bab 27
CIKGU, boleh saya ambil masa cikgu sekejap
Kameena tercegat di muka pintu bilik guru. Lalu dilemparkan senyuman yang melebar kepada Cikgu Maznah.
Oh, Kameena! Ada apa Tadi dekat kelas malu nak bertanyakah soal Cikgu Maznah dari duduknya.
Bukan berkenaan subjek Sejarah. Saya nak bertanya tentang hal di luar konteks pelajaran, balas Kameena sambil menggarugaru keningnya yang tidak gatal.
Di luar bilik guru itu, ramai guru lalulalang. Ada yang kelam kabut terkejar-kejar mahu ke kelas, ada juga yang sempat lagi berceloteh bersama rakan guru lain. Begitulah. Kameena dapat melihat sendiri ragam mereka amat berbeza di luar bilik darjah. Mereka yang bengis ketika mengajar, sekali gus boleh bertukar halus di luar.
Lain macam saja bunyinya. Masuklah dulu. Cikgu Maznah menghulurkan kerusi
kepada Kameena. Diletaknya bersebelahan tempat Cikgu Norita, guru mata pelajaran Sains.
Saya dengar, Cikgu Isa bukan bapa saudara Ajai yang sebenar. Betulkah tanya Kameena perlahan.
Cikgu Maznah melarikan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Lagaknya seperti seorang perompak. Terus diengsotkan kerusinya ke hadapan dikit mendekati duduk Kameena.
Siapa yang beritahu kamu Cikgu Maznah mula gelisah.
Ajai, Kameena membalas ringkas.
Cikgu Maznah tiba-tiba tunduk. Dia khuatir perkara ini akan diketahui pelajar lain. Tetapi, dia tidak bermaksud untuk menyalahkan Ajai. Itu haknya untuk membuka mulut.
Kenapa, cikgu
Sebetulnya, rahsia itu perlu disimpan oleh guru-guru yang menyertai lawatan sosial ke Kampung Kelipuk beberapa tahun lalu. Cuma silapnya adalah apabila Cikgu Isa dan Ajai sendiri tidak sedar akan persepakatan yang direncanakan guru-guru terbabit.
Cikgu Omar sangat mengharapkan tolak ansur daripada guru-guru lain. Pengetua itu bimbang tindakan Cikgu Isa bertegas mahu membawa pulang Ajai bakal menjadi isu
berbangkit seperti yang sedang berlaku sekarang. Malah, pelajar juga sudah menghidu.
Cikgu Maznah juga pernah berbincang dengan Cikgu Omar tentang keputusan drastik yang dilakukan Cikgu Isa sebelum berangkat pulang dari perkampungan Orang Asli Jakun tersebut.
Cikgu, kenapa beria-ia sangat Isa tu nak jaga Ajai
Kenapa Biarlah dia. Mungkin dia sudah terlalu sunyi tinggal berseorangan di rumah. Kamu tahu bukan, dia baru saja kehilangan orang yang dia sayang.
Jadi, tentu budak itu akan disekolahkan di sekolah kita.
Saya juga risaukan hal itu. Tapi, jika semua guru yang hadir di sini bertoleransi menerima keputusan Isa, apa salahnya. Isa itu baik orangnya. Kita patut puji ciri manusiawinya. Lagi pula, budak Ajai tu sebatang kara. Lebih molek jika Isa bawa dia ke Kuala Lumpur. Soal pendidikannya juga akan terjamin.
Saya bukannya apa. Ajai tu anak Orang Asli. Bolehkah dia hidup di bandar Tentang pelajarannya pula, mampukah dia bersaing dengan budak-budak di sekolah kita
Kamu pernah dengar tentang kisah kanakkanak yang bernama Danny
Tak pernah. Kenapa
Menurut laporan pakar psikologi Barat, Danny yang ketika itu berusia lima tahun gagal mencapai tahap purata kebolehan mental kanak-kanak seusianya semasa dia dijaga oleh datuk dan neneknya. Kedua-dua orang tua itu melarang Danny daripada bertanya demi memuaskan naluri ingin tahu. Akibatnya, kegiatan seharian Danny menjadi sangat terkurung. Namun, selepas Danny berpindah bersama ibunya ke tempat lain, dia mula menerima perhatian dan kasih sayang serta galakan. Prestasinya semakin memuncak dan akhirnya dia mencapai kecerdasan jauh lebih tinggi daripada purata pada umur dua belas tahun. Hal ini membuktikan persekitaran juga mempengaruhi tahap kecerdasan akal seseorang. Di sekolah kita, anak-anak golongan elit itu tidak semestinya cerdik. Kajian terhadap Danny tadi sudah pun membuktikan bahawa baka bukanlah ukuran sesuai dalam mengkategorikan tahap keupayaan mental seseorang.
