CARTA HATI - 28
SYAKILA hanya mampu merenung skrin televisyen yang terpasang. Terimbas kembali wajah Zairis di skrin tersebut. Sampaikan Zainura yang baru

duduk di situ pun, dia tak perasan.

Syak panggil Zainura. Dahinya sedikit berkerut melihat kawannya itu. Dari tadi, hanya diam saja. Langsung tidak bersuara.

Syak! panggil Zainura lagi. Kali ini, dikuatkan sedikit nada suaranya.

Ketika itu, barulah Syakila tersedar daripada lamunan.

Hah, asal soal Syakila.

Aku tengok kau asyik renung skrin tu aje. Kau ni kenapa Ada masalah ke

Tak ada apa-apalah. Aku okey aje.

Betul ke ni Sejak kau balik dari percutian, perangai kau peliklah

Pelik apa pula Mungkin sebab aku baru balik kan. So, aku penatlah Sengaja Syakila mencipta alasan itu.

Ya ke Eh, kau nak tahu tak Zairis dah balik dari overseas. Aku dengar-dengar ramai orang tunggu ketibaan dia dekat KLIA tadi. Aku baru ingat nak pergi,

tapi memandangkan kau balik hari ni tak jadilah

Oh

Pasal gosip Zairis tu kan, aku ada dengar-dengar juga yang dia tak salah. Tu semua salah faham aje.

Entahlah, Nura. Kau jangan ceritalah pasal lelaki tu dekat aku. Aku bukannya kenal dia sangat pun

Kau biar betul Aku ada baca satu artikel, macam nampak nama kau ada kat artikel tu. Tapi tak pastilah betul ke tak, ujar Zainura. Cuba mengingati kembali artikel-artikel lepas yang dibacanya.

Syakila tersentak mendengarnya. Takkan Zainura sudah tahu hubungannya dengan Zairis Perlu ke dia menyesal kerana membuat statement panas pada wartawan tadi

Mengarutlah. Takkanlah nama aku kut. Kau salah tengok tu

Hmm mungkin.

Syakila menghela nafas lega. Nasib baik tak terkantoi

SELEPAS bercuti, ini kali pertama Syakila masuk ke pejabat. Pada pagi itu, kawasan pejabat begitu riuh sekali. Ramai orang yang memandang pelik

kepadanya.

Untunglah orang tu dah bertunang. Tak cakap kat aku pun kan Baru beberapa saat Syakila duduk di tempatnya, kedengaran pula suara Alisa.

Eh, sejak bila kau bertunang ni Mariana tibatiba mendekati tempatnya. Langsung tak beri salam, terus saja menyoal.

Dah lama

Tapi aku macam tak percaya yang kau dengan Zairis tu dah bertunang. Kau biar betul

Syakila hanya mengangguk. Dia terus membuat kerja. Apabila terlalu lama bercuti, maka banyaklah kerja yang bertangguh!

Seronoklah kau, Syak. Artis terkenal tu. Dahlah aku minat Zairis. Dah lama aku tak dengar cerita pasal dia. Alahai, rindunya celah Alisa. Senyuman mula terukir di bibir. Masih tidak lupus dari ingatan wajah tampan lelaki itu. Senyumannya, sangat manis sekali!

Rindu apa pula Kau nak bagi Syak cemburu ke. Depan dia, suka hati kau aje cakap rindu. Marah Syak nanti!

Aku gurau ajelah. Yalah, dekat media sosial dah kecoh pasal ni. Aku nak dengarlah dari mulut kau sendiri, betul ke kau orang dah bertunang Sampai sekarang, aku masih tak sangka dengan perkara ni

Apa yang wartawan-wartawan tulis tu, betullah. Memang aku dengan Zairis dah bertunang, balas Syakila. Sedangkan tidak pernah bertunang pun. Apa yang diberitahu, tidak benar sama sekali. Ini kalau Zainura baca artikel terbaru ni dekat media sosial, tak tahulah apa jadi.

Keluhan mula terlepas dari bibir Alisa dan Mariana.

Hmm melepaslah kita orang nak tackle Zairis!

Mereka berdua berlalu dari tempatnya bersama perasaan kecewa.