Dude! I'm Getting Married - 28
BAB 28

PINTU bilik dikuak perlahan. Tubuhnya dihenyak ke atas katil. Otak dah kusut. Serabut. Terima tawaran ayahnya bermakna dia terpaksa meninggalkan kerjayanya di makmal.

Adoi..pening macam ni. Aku bukannya suka sangat dengan batik-batik ni. Dah la tak sampai setahun aku kerja kat lab tu. Jai garu kepala. Matanya menala ke siling.

Jai menapak pula ke bilik air. Balik dari pejabat ayahnya di Mutiara Damansara tadi, dia belum lagi mengisi perut. Niat nak keluar semula ke restoran berdekatan.

Jai, kau nak ke mana pulak tu

Jai menoleh. Koci dah terpacak di belakang.

Makan! Kenapa Jai kembali menyikat rambut. Jaket hitam yang disangkut di hujung katil dipakai kemas ke tubuhnya.

Aku ikut boleh Koci sengih.

Kau ada helmet ke

Naiklah kereta aku. Koci duduk di kerusi. Lama dia memerhati Jai yang bersiap-siap. Segak dengan kemeja T warna kelabu dan seluar jeans lusuh.

Aku dah biasa naik motor. Kalau kau nak ikut, kau cari helmet. Jai menjawab selamba. Malas nak layan Koci.

Fikirannya masih berserabut. Kalau boleh dia nak bersendirian.

Kau ni..aku tengok sejak aku bertunang dengan Seri, kau buat acuh tak acuh je. Apaaku ada buat salah kat kau ke Koci

bingkas bangun bila melihat Jai dah capai kunci motosikal dari atas meja studi.

Apa..kau rasa kau bersalah ke Jai jeling Koci di sebelah.

Tak ada laaku rasa kau tu dah lain sekarang ni. Aku dapat rasa yang kau tu suka Seri. Betul tak Koci pandang Jai, cuba mencari riak di wajah mirip pelakon Korea tu.

Kau nak ke aku rampas Seri dari kau Kalau kau tak nak, boleh tak kita cakap pasal lain Pasal kerja ke, bisnes ke, ayam itik ke, apa-apa je lah! Jai melangkah keluar dari bilik.

Koci membuntuti Jai menuruni anak tangga menghala ke laman.

Jai! Tunggu!

Jai menoleh.

Naik kereta aku! Koci tarik tangan Jai masuk ke dalam kereta.

Kereta Honda City Koci dipecut laju menuju ke Bangsar.

JAI bersandar di kerusi di meja makan di medan selera belakang masjid Abu Bakar. Dulu, masa masih belajar, rajin juga dia lepak di situ kalau tak habiskan masa di kedai buku. Kalau tak, aktivitinya banyak dihabiskan di tasik dan lepak di Amcorp Mall.

Macam mana kerja kau Koci mula bersuara bila Jai hanya diam dari tadi.

Okey je..tapi ada masalah sikit.. Jai sedikit mengeluh.

Masalah

Jai angguk. Ayah aku..dia nak aku uruskan syarikatnya di Mutiara Damansara. Jai berkata lemah. Tak ada semangat.

Weh! Bagus la tu bro! Bila kau kerja kat situ Koci tepuk bahu Jai.

Bulan depan..lepas aku bagi notis berhenti kerja di lab.

Wah! Nampaknya kau jadi bos la! Ni yang aku jealous ni! Koci senyum. Jai bertuah kerana ada ayah yang kaya raya. Walaupun hanya berniaga batik, bisnes ayah Jai tetap maju.

Entahlah..aku serba salah sebenarnya. Aku suka lagi kerja kat lab.

Laa..kau ni pun. Kerja jelah kat syarikat tu. Besar pahala kalau bantu keluarga sendiri. Koci beri semangat.

Tengoklah Jai teguk milo panas yang baru sampai. Nasi goreng kampung yang dipesan masih belum sampai lagi.

Kau macam mana

Macam mana apa Koci kacau jus oren dengan straw.

Kau dengan Seri Bila nak nikah

Oh..lambat lagi. Seri yang nak bertunang setahun. Ikutkan aku..minggu depan aku nak bernikah. Koci senyum nakal.

Jai jeling Koci yang dah sengih-sengih. Memang miang mamat ni! Dah tak sabar la tu nak merasa!

Err..dah berapa lama kau bertunang ek Jai berkerut kening.