Cikgu Maznah membiarkan kata-kata Cikgu Omar dahulu tertimbus di dalam hatinya. Diperhatikan wajah Kameena semahunya. Bertuahlah Kameena kerana mempunyai baka dan persekitaran yang selayaknya.
Cikgu, boleh saya tanya satu soalan lagi Kameena begitu rakus ingin mendapatkan jawapan. Sejak pengakuan Ajai di wakaf sekolah tempoh hari, dia asyik dibelenggu rasa ingin tahu. Dia sendiri kurang pasti mengapa.
Ajai memang tiada keluarga Mengapa namanya tunggal Cuma Ajai Saya tidak pernah mendengar nama bapanya disebut. Bertubi-tubi soalan keluar melaju dari gua mulutnya tanpa lelah dikit pun.
Cikgu Maznah terdiam. Langsung tidak menyangka Kameena telah berfikir sejauh itu. Apa sahaja yang dimahukan oleh anak Ketua Pengarah Pelajaran ini
SEJAK Cikgu Isa jatuh sakit hari itu, Ajai mula terbeban dengan bayangnya sendiri. Segala yang dilalui dari hari ke hari, semakin sulit dan tersembunyi. Malahan, desakan masalah yang berlarutan membabaskannya dari wilayah pendidikan.
Aku sendiri terabai, bagaimana pula aku boleh menjaganya
Ajai buntu memikirkan masa depannya. Dia perlukan sokongan dari kiri, kanan, hadapan dan belakang. Gana, Kameena dan Syasya memang ada mencuba meringankan tanggungannya. Tetapi, sekadar ucapan ketabahan sahaja tentu masih kurang untuk mengentalkan jiwanya yang kian hancur.
Dia tidak berpeluang menelaah bersama rakan belajarnya lagi. Habis sesi persekolahan, dia perlu segera pulang ke rumah kerana Cikgu Isa setia menanti di katil besinya. Begitulah hari-hari Ajai sejak dua minggu lalu.
Di sekolah, para guru mula cakna. Setiap kali dia berselisih dengan mana-mana guru, pasti mereka akan bertanya khabar Cikgu Isa dan dirinya. Meskipun ada yang berpurapura tetapi Ajai langsung tidak peduli wajah artifisial mereka. Apa yang dia mahu, Cikgu Isa terus bernafas dan dihidangkan semangat demi semangat.
Sememangnya dia kurang senang dengan sikap segelintir guru di sekolah itu yang suka bermuka-muka. Sejak kedatangannya ketika di Tingkatan Satu lagi, cakap-cakap yang menghina dirinya sering kedengaran.
Kata mereka, dia berada di sekolah itu hanya kerana simpati Cikgu Isa. Selain itu, ada yang berpendapat dia tidak layak memakai lencana sekolah elit itu. Kemuncak kepada kekalutan ini muncul apabila seorang guru melaporkan populariti sekolah itu merundum sejak kemasukannya atas alasan dia seorang budak kampung yang kelihatan kotor dan congong.
Betul. Sejak murid bernama Ajai itu masuk sekolah ini, komuniti di sekitar kawasan sekolah mula memandang sekolah ini sama tarafnya dengan sekolah lain. Kesannya, lihatlah sekarang. Tahun ini sudah tiada anak-anak tokoh korporat, anak artis atau anak Datuk yang mendaftar. Yang lebih memeranjatkan, ada sebuah keluarga setinggan pula yang terhegehhegeh mahu memasukkan anak mereka ke sekolah ini.
Ajai masih ingat kata-kata seorang guru wanita ketika dia kebetulan melintas di bilik guru. Hatinya bagai ditusuk-tusuk dengan belati ketika mendengar butir-butir kata daripada mulut murai itu. Sehingga kini, rahsia itu masih disimpan di sudut paling dalam di hatinya.
Persediaan untuk peperiksaan PMR tinggal sebulan sahaja lagi. Ajai tekun menyiapkan soalan ramalan peperiksaan di koridor kelas. Dia sanggup mengulang kaji sambil berdiri. Mengikut peraturan, setiap pelajar dilarang berada di dalam kelas pada waktu rehat melainkan tujuan kecemasan.
Kini, masa rehat akan dirasakan singkat; tidak seperti dahulu. Jadi, dia senang menghabisi kerja-kerjanya di koridor kelas sahaja. Takut nanti di kantin dia akan khayal berbual. Maka masa emasnya akan habis begitu sahaja. Lagi pula sekarang rakan-rakan rapatnya sibuk mahu berdamping mempamerkan simpati. Dia kurang selesa dilayan seperti orang terdesak.
Hai, abang pipit! Seorang sajakah Mana enggangnya
Ajai menoleh. Dia nampak Farid dan rakan-rakannya tersengguk-sengguk menahan ketawa. Hatinya mula membahang. Dia faham benar gurauan halus Farid tadi.
