MY SWEET ARISSA - 27
ENCIK RAZALI memandang isterinya yang sedang duduk bersandar di kepala katil sambil membaca majalah Wanita. Proposal Projek Langkawi dicampak di atas meja kopi yang terletak berhadapan dengan katil.

Kemudian melangkah ke katil. Terasa penat otaknya berfikir sedari siang tadi. Dia langsung tidak teruja melihat proposal yang dibawa oleh Hakimi dari pejabat. Hanya dibelek-belek tanpa apa-apa komen.

Abang dari mana ni Berkerut dahi Puan Hanim memandang suaminya.

Dari luarlah... sembang-sembang dengan Kimi dan menantu saya! Encik Razali menarik selimut hingga menutupi dadanya.

Sepi antara mereka.

Encik Razali memandang isterinya.

Hanim, panggilnya perlahan.

Hmm... Puan Hanim menyahut tanpa memandang suaminya. Ralit melihat majalah di tangan. Hanya melihat-lihat sahaja gambarnya. Tiada apa yang menarik untuk dibaca.

Tak nak jenguk rumah arwah Mak dan Ayah ke Spontan Puan Hanim memandang suaminya.

Apa hal pula ni Tiba-tiba sebut pasal rumah arwah Mak, Ayah. Dia mula rasa tidak senang dengan bicara Encik Razali.

Apa hal pula apa Abang tanya. Tak nak jenguk rumah pusaka tu ke Apa salahnya balik sekejap, jenguk tempat awak lahir. Sudah berapa lama Hanim tak balik kampung Keras suara Encik Razali. Rasa geram pula dia dengan soalan isterinya sekejap tadi.

Tak ada apa kat sana. Selamba Puan Hanim membalas.

Tiada apa yang hendak dijenguknya lagi. Kedua orang tuanya pun sudah tiada. Mungkin hanya rumah pusaka yang masih tegak berdiri di tepi sawah. Encik Razali menghela nafasnya.

Awak tak nak cari adik awak

Sekali lagi Puan Hanim memandang ke wajah suaminya.

Buat apa! soalnya keras.

Tiba-tiba dia rasa hendak marah dengan suaminya yang mengungkit tentang adik angkatnya, Marini. Wanita itu hanyalah adik angkat dan anak angkat kepada kedua orang tuanya.

Dia adik awak! keras suara Encik Razali. Rasa geram dengan sikap isterinya yang masih tidak berubah.

Puan Hanim senyap. Majalah di tangan diletak dengan kasar di atas meja sisi katil lalu jatuh ke lantai. Dibiarkan sahaja dan menarik selimut dengan kasar. Suis lampu di tepi meja ditekannya dan suasana bahagiannya sedikit gelap walaupun lampu lain masih terpasang.

Saya tak ada adik!

Walaupun dia bukan adik kandung awak... dia tetap adik awak. Mak dan Ayah dah jaga dia dari kecil lagi, tau. Awak tak rasa berdosa ke pisahkan kasih sayang anak dengan Mak Mak dan Ayah awak tak sempat jumpa dia sampai dia orang tutup mata tau Awak tak ada rasa bersalah sedikit pun ke Awak tak sedih ke Encik Razali memandang isterinya. Memang dia tidak faham dengan sikap isterinya.

Puan Hanim memandang suaminya. Panas dadanya mendengar bebelan Encik Razali.

Abang ni kenapa Tiba-tiba sebut pasal Marini.

Kenapa Awak cemburu Tak habis cemburu dengan adik sendiri cemuhnya bengang.

Puan Hanim berdengus kasar.

Apa hal dengan abang ni Semakin tidak senang dia dengan bicara suaminya.

Encik Razali mengiring membelakangi isterinya.

Kita ni dah tua, Hanim. Cukup-cukuplah dengan cemburu dan salah sangka awak tu. Saya dah tua, tak ada orang nak pun, tekan Encik Razali.

Puan Hanim senyap. Nafasnya terasa kencang dengan setiap ayat yang tutur oleh suaminya. Kenapa tiba-tiba Encik Razali membangkitkan kisah dulu. Lelaki ini ada berjumpa adiknya ke Tiba-tiba jantungnya bagai hendak terhenti.

Adik awak tu entahkan hidup atau tidak lagi. Dah kahwin ke atau belum. Kalau dia dah kahwin, tentu awak ada anak saudara. Tak teringin ke awak tengok anak saudara awak Entah berselisih bahu pun awak tak kenal dengan dia, keluh Encik Razali lagi.

