Mana tak geram, dah tiga hari dia jadi perhatian seisi pejabat gara-gara mulut cabul yang buat cerita. Adakah dia dikatakan tak reti jaga laki. Dia bukan tak nak jaga laki, tapi laki dia yang tak nak dia jaga. Masih salah dia ke
Ini semua Ryan punya pasal! Tak pasal-pasal dia kena hadap muka simpati orang lain. Kalau yang simpati, dia okey lagi. Tapi, yang jeling sinis tu dia rasa dia orang kut nak mati dikerjakan. Yang sinis tu mestilah mereka yang ada PHD (perasaan hasad dengki). Dulu dengki dia dapat kahwin dengan big bos, sekarang keluar cerita hubungan dia dan Ryan bermasalah, alamatnya melompatlah geng gedik yang suka dengki tu.
Sedih betul bila telinga tak henti-henti dengar tohmahan orang lain. Kadang-kadang dia rasa nak pengsan dengar mulut orang yang perli kononnya dia tak jaga lelaki. Kononnya Ryan dah bosan dengan dia sebab tu cari makan luar. Mentangmentang Ryan sekarang kerap keluar dengan perempuan bernama Nisa tu, semua anggap Ryan curang. Kalau ya pun mereka sangka Ryan curang, salahkan mamat tu la. Ni tak! Dia juga yang mereka cari untuk tuduh dia tak reti jaga laki.
Huh!
Kau okey ke Hani
Hani pusing sikit mukanya. Mendadak mukanya menjadi lemau. Ni lagi satu! Si Shafiza dan Liana ni, tak habis-habis nak suruh dia sabar. Tak habis-habis suruh dia Google cara nak pikat suami kembali. Gila! Dia tak tahu macam mana rupanya kalau nak pikat si Ryan tu. Lagipun, lelaki macam Ryan akan terpikat ke
Aku okey. malas jawapan yang terkeluar.
Betul ke Aku tengok kau macam tak okey je. Suami kau buat hal lagi ke soal Liana di sisi Shafiza.
Ryan.. Ryan.. Ryan! Memanglah dia sayangkan lelaki tu, tapi dengar nama lelaki tu buat dia rasa nak pergi telan bara api. Tiga hari lepas, masa dia cuba nak conteng kereta mamat tu dan si gedik Nisa tu muncul. Boleh Ryan tinggalkan dia. Yang tak boleh lupa, siap bagi duit untuk cuci kereta. Memang panas gila. Rasanya penghawa dingin pun tak dapat sejukkan dia masa tu. Lelaki yang dia cintai malah berstatus suami, berjalan dengan perempuan lain. Rasa nak menangis sambil menonggeng je!
Aku okey...
Liana dan Syafiza berpandangan sesama sendiri. Patutkah mereka percaya dengan minah yang tengah tayang muka frust dua puluh empat jam ni
Tapi, kan... aku ada sesuatu nak tanya kau orang. Hani tegakkan badan.
Apa balas kedua-dua sahabatnya hampir serentak.
Apa pandangan kau orang kalau aku... aku minta cerai
Apa!!! terjerit kedua-dua perempuan itu.
Diamlah! marah Hani dengan jari telunjuk di bibir. Terkejut benar dua orang minah ni. Soalan dia teruk sangat ke
Liana dan Syafiza pantas menutup mulut. Cerita panas ni! Kalau dapat tahu dek orang lain, alamatnya kena kecam lagi si Hani ni. Pelik kan, Ryan yang buat masalah, Hani kena kecam. Nampak tak pemikiran sesetengah manusia ni
Kau ni biar betul Kau hilang akal. Kau kahwin tak sampai setengah tahun pun lagi. bisik Syafiza perlahan. Khuatir jika ada yang mencuri dengar.
Entah la. Aku pun tak tahu sama ada aku ni betul ke tak
Macam tu pula Liana garu kepala dan Syafiza menilik muka tak ketahuan milik Hani.
Aku rasa kan, kau ni tension sangat ni. Tak kan semudah tu kau nak lari dari big bos yang kacak dan kaya tu. Rugi wei! Liana menyiku perlahan bahu Hani.
Aku sokong! Syafiza memberi sokongan padu.
Rugi Kau tak ingat ke apa kau kata dulu Masa aku belum kahwin dengan big bos Kau cakap setakat big bos berTopeng Raksasa tu, tak rugi pun kalau tak dibuat laki. ejek Hani.
Liana terdiam. Gulp! Hani masih ingat.
Dulu lain sekarang lain. Sekarang kau dah berkahwin dengan dia sebab tak berfikir panjang, jadi baik kau fikir panjang-panjang sebelum minta permintaan gila tu. Kau nak ke jadi janda awal wei
Tercebik Hani dibuatnya. Cis! Selamba mangkuk je dia kata aku kahwin dengan Ryan tak fikir penjang. Hello, aku kena ugut la! Kalau aku fikir panjang masa tu, memang merempat la keluarga aku. Kau orang gelarkan dia Topeng Raksasa, jadi dia ugut aku macam dia tu raksasa.
