NELISSA menangis tersedu-sedu di dalam bilik. Dunia dirasakan sudah tidak adil baginya. Segalanya musnah! Punah!
Zarul!!Nelissa menjerit sekuat hati melepaskan rasa kecewa dan marah.
Semua barang dalam biliknya dibaling. Bersepah merata bilik! Nelissa menangis semahunya. Meraung sekuat hati.
Nely!! Nely!! Kenapa ni Buka pintu sayang!
Nelissa tidak menghiraukan ketukan di pintu biliknya. Jelas suara mama memanggilnya berkali-kali.
Tak ada apa mama! Nelissa terpaksa menjawab supaya Puan Sri Zarina tidak lagi mengganggunya.
Nelissa kembali menekup muka. Matanya sudah bengkak. Dia perhatikan dirinya yang sudah kusut masai.
Zarul..sampai hati kau buat aku macam ni. Kenapa kau khianati cinta aku Apa salah aku Apa dosa aku Salahkah aku cintakan kau
Sekali lagi Nelissa menjerit kuat. Dia baling bantal ke lantai. Cadar katilnya ditarik dan turut dilempar. Habis berselerak!
Nelissa terlentang di atas lantai. Menangis semahunya sehingga tertidur di situ.
SEMBILAN PAGI. Nelissa mula sedar. Dia menapak perlahan ke tepi tingkap. Kelihatan papa dan mama sedang asyik menikmati sarapan bersama di tepi kolam ikan. Bibirnya diketap kuat.
Why papa Why Nelissa sekali lagi menumpahkan air mata. Kata-kata Zarul jelas di cuping telinganya. Papa upah orang untuk memukul Zarul dan merogol adik Zarul! Siapa yang tidak dendam kalau diperlakukan sedemikian rupa
Arrghh!!!! Nelissa menjerit sekuat hati. Dia terduduk di tepi tingkap.
Puas menangis Nelissa mula bangun perlahan. Dia menapak ke bilik air. Lama dia menadah tubuhnya di bawah pancuran air mandi.
Membiarkan baju tidurnya basah kuyup. Segala kejadian malam tadi berputar kembali di benaknya. Dia diculik dua orang lelaki ketika melalui jalan sunyi. Niatnya ketika itu ingin mengambil jalan singkat ke sebuah restoran yang sudah lama dia ingin singgah yang terletak di pinggir bandar Kajang. Jelas dia melihat dia dibawa ke Bangsar. Tak sangka, dia akan bertemu semula dengan lelaki yang terlalu dirinduinya sejak dulu.
Terasa hidupnya kembali malap. Ternyata Zarul begitu keras hatinya.
Arissa...mana kauNelissa meraung lagi. Terasa hidupnya sudah kosong!
TAN SRI JOHARI tersenyum. Anak gadisnya sedang melangkah menuju ke arahnya.
Anak papa ni kenapa Muram je Tan Sri Johari mula menegur Nelissa.
Nelissa tidak menghiraukan teguran papa. Dia melabuhkan punggung di sebelah mama. Sekeping roti diicapai dan dikunyah perlahan. Habis sekeping dia teguk pula teh panas.
Sayang...kenapa ni Kenapa pucat je muka tu Puan Sri Zarina pula bertanya.
Nelissa masih diam. Matanya beralih pada ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Kalau aku jadi ikan, alangkah indahnya..
Nely, whats wrong with you Tan Sri Johari mula tidak senang dengan sikap Nelissa yang mula acuh tak acuh. Surat khabar diletakkan atas meja.
Malam tadi..kenapa Nely menangis sakan Puan Sri Zarina juga turut tidak senang hati. Ada sesuatu yang tidak kena.
Menangis Tan Sri Johari mula serius.
Nelissa masih diam. Dia buat tak reti. Sekeping lagi roti dikunyah.
Nely..whats wrong honey Puan Sri Zarina mengusap lembut rambut Nelissa.
Ask papa!! Nelissa bingkas bangun dan terus menapak masuk ke dalam rumah semula.
Tan Sri Johari dan Puan Sri Zarina saling berpandangan.
Did you hear that Tan Sri Johari pandang isterinya tak berkelip.
Ya..why
Ask me Tan Sri Johari angkat kening. Bingung. Keliru.
Puan Sri Zarina jongket bahu.
