WAKTU pagi. Hujan telah berhenti seawal setengah jam yang lalu menjadikan cuaca pagi di Kuala Lumpur agak sejuk ketika ini.
Aaron juga telah bangun dan bersiap. Tubuhnya disaluti T-Shirt berlengan panjang dan seluar Bermuda berwarna beige. Hanya bergaya ringkas kerana dia tidak berniat untuk ke pejabat hari ini.
Farizah masih lagi lena dalam bilik tidurnya.
Aaron menuju ke dapur. Sebiji mug diletakkan di Mesin Kopi. Bunyi biji kopi yang dikisar memenuhi ruang dapur. Bau aroma kopi sangat menyegarkan minda di waktu pagi. Sementara menantikan mugnya penuh, dia membuka peti sejuk, memerhatikan apa yang ada di dalamnya. Tidak banyak bahan-bahan mentah yang terkandung dalam peti sejuk itu. Hanya bahan-bahan asas seperti telur, keju, salad sedia di makan. Roti, Marjerin dan mentega kacang. Ada juga dua pek sosej.
American Breakfast.
Aaron tersenyum sambil tangannya mencapai beberapa bahan untuk dibuat sarapan. Dia memang pandai memasak tetapi dia jarang memasak. Maklumlah, tinggal bersendirian. Lebih mudah makan di luar saja. Dapur pun kemas, tak bersepah. Tetapi, pagi ini dia berniat untuk menyediakan sarapan untuk Farizah.
IzzyBibirnya masih terukir senyum.
Senyuman itu, bagaimanapuntidak lama. Satu tujahan di belakang badannya mematikan segala fikiran dalam minda. Agak kuat, hampir saja barang-barang di tangannya terlepas.
How dare you!
Satu jeritan langsung menyapa telinga. Diserang rasa terkejut, Aaron segera meletakkan bahan-bahan di tangan ke atas kabinet dapur lantas berpaling.
Sikap manja dan menggoda malam tadi telah hilang. Berganti dengan wajah yang menyinga.
How could you do this to me! Sekali lagi, suara bingit Farizah memenuhi ruang dapur. Aaron terpinga-pinga.
Lelaki! Memang tak guna! Dan pelbagai lagi kata-kata kasar keluar dari mulut Farizah. Bukan itu saja, Farizah bertindak lebih ganas apabila tangannya menggampar tubuhnya.
Dek kerana tergamam, Aaron membiarkan saja Farizah melepaskan geram.
You. Are. Such. A jerk!
Tangan Farizah melayang hampir tepat mengenai pipi namun kali ini, Aaron juga bertindak. Tangan Farizah digenggam kemas.
Stop it, Izzy
Farizah seolah histeria. Kata-kata Aaron tidak dipedulikan. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri. Melepaskan rasa sakit yang terpendam dalam hati.
Izzystop. Listen to me!
Listen to you Lepas apa yang kau buat pada akukau ingat aku nak dengar cakap kau Farizah menjerit lantang dan masih meronta.
You dengan Badlidengan semua jantan kat luar tusama aje! Dasar buaya!
Izzy! I wont do it if I dont love you.
Love Bullshit!
Izzy. Dengar sini. You yang mula dulu. Kali ini, suara Aaron juga meninggi.
What
You yang Aaron mematikan kata. Rontaan Farizah turut terhenti.
Iwhat Soalan yang sama terkeluar dari mulut Farizah. Namun kali ini, lebih lemah.
You yang mula duluIzzy. Last nightyou hugged me and then kitaAaron menarik nafas panjang, tidak meneruskan kata-kata. Farizah di hadapannya direnung lama.
Farizah pula kelihatan kabur dan terdiam. Butir kata-kata Aaron mula masuk dalam kepala. Malam tadi
Malam tadi, bukankah aku bersama Shah
Nafasnya turun naik. Jika tadi, dek kerana amarah yang terlalukali ini, kerana sesalan yang dia pun tak tahu untuk apa.. Kakinya terasa lemah hampir rebah namun mujur tubuhnya sempat disambut Aaron.
Izzy I did try to avoid it, alright But you you.damn! How do you expect me to turn you down I mean...look at you...
