Kristal Berdarah - 27
BAB 26

Kota Kinabalu...

Shariman dan aku telah belayar dengan menggunakan kapal kepunyaan kawan encik Rosli pada hari Sabtu awal bulan Jun. ada beberapa orang tetamu yang akan hadir tetapi kami tidak tahu siapa. encik Rosli sudah pun berada di Kota Kinabalu. Dia sedang bercuti dan sedang mengu ruskan pembukaan sebuah cawangan di sana. encik Rosli sedang menanti kedatangan kami di rumahnya. berbual semasa dalam perjalanan merupakan sesuatu yang cukup sukar dilakukan. Shariman masih menyatakan perasaan cintanya dan melamar

aku agar mengah wini nya... atau berasmara dengannya menjijikkan. aku cuba dan terus mencuba untuk menerangkan tanpa me reng gangkan hubungan kami tetapi dia masih tidak faham. Walaupun aku jatuh cinta kepadanya, itu hanyalah kerana kejujurannya.

Pada mulanya, Manisah Hadi dijangka berada di da lam pelayaran ini tetapi Manisah menolak. Katanya, dia per lu lebih banyak masa untuk menumpukan kerja pada satu arca yang harus diserahkan kepada pelanggannya minggu hadapan. encik Rosli tidak mempunyai orang lain kecuali aku. Tetapi dia berasa bimbang lalu mengarahkan Shariman ber samasama aku. Walaupun aku tidak senang dengan arahan tersebut, aku tidak punya pilihan lain. Mahu tidak mahu, aku terpaksa membiarkan Shariman berada di sebe lah aku.

Tidak lama kemudian, kapal yang kami tumpangi sela mat berlabuh. Kami diarahkan oleh encik Rosli untuk per gi ke suatu tempat.

Tengah hari semakin lewat. cuacanya terlalu terik de ngan cahaya matahari yang terangbenderang. Peman dangan di kiri kanan jalan sememangnya meng asyikkan. barulah kami tahu mengapa encik Rosli menyukai tempat itu. Dia juga mempunyai sebuah rumah di situ.

Gembira tengok awak dapat datang.

Terima kasih, tuan. aku memandang sekitar tempat itu.

Keadaan di luar rumah itu sungguh mengasyikkan. Ru mah itu dikelilingi oleh pokok bunga puding dan teja yang merimbun dengan rumput yang dipotong pendek. Di penjuru rumah, ada sebuah tasik kecil. Rumah itu agak terasing daripada perkampungan yang terdekat.

Ruang dalam rumah dihiasai secara ala kadar sahaja. Tiada kerusi atau sofa mahal. Yang ada hanyalah tembikar berukir indah, lukisan pelbagai warna dan gambar serta arca kristal yang menarik.

Mari kita ke bilik kerja saya. anak perempuan encik Rosli yang menemani kami ber tiga, menolak kerusi roda dan kami berdua membuntuti dari belakang. Shariman menggenggam tangan aku. aku tidak mengendahkan perbuatan Shariman itu.

Di manamana sahaja di dalam bilik kerja encik Rosli terdapat arca kristal yang berbagai bentuk dan warna. Ruang dalam rumah itu sebenarnya tidak menampakkan lang sung ciriciri kemewahan seorang intelektual dalam bidang kesenian pengukiran dan lukisan.

Kami telah memasuki bilik bacaannya sekali gus mene mukan kami dengan sesuatu yang hendak ditunjukk an encik Rosli. aku kagum. Sungguh menawan. Sebuah arca ber warna ungu dengan latar belakang warna merah hati tegak berdiri. cahaya yang agak suram semakin menim bul kan war na arca itu.

aku yang membuat reka bentuknya. Juga menyaksikan penyelesaiannya tetapi penghasilannya di sini... dengan kecerahan cahaya di bilik bacaan encik Rosli, ditambah pula dengan suasana sepi, aku bagai menyaksikan sebuah maha karya indah bersalutkan kemewahan. ia sesungguh nya amat cantik.

Perasaan kagum menyeliputi segenap hatiku.

Saya tak dapat bayangkan... ia sungguh indah.

Semuanya ni kerja tangan awak, Salimah... reka ben tuk dan pencernaan warna. Saya hanya meletakkan ia ke tempat yang sepatutnya saja. aku tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih

dengan katakata itu.

awak berdua hendak minum apa

apaapa saja. aku dan Shariman bersuara serentak. Kami saling berpandangan dan bertukar senyuman.

Seketika kemudian anak gadisnya membawakan sedu lang minuman aku rasa air sirap. Tetapi apabila kami mence capnya dengan hujung lidah, kami dapati bahawa jus itu bukanlah sirap. ia lebih sedap... malah ia mempu nyai pelbagai rasa lain yang tidak dapat aku terangkan.

ini dia, katanya dengan sedih. Sesuatu yang saya nak tunjukkan kepada awak berdua. Saya mahu awak melihatnya sendiri.

Dia berhenti seketika, menarik nafas panjang. aku dan Shariman tidak berkata apaapa.

Shariman... boleh awak tolong saya Tolong selakkan langsir di setiap tingkap di bilik ini.

Sudah tentu boleh, tuan.

Dia berjalan sekeliling bilik itu sambil menyelak setiap langsir. Udara nyaman berhembus masuk. cahaya mata ha ri menerobos namun bilik itu masih terasa suram.

