kami Adakah Inayah sudah tahu sesuatu dari dia
Arghhh, semua persoalan ini berlegar di mindaku dalam kadar yang pantas. Sakit kepala dibuatnya.
Akak, Inayah beralih ke meja sebelah kejap. Teguran Inayah mengalihkan perhatianku.
Aku hanya mampu mengangguk lesu. Mata tidak lari dari memerhati Inayah hingga dia duduk di meja sebelah.
Assalamualaikum. Salam dari Niel kedengaran.
Aku menoleh dan dia sudah berdiri di kerusi yang Inayah duduki tadi. Nafas panjang kutarik sebelum salamnya dijawab.
Waalaikumussalam. Perlahan sahaja suaraku.
Boleh saya duduk Soalan yang rasanya baru kali pertama kudengar sejak mengenali Niel. Biasanya dia terus redah duduk sahaja. Soalannya kubalas dengan anggukkan.
Awak apa khabar
Sihat macam ni lah, jawabku acuh tak acuh. Renungan kosong aku lemparkan pada Niel.
Awak dah perlahan-lahan terima pemergian Nek Timah Cukup lembut Niel menyoal.
Aku merenungnya tidak berkelip. Sayu tiba-tiba mengetuk pintu hati.
Apa-apa pun kita kena reda. Isu ni kita dah bincangkan masa di tasik dulu, sebelum Niel menghilang 2 minggu. Memang hobi Niel hilang tibatiba ya Aku lencongkan topik perbualan. Memang aku masih bersedih atas pemergian Nek Timah, tapi kali ini aku tidak mahu kongsikan dengan Niel.
Saya minta maaf.
Cukuplah dengan semua maaf tu. Akak tak faham dengan Niel. Semuanya okey pada mulanya dan kita tak kekok macam ni pun. Tapi, makin lama Niel makin pelik. Asyik hilang, muncul, hilang, muncul. Apa motifnya Kalau nak hilang, kenapa muncul semula dan bagi harapan yang tak akan hilang Kemudian tiba-tiba hilang semula. Aku terus sembur Niel dengan semua persoalan ini. Geram makin mencengkam.
Andainya dia tahu apa perasaanku saat dia kembali menghilang 2 minggu ini. Saat aku berharap dia ada untuk mendengar luahan aku berkaitan Nek Timah. Tapi, dia buat tak tahu, dia buat aku macam orang asing. Siapa yang tidak geram jika berada di tempatku. Sedih dengan pemergian Nek Timah masih segar, ditambah pula dengan kecewa kehilangan Niel. Saya minta maaf. Niel ulang ayat yang sama.
Kalau yang Niel nak cakap hari ni hanya maaf, lebih baik akak balik. Aku laju mencapai tas tangan.
Aliya, tunggu! Niel angkat tinggi tangannya.
Aku merenungnya dengan mata yang membulat. Dari renungan matanya, aku tahu dia harapkan aku tidak pergi.
Saya sendiri pelik dengan diri saya. Saya tahu awak tertanya-tanya tentang kehilangan saya. Tapi, setiap kali saya hilang semuanya bersebab dan sebab tu berpunca dari awak. Kata-kata Niel membuatku sedikit ternganga. Tidak percaya dengan apa yang diluahnya.
Niel nak salahkan akak pula untuk sesuatu yang akak tak tahu Sengaja aku perli dengan nada suara yang dingin.
Bukan salah, tapi sebab. Dan hari ni saya rasa saya dah bersedia untuk berterus-terang dengan awak. Saya cuma nak awak dengar dan tak perlu buat keputusan apa-apa. Saya nak awak tahu aje. Supaya semua persoalan awak terjawab. Dia tarik nafas panjang dan menghelanya perlahan.
Aku menunggu dengan sabar apa yang ingin dikatakan. Jantungku mula berdegup kencang tak mampu diam.
