Dia bingkas dari tempat duduk lalu mendekati Puan Hasnah yang sedang memberi arahan.
Puan beli mesin jahit baru
Saat itu Puan Hasnah berpaling. Lebar senyumannya menyambut pertanyaan Ika. Bukan saya yang beli.
Wajah Ika berkerut dengan jawapan diterima.
Ada orang derma ke Soalnya lagi. Dia benarbenar ingin tahu. Bukan apa, dia seronok melihat penambahan mesin jahit di bengkel ini. Memudahkan dia dan kawan-kawan sebab tak perlu nak berkongsi.
Apabila mendengar soalan kedua Ika, wajah Puan
Hasnah berubah. Takkan awak tak tahu apa-apa Ika berasa pelik. Tahu apa, puan
Eh, awak ni. Boyfriend sendiri buat kebajikan, awak tak tahu Boyfriend
Iyalah... boyfriend awaklah. Siapa lagi Encik Idlan tu, boyfriend awak, kan
Ika melopong. Bukan melopong sebab Puan Hasnah sebut perkataan boyfriend. Tapi, tak menyangka Idlan yang menderma.
Biar betul puan ni. Takkanlah...
Takkan saya nak bohong pada awak
Ika resah sendiri. Nampaknya Puan Hasnah benarbenar maksudkan si penderma adalah Idlan.
Tapi, kenapa Encik Idlan murah hati sangat nak bagi mesin jahit ni pada puan Dengan perasaan ragu dia bertanya.
Puan Hasnah tersengih kecil, Awak ni cemburukan saya dengan boyfriend awak tu ke
Ika menggeleng dan menafikan kata-kata Puan Hasnah yang tak masuk akal, Bukan macam tu, puan. Saya cuma pelik aje.
Apalah awak nak rasa pelik sangat Boyfriend awak cuma nak ambil hati awak saja. Takkan awak tak nampak caranya sebelum ni Puan Hasnah tak semena terlepas cakap.
Ambil hati saya
Puan Hasnah tutup mulut. Tersedar dirinya terlanjur kata. Baginya, Ika tak perlu tahu kerana dari awal dia menyangka, Idlan memang tak mahu Ika tahu.
Iyalah. Masih tak nampak lagi yang dia sayangkan awak sampai sanggup buat semua ni Dia menyebelahi Idlan walaupun lelaki itu tak ada depan mata.
Ika tersengih. Dia meminta diri balik semula ke tempatnya. Rasa tak selesa nak terus bersoal jawab dengan Puan Hasnah lagi. Tali inci dililitkan semula pada leher sambil mulut terkumat-kamit menutur sesuatu. Hati rasa tak sedap. Rasa bersalah pun ada.
Kenapa Idlan buat semua ni sedangkan dia dah tolak lamaran lelaki itu Puan Hasnah pula, sanggup dia terima pemberian Idlan sedangkan yang jadi mangsa keadaan adalah dirinya Sampai hati Puan Hasnah. Ika membebel dalam senyap.
Tengahari itu Ika pulang ke rumah sebaik kelas menjahitnya tamat. Skuter ditongkat dalam keadaan tergesa-gesa. Tak sabar nak naik ke rumah dan masuk ke bilik. Dia nak hubungi Idlan dan bertanya mengenai hal tadi. Telefon bimbit dilekapkan ke telinga. Menanti penuh sabar Idlan menjawab panggilan.
Hello, abang.
Abang
Err... assalamualaikum. Tergagap Ika memberi salam. Dia cuak sebab tak menyangka orang lain jawab panggilan. Perempuan pula. Isteri Idlan, kut Ika berteka-teki sendiri.
Waalaikumussalam, jawab suara perempuan di hujung talian. Dingin bunyinya.
Ni handphone Encik Idlan, kan Soal Ika, sekadar memastikan.
Yes. Kenapa Nak cakap dengan dia Ya. Ada hal penting, jawab Ika.
Boleh I tahu you siapa
Saya, Ika Alia. Kawan sekampung dia, jawab Ika.
Ika Alia Okey, sekejap. I panggilkan dia.
Siapa tu, sayang
Terdengar suara Idlan sayup-sayup melalui talian, Ika meneguk liur. Memang sahlah, perempuan yang jawab panggilan adalah isteri Idlan.
Ika Alia. Kawan you dari kampung!
Ika kemam bibir. Entah kenapa, dia berdebar dan bersedia telefon bimbit di sana bertukar tangan. Resah dia menanti suara Idlan pula menjawab.
Assalamualaikum, Ika...
Ika tergamam sebentar. Suara yang dirindui dalam diam. Waalaikumussalam.
Ada hal apa call abang
Ika terdiam. Soalan yang nak ditanya, terbang entah ke mana apabila telinga menjamah suara sopan Idlan ketika menyambut panggilannya. Berbeza benar dengan suara perempuan tadi yang keras dan dingin.
Ika... Ika nak... Suara Ika tersekat-sekat nak beritahu tujuannya menghubungi Idlan.
Ika nak apa ni Erm Lembut Idlan menyoal.
Ika berdeham. Mahu mengusir rasa gugup yang tiba-tiba bermukim, Ika nak tanya. Kenapa abang derma mesin jahit kat tempat Ika belajar
Meletus tawa kecil Idlan dengan pertanyaan Ika.
Salah ke abang nak buat kebaikan
Ika tak kata salah, tapi cara abang tu macam...
Macam apa
Abang memang sengaja nak buat Ika rasa bersalah dengan abang
Kenapa Ika kata macam tu
Abang tahu apa sebabnya. Tak perlu Ika cakap. Di hujung talian Idlan tak membalas.
Boleh abang ambil balik pemberian tu
Mana boleh. Niat abang nak derma. Puan Hasnah dah terima. Dalam perkara ni, Ika tak ada hak masuk campur.
Tapi, niat asal abang dah terpesong. Ika tahu apa tujuan sebenar abang. Sebab abang nak buat Ika terima lamaran abang, kan Ika buat telahan. Dia yakin telahannya tak pernah silap.
Ya... abang mengaku itu tujuan utama. Tapi, itu dulu. Sekarang bila Puan Hasnah dah terima, keadaannya dah jadi lain. Itu pemberian ikhlas dari abang. Bukan untuk Ika seorang, tapi untuk semua pelajar Puan Hasnah.
Ika terdiam dengan penjelasan Idlan. Tak ada alasan lagi untuk dia marah atau rasa bersalah. Kalau benar Idlan ikhlas menderma, dia mampu tarik nafas lega.