kemerahan dan kepenatan tetapi puas bermain walaupun dia bermain berseorangan. Dia menyandarkan tubuh kecilnya di badan Brian dan Brian hanya memaut erat tubuh kecil Haziq.
Err, Brian, errr, boleh tak awak tunggu sekejap dekat sini dengan Haziq Saya nak pergi ambil air untuk Haziq sekejap. Tergagap-gagap Elzaara melontarkan permintaan terhadap Brian. Cawan kertasnya sudah kehabisan air setelah dia meneguk untuk menghilangkan rasa pedih kerana tersedak tadi.
Yeah, sure. No problem. Haziq boleh duduk dekat sini dengan uncle, kan
Haziq yang sudah kelihatan keletihan hanya menganggukkan kepala lalu melentokkan kepalanya ke dada Brian. Elzaara bergegas ke tempat piknik mereka dan mengisikan air ke dalam cawan. Melihat Brian di sana dan kesusahan dia membawa pinggan makannya tadi dia menuangkan juga air buat Brian.
Lyn, kau tolong aku boleh tak Tolong, tolong. Dengan tergesa-gesa Elzaara meminta tolong daripada Lyn.
Kenapanya kau ni Soalan berbalas soalan dengan nada yang lemau.
Kau tolong bawakan air ni dekat Haziq. Aku rasa macam sakit perutlah tiba-tiba. Nak pergi toilet sekejap. Lagipun aku tak selesalah mamat tu ada. Kau minat mamat tu, kan Inilah chance kau nak rapatrapat dengan dia. Pergilah, tolong hantarkan air ni untuk dia orang ya Elzaara menepuk bahu Lyn yang tercengang dan meletakkan dua biji cawan di hadapan Lyn.
Dia bingkas bangun lalu bergegas mencari tandas awam di tasik itu. Sengaja Elzaara mahu merapatkan hubungan Lyn dengan Brian kerana dia tahu Lyn amat menyukai lelaki itu dan sekaligus dia boleh mengelak daripada disoal tentang perkara yang bukan-bukan oleh mamat itu.
Muka Lyn yang pada mulanya tadi suram, mendung bagaikan hari nak hujan tiba-tiba telah bertukar ceria bak mentari. Matanya bersinar-sinar apabila diberi peluang untuk mendekati Brian, lelaki pujaannya. Lyn bangun dan merapati Brian yang duduk di playground bersama Haziq.
Ehem, untuk awak.
Cawan kertas mulai bertukar tangan.
Haziq yang sudah kelesuan meneguk air dalam cawan kertas dengan pelahap. Lyn mengambil alih tugas Brian yang menjaga Haziq dari tadi. Masingmasing Kaku dan terdiam seperti tiada orang di situ. Hanya deruan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja yang menemani mereka tika itu.
Errr.. Serentak mereka berdua bersuara untuk memecah kesunyian.
You first.
Brian memberikan ruang untuk Lyn memulakan perbualan.
Errr... Awak ni dah ada girlfriend ke
Brian yang sedang meneguk air tiba-tiba tersedak. Gayanya sama seperti Elzaara sebentar tadi. Manakan tidak, tadi Elzaara tersedak pun kerana soalan yang sama. Kini soalan tersebut berbalik kepadanya.
Erk... Awak okey ke Soal Lyn panik.
Brian hanya menegakkan ibu jarinya tanda okey. Sengal ubi betullah kau ni Lyn Mastura oiii! Lyn mengetapkan bibirnya tanda malu. Dia ingatkan dia hanya bertanyakan soalan itu di dalam hati. Tak sangka bahawa soalan tersebut terpacul dari bibirnya. Kepalanya diketuk-ketuk untuk mengusir rasa malu.
Sebaik saja tekaknya sudah beransur pulih, Brian langsung ketawa setelah mendengar soalan cepu gangsa daripada Lyn. Tergeleng-geleng kepalanya sambil ketawa sehingga terhenjut-henjut bahunya. Baru sebentar tadi dia bertanyakan soalan yang sama kepada Elzaara dan kini soalan itu berbalik semula kepadanya. Lyn sudah kemerahan mukanya gara-gara menahan malu. Dia sendiri amat terkejut dengan kelancangan mulutnya.
Errkk... Kenapa awak gelak Hatinya terasa sedikit apabila dia digelakkan sedemikian oleh lelaki pujaannya.
Nope. Muka you tu, blushing. So cute, macam arnab. I belum ada girlfriend lagi. Still single and available. Kenapa You nak jadi my girlfriend Soal Brian dengan tawanya masih bersisa.
Frasa you nak jadi girlfriend, I ke membuatkan Lyn terkedu. Adakah ini lamaran dia untuk aku jadi kekasihnya atau pun dia hanya berjenaka. Ditambah pula kini dengan pujian Brian betul-betul membuatkan Lyn tidak keruan. Dengan cepat Lyn menutup wajahnya dengan kedua belah telapak tangannya sebelum wajahnya yang kemerahan dilihat oleh Brian. Dia sudah merasakan kehangatan diwajahnya. Dalam hatinya dia mengutuk diri sendiri kerana menjatuhkan sahamnya sendiri.