Farizah kekal mendiamkan diri, cuba mencari sisa-sisa kekuatan dalam diriandai masih ada. Fikirannya kembali merewang. Badli. Aaron. Shah. Aaron. Shah. Shah. Aaron
Izzy
Farizah terasa Aaron menolaknya perlahan namun tangan Aaron masih kekal di bahunya.
Izzylook at me
Perlahan-lahan Farizah mengangkat muka. Kini mereka bertentangan mata.
Do you remember, what happened last night
Ingat. Dia bersama dengan Shah.
Izzy
Farizah kekal mendiamkan diri. Dia sendiri terasa keliru, bagaimana pula hendak dia terangkan kepada Aaron Sekali lagi, dia terasa bahunya dipaut. Tanpa bantahan, dia membiarkan saja Aaron membawanya ke meja makan. Kerusi ditarik untuknya dan perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di kerusi.
Aaron pula terus berlalu. Farizah tak bertanya ke mana, tak peduli ke mana.
Coffee
Sebiji mug berisi kopi panas diletakkan dihadapannya beberapa saat kemudian. Aromanya memberikan sedikit kesegaran pada minda. Tetapi, mug berisi kopi itu tidak disentuh, hanya dibiarkan kaku di situ.
Izzy, do you remember...what happen last nightSoalan yang sama ditanya lagi.
Farizah mengangkat muka. Aaron sudah pun duduk di sebelahnya, berwajah tegang. Dia melarikan pandangan. Apa yang mampu dia buat adalah, membatukan diri dan merenung kosong ke arah mug. Sepertinya, mug itu yang bercakap dengan diabukan Aaron.
Last nightyou mabuk.Suara Aaron mendatar.
Farizah membiarkan saja Aaron membuat penjelasan.
I nak hantar you balik tapi you tak nak. You cakap, kalau housemate you tahu yang you mabuk, mesti housemate you bising. Bila I tanya you nak pergi mana, you tak jawab. So, Ive decided to bring you back to my house. At leastyou have a proper place to rest.
Aaron berhenti seketika dari berbicara seraya melihat ke arah Farizah. Menantikan reaksi. Tiada. Wajah Farizah kekal seperti tadi.
Thenkita berbual sekejap before you start crying.
Kali ini, Farizah mula memberikan sedikit tumpuan walaupun masih tidak mengalihkan pandangannya dari mug.
Lepas tu..you cakapyang youAaron menelan air liur. You said that you love me so much. You hugged meand thenyou start to
Pandangan Farizah bertukar dari mug kepada Aaron, merenung tajam.
Aaron mengeluh. Malam tadi, dia benar-benar menyangkakan yang Farizah turut mahukannya.
Malam tadi, dia menyangka Farizah cintakannya. Dia lelaki normal dan dia tak mampu menangkis godaan dari wanita yang dia sayang. Dan dia, benar-benar cintakan Farizah.
I tahu malam tadi you mabuk. Mungkin you tak sedar apa yang you cakap. But, for some reasons Izzy... bila you cakap yang you cintakan I Ithought youre really meant it
Farizah memejamkan mata lalu menggeleng.
But now I knowIm wrong. You sebenarnyalangsung tak cintakan I Nada yang benar-benar kecewa terluah dalam kata-kata itu.
Habis berbicara, Aaron menarik nafas. Kembali memerhatikan Farizah yang berterusan membisu.
Izzy Aarom memecah sunyi.
Farizah tak menyahut.
Izzypleaselook at me. I sayangkan you. Betul-betul sayangkan you. I love you Izzy.Tolong jangan samakan I dengan Badli. I bukan Badli, okey I will not sleep around with just any girls or force them to be with me. But last night, I really thought that we share the same feelings. I takkan buat semua ni kalau I tahu yang you. Kata-kata Aaron terhenti sekali lagi.
Kalau I tahu yang you tak sayangkan Imacam mana I sayangkan you
Farizah merenung mata Aaron dan untuk kesekian kalinya mencari seandainya ada ketidakjujuran dari raut wajah itu.
Tiada. Farizah tahu, apa yang dituturkan Aaron sebentar tadibenar belaka.
Saat ini, dia tidak tahu mana yang lebih menyakitkan hati. Kejujuran Aaronatau keterlanjuran dirinya sendiri
Saat ini, betapa dia berharap Aaron berbohong supaya dia dapat membenci lelaki itudan bukan dirinya sendiri.
