TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 26
Haiwan mempunyai deria yang sangat luar biasa untuk mengesan sesebuah kejadian. Mereka akan menunjukkan reaksi yang agak pelik sebelum sesuatu kejadian berlaku. Hanya manusia tidak memberi perhatian di atas perubahan itu.

Di Puket Thailand, lapan ekor gajah yang menjadi tarikan pelancong di pantai Khao Lak telah menunjukkan tanda-tanda sesuatu bakal berlaku. Mereka telah lari ke arah bukit dan tindakan tersebut telah menyelamatkan berpuluh-puluh nyawa pelancong asing.

Gajah-gajah tersebut telah bertempik dan menangis sambil berlari ke arah bukit. Penjaga gajah tersebut menjadi panik dan cuba mengejar dan mententeramkan gajah-gajah yang sedang seperti mengamuk itu. Tidak lama selepas itu telah berlaku tsunami di kawasan tersebut tetapi haiwan-haiwan tadi terselamat. Ombak tsunami berhenti beberapa meter dari kedudukan gajah tadi.

Ikan lumba-lumba juga memiliki pancaindera yang tajam. Mereka boleh mengesan perubahan alam dan menunjukkan reaksi gelisah sebelum sesuatu peristiwa berlaku.

Haiwan-haiwan berjaya menyelamatkan diri tiada kematian haiwan seperti gajah, rusa, kijang, serigala dan haiwan-haiwan lain. Binatang mempunyai deria yang tajam untuk membaca perubahan hukuman (dengan izin Allah). Getaran bumi yang berlaku mampu dikesan oleh haiwan yang mempunyai kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia.

Gajah mempunyai kemahiran komunikasi suara infra yang mampu menangkap suara-suara tersebut yang berada pada jarak yang sangat jauh.

Tsunami pada 26 Dis 04 telah menyaksikan kehadiran burung putih yang sangat banyak dari arah laut seolah-olah menyelamatkan diri.

Bangsa Romawi melihat burung hantu sebagai tanda akan hadirnya bencana. Sementara banyak kebudayaan kuno menghubungkan gajah dengan kebijaksanaan dan kekuatan mistik yang dianggap suci. Semua itu mungkin ada alasannya.

Sebelum gelombang raksasa menerjang pantai-pantai di Asia Selatan, terjadi suatu fenomena yang cukup aneh haiwan-haiwan liar dan binatang peliharaan sepertinya tahu apa yang akan terjadi dan berusaha menyelamatkan diri.

Menurut para saksi mata gajah-gajah mengeluarkan suara nyaring dan berlari ke tempat tinggi, anjing-anjing menolak keluar rumah, burung-burung flamingo meninggalkan sarangnya yang berada di tempat rendah, dan haiwan-haiwan di kebun binatang terbirit-birit masuk kandang atau tempat perlindungannya. Mungkinkah mereka tahu apa yang akan terjadi Sesungguhnya anggapan bahawa haiwan memiliki indera ke enam yang biasa mengetahui akan ada gempa bumi sudah menjadi pemikiran para ilmuwan sejak berabad-abad.

Para peneliti haiwan yakin kemampuan mendegar dan indera lain yang dimiliki binatang memungkinkan mereka mendengar atau merasakan getaran bumi, dan memberi peringatan adanya bencana yang bakal berlaku.

Dalam bencana tsunami yang membunuh lebih dari 286.000 orang pada tanggal 26 Disember 2004, ditemukan sedikit saja haiwan yang mati. Hal ini makin menambah keyakinan bahawa binatang memiliki semacam sistem peringatan diri terhadap datangnya bahaya.

Pengalaman Ravi Corea, presiden Sri Lanka Wildlife Conservation Society, mungkin boleh menjadi bukti dugaan itu. Ia sedang berada di Sri Langka saat Tsunami menggempur, dan menuju pantai Patanangala yang terletak dalam Taman Nasional Yala, tempat di mana 60 orang pengunjung tersapu ombak.

