LAPORAN analisa disiapkan cepat. Tadi laporan yang telah dihantar kepada kerani untuk ditaip dipulangkan semula. Banyak yang salah. Terpaksa Jai buat semula. Sejak Seri bertunang, fikirannya dah bercelaru.
Abang Jai, ni ada lagi laporan yang salah. Nik hulur segenggam laporan analisa yang dihantar semalam.
Salah lagi Jai dongak.
Nik angguk.
Letak jelah kat situ. Jai tunduk. Apa kena dengan aku ni Semua salah!
Abang..kalau abang ada masalah, biar saya yang sediakan laporan tu. Lagipun, hari ni tak banyak kerja. Baca keputusan analisa je. Itu pun untuk analisis E.coli dan Coliform untuk air mineral. Nik duduk di depan Jai. Kesian melihat bos mudanya dah kusut masai rambutnya. Macam muka bangun tidur.
Tak apalah. Abang boleh buat sendiri. Dah check environmental monitoring rekod
Nik angguk.
Hmmkalau macam tu, dispose petri dish yang dah dipakai tu. Dah tiga hari kat bawah autoclave tu. Nanti
busuk satu lab. Siapa yang kena marah Abang jugak.. Jai sengih.
Maaf bang..terlupa pulak. Nik bangun dan menapak ke bahagian belakang makmal.
Jai jeling jam di dinding. Suku lagi nak menghampiri lima petang. Dia cepat-cepat siapkan laporan.
Nik! Nanti tolong siapkan dua lagi laporan. Ada atas meja tu. Jai capai helmet dan jaket kulit.
Yalah! Nik laung dari belakang.
MOTOSIKAL dipecut laju menuju ke Mutiara Damansara. Dia membelok ke arah bangunan lima tingkat.
Jai mendongak. Terpampang papan tanda milik syarikat ayahnya.
Apa hal Encik Hamdan call aku tadi Helmet dibuka dan diletak atas motosikal. Rambutnya disikat kemas.
Jai dongak lagi. Itulah pertama kali dia sampai di syarikat DeSutera Sdn Bhd. Syarikat yang diusahakan ayahnya sejak sepuluh tahun dulu. Masih tersergam indah di situ.
Perlahan Jai menapak ke pintu utama bangunan. Teragak-agak dia menekan butang lif. Terpacak depan lif.
Ah! Naik jelah. Kalau aku tak jumpa, ayah aku pulak tanya nanti.
Jai mula masuk ke dalam lif sebaik pintu lif terbuka.
Tunggu!!!
Jai cepat-cepat menahan pintu lif dari tertutup. Seorang gadis terkocoh-kocoh melangkah masuk. Tas tangan hampir melurut jatuh dengan sebelah tangan lagi memegang beg plastik besar.
Terima kasih..
Jai hanya senyum. Err..cik nak ke tingkat berapa
Tiga.
Jai tekan butang nombor tiga. Suasana dalam lif senyap seketika.
Err..encik nak ke tingkat berapa
Tiga juga. Jai turut senyum. Dia pandang gadis yang tersenyum manis kepadanya sejak tadi. Sopan dengan baju kurung berona merah hati dipadankan dengan tudung putih.
Saya Salina. Encik
Jai.. Jai senyum kelat. Peramah jugak perempuan ni.
Sebaik pintu lif terbuka, Jai dan Salina beriringan menuju ke pejabat di tingkat tiga.
Err..Encik Jai nak jumpa siapa Salina berhenti melangkah. Jai dipandang seketika. Langkah mereka sama tadi.
Jai hanya senyum. Pertanyaan Salina tidak dijawab. Dia meneruskan langkah ke kaunter penyambut tetamu. Seketika kemudian dia mula melangkah ke bilik yang ditunjukkan oleh gadis penyambut tetamu tadi.
Salina menghampiri kaunter penyambut tetamu. Matanya masih menala pada Jai yang melangkah ke bilik Encik Hamdan.
Su, siapa tu Salina korek dari Suhana, gadis penyambut tetamu yang setia menunggu di situ.
Entah.. Suhana jongket bahu.
Kenapa Sambung Suhana lagi. Apa hal pulak minah ni Dah terpikat dengan lelaki tadi ke Semacam je tengok kat mamat tu.
Err..dia nak jumpa siapa Salina masih tak puas hati.
Encik Hamdan. Kenapa
Oh..tak..tak ada apa. Salina senyum hambar. Siapa dia tu Macam pernah aku kenal je
Hai..kau dah terpikat ke Suhana sengih.
Terpikat Salina berkerut kening.
Ya la..pura-pura pulak. Dari riak muka kau tu..aku tahu sangat. Mata kau tu bersinar dah terlebih dari bintang tau tak! Suhana ketawa.
Hish..mana ada. Baru jumpa dah terpikat Orang gila je yang rasa macam tu. Salina segera berlalu ke mejanya. Sempat dia jeling ke arah bilik Encik Hamdan. Lelaki muda tadi berbual mesra dengan bosnya.