Lyn, relaks. I main-main jelah. Janganlah malu macam ni dengan I. Just be yourself. Be comfortable, okay Now, turunkan tangan you tu. Kalau you tutup muka macam mana nak kita nak bersembang Suara macho itu bergetaran di telinganya menyebabkan Lyn menjadi semakin berdebar.
Kelembutan suara Brian membuatkan Lyn teragak-agak menurunkan tangan yang menutup wajahnya. Senyuman yang menghiasi wajah Brian membuatkan hati Lyn berdebar-debar bagaikan taufan yang menggila. Dia harus memastikan dahulu tiada lagi kemerahan di wajahnya sebelum menurunkan kedua belah tapak tangan yang menutupi wajahnya. Setelah beberapa ketika, kedengaran gelak tawa dan keriuhan bersembang di antara Lyn dan Brian daripada jauh. Pelbagai topik dibualkan oleh mereka berdua.
Elzaara hanya tersenyum-senyum melihat keseronokan Lyn berdua-duaan bersama Brian. Dia menyenduk Nasi Tomato yang dibawa oleh Zahar tadi ke dalam pinggan kertas baru kerana pinggan kertas makannya tadi ditinggalkan di atas meja tempat Lyn dan juga mamat Inggeris itu bersembang. Dia khusyuk menikmati Nasi Tomato itu tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
El, kenapa tak join dia orang Pertanyaan Lisa membuatkan Elzaara tersentak.
El laparlah Kak. Nak makan dekat sini. Lagipun tak mahu kacau dia orang dating.
Dating Eh bukan tadi Brian ada bawakan makanan untuk El ke Soal Lisa.
Lisa menoleh ke arah playground dan melihat Brian dan Lyn sedang rancak bersembang tanpa melihat kiri dan kanan. Elzaara hanya diam membisu dan meneruskan suapannya dan Lisa hanya memberikan senyuman yang meleret. Zahar mengajak Lisa untuk berjalan-jalan mengelilingi sekeliling tasik dan Lisa bangun tergesa-gesa membuntuti langkah teman lelakinya itu.
Elzaara menutup bekas-bekas makanan tersebut dengan penutupnya dan kek coklat juga disimpan kemas ke dalam kotaknya. Dia tidak mahu makanan yang ada dijamah oleh lalat dan sinaran matahari lalu terdedah begitu sahaja. Dia mengerling ke arah Lyn dan Brian dan dia tersenyum. Terpancar kegembiraan di wajah Lyn. Matanya tertancap pada sekujur tubuh kecil di ribaan Lyn, hatinya terusik. Dia ingin mengambil Haziq yang sudah terlena, tapi dia tidak mahu mengganggu kebahagiaan yang sedang dirasakan oleh sepupunya itu. Hatinya berbolak-balik.
Hari sudah pun mulai panas dan Elzaara membasuh tangannya dan bergerak ke arah mereka. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan mereka berdua, Elzaara teragak-agak untuk bersuara menyatakan permintaannya.
El, please have a seat, come and join us. Brian menepuk kerusi kayu di sebelahnya. Elzaara hanya menggeleng.
El, kenapa Kak Lisa mana Dia orang dah balik ke Lyn memanjangkan lehernya ke arah tempat piknik mereka tadi. Dia hairan kerana tak nampak susuk tubuh Kakak bersama teman lelakinya. Yang tinggal hanyalah bekas-bekas makanan mereka sahaja.
Kak Lisa pergi jalan-jalan dengan Abang Zahar pusing tasik ni kejap. Errr, aku datang ni nak ambil Haziq. Kesian pula dia dah terlena atas riba kau.
Mesti kau pun dah penat nak meriba dia. Biarlah dia baring dekat sana nanti. Lagipun selesa sikit sebab ada khemah dia boleh tidur dalam khemah. Kalau dekat sini takut dia tak selesa. Sorrylah aku ganggu conversation kau orang pula ni, jawab Elzaara.
Lyn dan Brian berpandangan sesama sendiri dan serentak itu mata mereka berdua jatuh ke arah Haziq. Mereka tidak sedar bahawa Haziq sudah terlena di bawah panas terik.
Elzaara pula sudah cuba mengejutkan Haziq. Kerana kepenatan, Haziq tidak juga terjaga. Peluh masih lagi kelihatan di kepala Haziq. Elzaara membuat keputusan untuk mendukung sahaja Haziq.
Elzaara, biar I jelah yang dukung Haziq. Lagi pun hari dah panas ni.
Eh, tak apa. Saya datang cuma nak ambil Haziq je. Awak sambunglah bersembang. Betul! Lagipun saya tak nak susahkan awak nak dukung Haziq ni.
