DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 28
Penghujung 2006 - Apartment Ukay Perdana.

Ko rasa kalau aku pakai Honda City ni orait tak

Mat Dan mengajukan soalan ketika beliau membelek majalah kereta di suatu malam. Aku yang tengah duduk sila panggung tak pakai baju tak berapa nak melayan. Mata ralit menghadap EPL weekly highlight.

Woi! Aku tanya ni. Kalau aku pakai City ni orait tak

Sekali lagi soalan dia ajukan. Kopi sejuk stok pagi tadi aku hirup pelan-pelan. Rasa lazat bila air kopi berlari-lari melintasi anak tekak tak dapat aku bayangkan dengan kata-kata. Surut sedikit suhu panas yang membahang macam orang gila dalam rumah aku. Rumah sewa aku tu, satu Ayat Kursi pun tuan rumah tak gantung. Macam manalah rumah nak sejuk!

Orait la kot, jawab aku acuh tak acuh.

Mat Dan, kerja macam aku, gaji macam aku, malas macam aku, boros macam aku, mak ayah dia punya harta kekayaan yang tak seberapa tu pun sedikit sebanyak macam mak ayah aku. Pergi kerja, naik motor Kriss Modenas beli second hand, sama macam aku juga. Kadang-kadang pinjam duit aku lagi nak bubuh minyak. Jadi bila dia ada hajat nak pakai Honda City, korang ingat aku nak ambil serius

Aku betul-betul nak beli ni beb. Aku tengah tengok-tengok review pengguna je ni, Mat Dan cuba meyakinkan aku dengan cerita erotis beliau.

Aku relax-relax saja. Pada aku, kalau Mat Dan dapat pakai kereta Wira berlakon Evo pun dah cukup kembang hidung tunjuk kat orang kampung. Aku pun tumpang bersyukur. Tak payahlah sampai ke City, angan-angan tu garang sangat.

Ko ada duit ke Mat Dan Jangan gebang saja, aku bagi sedikit provokasi bernada friendly.

Ada lah sikit-sikit. Woih, siapa geng kita biasa main dengan Honda City ni hah Aku nak tanya sikit, Mat Dan semakin beriya-iya.

Aku cuba mengingat-ingat.

Kalau ikutkan ilmu kereta yang aku tuntut dari mahaguru di Indonesia dulu, aku tahu abang ipar Zool memang pakai City ni, warna biru, aku memberi semangat kepada Mat Dan.

Hah, gampang! Macam mana aku boleh tak ingat abang ipar Zool ada City dulu. Woi Zool! Keluar cepat aku ada hal nak tanya ni! Mat Dan siap jerit suruh Zool keluar cepat dari jamban.

Zool juga salah seorang daripada ahli rumah sewa aku. Beliau sedang berak ketika perbualan Mat Dan dan aku berlangsung di ruang tamu. Ok, sebelum aku teruskan cerita, ingat isi penting entry ini, Mat Dan nak beli Honda City, aku cuba membantu dan Zool sedang menikmati berak di jamban.

Honda City

Kepala Mat Dan terjenguk-jenguk ke arah jamban menanti kemunculan bergaya Zool.

Muka Mat Dan berseri-seri. Sebentar lagi, hajat beliau hendak menemu ramah Zool berkenaan Honda City kepunyaan abang iparnya akan tercapai.

Zzrraaappp...zzrraapp...

Pintu plastik yang direka secara buka tutup sliding berbunyi lancar. Mat Dan sudah tidak sabar-sabar nak mengajukan soalan-soalan. Zool dengan muka kepuasan terpacul menuju ke arah bilik, namun bunyi flush jamban tak pula aku dengar. Cilaka, dia lupa tarik flush lagi!

Zool aku nak tanya sikit!

Zool bersama tuala membalut separuh badan, memberhentikan langkah. Beliau memandang Mat Dan sambil mengangkat kening memberi isyarat Wassup bro

Lalu Mat Dan mengalunkan pertanyaan dengan lantang

Lu tolong tanya abang ipar lu, dia biasa main dengan City kan Performance dia sedap tak Cerita sikit!

Zool menyambut soalan Mat Dan dengan muka terkulat-kulat. Dalam situasi kepala kucar kacir beliau membidas.

Pundek ko lah! Apa hal tanya abang ipar aku Ko pegi tanya

Datuk K lah. Laki dia. Cibai punya soalan!

Mat Dan terkebil-kebil hilang arah.

Zool pula terus menerpa ke bilik tak ada nak cerita banyak.

Manakala aku, hanya mampu mengucap panjang.