Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 27
BAB 27

FELISHA periksa bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kuzi ayam. Dia jeling Alia dan Puan Suraya yang sudah sedia dengan apron masing-masing. Sekali lihat sudah macam dalam rancangan Master Chef pulak! Aku ni dah macam Chef Jo.

Dah sedia Felisha senyum.

Puan Suraya dan Alia mengangguk serentak.

Kalau dah sedia. Lets get busy!Felisha senyum lebar.

Alia disuruh mengupas dan memotong bawang besar sebanyak dua puluh biji untuk dua ekor ayam. Sementara Puan Suraya pula memerap ayam dengan rempah kuzi. Felisha sibuk menyediakan bahan lain untuk dimasukkan dalam masakan nanti.

Alia, dah siap potong bawang tu, tumis sampai perang ya. Felisha jenguk Alia yang sudah separuh memotong bawang besar.

Makcik, ayam tu kena goreng dulu termasuk hati dan pedal ayam tu. Felisha jenguk pula ayam yang sudah diperap.

Err..ayam ni kena goreng garing ke macam mana Puan Suraya teragak-agak.

Separuh garing sebab nanti kita nak masukkan dalam kuah kuzi. Kalau terlebih garing, keras pulak ayam tu nanti. Felisha mula buka tomato puri dalam tin dan susu cair.

Bawang besar yang digoreng keperangan tadi, dikisar halus dan ditumis sekali dengan rempah kuzi. Kismis dan kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak tadi digaulkan sekali dalam rempah ketika menumis.

Hmmsedapnya bau kak! Alia dekatkan hidungnya pada kuali.

Ya la..harumnya bau! Puan Suraya mencelah sambil menghidu bau tumis.

Okeylepas ni kita masukkan tomato puri satu tin. Tumis sehingga hilang bau tomato dan masukkan susu cair. Lepas tu, baru masukkan ayam dan bahagian dalam tadi tu.Felisha tuang tomato puri ke dalam kuali tadi.

Hmmapa bau ni Ni yang tak sabar nak makan! Fariz muncul bersama Encik Mustafa di muka pintu dapur.

Abang dah balikPuan Suraya cepat-cepat mencium tangan suaminya.

Felisha hanya tersenyum memandang kemesraan Puan Suraya dengan Encik Mustafa. Memang romantik.

Dah boleh makan ke Fariz mendekati Alia yang sedang mengacau kuah kuzi.

Hish! Abang ni! Sabarlah! Alia tepis tangan Fariz yang sudah mencedok kuah kuzi.

Felisha hanya diam di tepi kabinet dapur. Fariz dilihat seketika. Hmm..ini kali terakhir aku akan jumpa kau Fariz.

Abang dan Riz pergi mandi dulu. Puan Suraya tersenyum melihat mereka berdua berpeluh selepas balik dari joging di taman tasik tadi.

TENGAH HARI itu mereka sekeluarga menikmati hidangan tengah hari dengan masakan dari Felisha. Kuzi ayam yang dipadankan dengan roti jala dan roti kosong.

Nasi juga turut dihidangkan bersama lauk ikan kerapu tiga rasa dan ulam pegaga dipadankan dengan sambal belacan. Berselera keluarga Fariz menikmati juadah tengah hari itu.

Sha..makcik nak tanya sikit.. Puan Suraya mulakan bicara setelah semua senyap dari tadi.

Apa makcik Felisha senyum. Dia hanya makan kuzi dengan roti kosong saja. Itu pun sudah penuh rasanya dalam perutnya. Kenyang!

Sha memang cintakan Fariz

Tersedak Fariz yang sedang meratah ayam.

Abang ni! Tengok! Habis baju adik! Alia bingkas bangun. Dia terus ke singki membasuh kuah kuzi yang terpercik ke bajunya.

Err..kenapa makcik Felisha pandang Puan Suraya yang asyik tersenyum dari tadi. Sempat jeling Fariz yang sudah menogok air habis satu gelas.

Kalau ya, baguslah sebab Fariz pun sukakan Sha! Puan Suraya menjawab.

Hah Fariz tergamam. Mencerlung!

