Sebelum Masihi, dikatakan, dalam kisah dongeng purba Eropah, seorang pemuda bernama Romulus, telah mengasaskan Kota Rom, di Semenanjung Italia.
Romulus mempunyai pasangan kembarnya bernama Remus.
Dua beradik kembar ini, menemui dua kawasan yang didakwa sesuai untuk dibina negara-kota.
Romulus menjumpai sebuah bukit bernama Bukit Palatino, dan Remus pula mahukan negara-kota itu ditubuhkan di Bukit Aventino. Ada tujuh bukit di kawasan tersebut, jadi masing-masing berminat pada Bukit Palatino dan Bukit Aventino.
Kedua-dua mereka bertengkar, hingga membawa kepada peristiwa bergaduh dan berbunuhan. Remus terkorban. Lalu Romulus pun mengasaskan negara-kotanya sendiri, dan menamakan kota tersebut bersempena nama beliau, iaitu Rom.
Adapun lama sebelum itu, ketika dua beradik itu masih kecil, Romulus dan Remus, terbiar sebatang kara. Bapa saudara kepada
Romulus dan Remus bernama Amulius, telah membunuh kedua ibu-bapa mereka, lalu dibuangnya Romulus dan Remus ke
Sungai Tiber.
Dipendekkan cerita, ketika
hanyut dalam Sungai Tiber yang melalui hutan, dua anak kecil ini diselamatkan oleh seekor serigala betina.
Mereka berdua dijaga oleh seekor serigala betina. Romulus dan Remus yang masih kecil, menyusu dari badan serigala betina tersebut. Mereka dijaga dengan baik, sehinggalah dijumpai oleh seorang penggembala lalu dibawa Romulus dan Remus pulang dan tinggal bersamanya. Setelah dewasa, Romulus dan Remus menuntut bela dan membunuh pula pakciknya yang zalim itu, iaitu Amulius, lantas terus menubuhkan Kota Rom.
Itu kisah dongeng purba penubuhan Kota Rom.
Foto yang disisipkan ini, adalah arca gangsa buatan tangan oleh Antonio del Pollaiolo, yang dipahat pada abad ke-15.
Arca ini dinamakan sebagai Capitoline Wolf.
Arca ini menggambarkan Romulus dan Remus menyusu dari serigala betina, seperti yang tergambar dalam dongeng penubuhan Rom. Serigala dalam bahasa Latin adalah lupa atau lupi.
Jika rujuk pada logo AS Roma, kelab unggul di Rom, Itali, akan terpapar imej dua anak kecil sedang menyusu dari seekor serigala. Ia diinspirasikan dari arca oleh Antonio del Pollaiolo, gambaran dongengan penubuhan kota Rom purba.
Sukan Olimpik 1960 di Rom pernah menggunakan imej Capitoline Wolf pada logo temasya, dan memang menjadi kebiasaan, bilamana sesuatu perkara berkait dengan Rom, ia akan mengadaptasikan imej Capitoline Wolf ini.
...Rom tidak terbina dalam masa satu hari....
Petikan kata-kata oleh Brian Clough, bekas pengurus Nottingham Forest yang membantu kelab tersebut meraih kejuaraan berganda Piala Eropah.