Arissa Daniel - 28
BAB 28

SEMINGGU berlalu. Daniel masih setia menemani Arissa yang masih tidak sedarkan diri. Bunga ros merah yang dibawa setiap hari sudah penuh satu bilik.

Arissa..please wake up.. Daniel hampir menitis air mata. Sebak melihat keadaan Arissa yang seorang diri terlantar di situ. Sejak Arissa terlantar di situ, dia perasan tidak ada seorang pun saudara mara Arissa yang datang melawat.

Dia mula gelisah. Keadaan Arissa seperti tiada perubahan. Segera dia menapak ke bilik doktor yang merawat Arissa. Pintu bilik diketuk perlahan.

Masuk!

Daniel pulas tombol pintu. Sebaik pintu terbuka, dia melihat senyuman doktor itu sungguh berseri. Tenang.

Silakan duduk Encik Daniel. Ya, apa yang saya boleh bantu

Doktor..berapa lama lagi isteri saya macam niDaniel melabuhkan punggung di kerusi depan meja doktor tadi.

Hmm..insyaAllah isteri encik akan sedar dalam sehari dua lagi. Dari perkembangan kesihatannya, dia menunjukkan tanda positif. Mungkin sehari dua ni, dia akan mula sedar. Berdoalah pada Allah. Setiap doa seorang suami itu amat bermakna untuk seorang isteri. Allah maha mendengar doa hambaNya. Doktor itu menutur lembut.

Daniel terdiam. Dia pandang tag nama pada poket baju putih doktor tadi. Dr. Firdaus Abdullah.

Matanya menala pula ke wajah doktor tadi. Tidak ada rupa orang melayu..

Kenapa pandang saya macam tu Dr. Firdaus senyum.

Err...maaf kalau saya tanya. Doktor ni.. Daniel berkerut kening.

Saya faham...saya selalu disalah anggap. Saya memang orang cina tapi saya masuk Islam selepas saya mengenali isteri saya. Saya terpikat dengan sikap isteri saya yang tidak pernah jemu mengajak saya ke arah jalan kebenaran. Isteri saya juga orang cina tapi sudah lama memeluk Islam. Pada mulanya saya tak tahu dia Islam sehinggalah suatu hari masa kami keluar dating, dia minta saya hantarnya ke sebuah masjid untuk solat. Saya terkejut. Patutlah sepanjang kami bercinta dia selalu menjaga pergaulan. Tidak pernah benarkan saya menyentuh apa lagi pegang tangan. Saya curious masa tu. Dia kata ikatan pernikahan adalah jalan terbaik untuk seorang lelaki menyentuh tubuh perempuan. Dulu, saya kaki

perempuan. Agak bebas bergaul tapi selepas saya kenal isteri saya, saya terpukul. Pertama kali saya jatuh cinta pada seorang perempuan.

Alhamdulillah..saya rasa tenang selepas memeluk Islam dan bernikah. Benarlah hati akan tenang bila sudah halal.. Lembut tutur kata Dr. Firdaus.

Daniel tunduk. Teringat kisah hidupnya yang bengkang bengkok. Keseronokan dunia yang dikejar.

Kenapa encik tanya macam tu

Err..tak..

Encik Daniel bertuah kerana saya tengok isteri encik itu seorang yang kuat semangat. Melihatkan keadaan kecederaannya tu, tak ramai yang boleh bertahan sampai macam ni. Selalunya kes macam ni, pesakit akan mengalami koma paling lama enam bulan dan mungkin akan hilang ingatan. Hantukan di kepalanya agak kuat. Dr. Firdaus menjelaskan perkara sebenar.

Daniel hanya tunduk. Dia meraup muka.

Baru nikah ke Tanya Doktor Firdaus lagi.

Daniel mendongak. Hah Err..ya..ya..

Hmm..jagalah dia baik-baik. Cepat-cepat dapatkan zuriat. Saya ni sepuluh tahun tunggu untuk dapatkan zuriat sendiri. Isteri saya menangis hari-hari tapi lepas tu dia redha.. Saya pujuk dia. Alhamduliilah, kami dapat juga anak sendiri. Perempuanlah yang sebenarnya pendorong untuk kita maju atau sebaliknya. Jika kita ditemukan dengan seorang perempuan yang baik dan berakhlak, hidup kita insyaAllah akan terjaga lurus.

