DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 27
Seorang lelaki berusia 60 tahun. Bekas pekerja syarikat GLC terbesar di Malaysia. Tapi masih dalam tanggungan. Masih boleh dapat rawatan pakar secara percuma seumur hidupnya. Sebab ada perlindungan insurans kesihatan. Dia memang ada penyakit. Penyakit tiga serangkai.

Setiap 2 bulan mesti jumpa aku. Nak ambil Guarantee Letter untuk follow up dengan pakar jantung. Kadang-kadang aku naik fed up. Asyik kena isi borang yang sama sahaja. Tapi pesakit ini memang lain. Dia ni memang suka sangat nak jumpa doktor pakar. Rasanya semua doktor pakar di Johor Specialist dia dah jumpa. Pakar Mata, ENT, Ortho, Medical, Surgical, Neuro, Skin. Cuma pakar Psikiatri je yang belum.

Dia pernah terlibat dalam kemalangan bas di Ayer Hitam 5 tahun lepas. Dia dah pun dirawat di Hospital Batu Pahat. Doktor dah sahkan luka-luka luaran sahaja. Tapi balik ke sini terus jumpa aku. Minta dirujuk ke doktor pakar. Nak suruh doktor check betul-betul katanya. Kepala benjol sikit pun nak minta CT Scan. Panas telinga aku mendengarnya. Bukan dia seorang sahaja. Anak-anak dan isterinya pun dah terikut-ikut. Sakit sikit nak jumpa pakar. Demam sikit pun nak jumpa pakar. Memanglah dia tak bayar apa-apa. Tapi berpada-padalah.

Pukul 5.30 petang tadi jumpa aku. Dia mengadu pening kepala dan pitam di bilik air.

Sungguh-sungguh aku check dia. BP, nadi, gula, kolesterol semuanya normal. Aku tengok dia pun sihat je. Aku berilah sedikit ubat pening untuk dia. Pukul 8.30 malam dia datang lagi.

Dia nak minta potong queue bila tengok pesakit ramai. Dia nak minta surat rujukan ke hospital pakar. Katanya pening kepala datang lagi.

Ubat tadi dah makan

Tak sempat katanya. Aku terus kena migrain. BP aku terus naik. Belum makan ubat dah boleh kata ubat aku tak mujarab ke

Itulah hakikat menjadi doktor cabuk seperti aku. Walau ada MBBS orang tak pandang.

Walau dah 16 tahun pengalaman orang masih tak pandang. Kena ada title doktor pakar baru orang nak percaya dengan kita. Nasib baik cuma dia seorang yang macam ini. Kalau 10 orang dah lama aku kena heart attack.

Ada seorang lagi pesakit. Wanita berusia lewat 40-an. Dia bekerja sebagai HR di sebuah kilang. Klinik aku adalah panel kilangnya. Dia selalu juga datang ke klinik aku. Bukan untuk mendapatkan rawatan, tapi dia nak minta surat rujukan. Bukan untuk dia tapi untuk anaknya. Anaknya ada penyakit asma. Seumur hidup, anaknya tak pernah jumpa aku. Tapi ada follow up 2-3 bulan sekali dengan pakar kanak-kanak. Dengan surat rujukan daripada aku, barulah dia boleh claim balik duit dengan kilang dia. Biasanya dia pergi jumpa pakar dulu. Bila dia senang baru datang jumpa aku. Kadang-kadang dah berbulan-bulan baru datang. Kadang-kadang kena tulis 2-3 helai surat sekali. Fed up aku kerja jadi kerani ni.

Beginilah undang-undang ciptaan manusia. Memang banyak cacat-celanya. Boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri sendiri.