SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 28
Ada satu keindahan di dalam batang tubuh manusia.

Keindahan itu berwarna merah dan berbau hanyir pula, terpancut seolah sungai-sungai yang menyuburkan kekontangan hati yang dibakar dendam. Sungai itu akan mengalir mahupun memancut, sedang riwayat yang kini hangat akan tertinggal perlahan-lahan.

Akan tertinggal perlahan-lahan.

Pujangga tersungkur! Dia mungkin mampu melawan pasangan proto-Human Jacob dan Joseph sekaligus berkali-kali, tetapi ternyata Iskariot bukanlah calang-calang pahlawan. Batang tubuh tuanya yang dipukul berkalikali sudah tidak lagi mampu untuk bertolenrasi dengan kesakitan.

Buhaira dan Razief sedang sibuk bertanding nyawa dengan bala tentera Cyborg, sedang Pujangga dan Isa dibawa terbang oleh Iskariot ke satu kawasan dipenghujung Dataran Deutemer. Srikandi itu gagal bangkit setelah dia dihadiahkan satu sepakan padu di perutnya, habis tertanggal kerongsang emas yang dipakai di pinggang.

Rambutnya mengurai, dadanya berombak sesak, matanya merah membengkak.

Iskariot berjalan perlahan-lahan menutu ke perbaringan Srikandi, meninggalkan Isa yang sudah terlentang mengerang kesakitan.

Srikandi ...

Pujangga hanya diam. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Kepalanya tertunduk menahan sakit.

Barangkali kamu terlalu angkuh, Srikandi. Iskariot membetulkan rambutnya. Dia mengemaskan persalinan besi yang dipakai; proses menceraikan riwayat Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga sudah boleh dikira sebagai istiadat yang maha sakral, lalu sebagai seorang pahlawan tua yang metroseksual, dia harus tampil bergaya.

Ada satu keindahan di dalam batang tubuh manusia, keindahan itu berwarna merah dan berbau hanyir pula.

Badannya tunduk lalu mengambil palang kayu dan paku. Setiap derapan tapak kakinya seolah-olah memberhentikan masa dan menidakkan teori Relativiti yang sudah tidak terpakai kini.

Apa-apa sahaja pun sudah tidak terpakai kini!

Dihadapannya; Srikandi itu cuba untuk bangkit namun tubuhnya barangkali sudah tidak mampu bertoleransi dengan kesakitan dan ketakutan.

Ce.. Celaka kamu...Iska...Iskariot. Aku ini...aku ini ...

Dia sudah tidak mampu untuk membutilkan perkataan Srikandi. Dia sudah tidak lagi menjadi Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga. Sedang mindanya masih lagi hidup, tubuhnya memerlukan sebatian yang hanya mampu dibancuh segar oleh mendiang Mama Juwita.

Iskariot kini berada di hadapannya. Tegak.

Dia menarik rambut Srikandi Tinta Pujangga sebelum paksaannya dihentikan oleh Isa. Pemuda itu menikam parang tajamnya berkali-kali, sebelum mengetahui bahawa iskariot tidak terkesan dengan tikaman yang primitif sebegitu.

PAP!

Celaka!

Dia mengeluarkan bilah-bilah besi dari celahan kukunya sebelum melibas bilahan itu ke muka Isa.

ZRAPPP!!!

Isa!!!

Pujangga ingin meneruskan jeritannya namun dia dilemaskan oleh pancutan darah di dalam kerongkongnya. Rasa mual berbau hanyir. Darah itu meleleh-leleh.

Muka Isa terkoyak!

Wajah caucasian pemuda proto-Human itu terkoyak serta-merta setelah dilibas oleh bilah-bilah titanium tajam yang keluar dari celahan kuku Judas Iskariot. Syaitan besi tu ketawa berdekah-dekah melihatkan kulit wajah Isa yang separa tertanggal dari dasar mukanya.

ARGHHH!!!

Isa sempat menjerit sebelum rebah. Badanya tersentaksentak menahan sakit sebelum Iskariot menghampirinya.

Wahai pemuda proto-Human yang hina, mahu aku menterbalik-hina sejarah lama

Tumpuan si syaitan besi, Judas Iskariot itu kini menghala ke arah Isa. Dia meninggalkan Srikandi Tua yang takkan mampu bangun sekalipun untuk memukul curi.

