SAMBIL menghirup teh tarik yang sudah hilang suamnya, Amy membalas mesej dari Aaron. Sejak dua tiga menjak ini, semakin sibuk pula. Selain bekerja tetap sebagai Eksekutif Akaun, dia juga menjawat satu lagi jawatan tak bergaji tanpa rela - Pegawai Pemantau Farizah!
Sudahlah tak bergaji, laporan perlu diberi sekerap mungkin tak kira masa. Mujurlah Aaron tak mengganggu ketika waktu tidur. Jika tidak, memang maki hamun yang lelaki itu akan dapat!
Tapi Amy bukanlah berkira tentang itu. Sudah terlajak janji untuk menolong maka dia pun tidaklah kisah sangat walaupun sehingga hari ini, dia tidak tahu masalah sebenar Aaron dan Farizah. Bila ditanya pada Farizah, sahabatnya itu sekadar diam dan mengangkat bahu. Bila Aaron disoal, jawapan yang dia terima hanyalah Sorry Amy. Its too privacy.
Kalau Izzy tak nak cakap, lebih baik kalau I pun tutup mulut.
Jadinya, daripada pening kepala memikirkan masalah orang lain yang dia tak tahu mana kepala dan ekornya, lebih baik dia tidak bertanya lagi. Soalan yang Aaron tanya berkenaan perihal Farizah juga sama saja setiap kali.
Dia kerja tak hari ni
Flight ke mana
Ada tak dia keluar dengan siapa-siapa
How is she
Did she say anything to you
Dan soalan yang sama itu juga berulang-ulang. Soalan pun hampir sama setiap kali, maka jawapan yang diberi juga haruslah sama juga. Tetapi dia jujur memberikan jawapan. Apa yang dia nampak, itulah laporan yang dia beri kepada Aaron.
Pada pandangannya, Farizah kelihatan biasa saja namun kurang bercakap seperti dulu. Lebih banyak termenung dan berdiam diri.
Perubahan paling besar yang berlaku pada Farizah adalah, dia tidak lagi kerap keluar berhiburan seperti dulu. Keluar rumah pun hanya untuk pergi kerja sahaja. Masa selebihnya, dihabiskan di depan televisyen ataupun berkurung dalam bilik.
(Aaron)
Amy, I betul-betul tak tahu nak buat apa. Dia langsung tak jawab call I. Mesej pun tak nak balas. Please help me.
Mesej WhatsApp dari Aaron dibaca dengan kening terangkat.
Nak tolong macam mana Apa masalah kau dengan Izah pun aku tak tahu. Amy membebel sendiri sambil jarinya menaip balasan.
(Amy Alwi)
Nak tolong macam mana Apa masalah you dengan Izah pun I tak tau.
(Aaron)
Tolonglah pujuk dia. At least, suruh dia balas mesej Iplease.
Amy menggeleng membaca mesej Aaron.
(Amy Alwi)
Tolong pujuk Dengan I pun dia tak cakap banyak. Kalau I tanya pasal you pun, dia tengok I macam blurhow ler
(Aaron)
You kan BFF dia. Please Amy I need to talk to her. I nak sangat jumpa dia.
Sekali lagi Amy menggeleng.
(Amy Alwi)
Nanti I try pujuk dia lagi.
(Aaron)
Thanks Amy...
(Amy Alwi)
No problem.
(Aaron)
Please take care of her for me.
Jiwang gila si Ah Beng niAmy tersengih sendiri.
(Amy Alwi)
Sure.
(Aaron)
AmyI miss her so much.
Mesej dari Aaron kali ini tidak dibalas. Luahan perasaan dari Aaron sedikit sebanyak meninggalkan rasa berat padanya sebagai seorang kawan. Amy melepaskan nafas panjang.
Farizah memang sering keluar dengan ramai lelaki. Dengan kecantikan semulajadi dan ditambah pula dengan sikap manja dan menggoda, mudah saja Farizah mencairkan hati mana-mana lelaki yang berhidung belang terutamanya. Koleksi teman lelaki Farizah memang ramai namun tiada satu pun yang benar-benar dianggap serius.
Satu pendirian Farizah yang Amy tahu, walaupun manja dan menggoda, Farizah tidak akan menyerah diri pada lelaki-lelaki yang berdampingan dengannya. Atas sebab tertentu, Farizah menjadikan lelaki-lelaki itu sebagai teman berhibur dan melepaskan rasa sunyi. Bila bosan, mereka ditinggalkan atau mereka sendiri yang mengundur diri kerana tidak tahan dengan sikap Farizah.
Tidak ralat, dengan mudah Farizah mencari teman pengganti. Wanita secantik Farizah, satu hilangsepuluh datang. Yang datang pun bukan calang-calang rakyat marhaen.Ada rupa dan harta. Macam Tengku Badli.
Badlihmm. Badli kawan Aaron. Aaron keluar dengan Farizah. Badli cemburu, lepas tu gaduh. Tapi kalau gaduh, mesti Badli yang cari Farizah. Kenapa Aaron pula yang beriya-iya
Amy cuba mencantumkan serpihan puzzle dalam kepala tetapi masih ada kepingan yang belum dapat dipadankan.
