CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 27
IDLAN masuk ke rumah. Sebelum itu, sempat dia melihat garaj. Kereta Irdiana tak ada di situ. Tentu

Irdiana keluar. Dia mengeluh sebelum melabuh duduk. Dahi dipicit bagi menghilang tekanan baru menjengah. Semua gara-gara Irdiana.

Entah sampai bila dia akan melalui fasa ini. Membiarkan Irdiana terus membelakanginya dan merelakan diri menjadi suami dayus tak berpendirian. Idlan menggeleng. Dia tak boleh biarkan hal ini berterusan. Kali ini, dia akan bertegas.

Dia bangkit. Berjalan mengelilingi ruang tamu sambil menunggu kepulangan Irdiana. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Nombor telefon Irdiana dicari. Hujung jari menyentuh skrin lalu dilekap pada telinga. Panggilannya tak dijawab. Hanya nada bersambung-sambung menembusi speaker.

Wajah Idlan berubah. Mengeluh berat dan akhirnya membuat keputusan berlalu ke tingkat atas. Telefon bimbit dicampak atas katil. Bagasi diheret, diletak sebelah almari. Nak tunggu Irdiana pulang dan mengeluarkan pakaian dari bagasi itu, jangan mimpi.

Semua dia akan buat sendiri.

Usai solat isyak, dia turun ke dapur. Tengok sajalah sekarang. Malam kian larut, tapi bayang Irdiana belum kelihatan. Jangan kata nak nampak bayang Irdiana, enjin kereta pun belum kedengaran.

Dahi diketuk-ketuk perlahan. Mencari akal untuk mengesan di mana Irdiana berada. Kediaman mentuanya dihubungi untuk bertanya tentang Irdiana, tapi dia terkilan kerana Irdiana juga tiada di sana.

Idlan mengusap perut. Lapar. Pintu kabinet dapur bahagian atas dibuka. Nasibnya baik apabila satu Maggi cawan ada di situ. Maggi cawan itu diambil dan dibawa menghampiri water dispenser. Penutup Maggi cawan dibuka. Dispenser ditekan. Air panas mencurah-curah keluar. Dia mengeluh sesaat. Hanya Maggi menjadi alas perut malam ini. Nak cari makan di luar, dia malas kerana penat.

Bunyi enjin kereta mengaum dari luar rumah, lekas-lekas Maggie ditinggalkan bagi menyambut Irdiana pulang. Kali ini dia tak mahu menyoal mana Irdiana pergi. Juga tak mahu marah-marah.

Pintu utama dibuka. Irdiana masuk dengan wajah terpinga. Kenapa Idlan balik tiba-tiba Soalnya dalam hati. Dia berdecit. Susah kalau macam ni. Tentu rancangan diatur bersama Arash akan musnah.

Dia sudah mengatur rancangan pura-pura tidur dengan Arash. Dia mahu Idlan melihatnya sendiri supaya Idlan marah dan segera menceraikannya. Hish... habis hancur rancangan tu! Irdiana menghambur kemarahan dalam hati.

Baru balik, sayang Idlan menghampiri Irdiana.

Satu kebiasaannya yang akan mengambil apa saja barang di tangan Irdiana setiap kali isterinya pulang bersiar-siar atau membeli-belah.

Erm, jawab Irdiana sepatah sambil menghulur beberapa barang yang dibeli termasuk kunci kereta pada Idlan.

Macam puteri raja!

Bila you sampai Irdiana mengambil tempat di sofa paling hujung. Sengaja ingin menjauhi Idlan.

Petang tadi, ringkas Idlan menjawab sambil meletak kunci kereta atas meja kopi.

Irdiana menyilang kaki. Dia bersandar dengan mata terpejam. Idlan mengambil tempat sebelah Irdiana dan memaut mesra bahu isterinya. Irdiana buka mata dan membetulkan duduknya. Bahu digerakkan. Tak suka tangan Idlan mendarat di situ.

Dia rimas, Panaslah. I baru balik. Belum mandi lagi. You dah peluk-peluk macam ni. Tak sukalah!