Mana aku mahu lari lagi
Siapa nak jadi janda Monyet pun tak nak. balas Hani ringkas.
S y a f i z a y a n g m e n d e n g a r s u d a h menggelengkan kepala. Monyet pula keluar dari mulut minah ni. Ni mesti kepala tu kusut sampai mulut pot pet apa pun tak sedar.
Aku rasa kau ni dah masuk zon kritikal. Sebelum kau tayang muka meroyan, aku rasa baik kau pergi jalan-jalan. Tenangkan fikiran tu. Tak ada la nak merepek. nasihat Syafiza tulus.
Sayang betul dia dekat kawan dia seorang tu. Kalau Hani kena kata, kadang-kadang dia yang membangkang.
Aku nak jalan dekat mana Aku jalan kiri, orang bisik-bisik. Aku jalan kanan, orang senyum sinis. Aku jalan terus, ada pula yang bagi nasihat bermacam-macam. Aku patah balik ke belakang, jumpa pula pekerja yang gila MLM. Asyik nak suruh aku beli ubat yang entah apa-apa untuk ikat suami. Tak sanggup aku! Baik aku terperuk je dekat sini. adu Hani. Sejujurnya memang itu la dia rasa sekarang.
Macam-macam la alasan kau. Kau duduk terperuk dekat sini, aku yang tension tengok kau. Dah la, aku balik meja dulu. Ada apa-apa hal, kau panggil je aku. Syafiza mula menghayunkan langkahnya ke arah mejanya manakala Liana yang melihat mengikuti jejak kawannya.
Tenang sikit dunia bila dua minah tu menjauh. Hani kembali panggung wajahnya di depan skrin komputer. Wajah Ryan terlintas tiba-tiba hingga dia terdiri dengan pantas.
Aku-tak-boleh-terus-macam-ni! satu persatu hatinya menyebut.
Betul kata Syafiza. Dia perlukan terapi dan satu-satunya terapi yang dia mampu buat sekarang adalah berjalan. Berjalan selama beberapa minit dapat merehatkan otak malah dapat membakar kalori di dalam badan.
Dengan muka penuh bersahaja, dia menonong jalan tanpa menghiraukan sesiapa pun. Biar dia ukur syarikat ni dengan kaki dia. Suka hati dia je nak berkeliaran. Tapi, kisah apa Dia kan masih isteri bos
ANI Abdullah...
HHani berhenti melangkah. Siapa pula
yang sebut nama penuh dia Lantas dia berpaling.
Safuan
Safuan tersengih-sengih bila gadis berbaju jubah unggu itu menyebut namanya. Perlahanlahan langkahnya diatur ke arah Hani.
Kau buat apa dekat sini
Main bola.
Hani tarik muka. Dah mula dah loyar buruk mamat ni.
Ye ke Mana tiang gol Mana pengadil Mana lagi sebelas pemain ejek Hani turut berloyar buruk.
Semua tak ada. Dah balik rumah. Tidur.
Hani ketawa. Safuan dari dulu sampai sekarang memang tak berubah.
Sudah la kau. Cakap la betul-betul, kau datang sini buat apa Enam bulan kut kau hilang, tiba-tiba muncul.
Hani memandang raut wajah Safuan. Semakin kacak, semakin mengancam.
Bukan aku hilang, tapi ada orang tu lari dari kita. Jadi sebelum dia lari lagi jauh, baik aku minta tukar ke cawangan lain. perli Safuan sambil melirik ke arah Hani.
Terdiam perempuan itu seketika. Dia dah mula dah!
Kau tanya aku buat apa dekat sini. Of course la sebab nak jumpa kau. Rindu... tambah Safuan kemudian.
Kali ni Hani hanya telan air liur. Sudah! Jangan cakap lelaki ni masih taruh hati dekat dia lagi sudah. Bukannya dia tak nak dekat Safuan tu, tapi hati dia ni rumit sangat. Susah sangat nak melekat dekat mamat tu walaupun berjuta kali lelaki tu mengejar. Nak kata Safuan tak kacak, tak juga. Kalau tak kacak, tak kan ramai staff perempuan jeles dengan dia bila tahu Safuan ada hati pada dia.
Masalah hati ni memang rumit! Safuan yang kejar dulu, dia tak nak. Ryan yang sangat menyakitkan hati tu juga dia nak. Dia sendiri tak faham perasaannya. Banyak benda berselirat!
Cakap macam tu je, diam. Cuba kau balas, kau pun rindu aku baru la terbalas rasa rindu aku ni tau. usik Safuan.
Melihat Hani tetap diam, dia ketawa kecil. Hani...Hani... Masih tak berubah. Cakap soal hati je, mula la diam. Mula la nak lari. Sebab tu la dia sukakan Hani walaupun beberapa staf lain mencuba nasib. Hani juga dia nak. Tapi, nak buat macam mana, tak ada jodoh. Terpaksa la dia mengalah.
Kau ni tak baik tahu diam macam tu. Sakit tuh di sini. Safuan pegang dadanya dengan gerak yang sangat gedik.
