CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 27
SEPANJANG MASA Adwan setia di sisi Qaireen. Langsung tak berenggang sejak dari hari pertama dia dan Qaireen berjumpa semula. Dua minggu berpisah, sangat menyeksa jiwanya. Bukan dia sahaja yang merana, Qaireen juga terkena tempiasnya. Disebabkan itulah setiap masa, setiap minit dan setiap saat dia mengekori ke mana sahaja Qaireen pergi.

Along! Panggil Amanda dari ruang tamu.

Apa Hanya suara Adwan yang kedengaran. Orangnya tidak kelihatan. Menyahut dari ruang dapur.

Sinilah sekejap. Amanda memanggil lagi. Tak puas hati bila Adwan tak muncul-muncul.

Sekejap. Tunggu Qaireen keluar toilet, balas Adwan.

Amanda yang mendengar dah bengang. Mukanya dikalih memandang Akid yang ralit menatap iPad di tangan.

Biarlah. Dia orang kan pengantin baru. Akid yang terasa Amanda melihat dia lantas panggung wajahnya sekilas sebelum kembali menatap iPad.

Apa yang menarik sangat iPad tu Amanda membentak.

Sudahlah Adwan yang dipanggil hanya suaranya yang kedengaran. Bayang orangnya tak ada. Sekarang ini Akid pula endah tak endah sahaja dengan dia. Anaknya pula sudah lama terlena dalam bilik sana. Kalau tidak adalah tempat untuk dia bergurau senda.

Sayang, kalau marah Along sekali pun takkanlah abang pun terkena tempiasnya Akid melurut rambut Amanda. Memujuk si isteri yang panas hatinya.

Amanda gigit bibir dan kenyit mata.

Huh! Baru tinggalkan sekejap dah buat aksi 18SX, sergah Adwan. Dia duduk di sofa bertentangan. Qaireen ditarik agar duduk di ribaannya.

Qaireen menggeleng. Buat isyarat mata katanya malu dengan Akid dan Amanda. Lalu dia labuhkan punggung di sisi Adwan sahaja.

Adwan tersengih. Dia kenyit sebelah matanya.

Kata dulang paku serpih. Pantang dah baik sikit. Dia lagi teruk, Amanda mencebik.

Adik tu pengantin lama. Along dengan Qaireen pengantin baru, kan sayang Tangan Adwan melingkar pada bahu Qaireen. Dia memeluk Qaireen erat.

Baru tak barulah. Dah lebih dua minggu pun. Qaireen membalas dengan senyuman. Wajahnya merona merah dengan aksi selamba Adwan.

Sayang, dua minggu tu tak mahu kira. Adwan menggeleng.

Kalau boleh kisah pahit itu dia nak buang dari kamus hidupnya. Tak nak dikenang-kenang. Tak mahu bercerita dengan anak cucu.

Reen, ceritalah apa yang terjadi sebenarnya. Banyak sangat versi yang kami dengar. Tak tahu yang mana satu yang betul, pinta Amanda.

Qaireen memandang Adwan.

If youre ready, sayang. Adwan mengangguk.

Memberi kata-kata semangat. Dia tahu kalau diri dia sendiri rasa sakitnya, apatah lagi Qaireen yang terpisah tanpa ada sesiapa yang di kenali si isteri.

Qaireen tarik nafas dan menghembusnya semula. Dia tersenyum. Memandang Amanda, Akid dan Adwan sebelum mula bercerita.

ARI kejadian tu aku yang beria-ia ajak

HAdwan turun ke tepi pantai, dia terasa

Adwan kemaskan pelukan di bahunya. Menoleh sekilas pada Adwan. Senyuman manis dilorekkan.

Masa tengah seronok-seronok main air, aku ternampak kulit kerang yang sangat cantik. Kononnya cuba nak nak capai benda tu. Masa itu jugalah ombak datang dan membuatkan aku hilang kawalan. Tak sempat nak tahan nafas. Banyak jugalah air masin yang aku telan, sambungnya semula.

