SEMBANG TEPI JALAN - 27
17 Olios 2008 Apa yang hendak dihairankan tentang hidup ini Selalunya begitulah. Aku baru pulang dari Pulau Pangkor - bercuti dengan keluarga. Puas aku melihat anak-anak bergembira bermain dengan ombak, bermesra dengan pantai, menggaul pasir. Bapanya pula letih sebab semuanya kena dip.mpin. bongsu Gibran tidaak mahu dipimpin. Ada hati hendak melawan omba . Pangkor menarik. Kalau sesiapa yang ada kelapangan dan rasa untuk bercuti, berkunjunglah ke sana. Lautnya cantik, ombaknya menarik. Cuma mungk.n kerajaan sudah bckukan peruntukan bagi pelancongan d. sana. Pengun,ung sudah tidak ramai seperti dahulu. Kasihan aku melihat pengusaha chalet arau kedai makan dan kedai kain baju yang kebanyakannya Melayu .Chalet banyak yang kosong. Kadang-kadang sedih sebab kita rakyat yang )a i mangsa atas satu-satu keputusan yang telah dibuat atau terjadi. Politik permainannya begitulah. Gedebak-gedebuk permainannya sama sahaia. Sesiapa di atas, dialah yang berkuasa. Kitalah yang menja l mangsa percaturannya. Aku sudah malas hendak mengikuti cerita duma polin semasa yang skripnya seolah-olah cerita budak-budak sekolah. Kalau kita baca akhbar, sepatutnya diceritakan masalah rakyat, bukan masalah pemimpin. Paparan berita kontroversi itu, kontroversi in, - semuanya hal-hal pemimpin. Rakyat menjadi mangsa. Realitinya; centa bangsa lota dibodohkan bukannya baru; dari zaman kesultanan Melayu dahulu lagi sudah dibodohkan. Jadi, tidak ada apa yang hendak dihairankan tentang orang kita. Tetapi satu perkara yang kita kena faham; pemimpin parti antara sesama mereka sebenarnya tidak ada masalah. Cuma mereka menganggapkan ianya sebagai yam permainan. Itulah cara mereka bekerja. Cuma kira yang kena faham. Jangan terpengaruli dengan sentimen yang boleh niembunuh nilai uvsaij antara sesama kita. Tidak perlulah kita bersikap emosional atau berdendam atau bermusuh-musuhan. Akhirnya yang rugi kita. Itu keny'4taaiinnya dan itulah yang sedang kita lalui. Aku lebih snka berada dalutn keadaan neutral. Semuanya mempunyai kepentingan masing-masing. Minggu lepas ada ke Kuala Lumpur, dijemput menyanyi di RTM. Sekurang- kurangnya ada keterbukaan dan inisiatif untuk mengetengahkan muzik dan pemuzik bukan perdana. Aku pula diarah untuk menyanyi secara langsung. Penyanyi mana yang hendak menyanyi pagi-pagi buta Semuanya nak gerak bibir sahaja. Konon pada waktu pagi suara tidak kcluar! Orang seperti kita ini lasak. Suara pun tidak sesedap mana. Penerbit pula mengarahkan kita untuk menukar lagu sesuka hati. Aku cuba melayan juga kehendak mereka. Kliabarnya, Datuk Menteri yang mengarahkan artis yang terlibat untuk rtlenyanyi secara langsung. Dia tidak maliu sebarang persembahan gerak bibir. Sepatutnya begitulah. Jalsin yang terbaik ialah dengan menjalani hidup kita sebagai manusia seadanya. Aku bahagia, kamu pun bahagia. Alarn pun akan tumpang bahagia.
Sesunggubnya aku menangis sangat lama namun kupendam agar kau bemngkat dengan tenang sesunggubnya aku merasa belum cukup berbakti namun aku yakin engkau telab memaafkan ku air bujan mengguyur sekujur bumi kamiyang ditinggalkan tabab dtin tawakkal Ayah aku mohon maaf atas keluputanktt yatig aku sengaja mabupun yang tak ku sengajakan tolong pandangi kami dengan sinarnya syurga teriring doa selamat jalan..buatmu Ayah tercipta.. Itu lirik dari album Zaman oleh Ebiet G.Ade, salah satu album kegemaran aku pada tahun 1985 dahulu. Aku berkesempatan ke kedai kaset kelmarin. Singgah dan terjumpa album ini. Aku pun belilah. Sekarang ini, setiap Jumaat aku akan ke kubur arwah Bapak menziarahinya. Aku rasa bunga kasih sayang itu datang kembali setelah sekian lama hilang. Aku bukan bermaksud aku ini anak yang baik sebab ke kubur Bapak. Cuma aku ingin kalau boleh menebus kesan masa silam. Itu amanah dan tanggungjawab anak terhadap ibu dan bapanya. Aku tinggalkan kampung sejak 1985. Sejak itu amat jarang balik ke kampung. Sepanjang perjalanan dari rumah ke pejabat, aku sering mendengar album Ebiet ini, terutama lagu Ayah ini. Dia ada elemen sedih sebenarnya. Itu merupakan saat yang tidak boleh aku nafikan. Arwah Bapak meninggal pada tahun 1992 pada usia 76 tahun. Hubungan kami tidak mesra sangat sebenarnya. Ada perkara pada Bapak yang aku tidak bersetuju sebenarnya. Walau bagaimanapun, dia tetap bapa aku. Hatta Bapak meninggal pun aku tidak sedih langsung. Entah mengapa, inasa itu aku manusia yang penuh dengan elemen yang bercampur-campur. Aku tetap keras dan degil sebagai lelaki. Arwah Bapak orang yang berilmu agama dan ketuhanan yang tinggi. Firasatnya tentang aku tepat. Walaupun dahulu aku senget macam menara condongTeluk Intan, namun benih iman itu sudah ditanani sebelum aku lahir. Jadi, ke mana pun aku pergi aku tidak dapat lari dari kebenaran itu. Semua ini kerja Tuhan jua. Jadinya sekarang ini bunga kasih pun tumbuhlah semula. Aku cuba semai dan baja mengikut kemampuan akal dan seikhlas yang boleh sebab Bapak sudah tidak ada. Lainlah yang masih ada Abah itu. Boleh juga menelefon, mengadu masalah, bermanja dan bermacam-macam lagi. Bagi yang sudah tidak ada, kita lakukan apa yang patut, Jadinya, bagi sesiapa yang beragama Islam, kalau termampu sedekahkan al- Fatihah untuk Bapak aku. Al-Fatihah. Sebenarnya amaJan ke kubur ini bagus. Itulah tempat jasad disemadikan Bagi kita yang masih hidup ini selalu-selalulah ingatkan pasangan hidup itu. Mati untuk tubuh. Jasad bersemadi men jadi tanah. Roh yang menghadap Tuhan. Oleh itu, kita boleh pilih untuk hendak yang mana satu dalam hidup ni; roh atau jasad.