NELISSA sudah bertukar pakaian. Dia mengenakan blaus lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambutnya ditocang satu. Beg tangan dicapai dari atas meja solek. Dia perlu ke rumah Arissa.
Laju kakinya melangkah ke kereta.
Nely! Where are you going Tan Sri Johari melaung dari tepi kolam sebaik terpandang Nelissa yang sudah buka pintu kereta.
Nelissa hanya menjeling tajam. Dia terus masuk ke dalam kereta dan keretanya dipecut laju meninggalkan laman rumah.
Tengoklah tu! Malam keluar, siang keluar! Tak reti nak lekat kat rumah! Malam tadi, dia balik pukul berapa Tan Sri Johari mula membebel.
Entahlah tapi balik je dia berkurung dalam bilik. Menangis! Puan Sri Zarina teingat sikap Nelissa malam tadi.
Tan Sri Johari menggeleng. Memang degil betul!
You kena alert pasal anak dara you tu! Ni sibuk dengan persatuan la, spa la, entah apa lagi! Tan Sri Johari mula menyalahkan isterinya.
Eh! You ni! Kenapa I pulak Puan Sri Zarina mencebik.
You mama dia. Sepatutnya you jaga Nely tu bukan manjakan dia! Tengok! Suka hati je keluar macam rumah ni rumah tumpangan! Esok-esok perut tu dah buncit, you jugak yang meraung! Konon malu dengan datin yang lain tu! Tan Sri Johari semakin geram. Sejak dulu, isterinya manjakan sangat anak gadis mereka.
Dia dah besar panjang! Kalau dia macam tu, bukan salah saya lagi. Dia tahu fikir mana yang baik dan mana yang salah. Puan Sri Zarina masih tidak mahu mengalah.
Eii!! Cakap dengan you ni nak menang memanjang! Tan Sri Johari bingkas bangun.
Hah! Nak ke mana pulak tu Puan Sri Zarina mendongak.
Kelab golf!
Tu la you! Sama jugak! Bukan nak lekat kat rumah! Puan Sri Zarina turut bangun dan mula menapak ke dalam rumah.
Tan Sri Johari mula menaiki kereta. Pemandunya diarahkan ke Royal Selangor kelab Golf.
NELISSA mendongak ke arah kondominium yang setinggi lima belas tingkat itu. Dia melangkah lemah ke pintu lif.
Nelissa pula mula masuk ke dalam lif setelah pintu lif terbuka. Dia melangkah menuju ke unit rumah nombor 8 sebaik tiba di tingkat lapan.
Assalamualaikum! Arissa! Laung Nelissa kuat. Loceng pintu ditekan beberapa kali. Tiada jawapan.
Hish..mana pula minah ni Baik aku call dia sekejap. Nelissa capai telefon bimbit dari beg tangan. Nombor Arissa dihubungi beberapa kali.
Eh, mana dia pergi ni Tak jawab pun. Nelissa masih tercegat di muka pintu.
Takkan MIA lagi Nelissa mula meninggalkan kondominium Arissa dan terus menuju ke keretanya semula.
Sepanjang jalan pulang ke rumah, otaknya asyik memikirkan kejadian malam tadi. Arissa pula menghilang entah ke mana. Brek kereta ditekan kuat. Terbabas Fair Lady putih Nelissa ke bahu jalan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Nelissa menoleh ke kanan. Seseorang mengetuk cermin keretanya.
Kenapa cik Kereta rosak ke
Nelissa jenguk. Seorang lelaki muda sudah berhenti di sebelah keretanya dengan motosikal masih kedengaran enjinnya.
Err..tak..tak ada apa. Tadi..ada kucing melintas. Saya brek mengejut. Nelissa berbohong.
Oh..ingatkan rosak. Awak jangan sesuka hati berhenti macam ni. Bahaya! Tambah awak tu perempuan. Lelaki itu mengingatkan Nelissa.
Nelissa hanya mengangguk.
Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Bawa kereta hati-hati.
Nelissa hanya memandang lelaki itu beredar dari situ.
Hmm...inilah pertama kali aku jumpa lelaki baik dalam dunia ni. Nelissa melepaskan keluhan seketika.
Wajah Zarul mula menerobos ruang fikirannya. Nyata dendam Zarul terlalu kuat. Kalaulah Zarul juga sebaik lelaki tadi...
Arissa..mana kau pergi ni Nelissa teringat semula tujuannya tadi.