Puan Hanim tidak membalas. Dia juga mengiring membelakangi suaminya. Begitu pun ada rasa lega di hatinya mendengar kata-kata Encik Razali. Tibatiba terbayang wajah Marini di ruang matanya. Di manakah adiknya itu berada sekarang setelah pergi meninggalkan rumah orang tua mereka lebih 30 tahun dahulu.

Awak tak rasa berdosa ke pada arwah Mak dan Ayah awak Dia orangkan ada tinggalkan pesan, tolong carikan Marini. Encik Razali mengingatkan pesanan emak mentuanya sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Puan Hanim tidak bersuara. Terkelip-kelip matanya menelan suasana gelap.

Tak payahlah nak cemburu lagi, Hanim. Kita sama-sama dah tua. Saya kahwin dengan awak, dan awaklah satu-satunya isteri saya. Tak ada orang lain lagi. Awak tak rindu ke dengan adik awak tu soal Encik Razali menoleh memandang isteri yang membelakanginya.

Puan Hanim terus kaku di perbaringan. Tak kuasa dia melayan bebelan suaminya.

Arwah Ayah awak ada tinggalkan beberapa petak tanah sawah untuk Marini. Awak ingat lagi tak Itu kira wasiat tu, kalau kita tak uruskan kita dah kira berdosa pada Marini dan Ayah awak.

Puan Hanim senyap. Ya, dia masih ingat lagi tentang itu.

Kalau kita makan hasilnya... kita dah kira berdosa tau. Kalau Marini tiada dan dia punya anak... kita dah kira seperti makan harta anak yatim.

Yang abang ni tiba-tiba je sebut-sebut pasal Marini, tanah sawah, wasiat semua ni kenapa Ada jumpa Marini Atau anak dia nak tuntut segala harta arwah Ayah Ehhh... Marini tu hanya anak angkat je. Kalau ikutkan tak payah dan tak layak dia nak harta Ayah tu semua! tingkah Puan Hanim tiba-tiba berang dengan perkara yang sedang diungkitkan oleh Encik Razali.

Itu wasiat Hanim... wasiat. Jangan buat mainmain dengan perkara ni. Esok lusa Allah timpakan bala pada kita semua baru tahu! Lelah dia menasihati isterinya.

Puan Hanim senyap. Berderau darahnya mendengar nasihat suaminya.

Berdosa makan harta yang bukan kepunyaan kita. Tambah-tambah kalau adik awak dah tak ada. Macam mana awak nak tebus semua ni soal Encik Razali. Sesekali dia patut menakutkan isterinya dengan apa yang telah dilakukan. Nampaknya banyak dosa yang terpaksa ditanggung kerana sikap isterinya.

Puan Hanim terus senyap.

Awak halau dia. Dia terus pergi, langsung tak balik-balik sampai... kata-kata Encik Razali terhenti.

Sampai apa Puan Hanim membetulkan kedudukannya. Dari baring kini sudah duduk menghadap belakang suaminya. Encik Razali seperti tahu sesuatu tentang adiknya, Marini.

Dahlah... saya nak tidur. Esok saya nak jalan jauh! Encik Razali menutup suis lampu di sisi meja bersebelahan katil dan suasana menjadi samar-samar.

Abang nak pergi mana Puan Hanim mula bimbang dengan rancangan suaminya.

Dah... saya nak tidur! keras suara Encik Razali. Itu menandakan yang dia tidak mahu diganggu.

WALID tak cakap nak ke mana soal Hakimi memandang Arissa yang sedang mengemas bajunya dan digantung di dalam almari.

Tak ada pula. Katanya nak jalan-jalan makan angin je.

Arissa terus mengemas baju-baju Hakimi yang sudah digosok untuk seminggu. Sebentar tadi Encik Razali memberitahunya mahu mengajaknya dan Badrul ke seberang esok. Tidak pasti ke mana.

Esok, Mak Cik Ruhaya datang kan Hakimi menyoal.

Rasa lega wanita itu dapat datang bekerja lebih awal daripada cuti yang dipinta tempoh hari. Bukan apa, dia bimbang kalau Arissa dan Puan Hanim berdua di rumah. Tidak tahu mengapa.

Aah... rasa lega dapat mengikut Encik Razali daripada tinggal berdua dengan Puan Hanim. Wanita itu amat menggerunkan. Kalau bertentang mata, terasa jantung dan segala hati, limpanya menjadi kecut tak berdarah.