Naik mual Hani tengok. Hesy! Ni yang tak suka. Menyesal jumpa mamat ni.
Safuan!
Ye la... Aku gurau je la. Tu semua cerita lama la. Tapi, kalau ya pun tak suka aku, tak payah nak tunjuk muka macam nak lari tu. Kau ingat aku gila ke nak simpan hati dekat isteri big bos Dapat tahu, mahu dia upah orang belasah aku. giat Safuan dengan muka tak rela.
Baru la Hani boleh lepas nafas panjang. Ingatkan Safuan nak kejar dia lagi. Sumpah! Dia tak suka orang kejar dia macam tu. Gerun!
Poyo la kau ni. Ala... Tak adanya dia nak belasah kau la. balas Hani. Wajah Ryan menjelma di ruang mata. Kalau Safuan nak mengorat dia pun, ingat Ryan tu kisah Entah-entah dia sendiri sokong Safuan mengorat aku. Bukan boleh percaya mamat tu. Otak terkehel!
Ye ke Kalau macam tu peluang aku nak mengorat kau terbuka balik tak Safuan angkat keningnya dengan muka nakal. Terbias wajah bergurau di wajahnya hingga Hani ketawa kecil.
Safuan memang kacak. Dia tak nafikan tu.
Tapi, kacak-kacak dia, kacak lagi laki aku.
Dah tertutup! satu suara bergema tiba-tiba.
Hani dan Safuan sempat berpandangan seketika sebelum memandang empunya suara yang tiba-tiba menyampuk. Hampir terbutang biji mata mereka melihat lelaki yang berkemeja fit itu sedang merenung garang ke arah mereka.
Er... bos... Safuan tergagap. Tadi mengayat bini bos sangat, sekarang, ambil kau!
Bos Ryan menyoal jelik sambil mendekati Hani dan Safuan.
Sejujurnya, hati dia tengah panas sekarang. Panas melihat isteri sendiri sedang bergelak ketawa dengan lelaki lain. Dah tu, lelaki tu boleh tahan dari sudut fizikal. Buatnya Hani jatuh hati, macam mana dia pun belum luahkan cintanya pada Hani. Tak boleh dibiarkan!
Safuan mengangguk dengan air liur terasa basi tiba-tiba. Boleh tahan sendat juga muka laki Hani ni. Terlupa pula dia, Hani dah jadi isteri Topeng Raksasa tu. Patutnya dia berhati-hati kalau nak bergurau pun.
Saya pekerja tuan dekat cawangan di Ipoh. Ipoh Ryan mengangguk kecil.
Datang sini buat apa tambah Ryan kemudian.
Hani pandang Safuan dengan lirikan nakal. Tiba-tiba lelaki tu jadi kaku. Takut dengan si Topeng Raksasa la tu. Tadi kau cakap, datang sini sebab rindu aku. Amacam Berani ke kau ulang depan suami aku Hampir saja Hani ketawa dengan suara nakalnya.
Saya ada hal nak jumpa kawan. Settle something. jujur jawapan Safuan.
Ryan macam biasa, tayang muka beriak tenang, namun sendatnya wajib ada. Tanpa kata, dia menghampiri Hani. Melihat Safuan sekilas sebelum bahu Hani dirangkulnya dan ditarik rapat ke bahunya. Terdorong tubuh kecil itu ke arahnya.
Kalau macam tu, why not yo go first Saya perlukan my wife sekarang. Awak tak kisah, kan setiap patah perkataan yang muncul, tajamnya seperti pedang baru diasah.
Tak.. tak... er... Saya pergi dulu.
Safuan menggeleng pantas sebelum mula mengorak langkah. Sempat dia mengerling Hani yang nampak tak selesa dirangkul suami sendiri. Kepala ditundukkan tanda meminta diri dari Hani. Penuh rasa janggal, Hani mengangguk. Mahu tak janggal, tangan kekar Ryan ni buat nafasnya sesak! Melihat Hani dan Safuan yang sedang bertatapan dengan bahasa isyarat, laju bahu Hani ditarik. Dipalingkan daripada melihat lelaki berjaket denim itu.
Cemburu!
Lepaslah! tangan Ryan direntap.
Terdorong Ryan dek sentapan yang tak dirancang itu. Sikit saja kakinya nak terpelecok. Hesy!
Awak nak apa Tuan Ryan Pegang-pegang orang, ingat bahu saya ni awak yang bayar zakat ke dengan jelingan tajam, Hani tepuk bahunya. Kononnya tak rela disentuh. Saja nak sakitkan hati Ryan.
Melampau! rengus Ryan, tapi lebih pada diri sendiri.
Melampau Hani kerutkan dahi. Lelaki tu kata dia ke Mana melampaunya
Apa maksud awak de...
Ikut aku! belum sempat Hani bertanya, Ryan menyampuk. Tak sampai sesaat, tangan kecil itu disambar dan diheret mengikut langkahnya.
Kau dah melampau sebab buat aku
CEMBURU! jerit hati Ryan sepuas-puasnya.