Felisha pandang Fariz. Berkerut kening. Betul ke dia ni sukakan aku

Fariz tuang lagi air dan meneguk sampai habis satu gelas. Dia jeling Felisha yang masih memandangnya dengan riak keliru.

Mamadia ni berlakon je la mama. Tengok riak muka dia pun Riz dah tahu. Fariz sandar di kerusi.

Felisha menelan liur. Erk! Macam mana dia tahu aku hanya berlakon Nampak sangat ke lakonan aku amatur

Puan Suraya berpaling ke arah Felisha. Sha, betul ke

Makciksebenarnya saya memang suka kat dia tapi macam saya kata dulu, Fariz tak pernah cintakan saya. Untuk pengetahuan makcik dan pakcik, saya akan bertunang tak lama lagi. Saya dah jemu tunggu Fariz. Betul kata mama saya, pernikahan akan bahagia bila kita bernikah

dengan orang yang sukakan kita. Terima kasih kerana selama ini makcik dan pakcik melayan saya dengan baik. Jodoh saya bukan dengan Fariz. Entah kuasa dari mana Felisha berani berterus terang.

Fariz hanya tunduk. Diam.

Abang memang cintakan kak Sha! Mengaku je la bang! Alia tak puas hati. Rancangannya sudah punah.

Apa ni dik Fariz mendongak.

Ni apa Alia rampas telefon bimbit Fariz dan buka semua sms yang dihantar kepada Felisha.

Fariz membaca satu persatu sms di telefonnya. Membuntang melihat semua sms itu. Bila masa aku hantar mesej jiwang kat minah bunga tu

Tak nak mengaku lagi Alia cubit lengan Fariz.

Puan Suraya hanya senyum. Dia jeling Alia.

Eh! Abang tak pernah hantar semua ni! Fariz sudah bingung. Dia garu kepala yang tak gatal.

Felisha minta diri. Dia bersalam dengan Puan Suraya dan Alia.

Saya doakan Fariz juga bahagia dengan pilihan hatinya. Felisha buka apron dan mencapai beg tangannya sebelum melangkah keluar dari rumah besar tiga tingkat itu.

TIBA di rumah, Felisha berehat di sofa. Rumah yang dihuni bersama Najwa dan Hanim kini terasa sunyi. Dua minggu dia akan berseorangan nanti.

Ya mama Felisha menjawab panggilan telefon dari Puan Bainun. Deringan kuat dari telefon bimbit memecah keheningan ruang tamu rumahnya.

Minggu depan Baiklah.. Felisha termenung semula. Tempoh yang diberi mama sudah tamat. Nak tak nak, dia kena terima apa jua keputusan mama. Nampaknya mama terlebih dulu merancang dengan Puan Akma. Minggu depan dengan rasmi aku jadi tunang Tajdid.

Perlahan dia melangkah ke bilik. Beg tangan dihempas atas katil. Tubuhnya turut direbahkan atas katil. Mata memandang siling.

Hmmminggu depan aku akan bertunang dengan Tajdid. Tak apalah. Fariz pun tak pernah ada sekelumit rasa sayang kat aku. Sms tu pun entah siapa yang hantar kalau bukan Fariz. Maknanya Fariz tak tahu menahu fasal sms tu. Siapa yang hantar kat aku Itu memang nombor Fariz. Felisha jenuh memikirkan apa yang terjadi. Badannya dipusing mengadap pula balkoni bilik. Angin yang bertiup sepoi di luar agak nyaman. Awan pula sudah mula kelabu.

Felisha bingkas bangun. Kain yang dijemur di laman tadi masih belum diangkat. Laju kakinya menuruni anak tangga menuju ke tempat penyidai. Dia pandang langit. Angin bertiup semakin kuat. Cepat-cepat kain yang disidai diangkat. Berlari dia ke dalam rumah semula bila terasa ada titis hujan mula menitik. Dia mendongak ke langit. Hujan sudah mula turun dengan lebat.

Nampaknya malam ni aku kena tidur sorang-sorang kat sini. Seram jugak duduk sorang dengan hujan lebat macam ni. Kalau aku ajak Alia, aku kena berhubung lagi dengan famili Fariz. Haih..macam mana niFelisha termenung di sofa semula. Serba salah. Hanim pun selepas balik kampong, dia ada pula kerja luar, kena pergi Pulau Pinang kerana ada kursus seminggu.