Hakimi melangkah keluar dari bilik persalinannya dan duduk di sofa. Begitu juga dengan Arissa yang baru sahaja selesai mengemas. Lampu bilik itu ditutup begitu juga dengan pintu bilik persalinan.

Encik, panggilnya yang sudah berdiri di belakang sofa tempat Hakimi tidur.

Hakimi memandang Arissa. Ya.

Kita ni macam mana soalnya. Ini dah masuk sebulan kita nikah. Janji dan tempohnya dua, tiga bulan. Sekarang tinggal dua bulan je lagi. Dia mengingatkan lelaki itu untuk kesekian kalinya.

Cerita Encik Razali dan Hakimi tentang pertemuan Puan Talha dan Encik Amar semalam di Penthouse Hotel Sweet Arena membuat dia semakin bimbang dan cemas. Bagaimana dengan rancangan mereka Rasa semakin tidak menentu dia berada di situ. Dengan layanan sinis Puan Hanim. Dengan sikap baik dan kebapaan Encik Razali. Dia semakin rasa bersalah terhadap lelaki itu. Seperti dia menipu.

Sabarlah, ya, pujuk Hakimi lembut.

Hakimi sendiri tidak pasti bagaimana perjalanan rancangan mereka. Semakin lama semakin tidak kelihatan yang dia dan Arissa akan berpisah kemudiannya. Dan kemudiannya itu seperti tidak akan muncul.

Saya rasa macam... dia memandang Hakimi.

Macam apa

Entahlah, keluh Arissa dan melangkah ke katil. Saya kesian Encik tidur atas sofa ni selama-lamanya. Dia ketawa kecil.

Hakimi sengih. Jadi... bagilah saya tidur sebelah awak!

Encik ni memang senget! cemuhnya bengang dengan gurauan gedik Hakimi.

Kuat tawa Hakimi.

Lama-lama tidur atas sofa mesti sakit pinggang. Dah satu hal saya nak jaga Encik pula. Dahlah sekarang jadi nurse dan nanny Walid Encik. Arissa pula sengih.

Sekali lagi tawa Hakimi kuat. Rasa lucu dengan kata-kata gadis itu.

Kalau... tidak sanggup untuk dia meneruskan kata-katanya. Rasa sudah beberapa kali ingin diucapkan namun bimbang Arissa terkejut dan tidak bersetuju.

Kalau apa soal Arissa dan duduk selesa di atas katil.

Awak mesti tak setuju dengan cadangan saya.

Tajam pandangan Hakimi memandang Arissa yang berada di atas katil. Tiba-tiba dia melihat isterinya itu seperti anak patung duduk memandangnya. Aduhai mata, tolonglah jangan main silap mata.

Cakap jelah, Encik! Rasa nak marah bila Hakimi cakap sekerat-sekerat. Ada yang kena kerat juga nanti! Getus Arissa.

Hakimi tidak segera menjawab. Tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat-ayat terbaik untuk Arissa. Lagipun dia segan hendak memberitahu gadis ini.

Encik! panggil Arissa bengang menunggu Hakimi yang masih tidak bersuara.

Hakimi berdehem. Saya nak buat pengakuan ni. Ternganga Arissa.

Pe... pengakuan Pengakuan apa Apa kena dengan Hakimi ni Hatinya terus bersoal sendiri.

Hakimi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlahan-lahan dia bangun dan menghampiri katil tempat Arissa tidur.

Melihat reaksi Hakimi, Arissa menarik selimut dan membalut tubuhnya dengan selimut tebal yang ada di atas katil. Bimbang lelaki itu mengapa-apakan dia. Bukan boleh percaya dengan lelaki itu. Tambahan mereka sudah bernikah Esok, janji tinggal janji je.

Encik boleh cakap dari sofa tu... tak payah duduk dekat-dekat. Saya dengar! kata Arissa mengesot ke tepi katil apabila Hakimi sudah duduk di birai katil sebelah kanan.

Saya takkan buat apa-apalah! Bengang pula dia melihat reaksi Arissa. Macamlah dia seorang lelaki yang teruk!

Arissa senyap dan masih lagi duduk di dalam selimut yang membaluti tubuhnya.

Sekali lagi Hakimi senyap.

Encik nak buat pengakuan apa! sergah Arissa. Geram dia melihat sikap bisu Hakimi.

Saya suka awak, terluncur laju tiga perkataan itu dari mulutnya apabila di sergah oleh Arissa. Haa... kan Hangat wajahnya menutur apa yang disimpan selama ini.

