersebut. Namun demikian perkembangan yang baik pada masa ini di mana setiap kelab golf ada menyediakan bilik solat.
Sebenarnya semua itu adalah terpulang kepada kita sendiri. Jika kita ingin menguruskan masa kita untuk semua itu, maka semuanya adalah mungkin. Jangan kita suka memberi alasan dan menyalahkan sukan tersebut. Jika kita tahu tanggung jawap terhadap agama dan keperluan bersukan, maka segalanya boleh diselaraskan.
Kita adalah apa yang kita fikirkan