Lepas daddy datang bengkel Abang Riz dan bawa saya balik rumah, masa tu memang saya nak sangat hubungi awak. Tapi, kata-kata daddy sedarkan saya tentang sesuatu. Niel terhenti seketika.
Aku menatap wajah Niel.
Daddy dah siasat latarbelakang perempuan tu. Dia 5 tahun lebih tua dari Niel. Apa yang Niel harapkan dari dia Niel ingat daddy akan terima perempuan tu Walau apa pun yang berlaku daddy tak mahu Niel jumpa dia lagi. Untuk kepentingan Niel dan dia. You are still young and a long journey is still waiting for you. Daddy nak Niel dapatkan segulung ijazah dulu dan buktikan pada daddy yang Niel mampu uruskan syarikat kita. Untuk tunggu Niel mampu bagi daddy semua tu, daddy yakin perempuan tu dah ada anak lima nanti. Daddy sangat kenal anak daddy. Niel masih belum mampu pikul tanggungjawab sebagai lelaki bergelar suami di usia muda. Cukup perlahan ayat daddynya itu diulang. Mahu gugur jantungku saat ayat serupa esei itu diluahkan Niel. Terasa jiwaku sedang terawang di langit.
Ya Allah, apakah maksud ini semua Hanya mataku yang bulat mampu merenung Niel. Mulutku benarbenar terkunci. Renungan mata kami memanah sesaat sebelum Niel tertunduk.
Beberapa hari selepas tu, saya terserempak dengan Nelly. Dia bagitahu saya tentang abang sepupu dia yang sukakan awak. Abang sepupu dia jauh lebih hebat dari saya dan dia yakin yang awak pasti akan jatuh cinta dengan abang sepupu dia. Saya sendiri tak tahu kenapa dia bagitahu saya semua tu. Tapi, saya yakin, awak bukan mudah cair dengan orang.
Aku tersentak lagi apabila perihal Nelly diceritakan Niel. Tak kusangka soal Fitri turut dibangkitkan ke dalam kisahku dan Niel. Semua yang diluahkan ini bagai sedang menjerut hatiku. Sungguh aku lemas dalam keliru.
Maafkan saya kerana dah jatuh hati pada awak. Pengakuan Niel terus menghentam jantungku.
Jantungku yang sudah sedia bergelora kini bagai dipalu sekuat mungkin. Sungguh aku tidak percaya dengan apa yang diluahkannya. Mataku tidak mampu berkelip. Terus memandang Niel dengan mata yang mula berkaca.
Terasa kepalaku berat tapi aku kuatkan diri. Bibir kuketap dan serentak itu permata jernih turun ke pipi. Aku biarkan sahaja. Mata masih tepat ke wajah Niel yang masih tunduk. Jika terdaya ingin sekali aku suruh dia angkat wajahnya.
Tapi, saya tak mampu tolak perasaan tu walau puas saya cuba. Daddy sedarkan saya betapa saya tak layak untuk awak. Beza usia kita dan juga saya yang masih belum mampu. Juga saya takut saya hanya bertepuk sebelah tangan.
Ingin sahaja aku jerit padanya yang dia tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi, aku tak mampu. Niel hela nafas panjang sebelum mengangkat wajah. Cepatcepat tanganku mengesat air mata, namun rasanya Niel lebih pantas melihatnya.
Saya tahu jalan yang terbaik adalah jauhkan diri dari awak. Untuk elak perasaan tu makin melarat. Hanya Allah yang tahu betapa susahnya untuk tahan diri saya dari berhubung dengan awak. Awak dah terlalu banyak tolong saya masa saya susah. Tapi, saya terpaksa buat semua tu. Pertemuan semula kita lepas terawih tu, buatkan saya tak mampu berdiam lagi. Itu sebab esoknya saya telefon awak. Sekadar untuk tanya khabar, tapi tak berani nak jelaskan apa-apa. Pertemuan kita bersambung hingga ke open house di rumah ummi hinggalah yang seterusnya. Sewaktu di tasik tu, saya dapat rasakan yang awak gembira bila saya ada. Jadi, saya buat keputusan drastik supaya tak hilang lagi untuk awak.
