Bahasa tubuh sebenarnya sangat mempengaruhi apa yang kamu cuba sampaikan. Seandainya kamu marah, lihat bagaimana tubuh kamu digayakan. Itu adalah pelajaran pertama yang boleh kamu praktikkan.
Lihat pada apa yang sedang kamu lakukan atau perkatakan, gunakan bahasa tubuh yang sesuai untuk menyampaikan maksudnya. Jika suka, kamu perlu tunjukkan yang kamu sangat menyukainya. Kadang-kadang, kata-kata tidak dapat memberi gambaran yang sebenar kamu menyukai sesuatu. Gaya tubuh kamu yang akan memberikan isyaratnya.
Gunakan gaya seperti menyelak rambut kamu ke belakang bagi menggambarkan kemanjaan kamu.
Bahasa tubuh yang digambarkan melalui tangan dan mata sangat memainkan peranan dalam menyampaikan maksud keinginan kamu padanya. Ia mudah sahaja digunakan dan sangat mujarab.