Dengan syarat kita yang lelaki ni kenalah juga jaga akhlak. Sebab itu sekitaran itu penting. Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat dengan kita sebab kita tak cukup baik dan kadang-kadang Allah tarik balik mereka semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik kerana Allah atau kerana manusia. Keseronokan dunia tak akan ke mana. Tempat terakhir kita di akhirat. Syurga atau neraka. Kita diberi akal untuk memilih. Sambung Dr. Firdaus.

Thanks doc.. Daniel bingkas bangun dan berjabat dengan Dr. Firdaus.

Jaga isteri encik baik-baik. Isteri adalah amanah Allah. Sempat Dr. Firdaus berpesan.

Daniel melangkah lemah ke bilik Arissa. Arissa dilihat masih lagi lena di atas katil.

Arissa...please be my wife.. Daniel pegang lembut jemari Arissa.

DANIEL terpaksa pulang ke rumah. Ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri. Semua dokumen berkaitan mesyuarat itu masih belum dilengkapkan. Dari hospital tadi, dia memang berat hati meninggalkan Arissa seorang diri. Rasa bersalah semakin menebal.

Dia bergegas ke bilik tetamu. Bersepah dan berselerak atas katil.

Hmm...nafsu gila kau Zarul! Bersepah bilik ni. Tahu seronok je, tak tahu nak kemas! Daniel senyum sinis. Puas bila dapat membalas dendam pada Tan Sri Johari.

Dia segera ke biliknya membersihkan diri. Semalaman tidak mandi.

Selesai mandi dan bersarapan, Daniel memandu ke pejabat. Urusan pejabat banyak yang terbengkalai sejak balik bercuti dari Pulau Nami. Seminggu pula dia menemani Arissa di hospital.

Hmm..banyak surat yang kena tengok. Sempat Sherry menghulurkan seggenggam surat tadi. Satu persatu dibelek.

Very good! Daniel senyum lebar. Produk kosmetik dan mandian dari kilangnya di Korea Selatan sudah mula dipasarkan.

Dad..I did all these just for you. Daniel menaatap foto mendiang ayahnya yang sentiasa berada di atas meja.

Tidak sedar waktu begitu cepat berlalu. Daniel jeling jam di dinding. Hampir waktu makan tengahari. Dia mula bergegas ke tempat letak kereta.

Sempat dia membeli sejambak ros merah sebelum memecut ke hospital.

Aku harap Arissa sudah sedar. Senyuman Daniel semakin lebar. Dia mencium bau wangi bunga ros berkali-kali. Bunga ros yang segar berkembang itu sudah rasa seperti hatinya yang turut berkembang segar.

ARISSA perlahan buka mata. Dia lihat sekeliling. Peningnya masih terasa. Perlahan tangannya memegang dahi. Berbalut!

Ya Allah...kenapa dengan aku ni Arissa bingung. Seingatnya dia baru sahaja berada di tepi jalan kawasan perumahan di Bangsar dan tiba-tiba ada cahaya silau datang dari arah depan. Lepas itu, dia tak ingat apa yang berlaku.

Nurse..kenapa dengan sayaArissa terus bertanya seorang jururawat sebaik melihat jururawat itu menapak masuk ke biliknya.

Alhamdulillah puan dah sedar. Jururawat itu tersenyum manis.

Err...kenapa dengan saya Arissa keliru.

Puan kemalangan dan tak sedarkan diri seminggu. Puan kena rehat dulu. Tak boleh banyak bergerak.Arissa disuruh berehat.

Arissa masih keliru. Dia tekup kepalanya dengan kedua belah tangan.

Kemalangan Muka Arissa sudah berkerut seribu.

Jururawat itu angguk.

Puan makan ubat ni dulu. Lepas tu, intercom kami untuk menu makan tengahari. Jururawat itu hulur dua biji ubat dan segelas air. Menu makanan diletakkan di atas meja. Sebelum ni Arissa hanya diberi makanan dan ubat cair melalui tiub kecil.

Err..ubat ni okey ke Err..maksud saya..tak mudarat ke Arissa teringat yang dia sedang hamil.

Maksud puan

Saya...hamil.. Arissa terpaksa beritahu.

Hamil Jururawat itu berkerut kening. Dia periksa laporan di dalam fail. Tidak ada dinyatakan apa-apa tentang kehamilan.