Idlan cuba maniskan muka. Biarpun Irdiana membentak dan marah sekalipun, dia tak mahu ambil peduli. Biarlah. Dia masih berpegang tujuan asal kenapa dia pulang dalam tempoh terdekat ini. Kalau diikutkan perancangan, dia masih di kampung.

I nampak you penat. Tunggu... I ambilkan air. Idlan bingkas dan menuju ke dapur.

Irdiana picingkan mata. Entah apa kena dengan suaminya ni Baik semacam! Dia tak marah ke aku balik lambat Terdetik pertanyaan itu di hati. Rambut diusap ke belakang. Idlan muncul bersama segelas jus oren. Sekali lagi dia mengambil tempat sebelah Irdiana. Gelas dihulurkan. Dia tersenyum lebar ketika Irdiana menyambut.

You mesti penat. I picit macam selalu, you nak Tak menunggu respon Irdiana, kedua-dua tangan terus hinggap di bahu isterinya itu. Dipicit dan diurutnya perlahan. Tak cukup dengan itu, dia beralih kedudukan. Bersila di bawah dengan memicit tapak kaki Irdiana.

Idlan mendongak. Tersenyum apabila Irdiana

tak menolak. Irdiana bungkam. Lumpuh bibirnya nak berkata-kata. Ish, kenapa Idlan baik sangat ni Tak pernah berubah langsung. Payah kalau macam ni.

Sibuk mengurut Irdiana, Idlan tak lupa menyelit soalan, Boleh I tahu you ke mana hari ni

Irdiana berdecit. Malasnya nak jawab. Soalan klise dah muncul! Macam biasalah. Takkan you tak tahu. Atau saja you buat tak tahu

Idlan terangguk-angguk. Masih cuba maniskan muka, Banyak you beli baju. Papa bagi you duit, ya.

Irdiana mencebik. Papa nak bagi duit Jangan harap. Papa dan Idlan satu geng. Sama-sama kedekut! Bentaknya dalam hati. Pertanyaan itu tak dijawab. Tak mungkin dia akan berterus-terang. Dia keluar dengan Arash, dah tentulah Arash belanja!

Irdiana menarik kaki. Tak mahu diurut lagi. I nak naik mandi.

Idlan masih bersila. Masih senyum. Kemudian lambat-lambat berdiri. Kedua-dua tangan Irdiana dicapai lalu didekatkan ke dada. I rindu you.

Irdiana tak berganjak. Lagaknya macam patung. Nampak tak berperasaan apabila Idlan menyentuh walau hampir dua bulan mereka tak bersua. Saat pipinya menerima kucupan, saat itu matanya terpejam. Tak dinafikan perasaan bersalah mula hadir apabila sering keluar dengan Arash sejak ketiadaan Idlan.

Idlan memeluk isteri yang masih dicintai. Walau sedar tingkah dingin ditunjukkan Irdiana, tapi dia tak peduli. Biarlah dia ketepikan rasa berjauh hati saat Irdiana tak memberi respon. Apa yang dia mahukan sekarang, rumahtangganya kembali pulih dan bahagia seperti dulu. Besar harapannya bagi meniup semula kehangatan dalam perkahwinan mereka.

Irdiana berdehem halus. Tangannya ditarik. Kalau rindu, you takkan tinggalkan I lama-lama.

I terpaksa.

Sinis senyum Irdiana saat itu, Terpaksa

Untuk jernihkan semula hubungan kita, balas Idlan dengan harapan Irdiana memahami.

Tapi, cara you salah. You tahu tak I sunyi bila you tak ada Bohong Irdiana. Sunyi Dia sering habiskan masa dengan Arash.

Kalau sunyi, kenapa tak call I Kenapa bila I call, you tak pernah jawab Kalau jawab, sekejap aje bercakap dengan I.

Irdiana bergerak ke tepi. Bosan melihat wajah Idlan. Wajah seorang lelaki yang tak kenal erti lelah untuk damaikan semula hubungan retak mereka. Dia dah lemas dengan karenah Idlan yang tak nak terima kenyataan hubungan mereka tak dapat diselamatkan.

Dahlah. I tak nak cakap apa-apa. I nak naik.

Irdiana melangkah setapak, tapi dia berhenti semula dan memandang Idlan tanpa perasaan.