Dah dekat sebulan. Kenapa Koci ambil mi goreng yang dihantar oleh pelayan restoran. Nasi goreng dihala ke arah Jai.

Oh..tak ada apa. Cepat je masa. Jai kunyah nasi goreng.

Jai..kalau aku tanya..kau jangan marah. Kau kena jawab dengan jujur. Koci mula serius.

Jai dongak. Dia tenung Koci. Ada riak serius.

Apa dia Serius je bunyinya

Kau suka Seri

Uhuks!! Jai tersedak. Dia cepat-cepat teguk milo panas. Tuh! Tuh! Tuh!

Tu la kau! Dah tahu milo tu panas, buat apa kau teguk macam air sejuk Koci panggil pelayan restoran, minta segelas air sejuk.

Kau merepek apa ni

Aku tanya..kau suka Seri tak Koci ulang lagi soalan tadi.

Aku tak faham, Seri tu tunang kau ke tunang aku Jai tenung Koci. Mamat ni betul ke tak ni

Memanglah tunang aku tapi aku dapat rasa dia macam tak suka aku. Setiap kali aku call dia, dia layan aku tak sampai lima minit. Bila ajak jumpa, ada je alasan dia. Fed up la macam ni.. Koci teguk jus oren sampai separuh gelas.

Eloklah macam tu. Dia terima kau pun dah kira okey apa. Masa bertunang ni la nak kena jaga. Kalau selalu berjumpa, esok bila dah nikah, jemu pulak! Jai senyum. Itu pun nak kena ajar ke Koci..Koci..

Tak ada la. Aku ni macam syok sendiri pulak. Aku nak juga bermesra dengan tunang sendiri. Nak kenal lebih rapat. Keluar makan ke, tengok wayang ke, atau teman dia pergi shopping ke..ni tidak. Habuk pun tarak! Koci mengeluh. Dah muncung.

Tu la silap kau. Dulu, masa mak kau masuk meminang, kau tak kenal dia betul-betul dulu. Masa dia kerja satu company dengan kau, ada dia layan kau

Koci geleng.

Dah tu Kenapa kau angguk je

Habis..aku suka kat dia. Mesti la aku terima. Aku ingat dia terima aku sebab dia suka jugak kat aku. Koci kuis mi goreng. Dua sudu je masuk perutnya. Tak ada selera.

Tambah lagi..aku tak ada calon lain. Bila aku dapat tahu mak aku merisik Seri. Apa lagi, aku on je la. Tambah Koci.

Jadi kau masih nak cari calon lain Jai habiskan nasi goreng. Milo panas diteguk perlahan. Tadi lidahnya dah pedih. Melepuh!

Bukan macam tu. Kalau aku ada calon lain, taklah mak aku tu pergi merisik Seri tu.

Jadi maknanya kau tak ikhlas terima Seri Kau jadikan Seri tu spare part kau sementara nak dapat yang betul-betul kau berkenan. Macam tu Jai mula menyinga. Aku sekeh karang!

Tak ada la sampai macam tu. Tapi bila dia dah layan aku macam ni, siapa yang tak sakit hati. Kalau tunang kau buat kau macam tu, apa tindakan kau Koci pulangkan semula soalan tu pada Jai. Geram.

Itu satu cabaran bagi aku. Macam nilah..kau dah bertunang. Jagalah hubungan tunang tu dengan baik. Tiket bertunang tu bukan untuk menghalalkan yang haram. Haram tetap haram selagi tak ada lafaz Aku terima Nikahnya. Apa yang Seri buat tu aku rasa bagus juga sebab aku tahu kau tu macam mana. Suka ambil kesempatan. Jai berkata selamba. Sikit pun tak pandang Koci yang merenungnya dari tadi.

Tu dulu..sekarang ni aku nak berubah. Aku nak jadi lelaki yang berpegang dan taat pada agama. Tambah bila bab nikah kahwin ni..apa tu..munakahat Jadi..soal ambil kesempatan tu aku rasa..kau dah salah tuduh aku macam tu. Koci pertahankan sikapnya.

Kau yakin Jai jeling Koci yang masih menguis mi goreng dalam pinggan. Tak luak sikit pun.

Ya! Aku yakin!

Kalau kau yakin, kenapa kau nak ajak dia tengok wayang, shopping

Salah ke Koci pandang Jai dengan muka ketat.