Ah! Aku ajak je la Alia. Mama dan papa pulak pergi rumah mak lang kat Shah Alam. Dua malam juga mereka tidur sana. Felisha segera menghubungi Alia.

FELISHA senyum. Alia sudah tercegat di depan pintu rumahnya. Agak basah dalam hujan lebat di luar.

Siapa hantar Alia Cepat juga Alia cari rumah akak ni.Felisha jenguk ke laman.

Siapa lagi, abang Fariz la. Dia tu pandai cari tempat hanya tengok alamat je. Tadi Alia ajak dia masuk rumah tapi dia tak nak. Dia kata nanti kena cekup la, kena tangkap basah la, macam-macam alasan! Alia melangkah masuk ke ruang tamu.

Felisha senyum kelat. Aku pun tak ingin kena cekup dengan kau Fariz!

Maafkan akak Alia. Menyusahkan Alia saja. Tak apa ke Alia temankan akak dua tiga malam Felisha hulur tuala bila melihat pakaian Alia sedikit basah.

Tak apa..Alia duduk sini pun okey jugak. Alia sengih.

Alia salin pakaian dulu. Nanti akak buatkan kopi panas. Felisha menapak ke ruang dapur. Dia membancuh kopi panas dan membawa semula ke ruang tamu. Sepinggan kuih cekodok pisang turut dihidangkan sama.

Mari makan dulu! Felisha mendongak melihat Alia sudah siap tukar baju.

Hmmsedap cekodok pisang ni. Akak masak sendiri ke Alia mengunyah sebiji cekodok pisang yang bulat-bulat comel.

Felisha angguk. Makanlah. Banyak lagi kat dapur.

Kak Sha, siapa lagi yang tinggal di rumah ni Alia pandang sekitar ruang tamu. Dia dongakkan kepala ke arah tingkat atas.

Akak bertiga dalam rumah ni. Housemate akak pergi outstation. Kalau Alia nak tengok tv, tengok jelah ya. Akak nak masuk bilik kejap. Nak simpan baju ni. Felisha angkat baju yang dilipat dan mula melangkah ke bilik.

Alia mula menonton tv sambil menikmati cekodok pisang yang dibuat Felisha. Sebiji demi sebiji cekodok pisang tu dimakan. Telefon berdering kuat.

Siapa call pulak ni Alia jenguk skrin telefon bimbitnya.

Ya ada apa bang Tertinggal Alahabang jelah bawa sini. Adik nak guna jugak. Alia letak telefon. Nak cepat tadi, dia terlupa nak bawa komputer riba. Esok dia ada perbincangan dengan study group. Semuanya ada dalam komputer riba tu.

Kenapa Alia Felisha menapak turun ke tempat Alia semula.

Alia tertinggal laptop. Esok nak kena discuss. Semua ada dalam tu. Alia suruh abang Fariz hantarkan. Alia sengih. Dia meneguk kopi panas perlahan-lahan. Masih berasap.

OhAlia tak save dalam thumbdrive ke Kalau Alia save kat situ, boleh je guna laptop akak. Felisha merebahkan diri sebelah Alia. Dia jeling cekodok pisang yang hanya tinggal dua biji. Lapar sangatlah tu agaknya.

Boleh ke Tapi Alia dah suruh abang datang ni.

Call dia semula. Tak payah datang. Felisha jeling telefon Alia. Beri isyarat.

Nantilah Alia call dia. Alia menyambung semula menonton cerita di tv.

Felisha senyum hambar. Haihdah la aku tak nak tengok muka Fariz tu dah. Terpaksalah kau mengadap juga muka mamat tu Felisha oi!

HAMPIR sejam Alia dan Felisha menonton tv. Alia sudah menguap dari tadi.

Alia dah mengantuk ke Felisha pandang mata Alia ynag sudah merah.

Haah la kak. Agaknya makan cekodok pisang banyak sangat kut.. Alia menguap lagi.

Abang Fariz datang tak Felisha jeling jam di dinding. Hampir sepuluh setengah malam.

Entahlah kak. Biarlah dia. Alia nak tidur la. Alia bingkas bangun.

Alia dah solat isyak Felisha menolong Alia mengangkat beg pakaian dan beriringan menuju ke bilik Felisha.

