Walid tu nak ke mana sebenarnya Berahsia sangat. Nak ke Langkawi ke soal Puan Hanim memandang Hakimi yang sedang menutup pintu.
Tak tahulah, Kimi. Walid tak cakap apa-apa ke dengan Umi Hakimi pula menyoal. Memang dia tidak tahu ke mana tujuan Encik Razali.
Tak... Meleret jawapan Puan Hanim lalu duduk kembali di meja makan. Nak beritahu apa kalau suaminya langsung tidak bercakap sejak bangun tidur pagi tadi. Dia pun malas nak memujuk Encik Razali.
Biarlah. Nanti eloklah lelaki itu, desisnya sendiri.
Hakimi senyum.
Umi gaduh dengan Walid ke
Dia mengagak dan sudah lali kalau itu berlaku. Tambahan pula dengan sikap Uminya yang selalu membuat orang sekeliling pening kepala. Mungkin sebab itulah Walidnya mendapat sakit jantung.
Puan Hanim tidak membalas. Tak kuasa dia bercerita tentang perkara semalam. Namun rasa bimbang masih bermukim di hatinya. Encik Razali seperti sudah bertemu dengan adiknya Marini, tetapi tak mungkin. Kata-kata Encik Razali semalam tidak menggambarkan apa-apa tentang Marini. Hanya sekadar soalan dan telahan sahaja.
Takkan Walid tak cakap dengan menantu kesayangan dia, perli Puan Hanim.
Hakimi ketawa.
Dah menantu kesayangan Walid pun tak tahu, balas Hakimi dengan tawa kecil.
Dia meneguk kopi yang sudah sejuk. Rasa kenyang selepas mengisi perut dengan mi goreng pedas masakan Arissa. Dia tidak pasti pukul berapa isterinya itu bangun dan memasak sarapan dan makan tengah hari untuk Uminya. Mak Cik Ruhaya menghubunginya lewat malam tadi beritahu yang dia tidak dapat datang.
Puan Hanim menjeling bengang. Terasa katakatanya dijadikan bahan ejekan Hakimi.
Wife Kimi ni betul-betul tak ada Mak bapak ke Dia masih tidak puas hati dengan kisah yang pernah didengari beberapa ketika dulu.
Ya Umi. Dia tak ada Ayah dan ibu. Memang anak yatim! tekan Hakimi. Dia memandang Uminya. Soalan wanita itu buat dia sendiri tidak senang.
Macam mana dia hidup kalau macam tu soal Puan Hanim lalu menyudu mi goreng yang dimasak oleh Arissa.
Terangkat kening Hakimi mendengar soalan Puan Hanim, Apa maksud Umi
Yalah, tak ada Mak Ayah. Hidup serba serbi kekurangan, keluh Puan Hanim. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana gadis itu hidup sebelum ini. Entah mengapa dia merasa curiga dengan Arissa.
Tak baik Ibu cakap macam tu. Kita ada Allah, Insya-Allah, Allah akan menjaga kita selagi kita bergantung dengannya, tekan Hakimi. Setiap bicara Puan Hanim membuat hatinya sentiasa berdebardebar dan kadang kala serba salah.
Amboi... sejak kahwin dengan perempuan tu, anak Umi dah jadi ustaz pula. Sekali lagi dia menyindir Hakimi.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Patutlah Arissa takut dengan Uminya. Alahai, kasihan dengan isterinya. Walaupun Puan Hanim sentiasa melempar kata-kata berbisa terhadap Arissa, gadis itu sentiasa mengingatkannya agar menghormati wanita itu. Kerana wanita itu adalah ibunya.
Dari Arissa saya banyak belajar bagaimana nak jadi orang yang baik, sabar dan bersyukur, Umi. Hakimi bangun.
Lebih baik dia beredar ke pejabat daripada duduk di situ dan berperang dengan Uminya. Silap-silap boleh bergaduh besar dia dengan Puan Hanim nanti.
Ooo... selama ni Umi ajar benda tak baiklah pada Kimi dan Alongnya tingkah Puan Hanim marah dengan jawapan Hakimi.
Hakimi menoleh dan menghampiri Puan Hanim yang juga sudah berdiri memandangnya. Tangan dihulurkan untuk menyalami Uminya. Tidak perlulah dia melayan kata-kata Uminya. Lebih baik dia ke pejabat.