Kau dengan dia belum sah jadi suami isteri. Baru bertunang. Kau bayangkan..kau pergi tengok wayang dengan dia..dalam panggung tu gelap, takkan kau tak pegang dia, at least tangan dia ke..atau kau pergi shopping..aku rasa kau mesti pegang tangan dia lah. Tu dah kira haram.. Jai meluahkan apa yang dirasakan perlu.

Takkan pegang tangan pun tak boleh Habis tu kalau nak lintas jalan, biar je dia lintas sorang-sorang Koci tak puas hati. Alim gila Jai ni!

Dia ada kaki dan tangan. Bukan buta. Kau..kalau nak tunjuk gentleman sekalipun, biarlah bertempat. Tapi..tak tahulah pulak kalau Seri pun suka berpegangan tangan ni. Aku nasihat je. Kalau sebelum nikah, korang berdua dah buat dosa, macam mana nak bina rumah tangga yang diberkati Allah Aku cakap ni pun, untuk diri aku sendiri juga. Jai senyum.

Alahaku bukan nak rogol dia pun. Takkan setakat pegang tangan macam tu pun, dah naik nafsu! Entah-entah, kau tu yang ada rasa macam tu! Koci merengus.

Aku mengaku sebab aku lelaki yang ada nafsu tapi macam kau kata tadi, tak semestinya pegang tangan boleh naikkan nafsu.

Kau kena ingat, bermula adegan ringan la, setan akan cucuk supaya lakukan yang lebih berat. Macam nilah Koci, aku sekadar beri pendapat aku. Kalau kau rasa apa yang aku kata tadi tu, tak boleh pakai, terpulang! Kau dan Seri yang akan menentukan corak alam rumah tangga korang. Cuma satu yang aku nak ingatkan, jangan sampai terlanjur. Lembik Acik kerjakan kau nanti!

Jai bagi amaran.

Aku ni jahat sangat ke Aku tahu la jaga batas pergaulan! Koci mula geram. Macamlah aku ni perosak anak dara orang!

Aku tak tuduh kau jahat. Aku hanya nak nasihat. Kau sendiri cakap dulu, kau mudah tergoda dengan perempuan cantik. Setakat pegang tangan dan peluk tu, dah jadi perkara biasa bagi kau. Jadi, aku rasa kau buanglah perangai tu. Aku jamin, bila kau jaga yang tu, perempuan akan lebih menghormati kau kalau kau menghormati perempuan. Dan aku yakin, Seri akan menghargai sikap kau tu. Percayalah! Jai sapu mulut dengan tisu. Habis nasi goreng dan milo panas masuk perutnya malam tu.

Koci diam. Rasa dah kena belati mendengar kata-kata Jai tadi. Memang dia akui sikap dan perangainya yang mudah mendekati perempuan dan bermesra. Bertepuk bertampar, pegang dan peluk dah macam tiada rasa apa-apa baginya.

Kau tak nak habiskan ke mi goreng tu Jai jeling pinggan Koci. Mi goreng masih tak luak.

Kau nak ke

Jai geleng. Dah kenyang.

Kau dah nak balik ke

Ya la. Dah pukul berapa ni Jai angkat tangan kanan. Jam di pergelangan tangan dah hampir sepuluh malam.

Hmm..okeylah. Koci lambai pada pelayan restoran.

Eh, tak luak pun mi goreng kau tu!

Aku tak ada selera.

Selesai membayar, Koci dan Jai mula menapak ke kereta semula.

Sepanjang perjalanan pulang, tiada sepatah pun mereka berbicara. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Jai jeling Koci yang masih berkerut kening. Mata pula tepat pada jalan depan. Hmmapa agaknya Koci fikir. Dia marah aku ke

Pandangan Koci masih menala ke jalan depan. Lagu I Love You dari suara gemersik Celine Deon bergema kuat dari corong radio kereta.

Koci..aku minta maaf pasal tadi. Aku tak ada niat pun nak tuduh kau macam tu. Aku tak nak kau terus melakukan dosa, tambah lagi dengan Seri. Seri tu budak baik. Kau jagalah dia betul-betul. Kau bertuah kerana dia pilih kau. Terima kau. Cubalah ambil hati dia. Apa yang dia tak suka, kau jangan pulak sesuka hati nak buat.

Koci pandang Jai sekilas.

Aku tak ambil hati pun..apa yang kau kata tadi tu memang betul pun. Aku yang gatal dengan perempuan. Bila aku jumpa Seri ni, aku rasa tercabar. Rupanya wujud di muka bumi ni perempuan macam Seri. Koci sengih.

