bersalam, gadis itu segera mengangkat bagasi miliknya.
Elok-elok balik tu. Dah sampai nanti, telefon nenek, pesan Hajah Zubaidah.
Syakila sekadar mengangguk. Pintu teksi dibuka. Sempat tangannya melambai ke arah Haji Mustafa dan Hajah Zubaidah sebelum dia masuk ke dalam. Tidak lama kemudian, teksi tersebut mula bergerak pergi dari rumah tersebut.
Sepanjang perjalanan, tidak henti-henti Syakila menerima mesej Whatsapp daripada Zainura.
Zainura: Oit, kau dalam perjalanan nak balik ke
Syakila: Ya, apasal
Telefon pintarnya berbunyi lagi.
Zainura: Eloklah tu. Ada ole-ole tak
Err si Nura ni, Whatsapp aku sebab nak tanya pasal ole-ole aje ke Desis hati Syakila lalu menggelengkan kepala.
Syakila: Tak ada. Aku tak sempat nak beli Zainura: Nak menipu pun agak-agaklah. Takkan kau tak sempat nak beli apa-apa Pergi jauhjauh, balik dengan tangan kosong Syakila: Hulurlah duit. Baru aku beli!
Zainura: Berkira ya kau. Dah sampai nanti, cakap. Ada banyak perkara aku nak cerita kat
kau
Syakila: Hah, yalah.
Ayat terakhir Zainura buat Syakila berfikir. Gadis itu nak cerita pasal apa Takkanlah tapi, tak mustahil kan Dah sah-sah nak cakap pasal Zairis. Sudah dapat dijangka nampaknya.
Janganlah kawan baiknya itu tanya macammacam. Susah nanti dia hendak menjawab. Hmm.
MATANYA merenung bangunan tersebut. Sudah seminggu dia tidak berada di sini.
Untuk pertama kali, kakinya terpasak pada lantai. Kemudian, dia membuka langkah.
Tiba-tiba beberapa orang wartawan mula menghampirinya. Syakila segera menoleh.
Betul ke hubungan cik dengan Zairis sudah berakhir Seorang wartawan menyoal. Syakila pula terpinga-pinga dengan situasi tersebut.
Err
Cik dengan Zairis sudah putus ke
Kenapa cik menyembunyikan rahsia bahawa Zairis tidak menyukai perempuan
Syakila menghela nafas dalam-dalam. Pandangannya dilemparkan ke arah lain. Soalansoalan tersebut tidak dijawab. Malah, membuatkannya makin runsing saja. Fikirnya, semuanya sudah selesai. Namun, sangkaannya meleset sama sekali.
Tolong beri kerjasama cik. Kami benar-benar ingin tahu! Wartawan tersebut mula mendesak. Suaranya sedikit serius.
Syakila masih berdiam. Tetapi untuk seketika, sebelum dia mula bersuara. Tidak, semua perkara itu tak benar. Zairis bukan macam tu
Apa maksud cik
Saya dengan Zairis, memang mempunyai hubungan. Berkenaan gosip tersebut, itu semua kerana hasad dengki seseorang. Lagipun, kami akan bertunang tak lama lagi. Selamba sahaja Syakila membuat pengakuan. Tanpa berfikir panjang, ini semua gara-gara mahu membersihkan nama lelaki itu. Apa buktinya
Syakila merungkaikan rantai yang melilit di lehernya.
Rantai ini, bukti bahawa saya dengan Zairis bukan sekadar kawan. Malah lebih dari itu. Apa yang dikhabarkan melalui gosip, itu semua tidak benar. Zairis, dia baik dan takkan buat kerja terkutuk itu. Syakila mengakhiri kata lalu menyambung langkahnya semula.
Wartawan-wartawan yang mengejarnya langsung tidak diendahkan. Semua ini demi Zairis. Bukannya sengaja dia berkata sebegini.
SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa begitu riuh sekali. Di kiri dan kanan kelihatan ramai pengunjung yang tidak sabar menunggu ketibaan seseorang. Sehingga menaikkkan bannerbanner yang tertera wajah yang diminati.
Setelah lama tak berjumpa, akhirnya dapat juga I berjumpa dengan Zairis! Tak sabarnya
Zairis, saya memang minat sangat kat dia. Masa dia kena gosip, saya buat-buat tak tahu. Saya yakin dia tak macam tu. Ternyata firasat saya benar. Tak sia-sia saya minat dekat dia selama ni! Zairis! Zairis! Zairis!
Suara-suara itu bergema di seluruh kawasan. Nasib baik beberapa orang pengawal mengawal situasi tersebut. Kalau tidak, sudah huru-hara jadinya.
Tiba-tiba semua pengunjung menghalakan pandangan ke suatu arah.
Dia pemuda itu. Sedang melangkah dengan gaya bersahaja, melepasi balai pelepasan. Menuju ke arah ramai pengunjung yang setia menanti.
Zairis, melemparkan senyuman buat yang sudi menjemput ketibaannya. Sungguh, tidak dijangka perkara ini akan berlaku. Fikirnya, gara-gara gosip tempoh hari membuatkan ramai orang yang memboikot dirinya. Fikirnya juga, dia sudah tidak berpeluang untuk mewarnai industri hiburan tanah air ini. Ternyata, sangkaannya meleset sama sekali.
Tidak lupa buat pihak stesen televisyen terkenal yang sanggup menemu ramah dirinya. Dia berasa terharu. Sebelum ini, begitu ramai orang yang menghentamnya. Sehingga dia rasa seperti sudah disisihkan dari industri hiburan tanah air.
Selesai saja melayan para pengunjung yang menanti ketibaannya, dia terus menuju ke arah Irsyad Hakimi yang sedang menunggu di dalam kereta. Usai meletakkan bagasi di but kereta, dia terus mengambil tempat di sebelah pembantu peribadinya itu.
Lama tak jumpa kau. Macam mana kat sana
Dapat tenangkan fikiran tak soal Irsyad Hakimi.
Zairis menghela nafas. Tak tahulah, Ir. Tapi aku tak sangka pula semua orang masih menerima aku.
Okeylah tu. Kau beruntung sebab industri hiburan tanah air ni masih menerima kau. Alah, perkara yang lepas jangan dikenang. Anggap aje itu sudah berlalu Zairis sekadar mengangguk. Kemudian, kereta tersebut mula beredar dari situ.