lambat, sampuk abang Zahar tiba-tiba.
Cair Apa pula benda yang cair dalam kotak ni Elzaara membuka kotak besar tersebut dan matanya terpaku pada Moist Chocolate Cake di dalamnya. Di atasnya tertulis Happy Birthday Dearest Elzaara.
Happy birthday, El!
Hari ni birthday aku ke Elzaara menayangkan wajah blurnya ke arah Lyn.
Hm, birthday sendiri pun dah tak ingat ye Makcik. Patut pun kau membebel macam mak nenek tadi. Dah tua rupanya kau ni, sampai birthday sendiri pun kau lupa. Lyn menyakat Elzaara.
Elzaara yang kelihatan blur, mengerutkan dahinya.
Lyn mencapai purse Elzaara dan mengeluarkan kad pengenalannya lalu dihulurkan kepada Elzaara, Tak percaya lagi ke hari ni birthday kau Adoilah makcik ni. Amnesia agaknya.
Elzaara menepuk dahi sebaik sahaja kad pengenalannya berada dalam genggamannya. Dia sememangnya terlupa bahawa hari ini merupakan hari jadinya.
Aku lupa...
Tulah dah tua... mana nak ingat, bidas Lyn.
Kau pun tak payahlah over sangat sampai nak keluarkan IC aku bagai. Buat malu je! Protes Elzaara.
Dah tu kau blur macam memory laptop dah full tu apasal
Erm...
Kak Lisa, terima kasih sangat-sangat. El terharu sangat-sangat. Tak sangka Akak ingat birthday El, Genangan air mata segera disapu sebelum tertumpah ke pipi.
Kek ni bukan Akak yang bawa. Special delivery daripada Brian. Dia yang bawa. El kena ucap terima kasih dekat dia bukan pada Akak. Dan El kena berterima kasih dekat Lyn sebab dia yang beria-ria nak buat piknik hari ni sebab nak celebrate birthday El. Lisa dan Zahar sudah tersengih-sengih apabila ucapan terima kasih ditujukan kepada mereka.
Patutlah Lyn beria-ria ajak berpiknik. Kononnya nak release tension. Rupanya ada udang di sebalik
Maggie Kari. Pandai kau, kan
Terkejut tak Surprise, kan
Kau memang! Tapi, terima kasihlah banyakbanyak sebab dah bersusah payah buat surprise ni.
Happy birthday wahai my friend merangkap sepupuku yang paling sengal. May Allah bless you always. Kesiannya dah tua! Sekali lagi Lyn memberikan ucapan happy birthday sambil memeluk Elzaara.
Happy birthday, Elzaara, ucapan serentak diberikan oleh Lisa dan Zahar.
Tidak disangka-sangka oleh Elzaara apabila dua bungkusan hadiah dihulurkan kepadanya. Elzaara sungguh terharu dan terkedu kerana dia tidak menyangka bahawa mereka akan mengadakan pesta hari jadi walaupun secara kecil-kecilan.
Nah, ni hadiah daripada aku pula. BuKak kat rumah jelah ya nanti. Lyn menghulurkan hadiah.
Happy birthday, Elzaara. Hope all of your wishes will be granted, dear. Suara macho itu kedengaran setelah sekian lama dia mendiamkan diri. Serentak dengan itu bungkusan hadiah diberikan.
Elzaara teragak-agak untuk mengambilnya. Melihatkan senyuman Brian yang ikhlas lagi tulus, dia mengambilnya tanpa rasa ragu-ragu.
Err, thank you. Thanks to all of you sebab ingat birthday El hari ni. Serius El sebenarnya tak ingat pun. El ingatkan piknik hari ni biasa-biasa je. Thanks!
Akak ingat nak tempah je kek El dekat kafe Brian, tapi dia kata dia nak bagi special untuk El, so tak jadilah Akak beli kek.
Ooo... Air mata gembira Elzaara semakin bertakung dan tunggu masa untuk menitis.
Dah, dah tak payah nak buat drama air mata dekat sini. Perut aku dah berdendang lagu KPop dah ni. Boleh tak kau potong je kek tu El Kalau tak, biar aku yang potong. Aku dah lapar sangat tunggu kau orang merangKak-rangKak nak sampai sini tadi, selamba badak sahaja Lyn menghentikan slot drama air mata pada hari itu.
