BLACK WIDOW - 27
KATHY...! Ayu menjerit apabila suara yang tersembul di corong begitu amat dirinduinya. How are you dear

Fine, baby... Im fine! You"

Well... so and so!

Mana you menghilang... cuti panjang and then Ill try to get you kat kampung pun... asyik meeting saja!

Yeah... I know... I dapat message from my mum. Tapi... everytime I call you... nobody answer the phone!

Maybe I fly... sebenarnya I ada hal nak beritahu!

What

I cuma nak jemput you for my wedding next week, please make sure you get some off days and help me out... okay

Next week Mata Ayu membulat. Why so soon... I thought you're planning for next year 186

Apa nak buat... kawan tu dah tak sabar... dia takut I berubah dan jatuh cinta dengan pilot!" Mereka ketawa mengekeh.

Okay... I'll be there... tapi... jangan lupa kad jemputan tau

Kathy tersengih di hujung corong.

"No problem... and this is the time for bad news!

Mata Ayu mcmbulat. "What Suaranya perlahan dan dada berdebar-debar.

Hani kena buang!

"What Hani What

Yap... Hani kena buang because ada skandal dalam penerbangan. Malah... kes ni dah lama dalam perhatian sebab one of the big shot's wife kept eyeing her. So...Hani kena red handed sedang kissing dalam kitchen with the passenger dan wife that man sendiri yang tangkap!

"God! Hani... I didnt know she's like that! "Well... segalanya berkemungkinan!

Gagang diletakkan penuh kesedaran. Berita Hani diberhentikan amat menakutkan dan Ayu bertekad dirinya tidak mungkin akan melakakan perkara begini!

MAJLIS sederhana itu tetap meriah dan wajah Kathy berseri-seri di samping suami. Para tetamu telah banyak yang pulang dan tinggal teman-teman rapat sahaja.

Ayu duduk memencil, keseorangan dan kesepian. Ahmad tidak dapat hadir kerana menguruskan perniagaan dan rindu berputik terhadap pakciknya itu. Namun, sekeping sampul berwarna biru sempat dihadiahkan oleh Ahmad untuk Kathy dan telah diberikan Ayu sebentar tadi.187

Hei Ayu... kenapa monyok saje Come... I introduce to someone!"

Kathy menarik tangan Ayu. Seorang jejaka yang bertongkat sedang berbual dengan suami Kathy.

Kenalkan! Suara Kathy menyentak bualan suaminya.

Lelaki bertongkat menoleh dan matanya kelihatan terkejut. Mata mencerun, menombak anak mata Ayu sehingga akhirnya Ayu melarikan wajahnya.

Ini Jalil... husband I punya best friend semasa di London! Kathy senyum.

Ayu terpaku. Ada sesuatu di wajah lelaki itu yang menyebabkan hatinya berdebar-debar dan terus me ngukir rindu. Wajah Jalil saling tak tumpah dengan wajah seorang lelaki yang pernah dan amat dicintainya.

Kathy mencuit Ayu yang bagaikan terlena.

Er... oh... hallo... nama I Ayu!

Jalil tenang... namun sinar matanya bergelora. I am Jalil... nice meeting you!" Sekali lagi mata berlaga dan kali ini Jalil pula yang menunduk.

Seperti dirancang, Kathy berlalu bersama suaminya - meninggalkan kedua-dua insan itu untuk ber-mesra.

Debaran di dada Ayu semakin bergetar. Wajah Jalil mirip Imran dan kalau dikatakan mereka adik-beradik, pasti Ayu percaya.

Aneh - perasaan rindu yang tersimpan di dada sekian lama terbit semula dan nama Imran dilaung di dalam hati.

Keheningan mengambil tempat, mencuri tumpuan dua insan. Masing-masing menyepi melayan hati.

You know something188

Ayu tersentak namun sempat menjawab: "What

"You look great!

Entah kenapa Ayu ketawa, terasa lucu dengan kata-kata Jalil itu.

Kenapa you ketawa

Ayu jungkit bahu.

Yeah... maybe you ingat I ni sweet talker!

Maybe! Ayu mencebik.

I hope you can proof that what you've said is right!

Janganlah ambil hati... I was only joking!

Jalil senyum. Janganlah risau... I pun bergurau saja... pura-pura serius!

Mereka ketawa.

Tetapi... tawa itu hanya seketika apabila mereka kembali sepi dan melayan hati.

Ayu memutarkan sesuatu di fikiran - kemungkinan tentang Jalil yang mirip Imran.

Jalil pun turut memutarkan sesuatu di benak - kemungkinan yang sebenarnya telah menjadi realiti. Malah, dia ingat lagi wajah yang telah dilukisnya itu. Wajah yang pernah dikhayalkan kini berada di hadapannya.

Well..." Mereka sama-sama serentak bersuara.

Apa dia

Youlah dulu!

Well... Jalil teragak-agak namun dia tetap bersuara. Straight to the point... I am an artist. Im a painter... dan / pernah melukis wajah seseorang yang amat ayu. Matanya sungguh menawan dan sama de ngan mata you. Malah, kalau you tengok lukisan itu, mesti you agree dengan I mengatakan I telah melukis wajah you!"189

"Are you sure Ada ragu di anak mata Ayu.

Very sure! In fact I sold that painting to someone from Singapore. I won first prize in art competition in London. I put quite demanding price but nobody wanted to buy it in the exhibition. So... I memang selalu bersidai di tepi jalan menjadi artis jalanan and I display painting tu until this one millionaire willing to pay the price yang I letakkan tanpa tawar satu sen pun.