Dadaku makin sesak mendengar semua penjelasan Niel. Aku cuba mencari sedikit kebohongan dari sebalik wajahnya, namun gagal. Firasatku mengatakan semua itu jujur dari jantung hatinya.
Terakhir sekali waktu kita dapat tahu Nek Timah meninggal. Surat tu saya baca bila sampai rumah. Lama saya berfikir untuk cari jalan yang terbaik. Saya usaha belajar cara untuk buat solat istikharah dari Irfan yang jauh dan juga melalui buku. Alhamdulillah, petunjuk itu ada untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas memohon. Sebab tu, saya ada dekat sini untuk selesaikan semua persoalan awak. Hanya Niel yang meluahkan isi hatinya kini.
Aku pula lemah untuk suarakan perasaan sendiri.
Minda terus teringatkan surat Nek Timah. Masih belum kubaca hingga ke saat ini. Bukan tidak mahu, tapi belum bersedia. Walau aku tidak tahu apa isinya, namun bagai ada aura hebat pada surat itu.
Jauh di sudut hatiku, aku rasakan ini semua salah dan tidak kena, tapi jika diikutkan rasa hati sungguh aku bersyukur kerana akhirnya perasaanku bukan sekadar bertepuk sebelah tangan. Kami mempunyai perasaan yang sama, namun takdir dan situasi yang menghalang perasaan itu tersimpul rapi.
Satu aje yang saya minta. Percayalah setiap apa yang saya buat, kenapa saya hilang dan muncul semula semuanya kerana awak. Saya buntu tak tahu yang mana satu terbaik untuk awak sebenarnya. Hilang atau muncul Niel seakan menyoalku.
Aku pula masih diam tidak berkutik. Tangan digenggam kemas di atas riba. Kalah dengan renungan Niel, aku menoleh pada Inayah. Dia masih setia di situ. Satu senyuman nipis dihadiahkan buatku. Terasa lega melihat senyuman itu.
Kemudian pandangan dialih pada Niel semula. Dia sedang tunduk, tangan kanan mengusap belakang tangan kiri. Dalam kesempatan ini aku merenung dalam ke wajahnya. Mata bundar itu bagai sedang sarat menanggung sesuatu. Perlukah aku balas penjelasan panjang lebar Niel tadi atau diamkan sahaja. Benarbenar tak tahu hendak kata apa.
Niel. Akhirnya egoku menyurut.
Niel terus mendongak. Satu senyuman nipis dihadiahkan buatku. Terus jiwaku jadi resah.
Bagi akak masa untuk hadam semua yang Niel bagitahu ni. Terlalu aneh untuk akak.
Saya dah cakap dari awal tadi, awak tak perlu buat apa-apa keputusan. Cukup semua persoalan ni terjawab dan awak tak perlu bertanda tanya lagi. Satu senyuman nipis Niel hadiahkan lagi untukku. Namun, tidak mampu aku balas.
Ada sesuatu yang akak nak cakap juga, tapi akak belum bersedia macam Niel. Tapi, Niel janji jangan hilang lagi. Spontan aku meminta. Mulutku tidak sempat menapis apa yang hatiku mahu.
Insya-Allah. Niel mengangguk dengan mata dipejamkan.
Niel dah makan Jauh aku lencongkan topik.
Saya tak lapar.
Makanlah sikit. Tak elok biarkan perut kosong. Persis seorang kakak nasihatku.
Awak memang akan terus anggap saya macam adik aje Ada kekecewaan dalam nada suara Niel.
Tak, bukan macam tu. Laju aku menggeleng. Resah kembali menggigit jiwa.
Inayah. Akhirnya jalan lain kucari. Pandanganku teralih pada Inayah dan aku mengangguk. Inayah seakan mengerti dan terus bangun menghampiri kami.