Di lokasi pantai seluas 1.300 kilometer persegi itu ia dan petugas lain tidak menemukan bangkai haiwan kecuali dua ekor kerbau mati. Padahal di sana banyak terdapat gajah, kerbau, rusa dan setidaknya 130 spesis burung.

Sedangkan di pesisir Cuddalore, India di mana ribuan orang mati, berita Indo-Asia News melaporkan bahawa kerbau-kerbau, kambing dan anjing semuanya selamat. Sementara burung flamingo yang bertelur di suaka margasatwa Point Calimere, India berterbangan ke tempat tinggi sebelum tsunami muncul.

Gajah seolah tahu akan hadirnya tsunami laporan mengenai perilaku haiwan yang aneh juga muncul di banyak tempat. Sekitar satu jam sebelum tsunami mengamuk.

Jika kita meneliti temulbual beberapa orang nelayan dan magsa tsuanami yang berada di pantai, terdapat banyak kenyataan yang menyatakan bilangan ikan behampiran pantai meningkat dengan banyaknya dan melompat-lompat sebelum ombak ganas melanda.

Maka kita dapat mengandaikan yang haiwan-haiwan dibumi ini termasuk ikan sememangnya mempunyai deria pengesan yang sensitif dengan sebarang perubahan disekitarnya terutama apabila bencana akan berlaku.

Menurut penyelidik kesihatan haiwan akuatik, Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM). Prof. Madya Dr. Hassan Mohd Daud, ikan sememangnya merupakan sebahagian daripada haiwan yang mempunyai deria pengesan kedatangan gempa bumi dan tsunami.

Belia yang juga penyelidik persekutu di Laboratori Sains Marin, Institut Biosains UPM menyifatkan organ deria haiwan akuantik mempunyai keistimewaan dan keajaiban. Katanya, ikan mempunyai deria-deria yang unik dan mempunyai kegunaan tersendiri:

Deria untuk mengesan bahan bahan kimia yang dikenali sebagai kimoresepsi iaitu gustatori (rasa) dan offaktori (hidu).

Deria untuk mengesan bunyi, tekanan dan imbangan. Deria-deria ini juga dinamakan sistem akustiklateralis terdiri darapada telinga sebagai deria mendengar dan imbangan, manakala garis lateral yang terletak ditengah-tengah badan untuk mengesan pergerakan tekanan.

Deria untuk mengesan arus elektrik dan mangnet.

Menurut Dr. Hassan, antara semua deria-deria tersebut, deria komoresepsi dan sistem akustiklateralis amat penting pada ikan.

Kata beliau, ikan memerlukan deria-deria itu untuk mencari makanan, menentukan kedudukan badan merasai persekiran.

Dalam kejadian gempa, sistem akustilateralis manjadi deria utama yang terlibat dan ia terdiri daripada dua kompenon yaitu telinga dalam dalam dan gairisan lateral yang mempunyai tisu meuromas katanya.

Telinga dalam berfungsi sebagai pengecam bunyi danorientasi keseimbangan badan dalam tiga demensi.Oleh kerana kutumpatan iar lebih padat dan lebih cepat sehingga 4.8 kali ganda. Oleh itu ikan pula dapat mengesan gelombang bunyi lebih cepat.

Garisan lateral pula memberi sentuhan jarak jauh. Ia menggunakan reseptor mekanikal (neuromas), sama seperti sistem perdengaran dan keseimbangan. Menurut D. Hassan, organ kulit pada ikan sesetengah haiwan akuantik juga sensetif pada gegeran.

Bagaimanapun katanya, keajaiban haiwan akuntik ini tidak begitu dimanfaatkan oleh manusia bagi mengesan berlakunya gempa bumi kerana penggunaan teknologi canggih lebih berkesan dan tepat. Tsunami pula adalah fenamena yang tidak bermusim dan tidak berlaku secara kerap.