Err..ya puan. Puan keguguran akibat kemalangan tu. Muncul seorang lagi jururawat lain dan mencelah perbualan Arissa dan kawan sekerjanya, Azlin.

Azlin pandang Hasliza. Mukanya semakin berkerut.

Psst...dia hamil ke Azlin pula berbisik.

Ya.. Hasliza turut berbisik. Sebenarnya dia sudah menerima arahan dari suami pesakit tadi supaya memberi jawapan seperti itu jika Arissa bertanyakan hal itu. Dia pun hairan dengan arahan itu. Ah! Ikut sajalah..lagipun dapat juga sejambak bunga dari jejaka tampan tu. Pertama kali melihat Daniel, hatinya bagai meleleh. Bertuah Arissa memiliki lelaki kacak dan kaya seperti itu.

Hmm..mungkin puan keguguran kut..nanti saya tanya doktor. Azlin mula bingung. Dia hulur segelas air kosong kepada Arissa. Sempat dia jeling rakan sekerjanya, Hasliza yang tersenyum dari tadi. Dia kemudian beredar dari bilik itu.

Arissa tergamam. Dia menekup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi. Aku keguguran Jadi aku telah membunuh anak aku sendiri

Sabarlah puan. Itu semua ujian dari Allah. Allah lebih sayangkan anak puan. Puan boleh berusaha lagi. Puan masih muda. Kita sebagai isteri ni harus redha dengan ketentuan Allah. Kalau asyik bersedih, hidup kita akan tertekan. Berdoalah semoga kita sentiasa tenang. Bila dah tenang, mudah nanti puan nak mengandung lagi. Hasliza senyum.

Arissa jeling nama pada tag di poket baju. Hasliza. Tentu gadis itu ingat aku sudah bersuami sedangkan apa yang berlaku hanya Allah saja yang tahu.

Err..cik, siapa bagi bunga ni semua Arissa baharu perasan di bilik besar yang lengkap dengan televisyen dan ruang santai itu dipenuhi dengan bunga ros merah segar. Hampir sepuluh jambak kesemuanya!

Oh..suami puan yang beri semua ni. Cantik kan Kalau saya dapat suami macam suami puan tu, saya akan setia sehingga akhir hayat. Hasliza senyum. Memang sejak mula melihat Daniel, dia mula rasa cemburu. Sudahlah kacak, bergaya, maskulin, Daniel dilihat sangat romantik.

Haih...terkenang bakal suaminya yang kini sudah pun menjadi tunang. Harap tunang aku pun seperti Daniel tu.

Arissa terlopong. Suami Siapa

Err...cik, suami saya ada kata nak datang tak hari ni Saja Arissa bertanya. Dia perlu tahu siapa yang menyamar jadi suaminya.

Ya, masa puan tak sedarkan diri, dia selalu temankan puan sampai ke pagi. Pagi dia balik rumah. Tengahari datang semula. Habis kerja, dia datang lagi sampailah keesokkan paginya tu. Tu la..puan. Puan sungguh bertuah ada suami macam tu. Bersyukurlah pada Allah. Hasliza senyum lagi. Muka Arissa dilihat sudah seperti orang bingung. Pelik..

Kenapa puan macam keliru je Hasliza mula bertanya.

Err..tak. Mungkin saya masih pening. Arissa tunduk. Siapa agaknya Matanya menala lagi pada jambak bunga ros. Dia pandang pula bilik yang dihuninya. Memang besar. Lengkap!

Nanti puan pilih menu. Tekan je butang tu. Kami akan datang ambil order. Puan rehat dulu ya. Selimut dtarik sehingga ke paras dada.

Err..cik, berapa lama saya tak sedar Arissa sempat bertanya sebelum jururawat itu menapak keluar.

Dah seminggu puan. Alhamdulillah, puan kuat semangat. Banyak berehat ya puan. Hasliza menapak keluar.

Arissa bingkas bangun.

Suami Siapa Arissa semakin bingung.

Perutnya mula berbunyi. Arissa capai menu atas meja di hujung katil. Dia segera tekan butang.

Tak lama kemudian, hidangan tengahari tiba di di biliknya. Daging panggang dengan kentang lenyek. Jus lobak merah dan puding mangga. Seorang pekerja lelaki yang membawa hidangan tengahari itu mula beredar dari bilik.