Akak dan Niel dah habis bincang. Jom kita balik boleh Lembut sekali aku menyoal. Senyuman aku ukir buat Inayah.
Anggukan Inayah melegakanku. Sungguh aku tidak tahu sejauh mana aku mampu bertahan jika terus berada dengan Niel sekarang. Biarlah aku rawat gelora di hati ini di rumah sewa nanti. Tanpa memandang Niel, aku terus bangun.
Inayah bercakap sesuatu dengan Niel, namun aku malas hendak ambil tahu. Sedar sahaja Inayah sudah berdiri di sebelahku.
FAIL di tangan aku tenung bagai hendak tembus. Dokumen di dalamnya langsung belum kubaca. Fikiranku jauh menerawang pada peristiwa kelmarin. Pertemuanku dan Niel terus tergantung. Masing-masing senyap dan aku tidak tahu siapa yang akan beralah kali ini.
Sha! Jeritan kecil Munirah membuatkan fail di tanganku tercampak dari tangan.
Ya Allah. Terkejut aku Mun. Aku menggeleng sambil tunduk mengutip fail di lantai.
Aku panggil dua kali perlahan kau tak dengar, so aku jeritlah. Sorry. Munirah tersengih lebar sambil berjalan menghampiriku.
Dari kau sibuk tenung fail tu, tapi tak semak, lebih baik kita balik. Dah pukul 5.30 ni. Cepat kemas barang. Munirah pantas menyusun fail yang berselerak di atas mejaku dan menutup komputer ribaku.
Aku memandang keluar melalui cermin partition dan kelihatan ofis hampir kosong. Siap mengemas barangku, kami berjalan beriringan keluar dari ofis.
Kau okey tak ni Macam ada benda tak kena aje. Munirah laju menyoal ketika kami menunggu pintu lif terbuka.
Aku okey ajelah. Tak akanlah aku nak senyum 24 jam tengok fail. Sengaja aku buat-buat ketawa. Mintaminta alasanku diterima.
Tak payah nak ketawa sangatlah. Kalau kau ada masalah cerita aje dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong. Munirah merenungku dalam.
Seriously, Im okay. Jangan risau. Hujung minggu ni jadi kau balik kampung untuk hantar barang-barang hantaran Aku cuba alih topik perbualan.
Insya-Allah jadi. Mukhriz pun ikut. Cuti hari Jumaat kau, bos dah luluskan belum Dah janji kan nak pergi awal rumah aku. Munirah menyoal serentak kami masuk ke dalam lif. Lega aku kerana berjaya mengalihkan tumpuan Munirah pada perkara lain.
Aku tak sempat check lagi dah lulus ke belum.
Insya-Allah lepas aje. Lagipun bukannya aku apply lambat. Lagi dua minggu tu, jawabku sambil tangan menekan butang lif.
Kad kahwin yang aku kirim dah bagi pada housemate kau Oh, dan Fitri juga Soalan Munirah automatik membuatkan degupan jantungku berlari pantas.
Memang benar minggu lepas Munirah ada berikan 3 keping kad kahwin. Satu untuk mama dan abah sebagai syarat walau tahu mama dan abah tidak dapat datang, satu untuk teman-teman serumahku dan satu untuk Niel. Pastinya kad untuk Niel sukar untuk sampai padanya. Walau kami sudah bertemu kelmarin, tapi itu pertemuan yang tak dijangka. Ada rasa bersalah juga kerana tidak mampu sampaikan jemputan Munirah.
Dah. Pendek jawapanku dan ting lif berbunyi. Terus kakiku laju melangkah keluar. Kemudian topik perbualan lain pula yang diutarakan Munirah.
DERINGAN Galaxy A membantutkan niatku untuk menghirup coklat panas. Muk di tangan aku letakkan ke atas meja kopi dan Galaxy A aku capai. Satu perasaan aneh terus menjalar saat nama pemanggil kulihat.