Memang sejak Ajai dan Kameena akrab, Farid acap kali membandingbezakan ciri kekampungan Ajai dan kebandaran Kameena.
Maka sebab itulah dia sengaja mengibaratkan pasangan tersebut seperti enggang dan pipit.
Cubalah kau buat kerja yang berfaedah sikit, pedas sindiran Ajai kali ini. Hatinya puas meremukkan mahkota egois itu.
Hei, budak kampung! Kau ingat kau siapa nak cakap macam tu Cermin diri sikit, bentak Farid.
Ajai tersengih sinis. Dia tahu Farid bukanlah jenis yang dimakan tegur. Pantang ditegur sikapnya, pasti akan melantun semula. Bukan baru hari ini dia mengenali anak tokoh perniagaan langsung itu. Sejak dia mula menjejakkan kaki ke dalam kelas, Farid sudah menampakkan belangnya. Namun, dia endahkan sahaja.
Ajai masih ingat cerita Gana suatu masa dulu. Rakannya itu mendedahkan sikap samseng Farid. Paling menyentuh hatinya ialah cerita sebenar Gana dipukul oleh Farid kerana dia enggan menyiapkan kerja rumah Matematik Farid. Waktu itu jugalah dia datang menyelamatkan Gana sebelum mereka mula karib.
Ajai tidak mengendahkan kehadiran Farid dan yang lain-lain. Dia berpura-pura senyum tanpa sebab.
Hoi, Ajai! Kenapa kau tersengih macam kerang busuk Berangan nak jadi Mat Jenin
Ajai diam.
Mana perginya pak cik kesayangan kau Dah lama tak mengajar. Makan gaji buta sajakah
Pedih hati Ajai. Tangannya sudah terkepal. Mahu sahaja dia menyesah budak biadab itu. Perlahan-lahan dileraikan kemarahannya.
Sibuklah kau. Baik kau pergi kacau budak lain. Kau hina aku, macam kau hina kayu. Tak akan lut walau sekali pun. Sekali lagi Ajai menyerlahkan kecerdikannya dengan kata-kata yang menusuk. Itu yang dipelajari daripada membaca buku-buku puisi. Berhikmah dan padat.
Mulut Farid separuh ternganga. Dia berasa tercabar dengan respons yang ditunjukkan Ajai. Konco-konconya berada di belakang. Malu juga jika mengalah begitu sahaja.
Sebelum aku pergi, boleh aku tanya satu soalan Aku teringin sangat nak tahu.
Ajai membungkam. Malas melayan kerenah Farid yang kebudak-budakan.
Peduli apa aku. Aku nak tanya juga. Farid masih berdegil dengan harapan pemergiannya sebentar nanti akan meninggalkan sisa yang dapat menikam musuhnya itu.
Kenapa Cikgu Isa pelihara kau Mana ibu bapa kau sambung Farid disertai tawa rakanrakannya.
Kali ini Ajai lebih berhajat menoleh. Setiap pasang mata di hadapannya ditenung tajam. Dia masih ingat, soalan itu pernah dikemukakan Farid di dalam kelas. Dia dihimpit tekanan ketika itu. Pulang sahaja ke rumah, dia dengan lantang mempertanyakan tujuan sebenar Cikgu Isa bersungguh membawanya ke kota. Lalu bermulalah episod ngeri dalam hidupnya. Pertama kali dia ditampar oleh Cikgu Isa.
Pandangan Ajai menembusi retina Farid. Sungguh, hatinya sedang melahar. Saat itu juga, dia terkenangkan Cikgu Isa yang sedang terlantar di rumah. Sabarnya mula meraja. Dipalingkan semula wajahnya daripada melihat gerombolan yang tersesat itu. Kembali dia membelek buku latihannya.
Atau kau ini anak buangan
Dada Ajai bagai dihempas ombak yang menggila. Dia gagal mengawal emosinya lagi. Lantas kakinya pantas meluru ke arah Farid. Satu tumbukan tepat hinggap di rahang Farid.
Keadaan kelam-kabut di koridor itu menjadi tumpuan pelajar lain. Ada yang minta mereka berdua menghentikan perbalahan. Tidak kurang ada juga yang berperangai syaitan mengacum supaya meneruskan perkelahian.
Ajai bagai dirasuk semangat mendiang Tok Keman. Setiap tumbukan dan tendangan membuatkan Farid mengaduh. Percikanpercikan darah juga turut melatari lantai
koridor. Juga uniform sekolah Farid terpalit tetes-tetes merah hanyir.
Ajai! Farid! Berhenti!
Cikgu Omar datang membandit dengan rotan cedingnya. Bercempera penonton melarikan diri mengelak disebat oleh pengetua bengis itu.
Perangai macam hantu! Buat malu saja. Kamu berdua, ikut saya sekarang!