Tengok ni. Dari bawah selimut yang menutup kaki nya, dia mengeluarkan sekeping atau lebih tepat lagi seketul kristal berwarna merah yang membuatkan aku dan Shariman terpegun.

Kristal itu benarbenar berwarna merah. Lebih merah daripada yang aku selalu lihat. Warnanya yang terlalu merah, membuatkan aku tidak henti mengkaguminya. aku sedar ada sesuatu yang lebih hebat daripada itu. aku sedar ada rahsia di sebalik seketul kristal tersebut. Rahsia yang membuatkan encik Rosli ingin menunjukkan kepada kami berdua.

ia seperti bersinar.

Ya.

Ketika itu Shariman masih mendiamkan diri. Dia terus me renung kristal di tangan encik Rosli.

Kami bekerja keras untuk menghasilkan warna me rah pada karyakarya kita. Tapi macam mana tuan dapat membuatkan kristal ini bersinar Di mana tuan mempero lehi kristal ni encik Rosli tersenyum. aku tidak tahu apa yang

menye bab kan dia tersenyum.

nah! Pegang baikbaik. ia agak tajam. Periksa de ngan teliti. aku mengambil dan meletakkan di celah jariku. Ketaj a mannya dapat aku rasai. Kristal ini lebih ringan daripada kristal biasa. Krital itu membuatkan aku seperti sedang me megang sebentuk cahaya merah yang sedang bersinar.

nafasku ditarik panjang.

Hatihati. Shariman menjangkakan yang aku telah ber luka.

aku menghulurkan tapak tangan. Tiada setitis pun da rah yang mengalir. aku menyerahkan kristal itu kepa da nya dan reaksi Shariman sama seperti aku; kagum.

ia tentunya setebal satu inci setengah. Tapi mengapa ia terlalu ringan encik Rosli tersenyum. Shariman menyerahkan kristal itu kembali kepada encik Rosli. Tetapi genggaman orang tua itu tidaklah sekuat mana. Kristal itu tergelincir dan jatuh ke lantai tetapi mujurlah ia tidak pecah. Malah ia langsung tidak meninggalkan sebarang kesan retak... terlalu luar biasa bagi seketul kristal yang akan berkecai apabila jatuh. aku tersentak sebenarnya aku bimbang jikalau kami tidak sempat mengkaji rahsianya. Wajah encik Rosli beru bah. Mungkin dia gementar atau boleh jadi juga berasa malu kerana ketidakupayaannya.

aku mengangkat kristal itu dan meletakkan ke tangan nya.

Terima kasih, Salimah. Saya bimbang... saya bimbang... anak perempuan encik Rosli datang kembali. Me man dang sekeliling bilik dan bertanya apa yang kami perlukan lagi. Kemudian menghilangkan diri.

bilik itu masih cerah. Ketulan kristal yang tidak terbentuk, masih bercahaya.

Kita perlukan cahaya. Shariman! Tolong... Sekali lagi suaranya bersemangat. Wajahnya ceria.

Shariman tidak menunggu lagi. Dia tahu apa yang di per lukan oleh encik Rosli. Dia terus bangun dan menyel ak langsir di belakang encik Rosli. bukan! bukan jendela! Pasang lampu. bilik itu kemudiannya cerah dengan cahaya lampu dan matahari yang bersatu. encik Rosli kelihatan tua be nar. Wajahnya terlalu, pucat. Ketulan kristal itu diangkat dan menayangkannya di tengah cahaya yang menyuluh. Tengok!

ia kelihatan seperti sebuah trapezium yang menyilang kan cahaya. Keinginan untuk mengetahui semakin kuat di hatiku.

Tolong terangkan kepada kami, tuan.

awak tak langsung menjamah minuman awak,

Salimah. aku mengangkat cawan ke bibir. Tuan juga tidak minum.

Dia mengangkat cawannya. cawan itu jatuh ke riba. Sekali lagi dia kelihatan malu. Shariman menerpa untuk mengangkatnya.

Tak apa. biarkan saja. Dia merendahkan nada suara. Saya tak dapat terangkan macam mana bencinya saya ter hadap keadaan ini. Penyakit saya langsung tak mahu sembuh. Saya tak dapat buat apa yang saya suka lagi. Malah kreativiti saya terlalu terhad. ini bukan cara hidup seorang lelaki. aku dan Shariman tidak mampu memberikan seba rang ulasan.

Saya malu hidup macam ni, Salimah. Saya tak mahu kesakitan terus menimpa saya.

betul... tapi tuan... aku ingin memperkatakan se suatu kepadanya. Tetapi aku rasa dia lebih mengetahui daripada aku.

Kalau saya beritahu sesuatu, awak berdua jangan ter kejut, ya.

Ya, dah tentu! itu saja jawapan yang mampu diberi kan kepadanya.

Hanya dua perkara yang membuatkan saya tak bunuh diri. agama saya dan anak saya. Saya tahu membunuh diri adalah satu dosa besar dan anak saya pasti menderita dengan tindakan saya tu.

Shariman berkisar di kerusinya. Resah. aku tahu, aku se ha rusnya bercakap tentang benda lain atau encik Rosli akan mengomel perkara yang tidak sepatutnya diperkatak an. aku menunggu masa yang panjang dalam suasana yang sepi itu.

encik Rosli! Tak mahukah tuan terangkan tentang kristal tu akhirnya aku mempunyai peluang untuk me nu kar topik perbincangan.