Hmm..dah alang-alang aku duduk dalam bilik besar ni. Aku bedal je la makanan yang sedap. Arissa mula menikmati hidangan barat yang dipesan tadi. Terasa perutnya sudah kosong lama sangat. Memang patut pun! Dah seminggu rupanya aku tak sedarkan diri.

Arissa terhenti mengunyah. Bunyi suara seseorang bertanya pada jururawat jelas di telinganya. Dia amati suara itu dengan menadah telinga.

Ya Allah! Itu macam suara Adam... Arissa cepat-cepat tarik selimut. Dia bingkas bangun semula dan segera menutup hidangan tengahari dengan penutup. Dia kembali baring. Mata dipejam rapat-rapat.

DANIEL buka pintu perlahan. Dia senyum. Arissa dilihat masih nyenyak tidur. Bunga ros yang dibawa diletakkan di sebelah bunga ros semalam.

Hmm..kau sedar juga Arissa. Daniel melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Arissa. Tadi dia sempat bertanya pada jururawat yang menjaga Arissa. Jururawat itu memberitahunya yang Arissa sudah mula sedar.

Rambut dan jemari Arissa dipegang lembut. Lama wajah Arissa ditenung. Hati dan jantungnya mula berdegup.

Oh my...what happenned to me Daniel letak tapak tangan kanannya pada dadanya sendiri. Terasa degupan jantung kuat berdegup.

Matanya melirik pada hidangan tengahari. Perlahan Daniel bangun dan mendekati meja di hujung katil. Dia buka penutup. Senyum melihat daging panggang yang sudah lebih separuh habis dimakan. Matanya beralih pada Arissa yang masih lena tidur.

Hmm...takkan lepas makan terus tidur Daniel berkata sendiri. Dia menapak perlahan ke arah Arissa.

Sengaja dia dekatkan mukanya ke muka Arissa yang masih lena tidur di situ.

Sayang...I know you dah sedar. Jus tu I dah minum habis.. Daniel bisik perlahan ke telinga Arissa.

Diam.

Daniel senyum lagi. Oh..nak berlakon ya Kali ini Daniel dekatkan bibirnya pada bibir Arissa. Hampir bersentuh.

Pantas Arissa bingkas bangun. Dia tolak selimut dengan kuat. Daniel pula sudah terjelepok atas lantai dengan kepala sudah tertutup dengan selimut tadi.

Arissa pantas berlari masuk ke dalam bilik air. Bilik air dikunci rapat. Habis terbalik tiang palang yang menyambungkan tiub air ke lengannya.

Daniel menggosok-gosok dahinya yang terasa senak. Terjelepok dia di atas lantai macam nangka busuk.

Encik Daniel kenapa ni

Daniel mendongak. Jururawat yang merawat Arissa sudah menapak masuk membawa mesin tekanan darah.

Err...tu.. Daniel tuding ke arah bilik air.

Hah Hasliza tidak faham. Dia segera angkat semula peralatan hospital yang sudah terbalik.

Mana isteri encik Hasliza mula perasan Arissa tidak ada di atas katil.

Dia masuk ke bilik air tadi.. Daniel mula bangun dan duduk di kerusi. Dahinya masih rasa sengal dan pening. Kuat juga Arissa hantuk kepalanya tadi.

Oh..dah lama ke dia masuk

Baru kejap tadi. Daniel masih menggosok dahinya.

Hasliza mendekati pintu bilik air. Dia mengetuk pintu bilik air.

Puan! Kami nak ambil tekanan darah puan. Saya tunggu di luar ni ya. Hasliza menapak semula ke katil. Dia mula buka suis mesin yang dibawanya tadi.

ARISSA masih dalam bilik air. Dia mundar mandir di situ. Sesekali dia tekup telinga ke daun pintu bilik air. Senyap.

Dah keluar ke dia orang ni Arissa teragak-agak buka pintu.

Ah! Buatnya terjongol muka perogol tu depan pintu bilik air ni Bukan boleh percaya mamat tu! Kat hospital ni pun dia boleh buat kerja setan tu! Macam aku tak tahu apa yang dia cuba buat tadi tu! Arissa geram.

Puan! Kalau puan lama lagi, saya datang pukul dua setengah nanti.

Arissa mendengar dengan jelas suara jururawat Hasliza dari luar.