Who is that guy

Im not sure... but hes quite old. and quite handsome too!

Siapa nama dia

Dia tak nak kenalkan diri tapi I dengar cerita orang... dia tu wealthy millionaire from Singapore.

Ayu melepas nafas dan dia sedar betapa dunia ini terlalu kecil. Ayu amat yakin kalau tidak pun sembilan puluh peratus yakin bahawa lelaki yang telah membeli lukisan itu pasti Encik Ahmad. Malah, Encik Ahmad tertarik untuk menegurnya dulu pun gara-gara lukisan wajahnya yang telah dibeli di Kota London.

Jadi Scgalanya berkemungkinan.

Kenapa you diam You marah ye You ingat I tipu!

Ayu tersentak. No... I tahu you berkata benar dan I percaya kata-kata youl

Perli ya

No... I'm sincere and one thing... boleh I tanya tak

Sure!"

Kenapa you bertongkat

Well... I met an accident! Kaki I patah!

I see.... Jalil senyum.

Nice meeting you! Ayu turut senyum. Im glad 190

I meet you and at least there is a man who is honest!

Jalil mengecilkan mata, terpinga-pinga cuba mendalami kata-kata Ayu itu.

KAU selalu balik! Tak salah ke asyik cuti saja Aton curiga - kebelakangan ini Ayu sering pulang. Bukan apa... dia khuatir Ayu tuang kerja.

Cuti banyak mak! Lagipun... ramai budak-budak yang baru masuk international flight... Orang.-orang pengalaman macam Ayu dapallah sikit kelonggaran!

Entahlah!

Riak lesu tergambar di wajah ibunya. Temyata, usia tidak pernah lupa memamah manusia. Garis- garis tua mula galak di sana sini, lebih-lebih lagi di bahagian mata ibunya.

Mak kerja teruk ye Ayu curiga.

Taklah... nak kerja apa

Manalah tau... mak tu bukan boleh percaya. Ayu tak ada aje... hah mulalah mak kerja kuat! Aton se ngih. Kerja kuat

Laman tu siapa yang urus

Ayu... Ayu! Kan mak upahkan orang... selang sehari dia bersihkan!

Pondok kecil*

Cuma pondok kecil tu saja mak bersihkan sen diri!

Ayu puas hati.

Berapa mak bayar

Alah... seratus aje!

Duit cukup

Lebih daripada cukup! Makan mak... berapa aje! Kadang-kadang... dah belikan susu untuk anak Syidah pun banyak lagi yang lebih!

Ayu senyum.191

Syidah macam mana, mak

Sihat... dia selalu hantar anaknya ke sini... tetapi selalunya memang di sinilah! Ada juga mak teman, tak sangat kesunyian!

Ayu senyum lagi. Segala-galanya permai. Tidak seperti suatu ketika dulu semasa dia masih setahun jagung. Hati sering memberontak dan perasaan sering terluka.

Kini, segala-galanya hampir selesai.

Encik Ahmad ada datang baru-baru ni!

Iya... betullah kata dia... Ayu ingat uncle bergurau!

Dia datang singgah dan makan di sini. Katanya baru pulang dari melawat tapak klinik.

Dan... dengar khabar... pelan semua dah lulus. Kalau tiada aral bulan depan kerja pun mula dan awal tahun depan... klinik itu siap dan dibuka! Alhamdulillah! Ayu senyum. Memang nyata uncle berhati mulia!

Lama kau cuti

Lusa Ayu baliklah!

Aton sengih. Kau bila nak....

Mak tak sabar nak cucu ke

Aton tersipu-sipu. Aku dah lama ingin menimang cucu.

Anak Syidah

Kalau boleh... biarlah daripada darah daging mak!

Nantilah!

Ayu terus berlalu meninggalkan ibunya membawa bersama wajah Jalil. Jalil Kenapa wajah itu Tiada jawapan yang pasti.

DIA dikerah pulang oleh bapanya selepas kema192

langan itu berlaku. Lagipun... memang itulah alasan bapanya agar dia meninggalkan bidang senihalus ini.

Orang tua itu tidak pernah setuju dengan pilihannya kerana bapanya mahu dia memilih jurusan yang berkaitan dengan pemiagaan.

Inilah yang Jalil tidak suka!

Semenjak kecil dia meminati lukisan malah bakatnya terserlah di sini. Bapanya menghantar dia ke London tetapi dia sendiri yang menukar jurusan. Jalil meneruskan minatnya sehingga berjaya meraih beberapa kemenangan.

Bapanya tidak pernah setuju tetapi setikat ini belum pernah berkeras menghalang. Dia mcnarik nafas, ada sengal di bahagian kaki akibat patah dahulu. Namun begitu, simen yang mcmbalut kakinya telah dibuka dan saat ini terpaksa berdengkot menggunakan tongkat.

Abangnya ada melawat semasa dia ditimpa kemalangan tetapi terus ke LA menjalankan tugas yang diarahkan. Cara hidup itulah yang tidak digemarinya.

Dia bukan seperti abangnya, yang gemar cara hidup begini - pancaroba perniagaan dan saingan yang membebankan kepala. Jalil lebih gemar menatap wajah alam atau merakamkan wajah khayalannya di atas kanvas.

Dia bahagia bermain warna, bak coretan kehidupan yang aneka ragam. Warna merah membawa ceria, lain pula dengan penampilan hijau yang membawa damai. Biru adalah kelembutan dan dia begitu perniai menatap dan memainkan corak.193