Kristal ni Ya! Kristal merah ni! Dia bersuara per lahan seperti berbisik kepada dirinya.

Kristal itu diangkat dengan jari telunjuknya setinggi se ka ki atau lebih. Kemudian secara tibatiba kristal itu diti kamkan ke tangannya.

Ya, Tuhan!

encik Rosli!!

Kami berdua menerpa ke arah encik Rosli. Kami me ngam bil masa yang agak lama untuk menyedari dia se dang menguntumkan senyuman. Dia tidak menunjukkan kesakitan yang serius. Kristal itu terbenam sekerat di pergelangan tangannya. namun tiada setitis darah pun yang jatuh ke lantai.

Perlahanlahan kristal itu dicabut. Kemudian dia menyerahkan kristal itu kepada aku untuk diperiksa.

aku tidak tahu apa yang harus aku fikirkan. aku tidak tahu apa yang sedang bermain dalam perasaan aku. Malah katakataku mati setakat tekak sahaja. aku memandang encik Rosli dan Shariman. Kemu dian memandang ke belakang. Ke sekeliling bilik itu.encik Rosli tersenyum.

Duduklah.

Kami menuruti perintahnya. aku memegang kristal itu. Ketajamannya begitu terasa. Tangan kami seperti ber kilauan... cahaya kristal merah.

Kali pertama saya jumpa kristal ni ialah masa saya mengem bara ke luar negeri. Saya membelinya dari seo rang tua di tepi jalan. Saya belinya untuk buat pengana lisaan. Saya tertarik dengan warnanya. ia tak macam kristalkristal biasa. ia bersinar dan merahnya... terlalu ga rang. Saya bawa balik ke hotel. Masa di hotel, saya ham pir tercedera. Tapi macam yang awak tengok tadi, itu lah juga yang jadi kepada saya.

Kristal itu diserahkan kepada aku kembali. aku me main kan hujung jari di tepi kristal yang dikatakan tajam. ia tidak langsung mencederakan bahkan ia adalah terlalu majal walaupun pada mulanya.... tajam. aku dapat merasa dengan deriaku. aku menghulurkan kepada Shariman tetapi dia menolak. Mungkin dia tidak mahu musibah me nimpa dirinya. atau barangkali juga dia takut tercedera apabila tersentuh kristal tersebut.

Kata orang tua tu, kristal ini diperbuat dari darah. Ka ta nya lagi, serpihan kristal ini ada di manamana. Seba hagian daripadanya ada di Sarawak.

Katakata itu membuatkan Shariman terperanjat besar. Matanya terbeliak luas.anak perempuan encik Rosli datang lagi. Tetapi hanya sebentar. barangkali hanya untuk mempastikan bapanya dalam keadaan selamat.

Saya mahu awak berdua ke Sarawak. Saya mahu awak berdua mencari di mana lagi kristal ni. Kalau boleh sa ya mahu awak berdua mencari dan membawanya pulang.

Tuan rasa kristal ni boleh sembuhkan penyakit tuan Shariman bersuara... terlalu perlahan.encik Rosli merenungnya.

aku ingin ketawa mendengar soalan Shariman itu. aku tidak tahu bagaimana dia dapat soalan bodoh itu, se dangkan dia tahu, seketul kristal tidak mungkin dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti yang dihidapi oleh encik Rosli.

Tak! Saya mahukannya kerana ia terlalu cantik dan istimewa. Semangat seni saya akan lebih terangsang. Saya percaya dengan kewujudan Tuhan dan saya percaya setiap benda yang diciptanya ada keistimewaan tersendiri. buat sementara aku tidak dapat berkata apaapa. Tetapi aku benarbenar mahu melakukan kerja itu. ia terlalu pen ting. Penting kepada encik Rosli. Penting juga kepada diri aku.

Saya akan buat apa saja yang disuruh.... Ke mana saja yang diarahkan. Saya akan mencari kristalkristal itu.

bagus, Salimah. Saya dah kirimkan surat kepada ka wan saya di sana... maksud saya di Kuching. awak berdua akan pergi ke sebuah bangunan yang menempatkan ma nuskrip dan artifek lama yang tak terdapat di tempat lain di dunia ni.

Dia menoleh kepada Shariman. Saya mahu awak ikut Salimah ke sana. Seorang gadis jelita seperti Salimah tak boleh bersendirian di suatu tempat asing tanpa seorang lelaki menemaninya.

Hatiku berdebar. Jikalau ada orang lain selain daripada Shariman... tetapi wajah Shariman berseriseri. Perjalanan bersamaku tentu menggembirakan hatinya. Mungkin inilah saatsaat yang dinantikan oleh Shariman.

Saya gembira dapat kerja bersama Salimah. Hatiku sakit mendengar katakata Shariman itu. bagus! Jadi semuanya dah selesai.

Dia bergerak sedikit dan mematikan lampu di meja. Dia duduk di dalam gelap. Tapi awak berdua akan ditim pa bahaya kerana kristalkristal ni.

bahaya Suara Shariman antara dengar dengan tidak.