Apa kamu pernah dengar, perihal Nabi Isa

Bukankah kamu juga bernama Isa

Judas Iskariot ketawa.

Perut besarnya bergegar-gegar saat hilaiannya bergema. Di suatu sudut yang lain, hunusan parang sudah berganti dengan jujukan letupan, tanda perang masih lagi rancak bertandang. Iskariot tidak mempedulikan perang picisan itu. Dia lebih suka tampil bersendiri dan eksklusif. Dia lebih suka melayan nafsu darah hanyir mereka satu persatu.

Isa... Suara garaunya membisikkan satu ancaman maha besar ke telinga Isa. Dia menyambung lagi.

Apa kamu pernah dengar tentang dongengan Isa dan Judas Apakah kamu, anaknya Tuhan

Isa pitam. Pujangga masih tak terbangunkan!

***

Jacob dan Joseph saling bergandingan membentuk kubu pertahanan untuk menyerang bala tentera Iskariot. Pasangan kembar proto-Human itu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda untuk menyerah kalah. Titik lemah tentera Cyborg Jaafar terletak di antara ruang mata kiri dan kanan mereka. Namun tugas itu cukup payah walau kedengaran mudah!

Aaron dan Buhaira tidak pernah berhenti; walau jumlah tentera Cyborg yang menyerangnya semakin bertambah. Malah tidak langsung menunjukkan bahawa kesudahan perang ini akan memihak kepada mereka.

Apakah tidak akan ada penamat yang menggembirakan

Kocek jubahnya diraba beberapa butir bom kecil kini sedia untuk diletupkan. Pakar bom mereka, Ezekiel Embrossa (yang telah syahid di dalam peperangan ini) membekalkan butilan bom kecil untuk digunakan dalam keadaan terdesak. Buhaira menggenggam butilan itu.

Keadaan kini tidak berpihak kepada angkatan tenteranya. Mana mungkin proto-Human akan mampu melawan tentera Cyborg yang semakin bertambah-tambah jumlahnya Dia menggenggam butilan bom itu. Mungkin masanya telah tiba untuk menjemput bala tentera separuh mesin itu ke alam seterusnya. Razief sedang bertarung habishabisan sedang Pujangga dan Isa masih belum kelihatan!

***

PAKKK! PAKKK! PAKKK!

Setelah mengangkat jasad pemuda yang terkopek wajahnya; meliuk-lentuk di penghunyung nyawa, Iskariot mula mengikat leher pemuda itu dengan lilitan besi berduri, ketat tak terbayangkan.

ALLAH

Perkataan itu pudar perlahan lahan dari lentuk lidah Isa. Badannya sudah sejuk, barangkali sakaratul maut sudah datang menjemput.

Demi Alif Lam Lam Ha ...

Iskariot tidak mempedulikan bait-bait terakhir yang terpacul dari mulut Isa. Dia terus mengikat batang tengkuk Isa dengan kemas; jangan sampai terlondeh, bisik hatinya.

Kamu tahu, jika Tuhan itu wujud, nescaya dia sendiri akan turun ke bumi, bukan hanya menjadi saksi dan merengek minta disembah puji. Hahahah

...

Pahlawan neo-Human itu terkekek-kekek ketawa sambil mengambil beberapa batang paku yang tersisip di pinggangnya. Dia menyambung lagi.

Hidup ini ironi Isa, ironi. Apa yang digongengkan, akan jadi sembahan kaummu. Bukankah Maha Penyayang itu sendiri yang telah menghancurkan kamu semua dengan Gempa Mega dan Tsunami Raya Ironinya kamu tidak berhenti menyembah yang tak terbukti wujud itu. Ironi! Hahaha...

ZAPPP! URGH!

Cerutan terakhir itu mengemaskan simpulan mati lilitan besi berduri yang memeluk batang tengkuk Isa; sebahagian wajah yang terkopek itu cukup ngeri untuk digambarkan; sebelah bola matanya tercabut keluar disusuli dengan seliratan salur darah yang pecah, melelehkan cecair merah dan hanyir itu.