Hmm..satu dah selesai. Tinggal perogol tu lagi. Blah la cepat! Ada hati mengaku suami aku! I hate you!! Arissa masih membatu dalam bilik air. Tidak mahu menatap wajah lelaki yang merogolnya!

Sayang...tak nak keluar ke

Arissa tergamam. Sayang Pergi mampus kau Adam! Rasa nak muntah mendengar suara manja Daniel jelas menyuruhnya keluar dari bilik air.

Sampai bila you nak duduk dalam bilik air tu Ni, puding mangga dah tinggal sedikit ni. Jus karot pun dah habis. Sedap juga makanan hospital ni ya. Kalau you tak nak keluar, I masuk!

Arissa terbeliak. Adam nak masuk Aku dah kunci dari dalam la! Lama Arissa diam di situ. Suara memujuk Adam sudah tidak kedengaran lagi.

Hmm..dah blah la tu agaknya.. Arissa senyum. Dia buka pintu bilik air perlahan-lahan. Hanya kepala menjulur keluar dari daun pintu yang sedikit terbuka.

Dia intai semua ruang bilik. Nyata lelaki itu sudah tiada di situ.

Hmm..tahu pun nak blah! Arissa buka pintu dan mula menapak keluar dari bilik air.

Gotcha!!!

Arissa menoleh. Lelaki itu tersengih di belakangnya. Tak balik lagi

What are you doing here Arissa menapak ke belakang. Lelaki itu dilihat semakin dekat dengannya.

Salah ke seorang suami datang melawat isterinya sendiri Daniel senyum semakin lebar. Kelakar melihat gelagat Arissa yang sudah pucat lesi.

Suami Kau dah gila!! Aku bukan isteri kau! Dan tak akan pernah jadi isteri kau! Jerit Arissa. Geramnya masih membara.

Tenang sayang...kenapa jerit-jerit ni. You kan sakit. Remember Daniel menapak semakin dekat.

Dont you ever touch me! Arissa sudah rapat ke dinding.

Daniel senyum. Dia semakin rapat dengan Arissa. Mukanya dirapatkan ke muka Arissa. Sengaja!

Hmm..you sakit macam ni pun masih cantik... Pipi Arissa diusap perlahan. Jantungnya berdegup laju. Oh my god..Im really fall in love with this girl!

Pantas Arissa tepis tangan Daniel.

Go to hell! Arissa mengetap bibir. Daniel dilihat semakin galak mendekatinya.

Arissa..kenapa you marah sangat dengan I Daniel semakin rapat. Bibir Arissa dilihat semakin mempesona.

Stop it!! Arissa tolak tubuh Daniel. Tergolek mereka berdua jatuh berpeluk di lantai bila Daniel sempat tarik baju Arissa tadi.

Ehem!

Serentak mereka berdua berpaling. Jururawat Hasliza sudah tercegat di muka pintu dengan muka dipalingkan ke arah lain. Malu melihat perlakuan kedua suami isteri itu. Kut ya pun nak berpeluk..tunggulah balik rumah ke apa ke..

Arissa cepat-cepat bangun. Dia betulkan baju hospital yang dipakainya.

Err..maaf, boleh saya ambil tekanan darah puan Hasliza tersenyum simpul.

Arissa senyum kelat.

Daniel pula melemparkan senyuman nakal sambil menjeling Arissa yang sudah terkebil-kebil menapak ke katil semula.

Err..nurse, I have to go now. Kalau ada apa-apa beritahu saya. Mana tahu isteri saya ni nak terjun bangunan pulak. Daniel jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir dua setengah petang. Dia perlu masuk pejabat semula.

Baiklah Encik Daniel. Hasliza senyum

Arissa mendongak. Terkelu. Daniel Bukan ke nama dia Adam

Sayang..take care ok. Daniel mendekati Arissa dan mencium dahi gadis itu walaupun cuba ditepis Arissa. Dia menapak keluar dari bilik Arissa.

Hasliza senyum melihat perlakuan Daniel yang nyata sungguh romantik. Haih....

Arissa masih berada di atas katil. Tadi, dia cuba tepis tangan Daniel. Nyata tangan Daniel lebih dulu memegang kedua belah pipinya, Pantas dahinya dicium. Ikut hati mahu saja bagi penumbuk sebiji tapi memandangkan jururawat itu juga berada di situ terpaksa dia berlakon sekali.

Hmm..jadi nama kau Daniel.. Arissa mengetap bibir.