Semua orang ketawa mendengar celoteh spontan Lyn. Elzaara yang sedang beremosinal turut sama ketawa. Lisa menepuk bahu adiknya.
Elzaara menggamit Haziq yang sedang bermain di playground berhampiran tempat piknik mereka. Haziq yang sudah berpeluh-peluh tiba dengan meminta air daripada acunya. Elzaara memberinya air mineral dan tidak sampai 2 minit air mineral tersebut sudah tinggal separuh.
Acu, nak makan. Haziq lapar. Haziq membuat muka kesian kepada Elzaara.
Sebelum tu Haziq salam Acik Lisa, uncle Zahar dan uncle Brian ya Lepas tu basuh tangan dan baru boleh makan.
Haziq dengan segera menyalami tangan Lisa, Abang Zahar dan akhir sekali Brian. Dia terus duduk di atas pangku Brian dan dibiarkan sahaja oleh Brian. Elzaara yang terkedu dengan tindakan Haziq terus sahaja menggamit Haziq untuk duduk disebelahnya.
Haziq, meh sini. Duduk dengan Acu. Senang Acu nak suap nanti.
Haziq menggelengkan kepalanya sambil memeluk Brian, Haziq nak uncle suapkan. Boleh tak
Dengan wajah yang polos, suara yang manja, Haziq membuat permintaan yang mengejutkan Brian dan Elzaara. Brian tersenyum lebar lalu menggangukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Haziq hanya tersengihsengih memandang Elzaara.
Maaflah kalau Haziq mengganggu awak nak makan pula. Elzaara memohon maaf di atas sikap Haziq yang dirasakannya sebagai mengganggu Brian.
No problem. I okey je kalau Haziq nak I suapkan dia makan. I harap you tak keberatan untuk I jaga dia. Please my dearest angel
Elzaara tercengang mendengar permintaan Brian. Aksinya yang sedikit blur mengundang tawa Lisa.
El, kenapa buat muka macam tu Bagi jelah dia nak melayan si Haziq tu. Pandai-pandai dialah nak pujuk Haziq kalau Haziq merajuk. Jenuhlah dia nak cari aiskrim dekat sini. Lisa sengaja mencipta ruang dan peluang untuk Brian menjalinkan hubungan rapat dan erat dengan Haziq. Siapa tahu mungkin Haziq boleh jadi pengikat kasih di antara mereka berdua.
Tersungging senyuman di bibir Brian melihat aksi spontan Elzaara sebentar tadi. Dia terus menyuapkan Haziq kek dan melayan Haziq berceloteh itu dan ini. Lisa dan Zahar saling berbalas-balas senyuman dan pada senyuman mereka terdapat suatu makna yang tidak dapat ditafsirkan oleh Elzaara manakala Lyn pula tidak menunjukkan apa-apa ekspresi di raut wajahnya. Suka Cemburu Hanya Lyn sahaja yang mengetahuinya.
Haziq yang sudah kekenyangan mencapai cawan kertas yang berisi air dan meneguknya dengan perlahap. Brian menyuakan pula sandwich kepada Haziq, tetapi gelengan sebagai jawapannya. Brian tetap melayan Haziq yang banyak kerenah itu. Haziq dengan tergesa-gesa bangun dan memakai kasut.
Haziq, nak ke mana pula tu Tergesa-gesa je. Ni nak makan lagi tak
Haziq menggelengkan kepalanya dan jarinya menunjukkan ke arah playground. Dia nak main playground Karang ada pula yang muntah nanti. Dahlah baru lepas makan, makanan pun belum sempat nak turun ke perut. Elzaara sudah menjengilkan biji matanya, tetapi dek kerana Haziq pandai buat muka simpati, Elzaara pun menganggukkan kepalanya. Dia meletakkan pinggan kertasnya yang berisi nasi lemak dan membuntuti langkah Haziq.
El, ambillah ni. Bawa makanan ni dekat sana. Makan kat sana nasi ni. Karang perut tu lapar pula asyik duk layan Haziq, Tegur Lisa sambil menyuakan pinggan Elzaara.