Menghampiri kristalkristal ni bermakna awak ber dua seolaholah menghampiri neraka. itulah yang dika takan oleh orang tua yang jual kristal ni kepada saya dulu. aku resah. Resah kerana kesan yang akan timbul. Ma lah yang paling utama ialah... resah kerana Shariman akan bersamasama aku. namun Shariman menunjukkan keya ki nannya. Dia memberikan jaminan bahawa segalagalanya akan selamat.

aku tidak mahu dia mengembara bersama aku. aku ti dak mahu melakukan perhubungan di tempat asing de ngan Shariman. aku ingin memberitahu encik Rosli yang aku tidak setuju Shariman ikut serta. aku ingin menyat a kan bahawa aku boleh melakukan kerja ini sendirian. Malangnya aku tidak mempunyai cara untuk meluahkan se gala perasaan yang terbuku di hati.

cuba awak tengok ni. encik Rosli menghulurkan keduadua belah tangannya kepada aku. Tengoklah ma cam mana hodohnya tangan saya. Saya dah musnahkan seluruh hidup ni. apa yang saya pentingkan ialah seni dan kesempurnaan sematamata. Dan sekarang, semuanya memberikan kesakitan dan keburukan kepada saya saja. aku mengelak daripada bertentang pandangan dengan Shariman. na mun mata aku bagaikan ditarik untuk mel i hat wajah Shariman yang penuh dengan ketegangan dan keresahan. anak perempuan encik Rosli telah menunjukkan

bilik tidur kami berdua. aku berasa lega. Sekurangkurangnya aku tidak perlu tidur dalam sebuah bilik dengan Shariman tetapi malangnya aku terpaksa berkongsi bi lik air dengan nya.

Selepas aku, Shariman dan encik Rosli berbincang ten tang kerjakerja yang akan kami lakukan, kami ke bilik tidur. Shariman berkeras hendak ke bilik air dahulu, jadi aku terpaksa mengalah. Motifnya... entahlah! aku tidak kuasa hendak memikirkan tentang itu.

Sementara menunggukan Shariman selesai mandi, aku mengambil keputusan untuk berjalan di balkoni dan me nikmati pemandangan yang mengasyikkan di luar.

Hari sudah semakin senja. Matahari sudah merendah kan diri untuk beradu di peraduannya di langit barat. Pokokpokok dan semak yang ada di tanah cerun berham piran balkoni, kelihatan diwarnai cahaya senja.

Pemandangan itu mengilhamkan sesuatu kepada aku. aku cuba membayangkan penukaran pemandangan yang ada sekarang dalam bentuk arca. Segala warna boleh di cer nakan. aku yakin arca itu akan mengkagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Mereka pasti lebihlebih lagi encik Rosli akan memuji kreativiti aku. angin senja yang bertiup perlahan mengelus

rambutku dengan lembut. aku berjalan masuk ke kamar. aku berbaring di katil bertilam empuk di sudut bilik. Mataku terpejam rapat.

Suatu hari nanti, Salimah, kau akan hidup seperti ini. Suatu hari nanti, kau juga akan dikenali seperti mana Mohamed Rosli Shafie dikenali. Kau akan jadi kaya dan ter nama. Kau akan menunjukkan kepada keluarga kau ba ha wa kau tidak memerlukan harta mereka untuk se nang. Selepas encik Rosli mati... aku berhenti melamun. aku merasakan seperti sedang memegang watak jahat dan kejam di dalam sebuah adegan filem.

Shariman masih lagi di bilik air. aku memandang jam di tanganku. Kami pasti akan terlambat untuk jamuan ma kan malam nanti.

Shariman!

Mustahil dia akan mendengar panggilan aku dengan curahan air dan lagu sumbang yang dinyanyikannya.

Shariman sayang! aku mengetuk pintu bilik air berkalikali.

Masih tiada jawapan.

aku menolaknya. Pintu itu ruparupanya tidak berkunci. Dari celah renggangannya, aku terpandang Shariman seDang mengeringkan badannya dengan sehelai tuala berwarna kuning. Pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku melihat sekujur tubuh lelaki dewasa tanpa seurat benang.

Tubuhnya begitu cantik. Rambutnya basah dan lurus hing ga ke bahu. Tubuhnya mempersonakan aku. aku me re nung buat seketika. Terasa ingin menyentuhnya. Daun pintu itu kutarik perlahan dan langsung tertutup. aku tidak tahu sama ada Shariman menyedari perbuatanku atau sengaja membiarkan aku melihat tubuhnya.aku kembali mengetuk.

Shariman sayang! cepatlah sikit. Masa dah suntuk. aku pun perlu bersihkan badan aku juga.

Dia membuka pintu. Tuala kuning dililit ke badannya. Dia tersenyum.

Kau panggil aku sayang Rambut dan bahunya ma sih basah. aku tidak dapat melarikan pandanganku dari pa da tubuhnya. Secara tidak sengaja aku cuba memba yang kan apa yang terlindung di sebalik tuala kuning tersebut.

Kita dah terlambat.

Kita duduk di sini saja malam ini. Dia memandang ku. Mereka pasti tak terasa kehilangan kita di meja ma kan tu.

Mereka aku tidak diberitahu tentang tetamu yang dijemput untuk makan malam bersama kami.

ariffin Osman, Yang berhormat Samad dan seorang lagi bernama Farid. aku tak ingat nama penuhnya. aku pun tak ingat lagi siapa yang dijemput.