Inayah! Bukan aku tidak suka dia menelefon. Malah sebelum ini setiap kali ada panggilan darinya pasti aku akan tersenyum lebar. Namun, tidak untuk kali ini kerana firasatku kuat mengatakan pasti ia berkaitan Niel.
Sha, kenapa tak angkat call tu Kak Zila yang baru muncul dari dapur terus menyoal. Punggungnya dilabuhkan di sebelahku. Sempat Kak Zila panjangkan lehernya untuk melihat skrin Galaxy A yang kembali malap.
Sha minum dekat atas aje. Sorry tak dapat teman akak tengok drama. Aku terus mencapai muk berisi coklat panas.
Tak apalah, sayang. Kejap lagi Miza turunlah tu nak tengok drama. Dah pergi jawab telefon tu dulu. Kak Zila tersenyum nipis.
Sampai sahaja ke bilik, aku terus menelefon Inayah.
Assalamualaikum akak. Tengah buat apa Terus suara Inayah kedengaran.
Waalaikumussalam. Tak buat apa pun. Inayah balasku dengan lembut diiringi senyuman.
Baru naik dari dapur. Teringatkan akak, itu yang telefon ni. Nak jumpa akak pula susah sebab weekdays macam ni kita sibuk dengan kerja. Ada tawa kecil yang sopan di hujung talian.
Insya-Allah nanti ada masa kita keluar hujung minggu nak Ajak ummi sekali. Awal bulan depan rasanya okey. Aku terus mencadangkan. Bulan ini rasanya aktivitiku hampir penuh. Minggu ini cadangnya aku ingin keluar dengan teman-teman serumahku dan minggu depan pula sibuk untuk persiapan majlis kahwin Munirah.
Sebenarnya Inayah telefon ni sebab nak jadi kaunter aduan akak. Inayah tahu akak pendam semua ni seorang diri. Akak tak cerita pada siapa-siapa, kan Walaupun kita baru kenal beberapa bulan, tapi Inayah dapat rasakan akak seorang yang suka menyimpan rasa. Tak suka ceritakan masalah pada orang lain. Inayah harap sangat dapat jadi orang yang mampu tanggung masalah akak. Andai Inayah tak telefon akak, mungkin sampai bila-bila akak akan terus simpan seorang diri. Penjelasan Inayah membuatku terkaku. Mengapa Inayah begitu memahami Aku terdiam beberapa saat. Cuba menyusun ayat yang sesuai. Kerusi meja solek kutarik. Nafas panjang kutarik dan kuhela.
Inayah, sungguh akak tak tahu macam mana nak cerita sebab bagi akak semua ni terlalu rumit. Tak ada siapa yang mampu faham. Mungkin Inayah mampu, tapi tidak bagi orang lain. Sejak awal pertemuan akak dengan Niel semuanya pelik. Hinggalah ke sekarang, semuanya pelik tak masuk dek akal. Perasaan ni pun pelik. Akak tak pernah rasa semua ni sebelum ni, jadi akak buntu, luahku sejujur mungkin.
Inayah faham dan kerana itulah Inayah nak akak kongsikan apa yang akak rasa. Sekarang akak dah tahu yang akak bukan bertepuk sebelah tangan. Fitri pun sukakan akak. Dia juga macam akak, takut untuk berterus-terang sebab perbezaan akak dan dia. Tapi, akhirnya dia mampu luahkan. Inayah tahu Fitri tak akan pernah paksa akak. Dia akan biarkan takdir tentukan segalanya. Tapi, macam mana pula dengan akak Akak mampu tanggung semua ni sampai bilabila Akak yakin akak tak akan menyesal andainya Fitri tak tahu perasaan akak pada dia sampai bila-bila Inayah terus bersuara.
Aku membiarkan Inayah meluahkan fikirannya.