Along tak nampak Amanda memandang Adwan.

Adwan nampak. Aku dengar dia panggil nama aku, tapi air pasang terlalu deras. Sekelip mata aje aku dah ditarik ke tengah lautan. Qaireen memintas sebelum Adwan menjawab. Dia tak mahu orang menyalahkan Adwan. Sedangkan semua yang berlaku itu telah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.

Saya dengar awak menjerit panggil nama saya berkali-kali. Saya berenang untuk dapatkan awak, tapi masa itu jugalah kaki saya tiba-tiba kejang. Im so sorry, sayang. Adwan menyampuk. Semakin dia perkemaskan lagi pelukan pada bahu Qaireen. Dia nak Qaireen tahu yang dia cuba untuk menyelamatkan Qaireen pada hari itu.

Ohhh Amanda tekup mulut. Sebelah tangan yang menggenggam tangan Akid diperkemaskan tautannya.

Awak tolong jangan salahkan diri sendiri. Kejadian yang berlaku terlalu pantas. Waktu yang saya rasa macam ada orang tarik saya tu, saya cepatcepat berdoa dalam hati. Ya Allah, jika ini pengakhiran hidupku, aku reda. Kau ambillah nyawaku. Kau ampunilah dosaku. Kau berikanlah kebahagiaan pada suamiku. Qaireen kerdip matanya pada Adwan. Sejujurnya memang itulah doa yang dia titipkan kepada Allah.

Dadanya sebak tiba-tiba bila perasaan mata Adwan sudah berkaca. Air mata sudah bergenang di tubir mata. Dia bawa tapak tangan kanannya ke pipi Adwan. Dia seka air mata yang hampir tumpah dengan ibu jarinya.

Adwan pegang kepala Qaireen. Dia bertindak mengucup dahi Qaireen. Lama. Tahu dia gagal. Gagal menjadi pelindung Qaireen. Gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. Membiarkan Qaireen terkapai-kapai sendirian.

Allah perancang segala-galanya. Saya reda. Kita kena reda, awak. Menangisi apa yang terjadi seolaholah menidakkan Qada dan Qadar. Seolah-olah kita tidak percayakan salah satu dari enam Rukun Iman itu. Qaireen menepuk perlahan pipi Adwan.

Dia tahu sekarang ini Adwan sangat beremosi. Kalau tidak masakan Adwan boleh selamba mengucup dahi dia di depan Akid dan Amanda. Sedangkan Adwan tahu dia tak suka kemesraan mereka berdua dipertonton pada khalayak.

Awak tahukan saya sayang awak. Terlalu sayang, Qaireen. Sukar saya nak terima bila awak hilang sekelip mata dari pandangan saya. Jeda.

Adwan menghela nafas dalam-dalam. Cuba mengawal rasa sebak yang menguasai dadanya. Dia kembali menyambung bicara bila perasaannya kembali normal.

Setiap hari saya cuba untuk menerima apa yang terjadi. Semakin saya cuba, semakin pedih hati saya. Saya tewas dengan bisikan syaitan. Meratap dan merintih memanggil nama awak tanpa jemu. Saya mengalami kemurungan. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, terus dia bersandar pada kepala sofa. Mendongak memandang ke atas. Kesal dengan sikapnya.

Amanda jatuhkan wajahnya pada dada Akid. Cuba menahan tangisnya dari pecah. Apa yang Adwan katakan itu adalah benar. Dia saksi apa yang berlaku pada abangnya sepanjang Qaireen hilang.

Reen, bukan kami sengaja tak cari kau. Berharihari kami cari, tapi usaha kami menemui jalan buntu sebab tak ada seorang pun saksi yang nampak kau dihanyutkan ke mana. Amanda terangkan perkara yang berlaku setelah yakin tangisannya tak akan pecah.