Alia hanya angguk.

Mereka berdua mula mengemas katil dan Alia membersihkan diri di bilik air. Felisha jenguk melalui tingkap. Langsir diselak sedikit. Fariz belum sampai. Haish..dia ni nak datang ke tak nak Alia pun satu, bukan nak call tanya ke apa ke Aku jugak yang risau. Buatnya dia terjongol depan rumah aku..bilik aku Macam mana Haihminta jauh!

Akak intai siapaAlia keluar dari bilik air.

Errabang Fariz tu jadi ke nak datang Felisha jenguk lagi.

Alia senyum. Dia menapak mendekati Felisha yang masih terjenguk-jenguk ke arah laman.

Kak Sha rindu kat abang Fariz ke Usik Alia.

Hish! Rindu apanya! Akak tanya ni sebab dah tengah malam ni. Kalau betul dia nak datang, baik datang sekarang. Akak pun dah mengantuk ni. Alia nak tunggu ke Alia dipandang tak berkelip. Budak ni bertuah betul la!

Ooooingatkan kak Sha rindukan abang. Alia ketawa mengekek.

Felisha hanya diam. Tak kuasa!

Abang tu bukan suka sangat keluar malam-malam. Mesti dia datang pagi esok la tu. Dah la kak, tidur je la. Alia tarik tangan Felisha ke katil.

Alia pasti

Alia angguk.

Mereka mula baring di katil. Alia sudah berselimut lingkup. Felisha masih terkebil-kebil melihat siling. Hujan masih lebat di luar. Kilat dan guruh masih berdentum kuat. Sesekali bunyi anjing menyalak sayup-sayup kedengaran. Seram sejuk dibuatnya.

Kenapa aku rasa lain macam je malam ni Felisha jeling Alia yang sudah lena. Dia menoleh pula ke arah tingkap. Bunyi titis hujan menghentam di cermin tingkap jelas di telinganya.

Felisha bangun dan mendekati tingkap. Terjenguk-jenguk ke arah laman.

Tadi aku rasa mengantuk..kenapa sekarang ni tak mengantuk pulak ni Felisha berpaling menapak ke katil semula.

Hah Felisha pandang sekitar bilik. Gelap. Blackout ke

Dia bingkas bangun semula. Lampu suluh di atas meja dicapai. Berhati-hati dia melangkah ke tingkat bawah menuju ke pintu utama. Di situ ada suis utama. Memang gelap. Kilat di luar memancar kuat.

Ya Allah! Felisha menelan liur. Sebaik kilat tadi, dia ternampak kelibat orang di luar tingkap. Langkahnya terhenti. Ya Allahjanganlah ada apa-apa yang tak baik. Berkali-kali Felisha berdoa.

Mana pulak suis ni Teraba-raba Felisha mencari suis utama. Lampu suluh ditalakan ke arah kotak fius.

Dummmmmm!!!

Pantas Felisha menoleh ke arah pintu rumah. Terbuka luas. Dia menelan liur berkali-kali. Angin kuat dari luar terasa menerjah masuk ke ruang tamu. Rambutnya turut mengerbang. Tempias hujan menerjah masuk. Terasa sejuk.

Perlahan Felisha jenguk. Rasanya tadi aku dah kunci pintu ni..

Hujan lebat di luar masih mencurah turun. Dentuman kilat dan guruh masih menggila. Felisha cuba tutup pintu.

Fuh! Lega.

Dia berpaling ke belakang. Suara berdehem jelas menerjah gegendang telinganya. Lampu suluh yang dipegang

tercampak ke lantai. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang.

Siapa ni Lepaskan aku! Felisha meronta.

Alia!! Tolong!!! Jerit Felisha dengan kuat. Suasana masih gelap. Dia meronta ingin melepaskan diri. Lelaki itu mula menekup mulutnya.

Alia! Alia!! Jerit Felisha sekali lagi dengan suara semakin kuat sebaik dia menggigit tangan lelaki tadi.

Diam!

Tubuh Felisha ditolak kuat ke atas sofa. Terhenyak Felisha di situ. Dalam cahaya samar dari cahaya kilat, jelas dia melihat lelaki tadi bertopeng hitam. Hanya dua biji mata saja yang kelihatan. Lelaki itu mendekati Felisha.