Menyatakan perasaan akak pada Fitri bukan bererti akak dan dia perlu menjalin cinta, menjadi pasangan kekasih. Tapi, cukup sekadar dia tahu perasaan akak. Jodoh semuanya ketentuan Allah. Andai sudah tertulis jodoh, Insya-Allah tak ke mana. Tapi, andainya jodoh bukan milik akak dan Fitri, Inayah yakin kamu berdua akan reda. Apa yang penting perasaan itu tak disembunyikan dan terus memakan hati.
Oh, sungguh aku terkesima dengan kata-kata Inayah. Walaupun panjang lebar, namun setiap patah katanya mampu menghentam jantung hatiku. Bukan secara kasar, tetapi cukup lembut. Aku terdiam lama sebelum membalas.
Terima kasih Inayah. Akak memang tak pandai nak buat keputusan untuk hal macam ni. Mungkin Inayah dah mampu buka sedikit jalan penyelesaian untuk akak. Ada rasa syukur menjalar ke hatiku.
Hanya akak yang mampu buka jalan tu. Lagi satu akak, Inayah nak mengaku dengan akak. Sebenarnya piknik di tasik tu Inayah sengaja rancang untuk temukan akak dengan Fitri. Untuk bagi ruang akak dan dia berbicara. Nada suara Inayah sedikit kesal. Mungkin bimbang dengan reaksiku.
Sungguh Spontan aku tertawa kecil. Tidak percaya Inayah yang buat rancangan itu.
Inayah minta maaf. Semakin perlahan suara Inayah.
Tak, Inayah tak salah pun. Kerana pertemuan itulah akak dan Niel kembali okey. Hinggalah kami dapat tahu Nek Timah meninggal. Lepas tu Niel hilang lagi. Aku jujur lagi.
Fitri dah ceritakan tentang Nek Timah dan Inayah sendiri dah baca surat Nek Timah untuk dia. Tak sangka arwah cukup faham kamu berdua. Luahan Inayah mengundang kerutan dahiku.
Sebenarnya, surat Nek Timah hingga ke hari ni akak belum baca. Entahlah, akak pun tak tahu kenapa.
Bila tiba masanya akak akan baca juga. Okeylah akak. Inayah tak mahu curi masa akak lebih lama. Andai ada apa-apa yang akak perlukan, tolong bagitahu Inayah. Boleh, kan pinta Inayah dengan suara yang penuh mengharap.
Insya-Allah. Terima kasih banyak-banyak Inayah. Akak tak tahu nak buat apa kalau Inayah tak ada. Jujur aku meluahkan.
Mohonlah petunjuk dari Allah akak. Dia Maha
Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Walau pendek nasihat Inayah, namun auranya cukup hebat.
Kami tamatkan perbualan tidak lama kemudian. Galaxy A aku letakkan ke atas meja solek. Muk kucapai dan coklat panas kuhirup perlahan. Kemudian tanganku mula menarik laci meja solek. Sepucuk surat aku bawa keluar.
Surat itu kubaca dengan nafas yang tertahan. Nek Timah cukup faham perasaan kami. Dalam hatiku tertanya-tanya adakah isi surat untuk Niel berkaitan aku.
Perginya dia tanpa kami di sisi, tapi dia berjaya meninggalkan sesuatu yang amat bererti buat aku dan Niel. Menyedarkan kami pada satu ikatan hati yang sudah lama terjalin, tapi tak mampu diluah.
LANGKAHKU diiringi senyuman lebar. Walau jantung kini berdegup kencang, berdebar menanti pertemuan dengan si dia namun hatiku rasa cukup tenang. Tidak sabar untuk meleraikan apa yang terkandung di hatiku.
Kerusi bermeja yang pernah menjadi tempat piknik keluarga ummi dan aku yang dipilih. Beg kertas terkandung puding jagung, cendawan celup tepung dan air mineral aku letakkan ke atas meja. Suasana di kawasan tasik agak riuh dengan pengunjung yang ramai. Maklumlah sudah hampir jam 10 pagi.