Aku faham Amanda. Jangan risaulah. Tapi, Amanda aku nak semua tahu yang bukan Adwan seorang sahaja yang murung. Aku pun sama. Aku tak mahu bercakap dengan semua orang. Setiap hari kerja aku menangis sahaja. Mujurlah Mak Jah dan Pak Din sudi menyelamatkan dan menjaga aku dengan sabar.

Adwan menggosok-gosok lengan Qaireen. Sayu hatinya mendengar detik demi detik kisah hitam yang terjadi pada mereka berdua.

Kita patut ajak mereka datang ke sini. Betul tak, abang Amanda menepuk paha Akid. Cuba kalih topik. Cuba untuk meredakan rasa sedih di hati Adwan dan Qaireen.

Yalah, sayang. Kita boleh minta Papa dan Mama buat kenduri doa selamat. Sempena kepulangan Qaireen. Akid mengangguk dan memberikan cadangan.

Hah, bagus juga tu! Sekali dengan berita gembira lagi satu tu. Alah yang muntah-muntah tu. Amanda terangguk-angguk.

Pandanganya berkalih. Dari memandang Akid, matanya memaku pandang Qaireen dan Adwan sambil dia menari-narikan keningnya.

Apa Bercantum kening Adwan yang tidak faham maksud aksi Amanda.

Qaireen tepuk dahi. Baru teringat. Khabar gembira lagi satu itu dia lupa untuk memberitahu pada Adwan. Agak-agak Adwan marah tak sebab lambat beritahu Akid dan Amanda dah tahu sebab Doktor Syakir yang khabarkan kepada mereka tempoh hari.

Dia pegang tangan Adwan. Perlahan-lahan dibawa ke perutnya.

Kenapa Sayang sakit ke Riak risau jelas terpancar pada muka Adwan. Diusap-usap perut Qaireen. Sekarang ini dia memang pantang kalau terdengar Qaireen sakit atau disakiti.

Astaghfirullahalazim! Kenapalah Tuan Pengurus Hotel ni boleh jadi bodoh Giliran Amanda pula menepuk dahinya.

What Besar bebola mata Adwan memandang Amanda sebelum memandang Qaireen semula. Sungguh dia memang tak dapat tangkap butir bicara apa yang mereka semua maksudkan.

Shes pregnant, bro. Akid memberitahu.

Amanda julingkan mata. Nasib suami dia nak beritahu. Adwan ni memang tau. Tahulah depress. Takkanlah benda yang senang tu tak boleh nak fikir.

Abang siapalah agaknya ni

Adwan pandang muka Qaireen.

Qaireen mengangguk. Tersenyum.

Sekali je Makin terbuntang mata Adwan tak percaya.

Awak! Qaireen menjerit. Sepantas kilat dia menekup mulut Adwan. Habis nak diceritanya kisah dalam bilik mereka pada Akid dan Amanda. Malu.

Adwan kenyit mata.

Akid menjeling.

Amanda buat muka polos tak tahu apa-apa. Asekejap. Qaireen meminta izin setelah WAK, saya nak naik ataslah. Nak berehat

keadaan mula terkawal. Setelah pasti Adwan tak akan mengungkit lagi kisah bilik tidur mereka.

Amanda pun nak tengok baby Azaim sekejap.

Jom Reen

Qaireen pandang Adwan, suaminya mengangguk.

Yalah. Adwan mengangguk.

Dia dan Akid turut bangkit. Menghantar Qaireen dan Amanda hingga ke tangga. Kemudian mereka berdua berlalu ke halaman rumah.

Berdiri di tengah halaman. Tangan Adwan bersilang di dada. Kepalanya mendongak. Menatap lukisan alam. Cantik walau gelap. Walau taburan bintang tidak sebanyak mana.

Bro, kau dah okey Soal Akid memecah kesunyian malam. Adwan luruskan kembali kepalanya. Menoleh pada Akid yang sudah berdiri di sisi. Dia menarinarikan keningnya.