Jangan lupa, tolong bawa barang I ke atas. Idlan tunduk dan mengangguk. Arahan diterima.

TUBUH Idlan bergerak perlahan. Dia menoleh ke kanan, kepala Irdiana masih di atas lengan.

Dia tersenyum. Didekatkan bibir pada telinga Irdiana yang masih lena. Kucupan mesra dilabuhkan di situ.

I love you, ucapnya ringkas. Memadailah untuk saat ini. Nanti, akan diucapkan lagi kata-kata sayang, ungkapan-ungkapan cinta buat Irdiana. Dia mahu Irdiana mengenang semula memori indah yang pernah mereka lalui bersama. Tapi, apakah dia akan berjaya

Irdiana menggeliat. Dia pusingkan badan ke arah Idlan. Mata dibuka. Wajah Idlan jadi santapan.

Suaminya itu tersenyum bahagia. Malam tadi, hubungan intim antara mereka terjadi semula.

Dah bangun, sayang Idlan mengusap rambut Irdiana.

Erm, jawab Irdiana, malas.

Idlan mengucup lembut dahi Irdiana. Dari dahi, turun ke pipi dan berakhir dengan menarik Irdiana dalam pelukan.

Irdiana bungkam. Tak tahu nak beri tindakbalas macam mana apabila Idlan buat begitu. Sepatutnya bukan macam ni penerimaan Idlan. Selalunya Idlan banyak komplen. Tapi, sekarang, apa dah jadi

Pelukan dileraikan.

Dah pukul 6.10 minit. Jom solat subuh dengan I, ajak Idlan dan mahu lihat reaksi Irdiana apabila disebut soal itu. Selalunya Irdiana akan menolak.

Irdiana mati akal nak beri alasan. Takkan nak cakap period lagi

Melihat kerutan di wajah Irdiana, senyum Idlan mati secara perlahan-lahan. Dia tahu apa yang bermain dalam kepala isterinya.

Nak cakap you datang bulan

Irdiana mendengus. Kalah dengan sindiran Idlan yang berapi.

Malaslah.

Idlan mengeluh sesaat. Memikir cara untuk terus memujuk, Marilah solat sama-sama. You dah lama tak solat.

Irdiana berdecit. Kasar bunyinya, I malas. You faham tak

Idlan menggeleng. Dahi digaru-garu, Tak baiklah macam ni, Ir. Solat tu wajib. You tak buat, I yang tanggung dosa.

You nak jadi ustaz pula

I jadi ustaz untuk you aje. Untuk isteri I. Marilah

Ir, kita jemaah sama-sama, Idlan separuh merengek. Dah macam budak kecil lagaknya. Apa saja cara untuk lembutkan hati Irdiana, dia akan buat.

Irdiana kecilkan mata. Pelik dengan tingkah Idlan. Macam orang buang tebiat!

Yelah! Lelah dengan rengekan Idlan, dia akhirnya bergerak turun dari katil.

Idlan tersengih kemenangan. Walaupun Irdiana nampak terpaksa, tapi dah cukup bagus buat permulaan. Sementara menunggu isterinya masuk ke bilik air, Idlan mengambil telekung yang dibeli di Pasar Besar Siti Khadijah. Harap-harap Irdiana gembira menerima pemberian itu walaupun tahu ia bukan kesukaan Irdiana.

Irdiana muncul dengan langkah perlahan. Berkerut wajahnya melihat hamparan sejadah bersama telekung cantik. Sedar Irdiana sedang memerhati, Idlan berpaling. Senyum diberi seikhlas hati.

You bersiap dulu. I mandi sekejap, ya.

Tak memberi sebarang respon dengan kata-kata Idlan, Irdiana melangkah malas menuju ke katil. Dia duduk di situ dengan kaki terjuntai.

Idlan menjengah keluar. Dilihatnya Irdiana belum bersedia. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Selesai mandi dan berwuduk, dia mendekati Irdiana.

Kenapa you tak siap lagi

Irdiana mendongak. Mencuka wajahnya saat itu, I mengantuklah. I nak sambung tidur. Please, Lan. Janganlah desak I. Please...