Habis, macam mana kau tahu aku cuba mencari kepastian.

aku dengar perbualan dua orang pekerja rumah ni masa mereka tengah sediakan makan malam.

Jamuan tu... tentang tugas kita

Jangan serkap jarang, Salimah. Dia ketawa.

Kau dah tengok kristal tu, kan

Karut! Semuanya helah sematamata.

Tapi Shariman...

bilik air ni dah kosong, Salimah.

Dia berjalan melintasiku. badannya masih basah. Se masa dia memasuki biliknya, tuala yang membeliti ping gang nya sengaja dibiarkan terlurut dan jatuh ke lantai. Sekali lagi aku melihat tubuhnya yang bogel. Dia seakanakan meninggalkan satu perasaan kepadaku. Satu perasaan baru. aku tidak tahu sama ada aku suka atau tidak dengan perasaan itu.

aku masuk ke bilik air dan mandi secepat mungkin sedangkan kepala aku masih mengingati segenap inci tu buh Shariman. aku tidak mampu menghapuskan ingatan dan bayangan tersebut.

Dari bilik air, aku terdengar Shariman memanggil aku.

Dah siap, Salimah belum lagi.aku keluar dari bilik air. Kemudian memandang kearah pintu biliknya yang tertutup.

cepat sikit. Kita dah terlambat ni.

Jamuan itu pukul lapan. Sekarang pukul berapa

Lapan lima minit.

Oh Tuhan! Sekejap lagi.

aku baru sahaja hendak mengenakan pakaian dalam apa bila aku berasa ada sesuatu yang aneh berlaku di bela kangku. aku memandang ke arah pintu bilik yang meng hu bungkan bilik aku dan Shariman. nampaknya seperti renggang. aku sungguh geram. Hatiku sakit mengenangkan Shariman sedang menghendap aku berpakaian. aku berja lan ke arahnya dan menolak pintu sekuat hati. Kemudian pintu itu kutarik kembali. aku terdengar Shariman sedang merintih kesakitan.

Sial kau, Salimah!

Padan muka!

Kepala aku berdarah!

aku menyangkakan semua itu adalah helah Shariman sematamata. Pintu itu ditolak kembali. Kepalanya terhan tuk lagi.

Ruparupanya kepala Shariman memang benarbenar berdarah. bucu pintu itu betulbetul mengenai dahinya. Darah merah menitis ke lantai. aku bergegas mencari kotak ubat tanpa aku sedar yang aku tidak berpakaian. akhirnya setelah semuanya selesai, kami turun ke

bilik makan. Kami terlambat selama lima belas minit.

apa dah jadi dengan kepala awak

Kemalangan kecil. Terlanggar pintu bilik. Dia me no leh ke arah aku.

encik Rosli tersenyum. Kemudian memandang para tetamu yang ada di hadapan kami. Meja bulat di hadapan mereka dipenuhi dengan hidangan makan malam.

Perkenalkan. ini ariffin Osman. ariffin Osman berpakaian seperti seorang usahawan. Waj ah nya begitu serius... seperti memandang rendah ter ha dap kami berdua. Tetapi seketika kemudian dia terse nyum sambil menganggukangguk. namun keadaan itu tidak berlarutan. Dia kembali berwajah serius.

Yang berhormat encik Samad Jantan. encik Rosli memandang wakil rakyat di sebelahnya. Seseorang yang sememangnya kami kenali.

Duduk di sebelah wakil rakyat itu adalah seorang wa nita. Dia tidak mengendahkan orang yang ada di situ dan segalagalanya kecuali menumpukan sepenuh perhatian pada pinggan yang berisi makanan di hadapannya. aku mengenalinya daripada karikatur sebuah majalah terkenal di negara ini.

Yang ni cik Fariza Farid.

Fariza tersenyum. Dia mendongak memandang kami. Kemudian mukanya kembali masam apabila seorang lagi tetamu masuk ke ruang makan itu.

Keempatempat orang tetamu memandangnya dengan hai ran. Pakaiannya terlalu selekeh. berlainan benar de ngan pakaian para tetamu yang lain. Rambutnya menger bang dan dia kelihatan seperti orang sakit. Dan dia adalah Rashidi baharom, seorang pelakon terkemuka di negara ini.

Mata Shariman terbeliak. encik Rashidi! Saya pemi nat setia awak.

Saya sangkakan, awak yang jadi peminatnya. Fariza memandang ke arahku.

Tetapi Shariman tidak mendengar katakata itu lagi. Dia tidak menghiraukan tokohtokoh lain yang ada di sit u melainkan pelakon pujaannya sahaja pelakon selekeh.

Saya tak pernah tengok encik Rashidi tanpa mekap sebelum ni.

apa yang kau fikirkan tentang dia, Shariman aku tidak dapat menahan sabar melihat Shariman yang asyik dengan pelakon pujaannya tanpa menghiraukan aku yang berada di sampingnya. Makhluk dari angkasa

Tetapi Shariman tidak menghiraukan bisikan aku ke telinganya.

Saya rasa seronok dapat jumpa awak di sini. Maafkan kami kerana terlambat.

