Tika Cinta Berbisik - 27
Bab 26

AGAK lama Nurul berteleku di atas sejadah. Sudah beberapa kali dicium gambar Kaabah yang menghiasi sejadah. Teringin benar rasa hati mahu menjejakkan kaki ke tanah suci milik Allah SWT itu.

Nurul berasa hairan, tiba-tiba saja perasaan mahu menunaikan haji begitu melonjak-lonjak dalam dadanya.

Mungkin dah sampai seru.

Duit simpanannya sudah lama cukup. Namun, dia masih merangka simpanan semula kerana keinginannya untuk menunaikan haji bersama Anis. Pernah Nurul suarakan hajat itu kepada Anis, namun Anis menolaknya.

Akak pergilah dulu. Insya-Allah, ada rezeki Anis akan ikut jejak akak ke sana. Dah lama akak simpan keinginan akak tu. Anis tak mahu disebabkan Anis, hajat akak tak tertunai.

Dik, akak lebih senang pergi dengan adik. Itu dah niat akak dari dulu lagi. Nanti kita boleh naikkan haji untuk arwah abah dan mak, jelas

Nurul. Akhirnya, Anis bersetuju dengan syarat, dia perlu menghabiskan pengajiannya dulu. Anis kini sudah berusia 19 tahun dan sedang menuntut di UiTM dalam pengajian diploma.

Nurul melipat telekung dengan kemas. Bun yi bip daripada komputer ribanya kedengaran menandakan ada e-mail masuk. Hatinya melonjak gembira bila mendengar bunyi lagu nasyid dari kumpulan yang Nurul minati. Memang dia sudah setkan lagu Hijjaz apabila e-mail daripada Anis masuk ke mailbox.

Assalam akak apa khabar Harap chatlah ye . Anis di sini chat. Kak, bila nak datang ke kolej Anis Rindulah. Nanti bila akak datang, masakkan Anis ikan keli masak lemak cili api yeui sedapnye, tak sabar rasa.

Kak, minggu depan Anis ada exam. Anis harap doa dari akak. Cuti sem nanti, Anis balik tau. Akak tak perlu ambil, Anis boleh balik sendiri. Lagipun tak jauh kolej dengan rumah kita. Anis nak belajar berdiri di atas kaki sendiri. Cewahh!! K, camat malam, Anis dah ngantuk ni...

~ Anis with love~

Nurul ketawa gelihati apabila membaca e-mail dari Anis. Dia membalasnya dengan panjang lebar. Satu sikap Nurul, mesti menyelitkan nasihatnasihat yang berguna untuk Anis.

Wsalam... adikku sayang. Akak sihat, ja- n gan lah Anis risau dengan kesihatan akak. Yang penting jaga kesihatan Anis elok-elok. Yelah, akak jauh, sukar untuk melihat keadaan Anis di sana. Harap Anis sihat... susah hati akak jika Anis sakit. Lagi-lagi periksa dah semakin hampir. Adikku... Akak mahu lihat kejayaan Anis. Sejak dulu Anis membesar di depan mata Akak. Akak tahu kekuatan semangat Anis tinggi. Walau hanya kita berdua di dunia ini, kita mampu mengecap kebahagian dan kejayaan seperti orang lain. Dik, ingatkah lagi akan pesanan akak sewaktu pertama kali adik jejakkan kaki di sana Anis mesti jadi diri Anis sendiri. Kita mampu berjaya dengan acuan kita. Oleh itu, akak harap Anis mampu buktikan kemampuan Anis. Siapa pun kita, jangan sesekali rasa rendah diri. Akhir kata, pelihara solat lima waktu, hati-hati bila balik nanti, nak tidur ambil wuduk, gosok gigi sebelum tidur nanti tikus gigit mulut Anis... hehehe....

~ your sister with love~

Nurul membalas e-mail Anis dengan lapang dada. Dia berharap Anis dapat memahami segala nasihat-nasihatnya. Seringkali juga Nurul mengenakan Anis dengan cerita-cerita lucu. Hah, tentang gosok gigi, sengaja dia berpesan agar gosok gigi sebelum tidur kerana pernah sewaktu Anis berumur tujuh tahun, dia tertidur dengan mulut penuh cairan coklat.

Malam itu, tidur Nurul terganggu apabila Anis menjerit ketakutan. Rupa-rupanya seekor tikus berada betul-betul di sebelah kepala Anis. Mungkin tikus itu tertarik dengan bau coklat di mulut Anis. Sejak itu, Anis fobia untuk mengunyah sebarang makanan jika mahu tidur.

Malam yang dingin itu memberikan inspirasi kepada Nurul untuk mengatur rancangan bagi menghabiskan cuti yang dipohonnya.

