Amarahnya memuncak selepas dia mendapat maklumat tentang wujudnya satu pergerakan masuk menghala ke sempadan belakang megalopolis neo-Kuala Lumpur. Baru sahaja dia ingin meletupkan Makmal Keabadian milik Mama Juwita, angkatan tentera Pujangga yang dipercayai dipimpin oleh golongan proto-Human yang hina dikesan masuk. Dia masih lagi mengingati kejadian yang berlaku ketika Tuan Pemerintah muncul bersama gulungan taufan sebentar tadi. Kopi Panas bancuhan cincip dihirup perlahan.
Hari ke tujuh belas dalam Bulan Orang Puasa, dia akan berperang dengan Tuan pemerintah pula!
Demi zat aku! Kamu tiada daya menentangku, malah tidak pernah wujud bagiku!
Hari itu, petir dan taufan masih lagi bertelagah kejam.
Jaafar, aku ini wujud sebelum Tuhan! Maka Tuhan itu dongengan seperti kamu!
PANG! Petir memanah.
Bahawa engkau tidak menyangka aku turut serta!
Jaafar bingung mendengar Tuan Pemerintah bersurah sebegitu.
Tonjolkan dirimu!
Aku ini malahan, lebih dekat dari urat lehermu! Dalam mindamu! Aku dalam mindamu!
PANG! Panahan petir yang terakhir itu melenyapkan Tuan Pemerintah.
Dua hari selepas itu, dia menerima laporan bahawa wujudnya pergerakan masuk menghala ke sempadan belakang megalopolis neo-Kuala Lumpur. Dia harus menggulingkan angkatan tentera Pujangga (termasuk menggulingkan perempaun ego itu sekali) sebelum memusnahkan Tuan Pemerintah yang semakin misteri apabila menuju ke penamatnya.
Entah apakah kegilaan ini!
Hologram itu barangkali pancaran yang terakhir.
Aruhan gelombang photon membentuk imej Mama Juwita; menimbulkan rasa sebak dalam dada mereka yang menyaksikan sendiri kekejaman bala tentera Jaafar. Mama juwita yang terbentuk itu bukanlah Mama Juwita yang benar-benar hidup, melainkan sekadar pesanan yang terekod sebelum pemberontakan maha besar berlaku di neo-Kuala Lumpur.
Adapun, jika kamu menyaksikan paparan ini, ketahuilah bahawa aku telah tiada; dan ketahuilah bahawa aku akan terus wujud walaupun aku sudah tiada.
Hologram itu barangkali pancaran yang terakhir.
Razief, mama percaya kamu di perbarisan hadapan bersama sahabat mama, Srikandi Tinta Pujangga. Aku hadiahkan seluruh hasil kajianku untukkmu, Pujangga.
Juwita ... Pujangga memejamkan mata; frasa itu terlalu pahit untuk ditelan lidah tuanya.
Adapun aku akan menyerahkan dua peranti yang akan menyelamatkan kalian daripada mara bahaya malapetaka yang akan muncul di penghabisan hari, suatu masa nanti.
Mereka mendengar dengan patuh. Razief sebak. Hologram itu barangkali pancaran yang terakhir.
Adapun di hadapan kamu itu Razief, adalah Cincin Munsyi milik mama yang akan membantu kamu menjadi pesuruh seperti dalam Dongeng Timur Tengah. Cincin itu akan menawan minda kamu agar kamu menjadi pencipta yang sempurna, menjadi Nuh dan Bapa Adam pada masa yang sama. Menjadi dua Nabi dalam satu entiti!
Mereka mendengar dengan patuh. Razief sebak. Hologram itu barangkali pancaran yang terakhir.
Maka sarungkanlah Cincin Munsyi itu, anakku. Sarungkan ia, anakku. Cincin itu akan mengangkatmu sebagai Tuhan, dan cincin itu juga adalah kunci kepada Cakera Prometheus. Adapun cakera itu telah mama lengkapkan segala isi, dan kamu hanya perlu melaksanakan tuntutan sebagaimana yang akan disuruh mama melalui cincin itu. Dan kalian akan terselamat, sebagaimana aku yang akan menjadi abadi melebihi takat infiniti.
Pancaran Hologram yang terakhir itu padam. Yang tinggal hanyalah bunyi jantung mereka yang berdetak kencang; sederas kuda hitam dalam perlumbaan maha sengit; tak terkejarkan!
Alif Lam Lam Ha!
***
Benjamin terpaksa mengarahkan sebahagian
platun jagaannya untuk berteduh di kawasan Aaron. Tibatiba sahaja sang suria muncul di dada langit disertai dengan hujanan laser yang akan menghiris mana-mana jirim yang ditabraknya.
Hujan laser!
Sepeti lebah namun lebih kecil, peranti yang berterbangan bebas mula memuntahkan pancaran laser yang menghukum angkatan tentera Buhaira dengan tibatiba. Laser itu nyaris-nyaris mengenai dahi Ezekiel sebelum Benjamin menolak pemuda itu untuk menyelamatkannya.