Rashidi baharom kelihatan resah. Kebetulan pula aku duduk di sebelah kanannya. aku memotong ikan yang terhidang di hadapanku. aku menoleh ke arahnya sejenak.

ikan putih, ya

boleh jadi juga. nada suaranya terlalu rendah. Dia seperti seorang penghidap penyakik tekak.

Maafkan saya. Tekak saya terlalu sakit.

Tekaanku tepat. Dia mengambil segelas jus asam dan terus meneguknya.

Di sebelah aku, Shariman merenung kami bagaikan ti dak percaya yang aku sedang berbual dengan pelakon pu jaannya. ariffin Osman berkata sesuatu dengan Shariman tetapi Shariman tidak mendengar kerana selu ruh penumpuan telah diberikan kepada pelakon pujaannya.

Shariman tidak menyentuh makanannya semenjak tadi. Dia merenung pinggannya kemudian Fariza Farid dan pelakon pujaannya yang selekeh yang duduk di sebelah aku.

Pembantu rumah itu kembali lagi. Meja makan diber sih kan. aku ingin ketawa apabila melihat perubahan pada wajah Shariman. Kasihan Shariman! Dia belum pun sempat menjamah makanannya.

Steak daging pula dihidangkan. nampaknya seperti la zat benar. asap nipis melenggang nipis ke udara. Dag ing yang masak kemerahan benarbenar membuka selera aku.

buat pertama kali, para tetamu memberikan sepenuh perhatian terhadap hidangan masingmasing termasuklah aku dan Shariman. Hanya pelakon itu sahaja yang tidak mengendahkan makanan di hadapannya. aku melihat ketidakselesaan pada mimik muka dan pergerakannya.

awak tak apaapa, encik Rashidi

Tak apa. Saya dah laluinya sejak tiga bulan lalu.

Doktor kata apa Jangkitan kecil.

aku merenungnya. Dia bergerak perlahan seperti se ekor kucing. Filemfilem yang dilakonkannya, bukanlah selera aku tetapi tidaklah sukar benar untuk aku melihat aksinya di sini, sekurangkurangnya mengapa orang terlalu meminatinya seperti Shariman.

Ketika dia menelan liur, anak tekaknya seakan ber gerak. Halkumnya naik sebentar kemudian turun kembali ke tempat asal. Sesekali dia memperlihatkan kesakitan pada tekaknya. aku melihat air matanya meleleh di sebe lah kiri.

Ketika para tetamu sedang menjamu selera mereka, Rashidi terbatuk. batuknya begitu kuat sehingga mem bangunkan semua tetamu dari tempat duduk masingmasing. Dia menekup mulutnya dengan sehelai sapu tangan. aku terpandang beberapa titik darah pada sapu tangan itu. aku berdiri tergesagesa, pantas memegang bahunya. cepat! Panggil doktor!

batuknya tidak lagi terkawal. Lebih banyak darah yang keluar dari mulutnya. Dan air matanya... dia menangis seperti anak kecil.

encik Rosli telah memanggil beberapa orang peker ja nya. Setiap orang bangun dan berdiri di samping Rashidi. Kesemuanya... kecuali Fariza Farid.

Orang gaji encik Rosli memapah Rashidi naik ke biliknya. aku juga ikut ke biliknya. Seketika kemudian batuknya tidak lagi kedengaran. Tetapi aku tahu, lelaki itu sebenarnya dalam kesakitan. Dia tidak dapat bercakap tentang kesakitannya. Dia tidak dapat menerangkan beta pa seksanya dia dalam situasi itu.

Tidak lama kemudian, doktor tiba. Dia mengarahkan aku keluar sementara dia melakukan pemeriksaan ke atas Rashidi. agak lama juga dia berada di dalam. apabila dia keluar, dia mendapatkan aku.

Dia mengidap kanser kerongkong. Mungkin dia pun tak tahu.

Tuan doktor tak bagitahu dia Semenjak mula lagi aku mengesyaki dia menghidap penyakit merbahaya.

Tak. Mungkin dalam beberapa hari lagi, dia akan tahu. Tapi kalau Tuhan mengkehendaki, dia tak mungkin tahu.

apa yang kami boleh buat untuk menolongnya

Saya dah bagi ubat penahan sakit kepadanya. Dia akan nyenyak tidur malam ini. nah! ini dos tambahan kalau dia perlukan lagi. Dia menyerahkan kepadaku sebotol cecair yang bertudung gabus.

Di bilik kami, Shariman kelihatan tidak sabar ingin mengetahui tentang nasib Rashidi.

Dia sedang berehat, Shariman. Dia akan sembuh esok. aku membohonginya dengan wajah selamba. aku tidak mahu Shariman berasa kecewa dengan nasib yang menimpa pelakon pujaannya.

Fariza Farid kelihatan begitu selamba. Seolaholah tia da apa yang berlaku di rumah besar ini. Seolaholah keja dian yang menimpa Rashidi baharom adalah perkara biasa baginya.

cuaca panas pada musim kemarau, menyirat pada wak tu malam. ini membuatkan aku sukar hendak melelapkan mata. aku terjaga pada tengah malam lantas menyelak lang sir jendela. aku mengharapkan agar ada angin sejuk yang bertiup masuk ke ruang bilik. Tetapi segalagalanya sepi. badanku berpeluh dan aku berjalan ke luar balkoni.

bulan mengambang cerah, dikelilingi berjuta bintang mengerdip. Di daratan, kembangan bunga membalikkan cahaya. Semuanya berwarna suram. Pada malam hening seperti itu, yang terdengar hanyalah suara cengkerik dan keridik malam yang bernyanyi tanpa noktah.