SYARIKAT pelancongan itu sibuk dengan pelanggan. Ada yang sibuk bertanya tentang destinasidestinasi yang menarik untuk dikunjungi. Malah ada antara mereka leka membaca risalah yang di pamerkan pada papan kenyataan.

Nurul datang ke situ setelah balik dari melawat Anis. Tujuannya hanya satu, mahu mengetahui lebih lanjut tempat yang bakal dikunjunginya.

Nurul mendekati kaunter pertanyaan. Terdapat dua orang gadis muda yang memakai baju kebaya bercorak batik sedang menulis sesuatu di atas kertas.

Hello, good morning, sapa gadis manis itu. Good morning, balas Nurul.

Ada yang boleh saya tolong Halus benar suaranya.

Terima kasih. Saya nak maklumat yang jelas tentang Cherating. Saya rancang untuk bercuti di sana.

Oh, boleh. Sudah tugas kami untuk memuaskan hati pelanggan. Agak-agak berapa lama percutian cik tu

Tak pasti lagi. Mungkin beberapa hari, jawab Nurul.

Ada banyak destinasi yang boleh cik pilih.

Selama sejam juga Nurul mendengar ke terangan dari gadis itu. Memang menarik. Nurul telah memilih sebuah chalet terkenal yang menawarkan khidmat yang bagus dengan harga yang amat berpatutan sebagai tempat untuk beristirahat. Setelah selesai segala urusan, Nurul menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah. Barang-barang belum lagi dikemas.

Ketika pintu pagar rumah dibuka, Nurul menyedari ada dua orang pemuda tidak jauh dari rumahnya. Mereka duduk di atas motosikal dan menghadiahkan senyuman kepadanya. Nurul tidak menghiraukan kehadiran mereka. Tangannya mencari-cari anak kunci di dalam beg tangan. Waktu itulah bunyi motosikal kedengaran begitu hampir dengan tempatnya berdiri. Belum sempat Nurul menoleh, tubuhnya tersungkur ke depan. Mujur tangannya sempat memegang pintu pagar. Nurul memaut pintu pagar dengan kuat.

Cepat! Suatu suara berteriak.

Lelaki itu menghentak lengan Nurul dengan satu pukulan yang kuat. Dia mahu mengambil beg tangan yang masih dipegang Nurul dengan erat.

Dia tak nak lepas! jeritnya. Bunuh je! arah kawannya.

Mendengar perkataan bunuh, hati Nurul men jadi panas. Sepantas kilat, kakinya menendang ke arah kelengkang lelaki itu. Dia terjerit kesakitan. Kawannya yang melihat kejadian itu bergegas memecut meninggalkan rakannya yang terbaring di atas jalan.

Nurul berlari ke beranda rumah jiran sebelah. Tolong! Kak Minah, Abang Ariff, tolong!

Ariff keluar dengan terkejut. Ada apa, Nurul

Tu, ada lelaki nak ragut saya.

Hah

Nurul membawa Ariff ke rumahnya. Lelaki tersebut masih terbaring dengan tangannya menekan-nekan tempat yang ditendang tadi.

Amat Oh, ini kerja kau rupanya. Mari sini, aku repot kat mak bapak kau. Ariff mencekak kolar baju lelaki itu.

Dia anak penduduk taman ni ke, Bang Ariff soal Nurul.

Yalah! Inilah kaki rayau kat taman ni. Asyik mencuri, menyamun, hisap dadah. Mak bapak dia pulak tak mengaku anak dia buat kerja tak elok. Sekarang dah ada bukti, mesti diorang dah tak boleh nak mengelak.

Saya serahkan pada abanglah.

Minah keluar mendapatkan suaminya. Ada apa ni Kenapa Nurul

Nurul menceritakan secara ringkas kejadian yang berlaku. Apa lagi, Minah yang terkenal dengan kepedasan mulutnya pun memarahi budak lelaki itu. Nurul hanya membiarkan mereka menyelesaikan masalah tersebut.

NURUL menuruni bas dengan berhati-hati. Mengikut kata pemandu bas tadi, Impiana Resort sudah tidak jauh dari situ. Dia melihat-lihat jika ada petunjuk jalan menghala ke arah Impiana Resort.

Nurul menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapannya. Encik, boleh bawa saya ke Impiana Resort

Boleh, naiklah.

Pemandu teksi tu seorang lelaki yang sudah agak berumur. Dia kelihatan alim dengan kopiah putih tersangkut kemas di kepalanya.

Anak dari mana tegur pemandu teksi itu.

Saya dari Kuala Lumpur, pak cik.

Ooo... panggil saja Tok Ayah. Bercuti ke

Ya. Nak menikmati keindahan alam. Tok Ayah asal orang sini Nurul mula merancakkan perbualan.