Benjamin!
Ayuh, kita bersama Aaron
Sebahagian besar anggota badan angkatan tentera Buhaira sudah terputus dipotong-potong oleh pancaran hujan laser yang datang bertamu secara tiba-tiba. Habis meletup-letup kepala tentera proto-Human itu saat hujan itu memusnahkan sebahagian besar angkatan.
Sinaran laser itu mendidihkan otak manusia! Meletup-letup ia!
Haroon yang terkena pancaran itu menjerit ketakutaan saat melihatkan otaknya mencair dan meleleh keluar melalui hidung, sebelum pemuda proto-Human itu mati tersentak-sentak. Badannya telah kaku sedang cecair oraknya masih lagi meleleh. Bau hamis daging panggang kesan otot yang terbakar serta bau hangus tulang-belulang memualkan sebilangan anggota yang ada.
Sinaran laser itu mendidihkan otak manusia.
Demi Alif Lam Lam Ha, sasarkan kepada ancaman itu!
Serentak dengan arahan daripada Aaron, angkatan tentera Buhaira mula memanah tepat ke arah lautan lebah di dada langit itu; sebahagian besar terkena tepat lalu meletupletup seolah rhapsodi api di udara.
BOOM! BOOM! BOOM!
Letupan kecil pada peranti yang menyerupai lebah itu berjangkitan; angkatan tentera yang memanah masih terus melakukan serangan balas sementara menanti ketibaan keluar Buhaira, Srikandi Pujangga, Razief dan Isaiah dari makmal itu.
Kenapa begitu lama mereka di lama sana!
Ezekiel masih membaling boomerang yang ditempa oleh datuknya, berputar ia lantas mencatas lautan peranti semacam lebah sebelum kembali semula ke dalam genggaman Ezekiel. Rupa-rupanya kecanggihan teknologi pertempuran futusristik masih lagi mampu dikalahkan oleh tempaan senjata lama dengan doa zat Alif Lam Lam Ha.
Ezekiel, dibelakangmu!!!
ZAP!!!
Belum sempat pahlawan itu berpaling, sebilah logam tajam telah menembusi bebola matanya; bilah itu menusuk tempurung kepala dari bahagian belakang tengkoraknya. Bola mata kanan Ezekiel membengkak, berdarah lalu tertanggal saat bilah logam itu berdesup laju menikam langgar organ kenyal itu.
Darah memancut-mancut. Ezekiel rebah! Darah memancutmancut. Ezekiel parah!
Ezekiel Embrossa!!!
Isaac yang melihat sahabat baiknya itu rebah tersungkur daripada kuda yang ditunggang terus menuju ke kawasan hadapan; dimana tubuh tua Ezekiel kini telah tersentak-sentak dijemput Malaikat Pencabut Nyawa.
Darah memancut-mancut. Ezekiel rebah. Darah memancutmancut. Ezekiel parah.
Ez... ucap ... ucapkan Pengakuan.... pengakuan mu Ez...
Khrooh!!!...Khrooh!!!...Khrooh!!!
Darah tersumbat di kerongkong tua Ezekiel. Dia dilemaskan oleh aliran darahnya yang membuak-buak!
Ikut aku ucapkan Pengakuan, Ez..! Ikut aku!
I...Isaac...pe... pesan Melissa ... Lissa... Ucapkan Pengakuan, Ez. Aku naik saksi bahawa Mel..Melissa ...
Ezekiel dingin. Tubuhnya dingin. Sejuk dingin. Sesejuk salju. Dingin sesejuk salju.
Ezekiel Embrossa!!! dan Isaac pun berteriak tangis.
***
Mereka memecut ke tempat kejadian dengan pantas.
Di jari manisnya tersarung sebentuk cincin daripada perak dengan batu permata berwarna hitam; Cincin Munsyi. Di pinggangnya tersarung sebongkah kiub penuh misteri; Cakera Prometheus. Razief kini sudah kekeringan air mata; hatinya telah kering tandus akibat kekejaman Jaafar. Hanya darah pemberontak tua itu yang ingin diminumnya!
Isa menunggang dari belakang, memerhatikan Razief yang kini menuju ke bahagian hadapan di mana angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau peranti seakan lebah yang dikhabarkan menyerang mereka sebentar tadi. Buhaira dan Pujangga di perbarisan yang sama, mencuba sedaya upaya mereka untuk bersama, berjuang dengan angkatan dipimpin Aaron. Nama Ezekiel dilaunglaung.
Segerombolan dihadapan.
Mereka melihat ada satu gerombolan bala tentera di hadapan; di luar sempadan Bandar Mayang Sari. Bala tentera itu mendekati, sedang mereka baru sahaja menempur peranti celaka yang mengorbankan Ezekiel Embrossa.
Ayuh ke tengah megalopolis neo-Kuala Lumpur!