Kau apasal Akid dah buat muka menyampah. Dia boleh agak apa maksud mainan kening Adwan. Menyesal pula bertanya tadi. Kalau tahulah reaksi Adwan begini, lebih baik dia kunci mulut.

Sekali aje, bro. Adwan tersengih. Bangga.

Itu pun nak berlagak. Akid menjeling.

Bukan berlagak. Allah dah tentukan. Adwan tepuk-tepuk bahu Akid dan terus berlalu ke dalam rumah. Senyuman senget terukir di bibirnya.Dia angkat kening sewaktu berselisih dengan Amanda yang ingin ke luar rumah bersama secawan air.

Abang ipar abang tu dah kenapa Amanda pandang muka Akid yang masam mencuka. Entah. Akid jawab acuh tak acuh.

PINTU bilik dikuak perlahan. Adwan melangkah masuk. Mencari kelibat Qaireen bila si isteri tidak kelihatan di mana-mana dalam bilik itu. Pelik. Bukan ke tadi Qaireen kata nak berehat.

Sekarang Qaireen dekat mana pula

Qaireen, panggil Adwan.

Sini!

Adwan menoleh ke kanan bila terdengar sahutan suara Qaireen. Dia tersenyum. Kenapalah dia tak terfikir Qaireen ke balkoni. Dia melangkah melepasi pintu gelangsar yang terbuka sedikit.

Kata nak berehat Adwan berdiri di sebelah Qaireen yang bersandar pada palang besi.

Lama rasanya tak melihat langit malam. Qaireen tersenyum.

Selama dia tinggal bersama-sama dengan Mak Jah dan Pak Din, tidak pernah sekali pun dia ke luar rumah pasangan itu pada waktu malam. Tika itu dia memang bagai orang putus harapan. Bila malam menjelma, dia lebih rela menjeruk rasa di dalam rumah.

Ya Kening Adwan terjongket.

Kali terakhir tengok langit malam, masa dengan awak dekat rumah mak long sebelum peristiwa tu, suara Qaireen sayu memberitahu Adwan apa yang dia rasa.

Sayanggg

Adwan kalih tempat. Berdiri di belakang Qaireen. Tangannya melingkar di kiri dan kanan pinggang Qaireen. Dia perkemaskan pelukannya. Memeluk Qaireen yang ralit memandang langit kelam.

Perpisahan ini... Jeda. Adwan kucup kepala Qaireen yang sudah tidak bertudung.

Qaireen menoleh ke sisi saat Adwan merehatkan dagunya pada bahu dia. Pipi Adwan yang sudah bersih dikucupnya. Tiada lagi bulu-bulu kasar yang melata pada wajah Adwan. Segala-galanya sudah dirapikan. Menyerlahkan kekacakan si suami walau wajah itu sedikit cengkung.

Peristiwa ini buat saya terfikir. Walau sekaya mana pun saya, walau semewah mana pun saya, bahagia yang saya rasai tak akan sama tanpa awak di sisi saya, sayang, kali ini pipi Qaireen pula yang menjadi mangsa kucupannya.

Qaireen tersenyum. Mengelus lembut tangan Adwan yang melingkar di pinggangnya.

Tolong jangan pergi dari hidup saya, Qaireen. Saya tak boleh hidup tanpa awak di sisi melainkan takdir Allah menidakkannya, sendu suara Adwan. Kepala Qaireen dikucup lagi. Tanpa silu dibiarkan air mata lelakinya tumpah.

Ssshhh... Qaireen tarik sebelah tangan Adwan. Dibawa ke mulut. Dikucup penuh kasih.

Saya tak akan ke mana-mana. Saya tahu awak akan bahagiakan saya, kan

Insya-Allah, Qaireen. Insya-Allah. Adwan menjawab dalam sendu.

Terima kasih.

I love you, Nada Qaireen. I love you.

I love you too, Zulfan Adwan. I love you too.

Kita hanya mampu merancang. Segala-galanya adalah ketentuan Ilahi. Kun Fa Ya Kun.