Hari sudah... ya, terlalu lewat. Tidak seperti yang aku selalu fikirkan. Warnawarna di persekitaran, mengingat kan aku tentang kaca kristal yang aku sedang kerjakan. Seni lebih hidup. Lebih berseri daripada dunia nyata. Jikalaulah aku dapat hidup sepenuhnya dalam dunia seni.... aku masuk ke bilik kembali. berbaring di katil, cuba melelapkan mata yang tidak mahu terpejam. Mungkin kea daan terlalu panas. atau barangkali juga aku telah ter tidur sebentar tadi tanpa disedari tidur ayam, sepicing dan tidak puas.

aku masih merenung renggangan pintu bilik memikirkan tentang bilik Shariman dan dia sendiri. Tanpa aku sedari, aku sebenarnya telah melangkah ke arah pintu, membukanya perlahan dan berjalan masuk.

Tingkap biliknya sama seperti bilik aku, terbuka melo hong. cahaya rembulan menyimbah biliknya. Shariman kelihatan nyenyak tidur, bersenar. Mukanya disembamkan ke bantal dan dia... ah!... berbogel.

Peluh membasahi tubuhnya. nafasnya begitu kuat. aku berjalan perlahanlahan ke birai katilnya. ingin sekali menyentuh kulit tubuhnya. ingin mengucupnya; hanya itu sahaja yang dapat menenangkan ketegangan dan harihari yang membosankan dalam hidup aku.

Dia beralih tidur. Dengkurnya semakin kuat. Lengan nya jatuh ke tepi katil dalam keadaan ganjil. Dia sebenar nya mungkin juga sedang bermimpi. Keinginanku se ma kin tidak dapat dibendung untuk menyentuh dan merasai tubuhnya. Tanganku dihulur, menghampiri dan perlahan ke arah otot yang terbonjol dan segak timbul di permukaan badannya. ingin sekali melirih jemariku mel ata di atas otototot yang tersususn di perutnya.

aku tidak boleh melakukannya!

Tidak!

Secara tibatiba wajah Rashidi muncul di benakku. Le la ki itu di dalam kesakitan dan maut semakin menghampirinya. Wajahnya yang pucat dan resah, begitu meng ganggu, sekali gus mengatasi lebih daripada keinginan aku sendiri. aku merapatkan tangan dan meninggalkan bilik Shariman.

Pagi...

Rashidi dan Fariza tidak muncul di meja makan untuk ber sarapan. aku faham tentang Rashidi, tetapi sama sekali tidak faham mengapa Fariza Farid tidak datang. Sekali lagi, antara kami tidak banyak perbincangan yang dibuat.

Yang berhormat Wakil Rakyat dan ariffin sedang membin cangkan sesuatu. Mereka berbisik tentang udara di sini yang tidak menyenangkan. encik Rosli bergerak perlahan dan begitu tua dari sebelumnya. Shariman pula hanya berselipar dan memakai pakaian kegemarannya pakaian sukan.

apabila disebut tentang pagi, kenyamanan adalah ele men yang terpenting. Udara pagi begitu segar, satu pem balikan jikalau dibandingkan dengan sebelah malamnya. bungabungaan berkembang segar. Kami dapat menghidu keha rumannya. Dan cahaya mentari pagi menerobos dari tepi tebing pantai ke arah bungabungaan yang berkemb ang segar. begitu indah!

Di beranda, kami dihidangkan dengan teh dan kepingan roti bersalut mentega. Fariza datang tidak lama ke mu dian dengan memakai blouse pendek berwarna biru cerah dan berbaju hijau yang menampakkan pusatnya yang dalam. Dia memandang kami. aku tahu, dia menikmati suasana pagi yang nyaman dan cerah.

ah! Seronok rasanya kerana dapat berjumpa awak semua pada sebelah pagi. Tak siasialah saya bangun awal.

Dia duduk sambil memejamkan matanya. Mukanya di do ngak kan ke matahari. Kulitnya yang putih kuning, kemerahan dibakar cahaya pagi.

Sepanjang pagi itu, kami cuba mengelak daripada ber bincang tentang kejadian yang menimpa Rashidi sema lam. Dan nampaknya tiada sesiapa pun yang hendak me mu lakannya. Tetapi tanpa diduga, Rashidi akhirnya me nyertai kami.

Wajahnya begitu pucat. Sekali pandang dia tidak ubah se perti mayat yang menunggu masa untuk diturunkan ke liang lahad. Dia hanya menghirup teh tanpa menyentuh sarapan. Tanpa menghiraukan kesihatannya yang serius, dia mengambil keputusan untuk bersiarsiar di taman in dah milik encik Rosli. Saya perlukan teman, suaranya begitu perlahan.

Jangan pandang aku, Rashidi. Fariza menghirup teh di cawannya.

aku memandang Rashidi yang berjalan perlahan di tanah yang ditumbuhi rumput yang mula menguning. Se ketika dia menghilang di sebalik rimbunan pokokpokok buahan yang banyak di tepi tasik berair tenang.

Semoga dia akan terus tabah, Fariza kembali ber suara.