Bukan semua perempuan perangai tak elok. Kau jagalah dia baik-baik. Jai menambah.

Aku rasakankau lagi sesuai dengan Seri tu. Koci jeling Jai di sebelah.

Dari tadi kau cakap macam tu, apa kau dah give up ke dengan sikap Seri Jai sengih. Aku ambik betul baru tau!

Tak ada la..aku ni tak alim macam kau. Masih terkial-kial belajar agama. Maksud aku..berusaha lengkapkan diri dengan ilmu.

Aku tengok Seri tu pun..macam suka kat kau. Aku perasan masa majlis bertunang dulu, dia macam gelisah bila kau blah awal.

Cepat je dia pandang kau.

Hei..kau ni cemburu ke apa ni Setakat pandang tu, tak ada apalah. Ramai orang masa tu. Dia ada mata, mestilah dia pandang tetamu yang datang tu. Bukan aku sorang je la.. Jai sengih. Liar jugak mata Koci ni..

Kau yakin

Aik! Apa main yakin tak yakin pulak ni Jai sengih semakin lebar.

Aku serius ni. Kalau kau suka Seri tu, aku rela putus tunang.

Jangan nak mengarut tak ingat! Tak baik kau runtuhkan tapak masjid!

Aku betul-betul serius ni! Koci jeling Jai. Riaknya dah lain.

Kau biar betul! Kau jangan nak malukan mak ayah kau. Tu..Seri tu..kau jangan ulang apa yang aku dah.. Jai terhenti kata-kata.

Dah apa

Err..maksud aku..jangan jadi macam aku ni. Putus tunang! Jai ketawa. Sengaja. Nyaris-nyaris dia buka rahsia tadi.

Jangan pulak pasal ni..kita putus sahabat. Kau kawan aku sejak sekolah. Jadi jangan kerana hal macam ni, kita berselisih faham pulak. Aku tak nak kerana perempuan, hubungan persahabatan kita terjejas. Jai melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.

Hmm..sebut pasal tunang ni, kau tak nak cari ke bekas tunang kau tu Mana tahu, dia pun sekarang ni sedang cari kau jugak Koci kenyit mata.

Jai menelan liur. Koci tak boleh tahu pasal rahsia tu. Kalau Koci tahu..tentu dia nak minta putus.

Kenapa kau diam Ke..kau dah jumpa dia Senyap-senyap kau bercinta dengan dia Usik Koci lagi.

Dah tujuh tahun..dia pun entah-entah dah jadi hak orang.

Kau tak cari lagi. Cuba kau cari, mana tahu jodoh kau dengan dia ada lagi. Kalau kau nak aku tolong, aku sedia tolong. Cakap saja! Koci sengih.

Tak payah la. Lagipun aku tak nak fikir lagi soal nikah ni. Aku nak kerja. Cari duit. Cari ilmu sebanyak mungkin. Bulan depan aku kena handle syarikat ayah aku. Banyak benda yang aku kena fikir. Jai cuba bersikap selamba. Ya Allah..apasal Koci ni sibuk nak suruh aku cari Seri! Seri tu dah jadi tunang kau la ngok!!

Aku bukan apa..aku dapat rasa..kau dan bekas tunang kau tu masih ada jodoh..

Jai diam.

JAI menapak malas ke bilik. Dia jeling Koci yang lepak di ruang tamu. Koci dah macam hilang semangat. Entah apa yang difikir sampai nak tembus siling direnungnya. Sempat jeling bilik Acik yang sedikit terbuka. Dah terbongkang mamat tu atas katil. Penat sangat agaknya tu. Tidur sampai terkangkang macam tu!

Ahhhlega.. Jai hempas tubuh atas katil. Pandangannya menala ke siling.

Kenapa Koci beria nak putus tunang Dah tu..nak bagi kat aku budak Seri tu..

Jai mengiring pula ke kanan. Lama komputer riba ditenung. Sejak Seri sudah bertunang, sejak itu juga laman sosial tidak dibuka. Perlahan dia bangun merapati meja studi yang banyak berjasa kepadanya sejak zaman kampus lagi.

Hmmapa khabar agaknya minah Kosong ni.. Jai sengih. Laman sosial tu dibuka buat ke sekian kali. Ada mesej dari Kosong. Lama Jai merenung mesej yang hanya ada empat perkataan.

Dia suka aku Jai garu dagu. Mata sepetnya dah semakin sepet bila berkerut.

Jai balas mesej Kosong.