Mereka datang dari Kuala Lumpur dengan pesawat Hercules C 130 dan mendarat di lapangan terbang Sandakan. Perjalanan trafik berjalan lancar di atas kerjasama pasukan polis
Pada malam tersebut telah di adakan jamuan makan malam untuk semua tetamu yang hadir di hotel Ramada di mana mereka menginap sepanjang lawatan ke Sabah.
Hari pertama lawatan, mereka berkunjung ke pulau-pulau di mana operasi dilaksanakan. Pada hari ke dua awal pagi lagi delegasi tersebut telah bertolak dari hotel untuk melawat War Memorial dan terus ke pusat pemeliharaan orang hutan di Sipilok. Pada sebelah petang semua delegasi telah balik ke Kuala Lumpur.
Jumlah kenderaan yang terlibat sekurang-kurangnya 20 buah termasuk 10 buah kereta VIP. Hotel Ramada di Sandakan penuh sesak dengan delegasi. Segala urusan pentadbiran dan majlis makan malam di sana berjalan lancar tiada teguran malah pujian kami terima di atas kelicinan dan kecekapan mengendalikan serta urusan lain. Aku sendiri telah menjadi juruacara majlis.
Terpaksalah aku mengendalikan tugas tersebut dalam bahasa Inggeris. Satu pengalaman yang sungguh menarik. Bukannya mudah untuk menguasai suasana ketika terlalu ramai VVIP yang hadir dan berada di hadapan kita.
Yang paling menarik adalah kejadian di war memorial. Kami memulakan persiapan memasang khemah mulai jam 0600. Lawatan delegasi adalah jam 0730. Terpaksa kami siapkan perhiasan, khemah dan landskap pada masa yang terhad itu. Tepat jam 0720 segalanya siap, dan pada jam 0725 kedengaran siren polis menandakan ketibaan delegasi ke War Memorial.
Aku mulakan kata-kata aluan dan taklimat ringkas tentang sejarah War Memorial tersebut sebaik sahaja tetamu mengambil tempat duduk. Selama hampir satu 7 minit aku berucap dalam bahasa Inggeris untuk memberi gambaran terhadap sejarah awal taman tersebut.
Kemudian aku serahkan tugas untuk taklimat terperinci kepada Madam Doris Wong. Beliau adalah penjaga memorial tersebut yang telah bertugas sejak 20 tahun yang lalu. Tentunya dia lebih mahir tentang sejarah kekejaman tentera Jepun ke atas tahanan. Sejak pagi tadi beliau nampak gelisah menanti ketibaan delegasi. Semakin hampir waktunya, semakin banyak rokok yang di hisapnya.
Tapi sesuatu yang tidak diduga berlaku. Beliau menjadi panik dengan kehadiran begitu ramai VIP. Di memperkenalkan dirinya, Im Madam Doriss Wong Any Question
Semua orang terperanjat. Belum bagi taklimat dia dah bertanya soalan. Menyedari keadaan tersebut aku menjemput delegasi untuk melawat muzium yang menceritakan kronologi war memorial tersebut. Aku pun pelik kenapa dia menjadi panik. Tapi yang pasti, ianya sesuatu yang di luar kawalan aku.
Sedikit huraian tentang war memorial. Sehari selepas tentera Jepun menyerang Pearl Habour, mereka telah memulakan kempen di Tanah Melayu.
Selepas 70 hari kempen, iaitu selepas pertempuran yang terakhir (pertempuran di Pasir Panjang Singapura), Jepun telah mengisytiharkan kemenangan yang telah mengakibatkan kejatuhan Singapura dan Malaya pada 15 Feb 1942.
Seramai lebih 6000 tahanan perang dari Singapura telah di tempatkan di sini (Sandakan). Ketika Jepun hampir kalah pada tahun 1945, mereka telah memaksa tahanan perang tersebut berjalan kaki pada jarak yang sangat jauh dari Sandakan ke Ranau.
Perjalanan yang menyeksakan itu telah menyebabkan semua tahanan perang itu telah mati kecuali 6 orang yang telah terselamat. Sebagai mengabadikan peristiwa tersebut maka pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membina dan memelihara memorial tersebut.
Keseluruhan lawatan delegasi tersebut telah mencapai kejayaan dan tidak ada teguran terhadap pasukan kami, Alhamdulilllah. Pada petang tersebut delegasi Australia telah terbang semula ke Kuala Lumpur dan tamatlah tugas kami yang memenatkan selama 2 hari itu. Namun demikian kami telah memperolehi banyak pelajaran dan pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan.
Sebelum aku memulakan tugas operasiku aku telah telah di temuduga oleh Panglima Briged Ke lima Infantri Malaysia. Beliau mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas ke pasukan baru.
Aku juga mendapat sokongan pangkatku darinya kerana 14 tahun perkhidmatan aku masih berpangkat kapten. Tetapi memandangkan tidak ada tindakan susulan dari staf beliau maka aku tidak di sokong lagi. Kelemahan pentadbiran menyebabkan aku yang menjadi mangsa keadaan.