Idlan mengambil kopiah atas meja sebelah katil. Kain pelikat disarung lalu dikilas kemas. Rengekan Irdiana tak dilayan. Dia cuba bersabar dengan keadaan. Irdiana hanya memerhati apa yang Idlan buat.

Suaminya itu berjalan menghampiri sejadah.

Mari, sayang, ajak Idlan, tak berputus asa.

Melihat kesungguhan Idlan, Irdiana mati kutu. Dengan berat hati, dia bangun lalu melangkah berat mendekati sejadah tersedia.

Menyampah betullah, rungut Irdiana.

Tak baik macam tu Ir... nasihat Idlan dengan suara perlahan. Bimbang hati Irdiana tercalar dan akan memberontak lagi.

I terpaksa ikut sebab tak nak bergaduh dengan you, tau! Bentak Irdiana lalu membongkok mengambil telekung untuk dipakai.

Idlan tersenyum. Dalam marah-marah pun, Irdiana menurut walaupun jelas itu satu paksaan bagi isterinya. Irdiana menyarung telekung dengan mulut tak henti membebel. Terkial-kial dia membetulkan telekungnya kerana masih tak biasa. Itulah akibatnya kalau dah lama tak bersolat. Nampak kekok semacam.

Idlan mengulum senyum melihat telatah Irdiana. Tak sampai hati biarkan Irdiana terkial-kial, dia menawarkan diri untuk membantu.

Mari I tolong.

Tak payahlah. Irdiana menolak keras.

Idlan menggeleng. Masih senyum seperti tadi. Dia mendekati Irdiana. Kepala isterinya dipegang supaya tak bergerak, Duduk diam-diam. Nanti tersentuh, batal wuduk kita.

Irdiana mengikut arahan. Dibiarkan Idlan membetulkan telekung.

Okey. Dah siap. You memang cantik dan manis kalau dalam keadaan begini. Lebih cantik dan manis lagi kalau you ikut nasihat I dan sentiasa buat apa yang Allah suruh.

Tolonglah... jangan nak bagi ceramah. Cepatlah sikit. I nak tidur balik ni. Irdiana tarik muka ketat.

Kita nak menghadap Allah, hati kena tenang. Tak boleh marah-marah, nasihat Idlan tak mahu kalah. Lan, please!

Okay... okay... Idlan angkat kedua-dua tangan. Senyum disembunyikan sebelum berdiri di hadapan Irdiana lalu mengangkat takbir.

Selesai solat, Irdiana lekas-lekas tanggalkan telekung. Dia bangun dan terus berjalan menghampiri katil. Idlan berpaling selesai berdoa. Baru saja nak hulurkan tangan dengan harapan Irdiana menyambut untuk dicium, Irdiana dah tak ada di tempatnya. Idlan angkat muka, dia melihat Irdiana berbaring atas katil dengan berselimut sampai ke paras tengkuk.

Dia menggeleng. Sayang... telekung you ni, kenapa tak kemaskan Jangan dibiar macam ni. Zuhur nanti nak solat lagi.

You tolonglah kemaskan. I nak tidurlah!

Malas bersoal jawab, Idlan terus melipat telekung isterinya lalu disimpan dalam almari. Kopiah ditanggalkan. Langkah diatur menuju ke katil. Lama dia memandang Irdiana yang sedang tidur.

Duduk dilabuhkan. Kemudian, dia turut sama berbaring sebelah Irdiana. Sebelah tangan diletak atas dahi. Entah kenapa saat itu dia menyanyikan sebuah lagu nasyid yang menceritakan perihal isteri solehah.

Irdiana yang baru nyenyak, tiba-tiba terjaga. Dia mendengus dan membuka selimut dengan kasar.

Apa hal you ni menyanyi pagi-pagi buta Tak nampak ke I tengah tidur

Idlan menoleh. Dia hanya tersenyum menyambut kemarahan Irdiana. I tahu suara I tak sedap.

Kalau dah tahu, kenapa you nyanyi juga Bingitlah! Bentak Irdiana tanpa memikirkan sekarang ini dia berhadapan dengan siapa. Dia marah pada siapa. Langsung tak menghormati Idlan yang masih menjadi suaminya.