Izzy
Bibir Farizah bergerak-gerak, cuba menyatakan sesuatu namun tiada bicara yang mampu diluahkan hingga akhirnya dia mula teresak-esak.
Ssshhh.dont cry. Hati I sakit tengok you macam ni Aaron menarik Farizah rapat ke dada. Izzylisten. Ill do whatever it takes to be with you. I janji, apa-apa yang jadi pada you, I akan bertanggungjawab.
I sayangkan you, okey I reallyreally love you. Aaron tetap cuba memujuk tetapi Farizah seolah-olah tenggelam dalam tangisan.
Akhirnya dia membiarkan saja Farizah menangis semahunya.
Agak lama berkeadaan begitu, akhirnyatangisan Farizah berhenti. Dia lantas menjarakkan diri dari Aaron.
Izzyare you okay
Hantar I balik. Suara Farizah dingin sekali.
Izzyyou
Hantar I balik. Ulang Farizah, lebih tinggi kali ini. Dia kemudiannya bangun dan pergi dari situ.
Aaron menarik nafas panjang sebelum bangun perlahan-lahan. Rasa bersalah, marah, kecewa dan buntu berbaur menjadi satu. Satu keluhan panjang dilepaskan.
SEPANJANG perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut masing-masing. Aaron fokus memandu mengharungi jalan yang sesak manakala Farizah lebih suka membuang pandang ke luar tingkap, melayan perasaan sendiri.
Hanya lagu di radio menjadi peneman.
Izzy
Namanya dipanggil lantas Farizah menoleh.
Dah sampai
Kereta Aaron sudah pun diparkir di tepi jalan, berdekatan dengan Vista Tasik.
Tak pasti berapa lama dia sudah berada di sini. Yang pastinya, dia mengelamun terlalu jauh sehingga tak sedar yang kereta ini sudah pun berhenti. Farizah mengeluh.
Aaron menyandarkan kepalanya ke kerusi manakala Farizah kembali mendiamkan diri.
Senyap. Lama. Masing-masing tidak tahu hendak berkata apa. Nasi sudah menjadi bubur Terajak perahu boleh diundur Realitinya, perkara yang telah berlaku memang tak boleh ditarik balik.
Malam tadi, masa you tidur. You mimpi. Its like youre having a nightmare. And you keep on mentioning namaShah.Aaron akhirnya memecah sunyi.
Farizah menarik nafas panjang. Kata-kata Aaron membuatkan dia ingin menangis sekali lagi tetapi ditahan kali ini.
Who is Shah
None of your business. Jawab Farizah, kasar.
Aaron mengeluh.
I nak balik. Farizah bersuara.
Aaron hanya mengangguk.
I hantar you sampai rumah
Tanpa menjawab Ya atau Tidak, Farizah membuka pintu kereta.
AMY baru saja hendak membuka kunci gril di bahagian luar apabila ternampak Farizah di hadapan pintu. Wajah Farizah yang sugul menimbulkan tanda tanya. Lelaki di sebelah Farizah turut dipandang lama. Dia tahu, lelaki itu bukan Badli. Lelaki Cina. Aaron
Izah Amy menyapa tetapi tidak diendahkan.
Farizah melangkah masuk, meninggalkan Amy dan lelaki yang mengiringinya tanpa berkata apa-apa.
Macam ada masalah besar aje. Gaduh ke Melihat keadaan Farizah yang tak bermaya, Amy turut kembali masuk ke dalam rumah. Rasa bimbang dan ingin tahu serta-merta timbul dalam hati.
Izah tunggu. Izah!
Panggilan Amy menyebabkan langkah kakinya terhenti. Dengan perlahan, Farizah menoleh ke arah Amy. Niat untuk kembali ke dalam bilik termati.
Izah..kenapa ni Kau okey ke
Akuokey Jawab Farizah. Cuba tersenyun namun hambar. Matanya berkaca.
Amy memandang Farizah dengan seribu tanda tanya. Jawapan okey dari Farizah langsung tak dapat diterima. Wajah Farizah sudah pun menggambarkan isi hatinya. Dia maju ke depan dan lantas Farizah dipeluk. Berharap sekurang-kurangnya, tindakannya itu mampu meringankan sedikit perasaan Farizah walaupun dia tak tahu apa masalah sebenar yang gadis itu hadapi ketika ini.