Tok Ayah memang dibesarkan di sini. Inilah kampung asal Tok Ayah.

Beruntung Tok Ayah. Kampung ni memang cantik, udara nyaman. Kesihatan pun terjaga. Tak macam di Kuala Lumpur. Asap yang kita hidu hari-hari dah tercemar.

Tok Ayah menganggukkan kepala mendengar kata-kata Nurul.

Senang-senang datanglah ke rumah Tok Ayah. Kami tinggal berdua saja di rumah, pelawa Tok Ayah.

Insya-Allah. Rumah Tok Ayah di mana

Rumah Tok Ayah dekat saja dengan Impiana Resort tu. Kalau anak lalu di tepi pantai sebelah utara, anak akan nampak rumah papan warna coklat. Itulah rumah Tok Ayah.

Okey, nanti bila ada masa saya ziarah Tok Ayah, janji Nurul.

Tok Ayah membelokkan teksinya dan berhenti betul-betul di depan pintu masuk Impiana Resort. Nurul membayar tambang teksi dan berkali-kali Tok Ayah mengundang gadis itu ke rumahnya.

Nurul berjanji kepada Tok Ayah untuk menjenguk dia dan isterinya.

Di satu sudut resort itu tertulis perkataan Welcome To The Impiana Resort. Nurul ke kaunter pertanyaan. Dia meminta staf di situ sebuah chalet yang menghadap ke laut. Mujur ada dua lagi kekosongan.

Tapi, chalet ini agak terasing dari chalet yang lain, cik, terang staf itu.

Tak apa. Saya memang suka ketenangan, ujar Nurul pula.

Kalau begitu, saya akan pastikan keselamatan cik terjamin. Beberapa orang pekerja akan memantau kawasan di sana.

Terima kasih. Di sini ada gerai atau kedai runcit

Ada cik, dalam chalet ni ada tersedia restoran dan kedai. Kalau cik suka makan di warung atau nak beli barangan, di hujung chalet sebelah sana ada beberapa kedai runcit. Jari staf itu menghala ke arah kiri.

Seorang staf di situ membantu Nurul mengangkat barang-barang. Sampai di tempat pengina p an, teruja benar dia melihat chalet tersebut. Chalet itu beratapkan daun nipah dan di halaman rumah tersedia kerusi meja di perbuat daripada papan yang berukir cantik. Sila masuk, cik.

Terima kasih.

Cik, bilik air ada di sebelah kiri, dapur di hujung sana dan beranda di sini. Cik boleh buka beranda dengan menyelak langsir tebal ni. Di hujung beranda ada jalan untuk terus ke pantai, terangnya. Nurul mendengar segalanya dengan teliti.

Setelah berpuas hati, segala barang seperti pakaian dan kelengkapan lainnya disusun di dalam almari yang disediakan. Banyak juga makanan ringan yang dibawanya bersama.

Kemudian Nurul terbaring kepenatan di katil. Letihnya badan setelah seharian duduk di dalam bas. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mandi dan menunggu waktu solat. Nurul tidak mahu keluar berjalan kerana badannya masih terasa lenguh-lenguh. Setelah solat, Nurul terus tertidur.

KICAUAN burung dan bunyi deburan ombak menyedarkan Nurul daripada tidur. Terasa lehernya sengal dan badannya menyucuk-nyucuk. Nurul mengambil masa lima minit untuk melakukan regangan badan di atas katil.

Tingkap bilik dibuka. Angin dari arah laut menderu masuk ke kamar. Terasa dingin membelai wajahnya tika angin menerpa menyentuh kulit. Mata Nurul terbuka luas. Nyaman dan tenang.

Nurul menghirup udara sepuas-puasnya. Uda ra di pantai dan udara di bandar amat jauh bezanya. Terasa lega benar dadanya. Dia bangkit bangun mencapai tuala mandi. Bilik air tidak ubah seperti di zaman Sultan Mahmud. Namun diselitkan unsur moden dengan pancuran air dan tab mandi. Nurul menikmati kesegaran mandi di bilik air itu.

Nurul menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Apabila petang, barulah dia terasa mahu melihat keadaan di luar. Hatinya tertarik melihat kedai menjual cenderamata yang ada di hujung chalet. Daripada arah chalet, kelihatan dengan jelas pemandangan di kedai cenderamata itu.

Gadis itu ke sana untuk membeli beberapa barangan sebagai tanda kenang-kenangan. Nurul memilih sebuah kotak muzik yang diperbuat dari kulit cangkerang yang besar untuk diberikan kepada Anis. Dia turut memilih kotak pensil kayu yang bercorak bunga lawang untuk adik kesayangannya itu.