Rasa bergegar tubuh Arissa dengan pengakuan Hakimi.

Awak terus jadi isteri saya jelah!

Akhirnya dia menyatakan apa yang difikirkan selama ini. Bukan baru itu dia memikirkan perkara itu tetapi sejak lafaz akad dan sahnya Arissa menjadi isterinya.

En... Tidak terkeluar apa yang hendak disebut. Jantungnya bagai hendak tercabut sebaik mendengar ayat-ayat power Hakimi. Power tak power, dia sudah tidak mampu untuk mengeluarkan suara.

Hakimi bangun dari duduknya namun memandang Arissa yang sudah berdiri di seberang sana.

Awak fikirlah... saya tak paksa. Tetapi tengok daripada situasi Umi dan Walid mereka tak akan keluar lagi dari rumah saya ni. Rasanya memang terus menetap di sini. Masakan nak suruh dia orang keluar pula kan. Walid pun tak sihat... tengok awak jaga dia dengan baik, saya rasa lega sikit, luah Hakimi.

Arissa senyap.

Awak jangan paksa diri pula. Ini bukan paksaan. Cuma perlu ingat ia mungkin memakan masa yang agak panjang kalau kita teruskan juga dengan rancangan kita. Daripada buang masa macam tu... ada baiknya kita betul-betul jadi suami isteri, jelas Hakimi lagi. Lama dia memandang Arissa yang tidak memandangnya.

Perlahan-lahan Arissa duduk semula di katil memandang ke pintu gelangsar yang bertutup. Kemudian pandangannya beralih kepada Hakimi yang memandangnya.

Ada sesuatu yang awak rasa tak selesa ke Hakimi bertanya. Melihat wajah Arissa yang seperti orang terkejut dan blur buat dia senyum sendiri. Kalau dulu herot-berot mulut gadis itu bila hendak membuat sesuatu keputusan.

Ya. Tak selesa dan takut.

Apa maksud awak

Umi Encik. Aduh, ini dah rasa macam kisah Cinderella pula. Emak tiri Cinderella yang menakutkan tetapi di dalam kisahnya pula ibu mentua yang menakutkan.

Hakimi ketawa.

Buat tak tahu. Pekakkan telinga. Pada saya Walid dah suka awak... itu sudah lebih dari mencukupi. Umi

tak boleh buat apa-apa. Arissa senyap.

Kalau ada apa-apa yang tak sedap di telinga awak. Beritahu saya.

Arissa terus senyap. Masakan dia hendak repot segala apa yang dikatakan oleh Puan Hanim kepada Hakimi. Macam kaki repot pula.

Biarlah saya fikir dulu ya. Perkara ni bukan main-main Encik. Hidup mati saya dengan Encik ni, keluhnya.

Hakimi senyum mendengar kata-kata Arissa yang sentiasa membuat dia tersenyum. Akhirnya dia mengganggukkan kepalanya.

Insya-Allah, saya akan jaga awak dengan baik dan beri kasih sayang sebagaimana ibu dan Ayah awak pernah menjaga dan menyayangi awak dulu... kerana awak amanah dari Allah untuk saya, akuinya. Lama mereka berpandangan.

Encik jangan buat saya sedih.

Arissa mengesat matanya sebaik mendengar nama orang tuanya disebut. Segera dia mengesat air mata yang sudah mengalir di tepi mata dengan belakang tangannya.

Saya minta maaf. Tak ada niat nak buat awak sedih. Mungkin kasih sayang saya banyak kurangnya daripada kasih sayang yang diberi oleh orang tua awak. Tapi saya akan cuba beri yang terbaik untuk awak. Saya serius nak jadikan awak teman gembira dan menangis saya. Boleh ke soal Hakimi.

Arissa senyum namun air matanya terus merembes keluar. Tidak tahu mengapa Gembirakah dia Terharukah dia Hati di dalam serba tidak kena sebaik mendengar ucapan Hakimi. Namun bila teringat kepada kedua orang tuanya, hati kembali sayu dan pilu. Berapa lama awak tak menangis soal Hakimi.

Apa Encik ni! Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi.

Semakin lama semakin laju keluar dari tubir matanya. Dan akhirnya dia teresak-esak sendiri. Ya, berapa lama dia menahan air matanya

Hakimi segera menghampiri Arissa lalu membawa gadis itu rapat ke tubuhnya. Dipeluk Arissa dengan erat.

Menangislah puas-puas, saya ada untuk awak sekarang.