Kaget Puan Hanim dengan reaksi tanpa suara Hakimi.
Kimi pergi dulu. Hakimi segera melangkah meninggalkan wanita itu menuju ke pintu dan seketika pintu ditutup.
Puan Hanim berdengus kasar. Dia kembali duduk di meja makan. Namun selera yang tadi melonjok terus mati dengan kalimah yang diucapkan oleh Hakimi.
Dia memandang sekeliling. Nampaknya tinggal dia sendirian. Mak Cik Ruhaya, tidak dapat datang memandangkan anak perempuannya yang baru melahirkan anak masih tidak mampu untuk menjaga anak yang baru lahir sendirian.
Saya dah masak untuk makan tengah hari. Nanti Umi panaskan ye Saya masak kari ikan tenggiri.
Teringat pesanan Arissa sebelum keluar dari rumah bersama suaminya dan Badrul tadi. Puan Hanim bangun dan melangkah ke dapur. Kelihatan periuk bertutup renggang tudungnya. Segera dia mengangkat penutup periuk itu.
Sedapnya bau kari ni. Macam arwah Mak pula yang masak, pujinya sendiri.
Diakui yang dia memang tidak berapa pandai memasak walaupun arwah emaknya seorang yang suka memasak. Cakaplah apa yang dia nak makan. Wanita itu bersedia untuk memasakkan untuknya. Bakat memasak itu diturunkan kepada Marini, adiknya. Sikap Marini tidak ubah seperti sikap arwah emaknya. Cakap nak makan apa, berlari ke dapur Marini masakkan untuknya. Tiba-tiba dia merasa rindu dengan kenangan itu.
Mana kau sekarang Rini keluhnya sendiri.
MEREKA kini sudah memasuki kawasan Kota Kuala Muda. Destinasi inilah yang disebut oleh Encik Razali. Tetapi dia tidak pasti di mana dan itulah pertama kali Arissa ke situ. Suasana kiri dan kanan dipenuhi dengan sawah padi yang menghijau. Cantik, amat cantik sekali. Tenang dan damai di matanya.
Seronok dapat duduk tepi sawah. Perlahan kata Arissa sebagai untuk dirinya sendiri.
Encik Razali yang mendengar tersenyum sendiri. Lama dia tidak ke sini. Kali terakhir dia ke sini ketika emak mentuanya meninggal dunia lebih dua puluh tahun yang lalu. Iyulah kali terakhir dia ke daerah ini.
Bad, bawa perlahan sikit! Arissa mencuit bahu Badrul yang sedang memandu.
Dia mahu menikmati pemandangan indah sawah padi di kiri kanan jalan. Ini bukan kali pertama dia melihat pemandangan seperti ini. Suatu masa dahulu rumah anak yatim yang didudukinya terletak berhampiran dengan sawah padi. Dia tidak pernah bosan dengan pemandangan seperti ini. Pemandangan sebeginilah yang dapat menyejukkan hatinya yang sentiasa sepi.
Bawa laju, cepat sikit sampai! tingkah Badrul bengang.
Encik Razali ketawa.
Perlahan pandu tu sikit Bad, tegur Encik Razali lembut sambil menepuk bahu Badrul.
Badrul akur tanpa membalas.
Kita nak ke mana sebenarnya ni Walid Arissa menyoal Encik Razali yang duduk di sebelah Badrul.
Balik kampung. Encik Razali menoleh memandang Arissa yang duduk di belakang Badrul.
Kampung berkerut dahinya. Kampung siapa
Umi. Kembali Encik Razali memandang ke hadapan. Tidak banyak yang berubah. Hanya jalannya sudah berturap baru. Baru tak baru pun kelihatan sudah bertahun-tahun.
Kenapa Walid tak ajak Umi sekali Arissa masih memandang lelaki itu.
Banyak cerita Arissa. Baik tak payah ajak! keluh Encik Razali.
Arissa senyap. Matanya terus ralit menikmati pemandangan indah kiri dan kanan. Ya Allah, bestnya kalau ada kampung di sini, getusnya sendiri.
Kimi tak cerita tentang kampung dia
Berkerut dahi Arissa memandang lelaki itu yang memandangnya.
Kalau Bos saya tak cerita dengan saya... memang dia tak berceritalah dengan Cik Puan belakang saya ni Walid, sampuk Badrul.