Srikandi Tinta Pujangga kini mengambila alih tampuk pemerintahan angkatan tentera setelah melihat Aaron masih lagi dikecamuk dengan babak-babak yang menikam perasaannya. Mereka menunggang kuda dengan sisipan parang berselendang merah menuju ke Dataran Deutemer di tegah-tengah megalopolis neo-kuala Lumpur.
Segerombolan di hadapan.
Judas Iskariot kali ini tampil mewah seperti seorang pahlawan unggul. Jubah besi yang ditenun dari Kota neo-Greek dihias dengan tanjak bersepuh emas membawa nuansa diraja dalam pengemudian angkatan tentera untuk mengejar Srikandi Tinta Pujangga.
Ceraikan kepala sejarawan tua itu!!!
Begitu pesan Jaafar kepada Iskariot, sedang Julius barangkali masih lagi berpesta meraikan kemenangannnya menamatkan riwayat Jemaah Menteri di Dewan Parlimen. Iskariot mengecilkan matanya; dia tahu wanita berkebaya hijau muda dengan kain batik lepas Jawa itu adalah Srikandi Tinta Pujangga yang menunggang di sebelah lelaki tua yang menjulang erat tongkatnya.
Misinya kali ini cukup mudah hanya ceraikan kepala wanita berkebaya itu!
Demi zat Dewata Jaafar al-Hussein, hapuskan mereka!
Arahan Iskariot disambut oleh sorakan daripada bala tentera mereka; masing-masing sudah dahagakan darah dan laparkan daging manusia kuno, kerana sudah lama mereka tidak mencandui enaknya daging manusia panggang. Terutamanya daging Srikandi Tinta Pujangga!
Demi zat Dewata Jaafar al-Hussein, ceraikan kepala mereka!
Segerombolan di hadapan.
Isa dan Razief kini sedang beriringan menunggang kuda masing-masing. Sebahagian daripada angkatan tentera telah diarahkan oleh Pujangga untuk berlindung di sebalik Dataran Tugu neo-Kuala Lumpur. Sebahagian lagi akan bertempur dengan siku dan lutut; termasuklah Razief.
Cincin Munsyi dikucup perlahan.
Demi mama... Katanya.
Segerombolan di hadapan.
Masing-masing telah bersedia dengan bilah parang yang berselendang merah itu, langsung Buhaira mula memejamkan mata dan membacakan sesuatu dalam Bahasa Melayu purba. Pujangga kehairanan kerana tidak mampu memahami apa-apa; namun ini peluang terakhir mereka sebelum diceraikan riwayat oleh tentera di hadapan sana.
Mula!
6666 orang tentera Buhaira yang masih hidup mula mengangkat parang masing-masing bila mana pasukan tentera Iskariot menghampiri mereka.
Serang! Demi Alif Lam Lam Ha, hunuskan!
Segerombolan di hadapan.
Parang berselendang merah yang dijulang oleh 6666 tentera Buhaira yang masih hidup mula tercerai daripada genggaman masing-masing; lalu terus berputar dengan penuh sakral di dada langit.
Aduh, Buhaira! Apa kamu sebenarnya seorang ahli sihir Digelarnya seorang nabi!
Parang berselendang merah itu bergetar dan berpusing-pusing, berkumpul di dada langit. Buhaira masih lagi terkumat-kamit membacakan sesuatu, sedang Pujangga, Isa dan Razief masih lagi terpegun melihat magis yang begitu sakral lakunya.
Parang terbang berselendang merah itu mula menggila getar di ruang dada langit sebelum memecut laju, menghunus ke arah segerombolan tentera di hadapan. Pecutan 6666 bilah parang terbang berselendang merah itu menusuk tepat ke jantung 6666 orang tentera Iskariot, serta merta mereka terbunuh dan rebah dari air-glider yang dinaiki mereka.
Melihatkan kecelakaan yang berpihak kepada tenteranya, darah Iskariot mula mendidih, sehinggakan suhu badan kekarnya meluap-luap dengan marah. Matanya membundar dan nafasnya tercungap-cungap. Dadanya berombak dan kakinya menggigil ketakutan, sedang tapak tangannya mengepal erat tanda melindungi sebuah amukan.
Aduh Buhaira, apa kamu seorang ahli sihir! Digelarnya nabi!
Iskariot terbang tinggi lalu menerkam ke arah Pujangga, sebelum ditahan oleh Buhaira. Namun pahlawan neo-Human itu sempat menumbuk tubuh tua Buhaira sebelum menendang Razief dan Aaron. Isa yang cuba membenteng Srikandi telah rebah saat libasan sayap besi Iskariot menghempap keras ke muka pemuda proto-Human itu. Dia menolak Srikandi yang masih berpelukan dengan Isa, sedang Razief dan Buhaira telah dibentengi oleh bala tentera Iskariot.
Aaron dan Benjamin masing-masing berhempas pulas menentang kemaraan tentera Cyborg yang punya lebih dari satu nyawa, sedang mereka hanya tinggal urat dan batang tubuh yang tidak sempurna.
Iskariot mencampakkan Isa dan Pujangga, sebelum membawa palang kayu berserta paku!