Jijik aku mendengar suara Fariza yang separuh mengejek. Pandangannya tertumpu pada Shariman. Shariman yang sering menguap menahan men gan tuk, tidak menghiraukannya. nampaknya Fariza sea kanakan gemar melihat Sharmin berseluar pendek yang menam pakkan bulu lebat di pahanya.

Saudara!

Shariman memandang Fariza.

Kau nak dengar cerita tentang aku tanya Fariza sam bil memegang pergelangan tangan Shariman. Dan seperti Rashidi juga, mereka hilang di tepi tasik itu.

Pemergian mereka membuatkan aku resah. aku cuba memberitahu diri aku agar tidak cemburu tetapi perasaan itu tetap mengganggu aku. Kenapa Shariman sanggup ber buat begitu kepada aku Semalam aku hampir menyen tuh Shariman dan pasti memilikinya tetapi tidak kesam paian. Sekarang, Fariza pula yang mendapatkannya de ngan cara yang begitu mudah.

Masa berlalu begitu pantas. aku sudah terlalu banyak mi num teh. Perutku terasa sakit. namun mataku te tap merenung ke arah taman; sedang membayangkan bagai mana Shariman sedang mendengar cerita Fariza atau...

akhirnya selepas beberapa ketika, pasangan Fariza dan Shariman kembali semula ke meja makan di beranda rum ah encik Rosli. Di wajah mereka, tergambar kepua san. Senyuman bahagia bermain di bibir mereka.

Di tepi wajah Shariman ada bintikbintik peluh yang sedang mengalir. Dia kelihatan begitu letih. Rambut Fariza kusutmasai sedangkan di belakang kepalanya, se he lai rumput kering melekat. Fariza terus

berjalan masuk ke rumah. Shariman pula menarik kerusi di sebelahku.

Kau tahu, dia seorang penulis yang baik aku tidak mahu mempercayai apa yang aku dengar sekarang.

Kalau khabar angin, ya! aku memang pernah men dengarnya.

Dia tu tak berapa betul. Shariman tersenyum.

Tanpa berkata apaapa, aku berdiri. aku cuba menda patk an Rashidi yang menghilang semenjak tadi.

Salimah! Shariman cuba memanggil aku. aku tidak ta hu mengapa aku tidak berpaling ke arahnya. Yang pasti nya, hati aku rasa semacam semenjak dia pergi bersamasama Fariza tadi.

Suasana lebih sejuk dan segar di redupan sebalik ba tang pokok. burungburung berkicauan riang dan udara ber bau segar. aku terhibur dengan suasana itu dan lupa pada tetamutetamu encik Rosli.

aku berhenti di sebatang pokok di tepi tasik lantas du duk di atas rumput yang tumbuh menghijau. aku me mandang gelombang dan riak air di tengah tasik. Sesekali aku memandang pokok yang menjadi sandaranku.

cahaya matahari menimbulkan warna daundaun pok ok di sekeliling aku. aku terpandang Rashidi yang se dang berdiri di sebelah aku. air mata yang berlinangan di pipinya, boleh aku lihat dengan jelas.

bolehkah aku duduk sini Dia mula menukar ganti nama diri.

Silakan.

aku ingat, aku nak bersendirian tapi akhirnya aku se dar, aku perlukan seorang teman untuk berbicara. Dia duduk di antara dua batang akar yang berbonjol dari tanah.

bagaimana rasanya hari ni

baik... aku rasa. Kau Macam biasa. aku tidak berkata apaapa lagi.

Rosli beritahu aku, kau berbakat besar dalam bidang pengukiran kristal dan kaca.

Saya masih lagi belajar.

Dia menunjukkan arca yang kau buat untuk aku. arca api. Sungguh menarik dan kau sememangnya berbakat besar. aku tak fikir ada orang lain yang boleh buat macam yang kau dah buat.

Terima kasih, encik Rashidi.

Kau tidak boleh panggil aku encik kalau aku sendiri memanggil kau Salimah. aku tersenyum. bagaimana kalau saya panggil Rashidi Dia mengangguk.

Fariza masih cantik. Kenapa awak tak kahwin dengan dia saja

Saya bimbang kalau dia terlalu ghairah masa berbu lan madu. Dia ketawa tetapi tawanya terlalu pantas berhenti. Kerongkongnya...

awak tak apaapa

aku dah terlalu biasa, katanya dengan nada perlahan.

awak... aku tak pasti sama ada aku perlu bertanya atau tidak. aku perlu menjaga tali persahabatan yang baru terjalin.

Menangis Dia tersenyum lagi kemudian menyen tuh matanya. Mata aku kerap berair sejak kebelakangan ini. Setahun yang lepas aku melakonkan watak iblis dalam sebuah filem. aku ingin mata aku berwarna merah tanpa dibuatbuat, jadi aku gunakan cahaya yang terlalu cerah. Sejak itulah air mata ni macam tak mahu mengalir. Mungk in kesan tu merebak ke tekak aku.

aku ingin memberitahu dia perkara yang sebenarnya. Tetapi aku tidak sampai hati. aku tahu dia sanggup mela kukan semua itu sematamata kerana kerjayanya sebagai pelakon. Jadi tentulah tidak wajar aku memberitahunya. biarlah masa sahaja yang menentukannya. air matanya tetap mengalir.