Encik Razali ketawa kuat.
Korang bertiga ni macam adik beradik. Asyik bergaduh je, ya. Suka dia melihat gelagat anak, menantu dan pemandu Hakimi. Melihat telatah mereka membuat dia terhibur.
Rakan sebaya Walid. Badrul sengih memandang sekilas lelaki itu.
Memang dari mula dia bekerja dahulu lelaki itu menyuruhnya memanggil Walid dan melekat sehingga sekarang kecuali gelaran untuk Puan Hanim dikekalkan Puan. Perempuan tu memang garang semacam. Takut dia hendak memanggil Umi.
Encik Razali ketawa lagi sambil menggelenggelengkan kepalanya.
Sempat ke lepas ni kita pergi ke Langkawi Badrul Kita ambik feri kat Kuala Kedah je soal Encik Razali memandang pemandu Hakimi.
Saya tak pasti Walid. Kalau kita terus ke Kuala Kedah tadi mungkin sempat kut. Sebab feri terakhir dari Langkawi ke Kuala Kedah pukul 7.00 malam jelas Badrul memandang lelaki itu sejenak. Dia bimbang masa perjalanan ke Kuala Kedah kelak lebih panjang daripada berada di Langkawi nanti.
Encik Razali senyap sambil menganggukanggukkan kepalanya.
Tak payahlah Walid... nanti penat. Arissa mengingatkan yang lelaki itu masih tidak boleh membuat perjalanan jauh dan perlu berehat.
Yalah kalau macam tu. Nanti-nantilah kita pergi, ya, kata Encik Razali senyum.
Nanti pergi sekali dengan Hakimilah Walid. Dato Ilyas nak datang minggu depan kan Arissa memandang lelaki itu.
Aah... lupa pula Walid pasal tu. Nanti Arissa tolong booked kan hotel untuk kami, ya, pesannya.
Terkelip-kelip mata Arissa tidak pasti hendak menjawab yang bagaimana dengan arahan lelaki itu, seolah-olah dia masih bekerja dengan lelaki itu.
Err... ya. Walid nak dekat Pantai Cenang tempat biasa tu ke
Mestilah! Untuk kesekian kali lelaki itu ketawa.
Walid tak boleh kuat-kuat macam dulu tau! Tak boleh main jet ski lagi.
Ingat lagi Arissa ya!
Arissa senyum. Masakan dia lupa kisah beberapa tahun yang lalu. Dia terpaksa mengekori Encik Razali yang begitu ligat menunggang jetski memandangkan kakitangan lain tidak berani kerana tidak pandai berenang. Ketika itu Hakimi tidak ikut serta.
Itu masa muda-muda... sekarang dah tak larat nak buat benda-benda tu lagi. Tersenyum dia mengenangkan zaman mudanya yang agak ligat ke sana sini dan menjalankan aktiviti lasak.
Kita dah sampai ke belum ni Walid. Kat mana tempatnya Rasanya macam dah nak sampai ke hujung jalan je ni. Badrul memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tepi jalan.
Alah... dah terlepas. Pusing balik, suruh Encik Razali. Ralit bersembang sampai rumah arwah mentuanya pun terlepas.
Badrul akur dengan arahan Encik Razali. Segera dia membuat U-Turn sebaik sebuah kereta melewati mereka sebentar tadi. Mujurlah jalan di situ lengang.
Berhenti kat depan tu.
Encik Razali menuding jarinya kepada beberapa batang pokok kelapa yang terdapat di tepi jalan. Dia tidak perasan ketika melaluinya tadi. Ditambah keadaan hadapan rumah arwah mentuanya sudah ditutupi dengan pokok-pokok besar yang tinggi dan bersemak samun.
Dekat pokok kelapa tu ke Walid soal Badrul ingin tahu. Dah macam hutan, hatinya berkata sendiri.
Aah... jawab Encik Razali. Dia pasti sangat di situlah rumah arwah mentuanya.
Badrul segera memberhentikan kereta betulbetul berhampiran pokok kelapa itu. Masing-masing memanjangkan leher. Kelihatan di sebalik semak samun yang tinggi berdiri sebuah rumah papan yang sudah usang. Pokok-pokok yang tumbuh melata menutupi rumah tua itu.