Tolongjangan apa-apa kan saya..saya merayu. Kalau awak nak harta, duitambillah! Tapi jangan apa-apakan saya.. Felisha merayu sambil menangis teresak-esak. Dia cuba bingkas bangun dan mengundur. Sempat jeling tingkat atas, Alia mungkin sudah lena panjang.

Diam aku cakap!! Kali ini lelaki itu merangkul tubuh Felisha. Baju tidur Felisha disentap kuat sehingga terkoyak.

Tolong..saya merayu..jangan apa-apakan saya.. Felisha meronta lagi.

Lelaki itu tidak hiraukan rayuan Felisha. Kali ini dia cuba menarik baju Felisha.

Aduh!!

Felisha menendang celah kelangkang lelaki itu dan mula berlari ke ruang dapur. Dia perlu pertahankan diri walau terpaksa korbankan nyawa sendiri sekalipun. Tidak sesekali dia menyerah! Maruah aku mesti dipertahankan! Tangannya segera mencapai sesuatu.

Felisha jenguk ke ruang tamu semula. Kelibat lelaki itu sudah tiada. Pintu rumah terbuka luas. Ribut dan angin yang kuat masih bermaharajalela di luar. Tempias hujan sudah mula membasahi depan pintu rumah.

Dah cabut lari ke orang gila tadi Felisha berhati-hati melangkah ke ruang tamu. Kalau lelaki itu masih di situ, akan dihentak dengan buntut kuali besar. Hanya itu yang sempat dicapai di dapur tadi.

Lega. Lelaki tadi sudah nyata lenyap dari rumahnya. Berkali-kali Felisha memeriksa sekitar anjung rumah. Memang sah, kelibat lelaki tadi sudah tiada. Pintu ditutup dan dikunci.

Ya Allah..aku bersyukur pada Mu. Felisha terduduk di sofa. Masih trauma dengan kejadian tadi. Dia jenguk ke atas. Mana mungkin Alia dengar jeritannya tadi dengan hujan lebat, kilat dan guruh berdentum dentam tadi. Kalau aku pun, memang tak akan dengar.

Sekali lagi Felisha terkejut. Dia mula pucat. Ketukan kuat di pintu jelas kedengaran. Dia menelan liur. Siapa pulak ni

Siapa

Tiada jawapan. Felisha pegang pemegang kuali dengan kuat. Bersedia menghempuk jika berlaku sesuatu seperti tadi. Pintu dibuka perlahan.

Terbeliak melihat kelibat seorang lelaki berjaket hitam tercegat di depan pintu rumah.

Panggg!!

Hentakannya tadi terkena bahu lelaki itu. Pantas lelaki itu menolaknya masuk ke rumah. Pintu dihempas kuat.

Oi! Kau dah gila ke

Felisha menelan liur.Siapa pulak ni Alamak!

Kau jangan nak berlakon! Aku hempuk dengan kuali ni! Felisha bersedia sekali lagi. Kalau lelaki itu cuba memeluknya, buntut kuali itulah yang akan menghentak kepala.

Siapa berlakon Lelaki tadi menepis kuali dari dihempuk Felisha.

Felisha tersondol jatuh atas tubuh lelaki tadi. Suasana agak gelap masih memenuhi ruang tamu.

ALIA genyeh mata. Dia buka mata perlahan bila terasa panas. Suasana dalam bilik gelap gelita. Bunyi bising jelas menusuk ke lubang telinganya.

Mana kak Sha Alia pandang sebelah.

Alia menapak perlahan ke arah pintu yang terbuka luas. Dia jenguk ke bawah. Ya Allah! Dia menelan liur. Seorang lelaki cuba merogol Felisha.

Alia bergegas ke ruang tamu. Kak Sha mesti diselamatkan!

Alia meluru ke arah lelaki yang telah menghempap tubuh Felisha. Dia kaget.

Apa aku nak buat ni Alia pandang kotak fius. Dia segera panjat atas meja yang ada di situ. Suis utama ditolak ke atas. Keadaan mula terang.

HahAlia terbeliak sebaik terpandang tubuh Felisha dihempap seorang lelaki.