AYAH EDY PUNYA CERITA - 26
Ibu bapa dan guru yang berbahagia di manapun anda berada, banyak ibu bapa yang datang berkonsultasi, mengeluh bahawa anaknya yang dikatakan tidak mahu belajar. Pernah seorang ibu bercerita kepada saya, Anak saya ini, kalau disuruh belajar, aduh susahnya.

Lalu dengan bergurau saya bertanya, Bagaimana jika disuruh bermain, apa susah juga

Sudah pasti tidak... Kalau bermain tak perlu disuruh, terus lari, katanya lagi.

Nah, itulah permasalahan yang dihadapi oleh hampir setiap ibu bapa di seluruh Indonesia. Padahal faktanya, anak memiliki software program belajar yang sudah terbawa-bawa sejak lahir di dalam otaknya. Ada juga yang menyebut software ini sebagai naluri belajar.

Cuba perhatikan, pernahkah anda mengajar bayi anda untuk meniarap tetapi tiba-tiba suatu ketika dia sudah boleh meniarap, kemudian terlentang dan merangkak. Apakah anda yang mengajarnya atau naluri belajarnya yang membuatkan semua ini terjadi Pada hakikatnya, naluri belajar ini senantiasa mengajak anak untuk belajar.

Jadi, akan anehkah jika seorang anak yang memiliki software belajar yang canggih justeru tidak mahu belajar Apakah anaknya yang salah atau kita yang keliru mengajarnya

Ada tiga kategori besar sistem otak yang berhubungan dengan belajar; yang pertama adalah organ berfikir kreatif, yang kedua adalah organ berfikir logik dan yang terakhir organ berfikir memori.

Menurut pakar pendidikan yang mempelajari sains otak; secara alami, organ pembelajaran itu bergerak mulai dari organ berfikir kreatif menuju organ berfikir logik, akhirnya hasilnya disimpan dalam organ berfikir memori. Namun, mengapa anak-anak kita menjadi sukar, bahkan anti terhadap perkara yang namanya belajar Kerana kita ibu bapa dan sekolah umumnya memberi erti belajar hanya menghafal iaitu hanya menggunakan organ berfikir memori yang juga dikenal dengan Memory Learning atau yang juga sering disebut sebagai Parrot Learning, belajar ala-ala meniru.

Selama ini, sistem pembelajaran menentang proses alam atau penciptaan Tuhan dalam sistem bekerja otak. Dalam proses belajar, perkara pertama kita lakukan adalah memancing proses kreatif setiap anak. Caranya dengan mengajukan pertanyaan terbuka yang menarik minat anak, seperti mengapa ulat boleh berubah menjadi kupu-kupu Jika proses kreatif itu sudah bekerja, secara automatik si anak akan tergerak mengaktifkan otak logik untuk mencari jawapan atas pertanyaan kreatif tadi.

Pada akhirnya, setelah proses selesai; tanpa diminta, semua yang dikerjakannya akan disimpannya dalam memori. Namun, jika proses belajar itu dimulai dengan menghafal atau proses memori, ia tidak akan menyentuh proses kreatif, apalagi logik. Tentu sahaja hal ini tidak akan menarik minat anak. Itulah sebabnya mengapa mereka susah diminta untuk belajar.

Contoh yang paling sederhana dari anak-anak yang dibesarkan dengan proses kreatif adalah Sir Isaac Newton. Ketika Newton beristirehat dan tertidur di bawah pohon epal, tiba-tiba jatuh buah epal menimpa kepalanya. Apa reaksi dari Newton

Wow! Apakah gerangan yang menyebabkan epal ini boleh jatuh ke bawah Maka terciptalah Hukum Graviti Newton. Seandainya kejadian sama terjadi pada anda, saat anda terkantuk-kantuk di bawah sebuah pohon mangga, lantas ada mangga jatuh ke kepala anda, apakah kira-kira reaksi anda Akan terciptakah hukum graviti kedua setelah kejadian itu

Mengapa kita tidak juga mahu mengubah sistem belajar anakanak kita, baik di sekolah mahupun di rumah agar mereka menjadi kerasukan untuk selalu belajar Ya, persis salah satu sekolah yang pernah kami kunjungi di Bogor. Di sana muridnya sukar sekali diajak pulang walaupun waktu belajar sudah selesai.

Ada tiga kategori besar sistem otak yang berhubungan dengan belajar, iaitu organ berfikir kreatif, organ berfikir logik, dan organ berfikir memori.