ANEKDOT RABAK - 27
Aku la lelaki tu yang selalu mengharap, mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

Penat la, sebab...

dah lama menunggu, asyik menunggu.

Kalau aku kucing, mungkin dah beranak-pinak.

Hei, kucing jalanan pun ada hak nak beranak, okey

Aku la lelaki tu yang bodoh, biul dan gila.

Buat kerja-kerja luar kotak yang tak pasti hasilnya. Bosan la, kerana dah lama aku duduk di luar kotak ni.

Kalau tunggu lebih lama,

jangan terkejut kalau aku masuk wad sakit jiwa, Oi! Orang bodoh pun ada hak untuk masuk hospital gila, okey

Aku la juga lelaki tu, ya, lelaki tu la, yang selalu ditinggalkan semua perempuan-perempuan cantik jelita.

Gila punya gila, Bikin merana.