Di jeti juga kelihatan ramai yang sedang menanti giliran untuk menaiki kenderaan air. Perhatianku sempat dicuri oleh sebuah keluarga yang sedang leka bermain buih sabun. Cukup bahagia sekali lengkap dengan sepasang anak lelaki dan perempuan.
Assalamualaikum. Salam itu sedikit mengejutkanku. Aku menoleh ke arah pemilik suara sambil tersenyum manis. Awalnya akak datang. Inayah terus bersalam dan memelukku.
Sengaja datang awal. Boleh susun ni dulu. Aku halakan jari telunjuk ke meja.
Wah banyaknya akak bawa. Inayah ketawa kecil.
Nak minta kirimkan pada ummi juga. Resepi terbaik dari Inayah. Kalau tak sedap, akak minta maaf. Sempat aku tersengih lebar.
Insya-Allah, lagi sedap dari yang Inayah buat. Pandai pula Inayah memuji. Aku ajak Inayah duduk dahulu. Penutup tupperware aku buka. Satu tupperware berisi puding jagung sudah aku tinggalkan siap-siap dalam beg kertas.
Assalamualaikum. Akhirnya suara yang kunanti menyapa gegendang telingaku. Jantungku kembali bermarathon. Puas aku cuba kawal reaksi wajah. Tidak mahu terkantoi di hadapan Inayah.
Waalaikumussalam. Tengok apa Kak Aliya bawa khas untuk Fitri. Inayah cuba membunuh rasa kekok kami.
Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat saya nak rasa puding jagung awak. Niel boleh buat selamba Ada sesuatu yang dia lupakah Wah CCT pun ada, tambah Niel dan aku semakin hairan. Mataku bulat merenungnya.
Dia pula hanya tersenyum manis ke arahku dan Inayah. Tanpa perlu diajak, dia terus duduk di kerusi yang bertentangan denganku.
Untuk menutup segala macam rasa yang mula mengganas dalam jiwa, aku hulurkan piring dan sudu kepada Niel dan Inayah. CCT pula aku letakkan ke dalam pinggan. Penutup botol air mineral aku buka dan airnya kuteguk sedikit.
Sedapnya. Berjaya ikut resepi kakak, kan Niel mula berbual dengan Inayah.
Kak Aliya punya lagi sedap rasanya. Inayah puji lagi.
Mana ada. Akak tak hebat pun. Aku gelak kecil. Nampak sangat sengaja dibuat.
Kemudian kami bertiga sambung makan diselangi dengan perbualan ringan. Hampir lima belas minit berlalu. Tangan Inayah kucapai dan kugenggam. Inayah mengangguk sambil tersenyum nipis. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku ke tujuan utama. Motif aku meminta Inayah temukan aku dengan Niel petang ini.
Niel, akak sebenarnya nak cakap.. Kekuatanku bagai hilang separuh. Akak sebenarnya..
Aku terhenti lagi. Kemudian mulutku dibuka lagi untuk menyambung. Namun belum sempat kata terluah, deringan telefon kedengaran nyaring. Mataku teralih pada skrin iPhone Niel di atas meja. Namun, mata Niel hanya padaku.
Angkatlah panggilan tu dulu, pintaku dan Niel terus menghela nafas perlahan.
Adakah ini petanda bahawa rasa hatiku harus dipendam lagi. Dalam keadaan terpaksa Niel tinggalkan kami untuk menjawab panggilan itu. Firasatku mula beraja. Andai ia panggilan penting dan Niel harus selesaikan sesuatu, pastinya rasa hatiku akan terus terpendam.
Mungkin juga tiada lain kalinya kerana kekuatan itu tidak mampu hadir banyak kali. Inayah genggam kemas tanganku. Apa yang kumampu hanyalah menghadiahkan senyuman nipis atau lebih tepat senyuman kehampaan.