Ai cik kak jauh monung eh
Suara Pit si Mat Despatch menegur lantas kepingan puzzle khayalan Amy pecah berderai. Amy mengangkat kening.
Kau tak reti bagi salam ke Pit Amy membalas.
Assalamualaikum Kak Amy Sengih Pit ketika memberi salam.
Waalaikummusalam.
Kenapa Kak Amy Lain macam aje saya tengok Ujar Pit lagi.
Lain macam apanya Muka peon yang baru berumur 20 tahun itu Amy pandang.
Yalah. Dah termenung jauh, macam ada masalah aje. Boyfriend lari ke Usik Pit.
Haah Pit. Dia laritak balik-balik sampai ke sudah. Amy membalas usikan.
Pit tersengih lagi.
Tapi saya rasaboyfriend akak tak lari jauh mana pun. Sambung Pit.
Amy angkat kening dan membuat muka tanda soal.
Ini hatadaaaaa. Pit mengunjuk sejambak bunga ros yang dari tadi disorokkan di belakangnya kepada Amy.
Apa ni Soal Amy, kehairanan.
Laaaa. Bunga roslah. Belajar tinggi-tinggi, bunga ros pun tak kenal Sindir Pit.
Ya, akak taulah bunga ros. Siapa bagi
Abang Farid
Farid Nafas Amy tergendala seketika.
Haah. Abang Farid. Saya perasan dia tunggu lamaaaa kat bawah tadi. Last-last, saya tegurlah jugak kan. Dia kata nak jumpa akak tapi segan. Dia mintak tolong saya bagi bunga ni pada akak
Amy melepaskan nafas kasar. Satu tempat kerjanya sudah tahu teman lelakinya adalah Farid. Dan satu tempat kerjanya sudah tahu yang Farid itu panas baran. Masakan tidak Pernah Farid buat kecoh di sini hingga dihalau pengawal keselamatan. Nasib bosnya baik hati. Dia pula sekadar diberi nasihat tegas untuk tidak lagi membawa urusan peribadi ke pejabat sehingga mengganggu ketenteraman rakan sepejabat.
Malu, sudah tentu. Tapi nak buat macam mana Hadap sajalah.
Kak Amy! Suara Pit sekali lagi menerjah telinga Amy.
Berangan pulak orang tua ni Pit sambung bebelan. Kak Amy
Ya
Bunga ni saya letak sini ajelah. Saya chow sing-chi dulu. Banyak lagi kerja nak buat. Pit meletakkan bunga ros itu di atas meja Amy dan terus melangkah pergi.
Jambangan ros merah yang terhias cantik tergeletak atas mejanya. Amy tak menyentuh, sekadar merenung dengan fikiran yang bercelaru. Farid memang tak faham bahasa. Tak tahu lagi apa yang perlu diberitahu pada Farid agar melupakan terus niat untuk kembali menjalin hubungan. Hatinya sudah tertutup rapat untuk lelaki bernama Farid. Amaran sudah berkali-kali diberikan untuk tidak mengganggu tetapi Farid tetap tegar dengan kemahuannya.
Blahlah Farid! Jambangan ros itu dicampakkan terus ke dalam tong sampah. Amy merengus.
Farid bagi bunga lagi ke Soal Noni, jiran meja sebelah merangkap setiausaha kepada bosnya. Sudah pasti, Noni juga tahu perihal Farid.
Amy cuma mampu mengangguk perlahan.
Aku rasakan, kalau Farid tak faham bahasa jugak, kau buat aje police report.
Police report Serius sangat tu kotNoni Berkerut kening Amy. Farid memang agak melampau tetapi tidaklah sampai terfikir untuk membuat laporan polis.
Terpulanglah pada kau. Tapi pada aku, Farid ni bukan gila bayang lagi tau tak Ni dah tahap psiko dah ni. Siang malam menempel kat ofis, kat rumah kau. Banyak masa dia Tak kerja ke apa
Memanglah Farid banyak masa. Nama pun tauke bengkelTerang Amy.
Noni angkat bahu sambil senyum.
Aku nak buat laporan apa Bekas teman lelaki saya gila talak. Wahhhhh.hot betul tajuk laporan.
Noni gelak.
Entah-entah, polis pun malas nak layan kes ni. Sambung Amy.
Aku cakap aje. Apa-apa pun baik kau hati-hati. Orang sakit jiwa ramai sebenarnya kat Malaysia ni. Cuma kita aje tak tahu Noni berkata lagi.
Kau nak cakap Farid sakit jiwalah
Noni angguk dan Amy ketawa.
"Tak ada apa-apalahkot. Lama-lama, kalau Farid bosan, dia blahlah..."Kata Amy.
Sekali lagi, Noni mengangkat bahu dan menyambung kerja.
Amy juga turut menumpukan kembali perhatiannya pada kerja walaupun kata-kata Noni bermain-main di fikirannya. Tak mungkinlah Farid sampai tahap sakit jiwa....