Bulan berganti bulan. Kerjaku semakin bertambah. Ukiran kristal dan kaca mendapat sambutan hangat. Repu tasiku sebagai seorang perekabentuk telah meningkat. Ramai pelanggan mula bertanyakan ukiran kristal, lebihlebih lagi hasil kerjaku. Sekarang aku terpaksa bekerja keras. Fariza Farid menempah sebuah ukiran tetapi aku menolaknya. Manisah kemudian memberikan kerja itu kepada Shariman.
Semenjak pulang dari Kota Kinabalu, aku seperti merasakan ada kehilangan di balai Seni indah. balai Seni indah tidak seperti dahulu lagi. encik
Rosli mengambil keputusan untuk menetap di Kota Kinabalu. Dia telah membuka sebuah cawangan di sana. balai Seni indah di jaga oleh Manisah dan orang kepercayaannya ter masuklah aku.
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, aku dan Shariman te lah diarahkan oleh encik Rosli untuk pergi ke beberapa tempat mencari serpihan kristal merah yang bersinar itu. aku terima tugas itu dengan hati yang berbelahbahagi. aku gembira kerana diberi kepercayaan tetapi pada masa yang sama, aku bosan kerana terpaksa bersama Shariman sepanjang pencarian itu. encik Rosli telah meminta jasa baik encik ariffin Osman mendapatkan kapal untuk kami tumpangi. ariffin Osman telah bersetuju dan dia akan berusaha secepat mung kin. Dia akan menghantar surat untuk memaklum kan kepada encik Rosli manakala encik Rosli pula akan menelefon kami apabila segalanya telah selesai.
aku terpaksa menumpukan sepenuh tenaga dan masa pada kerjayaku. Setiap hari aku berada di bilik kecilku me lihat lakaran kerja. Rasarasanya seperti ada ke ku rangan yang perlu aku bereskan.
Shariman mengetuk pintu bilikku suatu tengah hari yang panas.
boleh aku masuk
Tak! Pergilah!
Salimah! aku datang nak berdamai.
aku sibuk.
Kau tak mahu tengok filem baru di pawagam ada filem baru lakonan Rashidi bahrom tengah ditayangkan.
Terima kasih sajalah.
encik Rosli kata surat ariffin Osman akan sampai pada bilabila masa saja. Kita akan belayar jauh. Kita kena belajar hidup bersama, Salimah.
Hidup bersama dan keluar bersama adalah perkara yang berbeza.
Tak boleh ke kalau kita keluar dan berbincang tentang perkara tu aku diam. Tidak menjawab.
aku mahu sesuatu yang bermakna dalam perhubungan kita. aku tak mahu kau mempermainkan cinta aku.
Shariman! Sudahlah... aku akan keluar dengan kau da lam minggu ni, tapi bukan sekarang. aku terlalu sibuk. ada banyak kerja yang perlu aku selesaikan, okey aku sudah merangka apa yang harus aku katakan.
Kau macam mempermainkan aku.
aku tak ada masa nak bermainmain, Shariman.
Per gi lah! Jumpa lagi esok.
aku tidak tahu mengapa. aku tidak faham mengapa air mataku berlinang. ah, Tuhan berkuasa di atas makh luk ciptaannya. bagaimana dia tidak berasa kesakitan bagaimana dia tidak menyalahkan takdir dengan apa yang menimpanya Kristalku... ia memerlukan air mata.
aku menghabiskan masa dengan membuat lakaran... sebelum diterapkan ke dalam karyaku. Tetapi ada sesuatu yang aku rasakan tidak kena. Sepatutnya ia lebih men dalam dan lebih teliti. Untuk itu, ruang karyaku tidak ha rus memberikan sebarang ruang untuk titisan air mataku!
Sehari sebelum aku menemui Shariman, aku berjumpa se suatu di sudut studio. beberapa batang kaca yang sudah ros ak terdampar di sudut tersebut tanpa terusik. Sepa tutnya batangbatang kaca itu dibuang sahaja. aku merenung cahaya yang dibiaskan oleh batang
batang kaca tersebut. inilah yang aku perlukan! Dengan meng gunakan sarung tangan, aku mengambilnya lantas kubawa ke bengkel. Sekarang, aku mempunyai lebih banyak gelas yang boleh dicairkan. aku biarkan gelas panas itu menitik. Titisannya aku tarik lantas disatukan dengan arca yang separuh siap; pada wajah seorang tua dan anak kecil yang merangkak. bila gelas itu sejuk, aku mengganggangkannya ke tepi api. ia ber sinar dan kelihatan seperti air mata yang sedang mengalir. Seperti air mata yang aku kehendaki.
Tahniah Salimah! ucap Manisah. aku tidak sedar yang dia sedang melihat kerja aku.
Terima kasih, ucapku sambil berpaling.
apa yang kau rasa sekarang
Saya dapat merasakan yang ia akan menangis dan te rus menangis pada penderitaan yang kian mencengkam.
Dia ketawa.
Petang esoknya, aku sudah bersedia untuk bertemu Shariman. Kami makan bersama. aku sungguh bersemangat dan gembira.
aku perlukan masa dan cara untuk melakukannya.
Ya! Mungkin setiap orang akan memperkatakan tentang karya terbaru kau.
aku tak pernah rasa begitu sebelum ni.
aku boleh bayangkan.
aku rasa macam aku dah menjiwai sepenuhnya kerja tanganku.
Kerja tangan kita.
Uh! Ya!
Pelayan itu terlalu lembap. aku memandang sekeliling dan mencarinya.
encik Rosli dah telefon pagi tadi. Surat encik ariffi Osman dah sampai padanya. Kita akan berangkat segera.
aku takkan pergi selagi kerja aku tak siap.
Kau boleh siapkannya bila kita balik nanti.
Makanan kami akhirnya terhidang juga. aku makan dan tidak mahu bercakap lagi.
Salimah... aku cintakan kau. Tindakan kau macam menghukum aku. Kau langsung tak bagi peluang untuk hubungan kita.
aku tak menghukum kau. aku buat apa yang harus aku lakukan saja. itu saja. aku tak ada pilihan lain.
aku ingat... pelayaran ini mungkin pelayaran bulan madu kita.
Jangan nak mengarutlah, Shariman...
aku cintakan kau, Salimah. aku fikir kau juga cinta kan aku. Kau saja yang keliru. Kalau tak, mengapa kau cemburu bila aku dan Fariza bersama
aku tak... Terhenti. aku tidak mahu membincang kannya.
Kesenyapan antara kami berpanjangan. aku tidak selesa dengan keadaan tersebut. aku terpandang pada reaksinya setiap kali wajahnya aku tenung. aku ingin mem beritahunya, aku minta maaf, Shariman. Sebahagian daripada hati aku memang mencintai kau tapi aku tak dapat memberikan apa yang kau mahu.