Hmmmesra semacam je. Tak pernah pulak aku tengok dia datang sini. Ni pertama kali rasanya. Salina terjenguk-jenguk ke arah pintu cermin bilik Encik Hamdan.
JAI melangkah lemah keluar dari bilik Encik Hamdan. Perbualan dengan Encik Hamdan tadi benar-benar membuatkan otaknya semakin berserabut. Kenapa aku yang nak kena ganti Encik Hamdan pun satu! Dah tahu aku tak suka kerja batik ni, dia sengaja undur diri. Terima tawaran menjadi pengurus di cawangan baru di Kedah.
Erk! Encik Jai okey ke Salina cepat-cepat mengundur. Kenapa dia ni Menonong je berjalan. Aku yang terpacak kat sini tak nampak ke
Hah Jai pandang Salina.
Ni.. Salina tuding ke arah tubuh Jai yang hanya tinggal dua tapak saja lagi rapat ke tubuhnya.
Err..maaf. Saya tak sengaja. Jai tersedar dari lamunan. Dia pandang Salina yang dah pucat lesi. Apa hal aku ni Menonong tak ada arah ni
Tak apa.. Salina mengelak ke kanan.
Jai segera menapak keluar dari pejabat. Dia perlu dapatkan kepastian dari ayahnya sendiri.
Err..Encik Jai!!
Jai menoleh. Salina berlari anak ke arahnya.
Ada apa
Ni.. Salina hulur jaket hitam milik Jai.
Err..macam mana saya boleh tertinggal pulak ni Jai sengih. Rupanya tadi dia keluar menonong dari bilik Encik Hamdan, jaket hitam yang disangkut pada kerusi tidak diambil.
Tu la..Encik Jai fikir apa. Tadi nak langgar saya, sekarang ni dah lupa jaket sendiri. Encik Hamdan yang bagi tadi, sempat saya kejar Encik Jai. Termengah-mengah suara Salina.
Terima kasih.. Jai senyum. Apalah aku ni..fikir sampai macam tu sekali. Lupa jaket, nak langgar perempuan, lepas ni apa la pulak
Encik Jai ni..macam saya pernah nampak.. Salina merenung Jai. Jemarinya melekat di dagu.
Oh ya Macam klise je soalan tu Jai senyum sinis. Biasalah kalau nak berkenalan.
Salina senyum. Aku bukan gatal nak pikat kaulah!
Hmm..thanks sekali lagi. Saya pergi dulu. Jai minta diri. Dia segera beredar dari situ.
Salina masih tercegat di muka pintu pejabat. Dia pandang Jai hingga lenyap dari pandangan. Dia menapak semula ke ruang pejabat.
Amboi, amboi! Dah jumpa Mat Korea, aku pun kau dah tak pandang ya!
Salina jeling Rizal a.k.a Lepat yang tersengih-sengih. Menyibuk betul mamat ni.
Apa kau cakap tadi Mat Korea Salina mula bertanya.
Lepat angguk.
Siapa
Alah..buat tak perasan pulak. Tu! Beria kau layan Mat Korea tu, ya la..aku sedar, aku ni tak sekacak dia tu. Aku ni nak kata tak handsome, rupa aku dah macam mat Hindustan dah Lepat buat muka merajuk.
Tu sekali pandang, dua kali pandang, macam mat lombok tu.. Salina sengih. Lepat ni kalau bercakap selalu merendah diri. Kalau boleh nak sembam muka tu dalam kotak.
Sampai hati kau kata aku macam tu. Mentang-mentanglah aku tak ada rupa tapi aku baik tau! Handsome pun nak buat apa, kalau perangai tak senonoh! Lepat mencebik.
Salina gelak. Kalau bercakap dengan Lepat ni, memang tak kering gusi.
Dahlah! Banyak lagi kerja yang aku kena buat. Layan kau cakap ni, memang tak akan habis. Sekejap lagi Encik Hamdan nak laporan jualan bulan ni. Tu, selendang dan baju batik yang baru sampai tu, kau dah kira stok Salina tuding ke arah longgokan tudung dan baju di sudut kiri pejabat.
Lepat menoleh mengikut arah jari Salina. Dia sengih. Memang itu kerjanya. Kira stok setiap bulan. Dah naik juling mata tengok pakaian yang berwarna warni tu.
Salina segera ke mejanya semula. Fail warna kuning dibuka lagi. Pening melihat angka-angka yang perlu diseimbangkan.
Terpaksa juga dia perah otak mengira semua jualan dan belian.Selepas tu, nak kena siapkan laporan pula setiap hujung bulan.
Nak buat macam mana, dah itu minatnya sejak dulu. Perakaunan, bidang yang sememangnya dia inginkan.
Hmm..Mat Korea Ada juga iras pelakon Korea yang handsome tu.. Salina sengih. Tengah berserabut memikirkan macam mana nak seimbangkan akaun, tiba-tiba terbayang wajah Jai dan kata-kata lepat tadi.
Macam pernah aku jumpa dia tu..siapa ek Berkerut kening Salina memikirkan siapa Jai.