Tak apa. Dia pun tengah tidur. Biar I angkat dia. Kalau kejut nanti meragam pula dia.
Brian dengan berhati-hati mengangkat tubuh kecil Haziq dari ribaan Lyn tanpa mengejutkannya. Lyn dan Elzaara hanya mengangkat bahu. Elzaara mengutip pinggan dan cawan kertas yang mereka gunakan sebentar tadi sementara Lyn pula mengemaskan kerusi dan meja kayu tempat mereka duduki tadi.
Lyn dan Elzaara berjalan beriringan di belakang Brian. Haziq yang sedang terlena tiba-tiba memaut batang leher Brian yang sedang mendukungnya. Brian menguatkan pelukannya terhadap Haziq. Elzaara sudah mengerutkan dahinya kerana dia tahu seberat mana Haziq yang berada di dalam dukungan Brian itu. Kepalanya sudah berfikir yang bukan-bukan apabila melihat Brian yang sedang mendukung Haziq berjalan kembali ke tapak perkhemahan mereka.
El, thanks tau sebab kau tolong aku. Aku tak sangka pula Brian tu memang seorang yang peramah. Macam-macam benda yang kita orang sembang tadi. Boleh tahan juga dia tu. Kelakar pun ya, tersangat romantik pun ya. Kan betul apa yang aku cakap dengan kau sebelum ni, dia memang perfect match untuk jadi soul mate. Memang perfect candidate untuk jadi calon suami, komen Lyn.
Elzaara hanya tersenyum meleret mendengar puji-pujian daripada Lyn terhadap lelaki Inggeris itu.
Erm, tinggi melambung kau puji dia ya
Lyn memeluk bahu Elzaara tanda ucapan terima kasih kerana menjadi orang tengah dan memberi laluan untuk mereka berdua berkenalan secara rapat, Yalah, yalah. Sama-sama. Kau tu kira berhutang dengan aku. Lepas ni kau kena belanja aku makan.
No problem. Untuk kau anything. Kau cakap je nak makan apa, aku confirm on. Aku tak kisah.
Erm, betul ni kau tak kisah Kalau macam tu, aku nak kau belanja aku makan dekat hotel lima bintanglah, makanan yang paling mahal dekat Malaysia ni. Okey kau sanggup tak
Lyn sudah mengigit bibirnya tanda geram mendengar permintaan tak masuk akal Elzaara. Dia mencebik sebelum menepuk perlahan bahu Elzaara yang sudah tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
Amboi, demandnya makcik ni. Tak ada yang lagi hebat kau nak minta ke dekat aku Melancong dekat oversea ke. Baru best, kan Sindir Lyn.
Kedengaran suara mengekek terbit dari mulut Elzaara, Merajuk pula. Tak payah nak belanja aku apaapa. Kau bahagia pun dah cukup untuk aku. Macam kau cakap dia tu perfect untuk dijadikan sebagai calon suami. Jadi, jangan lupa cepat-cepat langsung ya Aku pun dah lama tak makan nasi minyak ni. Elzaara mengurut lehernya seolah-olah dia berada dalam keadaan yang kelaparan.
Sebatang jari telunjuk belah kanan dihalakan ke arah Brian yang sedang mengusung sebijik bantal menuju ke arah khemah dan sebatang jari telunjuk belah kirinya ditujukan kepada Lyn lalu kedua-dua belah jari telunjuknya didekatkan sebagai simbol penyatuan dua hati.
Lagi sekali wajah Lyn kemerahan akibat malu. Terasa darah mula menyerbu naik ke muka. Cepatcepat Lyn mengawal rasa malunya yang bertandang di hadapan Elzaara gara-gara pertanyaannya yang terus menusuk ke dalam hatinya. Elzaara sekali lagi tersengih melihat gelagat Lyn.
Dahlah, tak payah nak control sangatlah depan aku. Macamlah aku tak kenal kau. Dah dua puluh lima tahun kita membesar bersama. Luar dalam kau semua aku dah kenal, Cebik Elzaara.
Mana ada aku cover line. Kau ni mandai je buat cerita, Sanggah Lyn.
Tengok tu nak putar belit lagi minah ni. Lyn Mastura oii, aku ni dah masak sangatlah dengan perangai kau. Kau tu kalau dah menggelabah memang nampak sangat. Dahlah malas aku nak layan kau. Aku nak pergi sambung makan lagi bagus. Kau pergilah sambung dating.
Aah lupa pula buah hati ada dekat sini kan. Eh El, kita continue ni dekat rumahlah. Karang dia ingat kita mengumpat dia pula.
Lyn sudah memanjangkan langkahnya ke arah tapak piknik mereka. Elzaara hanya tergeleng-geleng melihat telatah sepupunya yang ibarat seperti kera kena belacan apabila bercakap soal Brian. Wajahnya tak usah cakap, memanjang merahnya, kalah orang pakai blusher!