Encik Razali segera keluar dari Toyoto Harrier milik Hakimi. Begitu juga dengan Badrul dan Arissa.
Inilah rumah tok dan wan Kimi.
Encik Razali memandang Arissa. Tiba-tiba hatinya pilu melihat suasana rumah itu. Usang ditinggalkan begitu sahaja tanpa penghuni.
ABANG buat apa ke sana! keras suara Puan Hanim sebaik Encik Razali masuk ke dalam
bilik mereka. Hendak bertanya pada Hakimi atau Arissa terasa malu.
Tengok kampung awaklah!
Encik Razali mula membuka butang bajunya. Dia mahu mandi, bersolat, makan malam, makan ubat dan kemudian tidur. Terasa letih sangat-sangat tubuhnya. Nampak sangat dia tidak sekuat dulu-dulu lagi.
Buat apa! Ulang Puan Hanim tidak puas hati dengan jawapan Encik Razali. Tangan berada di pinggang sambil memandang suaminya yang sudah bertuala.
Laa... tak boleh nak tengok kampung isteri Kenapa Awak ingat saya cari Marini! Selar Encik Razali. Tiba-tiba hatinya hangat dengan telahannya sendiri.
Rasa mahu terkeluar biji mata Puan Hanim mendengar sindiran suaminya. Berombak dadanya menahan rasa marah dengan soalan-soalan maut dari Encik Razali. Namun dia tidak menafikan yang telahannya begitu.
Rumah tu elok lagi... tapi dah macam tinggal dalam hutan tebal. Rumah hantu kata Arissa. Encik Razali ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya mengingatkan komen menantunya.
Puan Hanim menjeling.
Kurang ajar betul menantu abang tu ya! perlinya.
Tak ada yang kurang ajarnya. Betul kata Arissa. Dah lama sangat tinggal dan tak ada orang duduk di situ. Jadi siapa yang duduk Soal Encik Razali tidak senang dengan perkataan yang dikeluarkan oleh isterinya.
Puan Hanim berdengus kasar.
Nanti nak ajak Kimi bersihkan rumah tu. Teruk sangat! Encik Razali membuat cadangannya sendiri.
Buat apa Abang dah nak duduk kat kampung pula ke Dah tak cukup rumah kita di Shah Alam, Damansara yang tak berduduk tu! Dia semakin tidak faham dengan sikap Encik Razali sejak kembali dari Doha. Langsung tidak mahu mendengar kata-katanya.
Encik Razali memandang isterinya dengan tangan
di pinggang, Itu kan rumah arwah orang tua awak. Apa salahnya pergi tengok dan bersihkan. Sesekali bolehlah kita tidur di sana. Tak rasa ke itu sebagai kenangan yang patut awak jaga! Encik Razali pula naik bengang dengan sikap isterinya.
Tak payah nak bersih-bersih. Biarkan macam tu!
Kenapa Awak takut Marini datang tuntut semua tu! balas Encik Razali.
Kenapa dengan abang ni Dari semalam asyik nama perempuan tu je yang abang sebut! lantang Puan Hanim bersuara.
Kalau saya sebut pun apa masalahnya. Dia adik ipar saya! Salah ke! Tajam pandangannya memandang isterinya.
Puan Hanim menjeling.
Cemburu
Puan Hanim senyap sambil memaling wajahnya ke tingkap yang bertutup.
Sudah-sudahlah tu. Ikutkan perangai cemburu awak ni... tak ada lelaki yang tahan, tau tak! Eee... ikut-ikutkan dulu, memang dah lama abang nak tinggalkan awak! Tapi fikirkan Hazami dan Hakimi dah besar... abang sabar je tau tak! tempik Encik Razali meluahkan apa yang terbeku di hatinya selama ini.
Terkejut Puan Hanim. Ternganga-nganga mulutnya namun tidak terkeluar apa yang hendak dikatakan.
Encik Razali melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Hangat dadanya. Tekadnya hanya satu, mahu mencari Marini, jika benar wanita itu sudah meninggal pasti wanita itu ada punya warisnya.
Namun kalaulah benar Arissa anak kepada Marini, alangkah dekatnya mereka namun terasa jauh kerana tidak mengenali antara satu sama lain.
Pantas Encik Razali menyeka air mata yang sudah menuruni pipinya.