Amy Farizah teresak-esak di bahu Amy.
Sabar Izah. Kata Amy. Itu saja yang mampu diucapkan buat masa ini.
Tak lama kemudian, Farizah meleraikan pelukan. Air matanya disapu dengan tapak tangan.
Aku okey Amy. Farizah berkata dalam esakan yang bersisa.
Betul
Farizah mengangguk.
Dah lambat ni, Amy. Baik kau pergi kerja. Aku pun nak rehat. Malam ni, flight aku ke Tokyo Farizah berkata.
Izah. Kalau ada apa-apa, call akuokey
Okey Farizah terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
Amy hanya memandang sehingga pintu bilik Farizah di tutup. Dia keluar semula dari pintu rumah. Sedikit terkejut melihat lelaki yang bersama Farizah masih ada di situ.
YouAmy keAmy disoal.
Sambil terkial-kial mengunci pintu rumah, Amy menjawab. Iya
Aaron. Pendek Aaron memperkenalkan diri.
Amy senyum. Benarlah telahannya tadi.
Hai. Jumpa lagi nanti. Amy meminta diri.
Tunggu. Aaron menyaingi langkah Amy.
Amy tersenyum sedikit tetapi masih berjalan.
Can you do me a favorTanpa berkias, Aaron membuat permintaan.
Amy menoleh sebentar ke arah Aaron sambil membuat muka tanda tanya.
Can you make sure that shes fine
EhhmKening Amy terangkat.
Aaron senyumtapi macam tak berapa nak senyum.
You gaduh dengan Farizah ke Soal Amy, cuba mengambil tahu.
Taklah gaduh. Aaron senyum tawar. Adalah problem sikit Sambungnya.
Sikit Agak sinis suara Amy.
Okey. Masalah besar. Akui Aaron tanpa memberitahu punca sebenar masalahnya dengan Farizah. Biarlah disimpan sendiri. Terlalu peribadi untuk diceritakan kepada sesiapa,
I hope that she wont do anything stupid
Kata-kata Aaron mematikan langkah Amy. Keningnya berkerut. "Apa masalah you dengan Farizah sebenarnya ni"
Aaron tersengih sedikit lantas menjungkit bahu, tidak selesa untuk berkongsi apa-apa dengan Amy.
Tanda tanya masih terbayang di wajah Amy. Aaron diperhatikan lebih lama kali ini, dari atas ke bawah dan membuat penghakiman sendiri. T-Shirt warna putih berlengan panjang berjenama Burberry dengan seluar Bermuda berwarna beige, kelihatan ringkas namun ada gaya. Boleh tahan kacak juga.
Amy, boleh tak I nak mintak phone number you Aaron membuat permintaan.
Nak buat apa Amy terasa pelik.
Aaron menghela nafas panjang lalu melepaskan keluhan.
Wellknowing Izzy, Im sure she will ignore my call and she will try to avoid me. Nasib baik I jumpa you depan rumah. So, since you satu rumah dengan Izzyyou ajelah sumber yang I adato get to her Jawab Aaron.
Amy terpinga-pinga sambil membuat penilaian dalam diam.
PleaseAmy. She said, you are her best friend. I tak tahu siapa lagi boleh tolong Ikalau bukan youAaron cuba memujuk apabila Amy mendiamkan diri.
Amytolong Iplease I tak nak apa-apa jadi pada dia. Isayang diaEntah mengapa, di hadapan Amy, mulut Aaron ringan membuat pengakuan. Mungkin dia sudah benar-benar terdesak mahukan pertolongan.
Amy mengemam bibir.
Amytolonglah!
Okey.Amy bersetuju akhirnya.
Aaron menarik nafas lega. Mereka kemudian bertukar-tukar nombor telefon.
Ada apa-apa, tolong call Iokey Kata Aaron.
Amy hanya mengangguk.
Please make sure shes fine.
Okey.
Thanks Amy.
No problem.
Jumpa lagi.
Yup.
Mereka berpisah di perkarangan Vista Tasik. Aaron berjalan ke luar manakala Amy terus menuju ke tempat parkir keretanya.
Tanda tanya kembali bermain di kepala Amy. Apa yang telah terjadi di antara Aaron dan Farizah