Tak apalah Kak. Kejap lagi El makan. El nak temankan Haziq main sekejap. Elzaara terus berlalu melangkah ke arah playground.
Brian menghantar langkah Elzaara dan Haziq melalui ekor matanya. Tanpa disedari bihun di dalam pinggannya tertumpah. Lyn yang hanya senyap dari tadi hanya memerhatikan gelagat Brian dan Elzaara.
Brian mencapai pinggan kertas Elzaara tadi dan meletakkan bermacam-macam jenis makanan di dalamnya dan dia bangun melangkah ke arah Elzaara yang duduk di kerusi taman itu. Zahar sudah tersengihsengih manakala Lisa pula sudah mengangkat ibu jarinya menandakan good luck kepada Brian.
Brian hanya tersenyum lebar. Langkahnya diatur perlahan menuju ke arah Elzaara. Pinggan yang dipenuhi dengan makanan dihulurkan kepada Elzaara.
Elzaara yang sedang mengelamun jauh tiba-tiba terperanjat. Dia melihat susuk tubuh Brian yang berada begitu dekat dengannya sedang memegang pinggan kertasnya tadi. Elzaara mengesot sedikit memberi ruang untuk Brian duduk di kerusi itu. Alahai, kenapa pulalah mamat ni datang sini. Kenapa tak duduk dekat sana temankan Lyn tu makan Elzaara segera memoleh dan mencari wajah Lyn untuk mengetahui ekspresi wajah Lyn, tetapi malang sekali wajah Lyn terlindung khemah.
Makanlah. Tadi I tengok you makan pun sikit je. Nak layan Haziq sampai perut you lapar pun you tak kisah. I nak layan Haziq lebih-lebih takut you tak suka pula, ujar Brian. Senyuman yang terukir di bibir Brian bagaikan putera kayangan yang turun dari langit.
Elzaara menyambut dan mencapai sudu dan garpu untuk memulakan misinya yang tertangguh sebentar tadi, Thank you. Susah-susah je awak tolong bawakan.
My pleasure dear. Anyway kek yang I buat tu okey tak rasanya I hope you like it.
Elzaara memandang wajah Brian mencari kepastian tetapi apa yang dia dapati hanyalah senyuman yang begitu manis dan mekar sekali. Biar betul! Ingatkan dia suruh staf dia yang buatkan. Seriously
Brian hanya menggangukkan kepalanya mengiakan pertanyaan Elzaara.
Errr... sedap. Terima kasih sebab buatkan kek tu.
Welcome. I dengar Moist Chocolate Cake is your favourite, betul kan
Ha, sudah! Mana pulalah mamat ni tau kek kegemaran aku ni Entah-entah Kak Lisa yang bagi tahu ni. Waduh! Gawat ni. Elzaara mengomel di dalam hati kecilnya.
Betul ke
Hah Apa yang betul
Moist Chocolate Cake is your favourite
Err... Ya, memang favourite saya. Kak Lisa bagi tahu awak ke
Oh, taklah. I teka je sebab dua hari you datang ke kafe I nampak pesanan you mesti Moist Chocolate Cake. So I agak ajelah. Tapi, tak sangka pula betul.
Erm, kalau I nak tanya you something boleh tak
Elzaara mengangkat keningnya., Apa dia
You dah ada boyfriend ke belum
Soalan cepu gangsa yang membuatkan Elzaara tersedak. Mukanya terus kemerahan apabila Nasi Tomato yang disuapkan ke dalam mulut tersangkut di kerongkongnya. Sepantas kilat Brian menghulurkan secawan kertas yang berisi air oren kepada Elzaara dan laju sahaja air oren tersebut berlumba-lumba membasahkan tekak Elzaara yan kering lagi perit dek akibat tersedak.
Brian cuba untuk menepuk belakang Elzaara bagi meredakan keperitan yang dirasai oleh Elzaara tetapi segera dihalang oleh Elzaara. Sempat juga Elzaara menghantar isyarat terima kasih.
Elzaara segera mengurut dadanya bagi mengurangkan rasa perit dan juga memperbetulkan saluran pernafasannya.