Separuh bibir Isa yang tidak lekang dengan menyebut zat Alif Lam Lam Ha kini terkopek sudah, labis lebam-lebam batang tubuhnya bergocoh sedari tadi. Dia menggigil seolah-olah sudah bersedia untuk dijemput ke alam sana. Judas Iskariot masih belum mahu berhenti bersurah.

Isa... Isa... Isa dalam dongengan, anak lekaki tuhan bukankah Wow Isa, Isa anak Tuhan. Isa anak Tuhan diangkat ke langit, bukankah Atau Isa anak Tuhan mati di palang kayu sebegini Hahaha... Isa, Isa dalam dongengan adalah Isa anak Tuhan, sedang Mary masih suci, bukankah Aduh, dan Judas Iskariot tertipu! Hahaha ...

Iskariot ketawa berdekah-dekah. Dia masih belum mahu berhenti.

Isa, Isa anak Tuhan, tidak sama dengan kamu, Isa, Isa teruna Buhaira. Dan nilaiku bukan 30 pound seperti dalam dongengan Timur Tengah kamu. Aku bukan Judas Iskariot seperti dalam hikayat Isa Anak Tuhan. Malah aku ini lebih hebat dari sekadar sekadar cerita dogeng dulu kala. Isa anak Tuhan diangkat ke langit, sedang Judas ditukar rupa, tersalib; katanya. Aduh, tohornya, dangkalnya! Isa, Isa hari ini, dipalang salib, sedang Judas ketawa merai!

PAPPP! PAPPP! PAPPP! ZRAPPP!!!

***

Wahai umat Muhammad Yang Terpuji, bersedialah!

Itu kata kunci.

Itu kata kunci terakhir. Kata kunci bila rentaka sudah kehabisan peluru, bila parang sudah terkoyak selendang merahnya tak ketemu, bila ramai sudah bergelimpangan terkujur kaku, -itu kata kuncinya.

Kata kunci ini penting, kerana Ezekiel bukan sembarangan. Ezekiel tidak membekalkan Molotov Koktail yang manja dengan letupan. Kata kunci itu merupakan kata kunci penghabisan, Bila Aaron telah hampir kalah; bila si kembar Joseph dan Jacob telah rebah, bila Isaac hampir menyerah dan bila Buhaira sudah tidak lagi gagah,- kata kunci itu adalah kata kunci maha penting. Kata kunci terakhir untuk menamatkan. Kata kunci penamat untuk mengakhirkan.

Wahai umat Muhammad Yang Terpuji, bersedialah!

Itu kata kunci.

BOOM! BOOM! BOOM!

Buhaira membawa hujan-hujan letupan setelah angkatan tentera pimpinannya mula menghampiri, meninggalkan longgokan besi bernyawa itu dalam satu kebakaran dan letupan maha dahsyat.

Api menjulang tinggi!

Api menjulang tinggi. Sangat tinggi. Malah barangkali panasnya seperti di dalam neraka. Atau yang kedua selepas neraka. Kelihatan tentera separuh mesin itu menari-nari sambil melolong ketika anggota badan mereka pecah, merecik dan bersepah-sepah di ruang udara!

Bom Ezekiel maha sial itu dihujani dengan rantaian bom kecil apabila tentera separuh mesin itu mengalami litar pintas di dalam badannya, lalu terus confetti besi mula berpesta di dataran megalopolis neo-Kuala Lumpur.

Ada pesta jahanam!

Pesta jahanam itu dibintangi oleh Tentera Cyborg pimpinan Judas Iskariot serta melakonkan babak jeritan yang ngeri serta tempikan yang tak berkesudahan. Mereka menggelupur dijilat api, sedang yang musnah dan pecah sudah tinggal daging dan papan litar, tergolek bebola mata mereka dijalanan sebelum dipijak oleh mesin yang menarinari di pesta jahanam itu.

Umat Muhammad yang terpuji, berkubu di sini! Pesta sial!

Angkatan tentera Muhammad yang terpuji ini tidak menyertai pesta sial itu. Sebilangan tentera Buhaira yang terselamat memecut laju dengan kuda tunggangan masing-masing untuk berkubu di belakang Buhaira.

Buhaira bukan pahlawan bacul. Dia berjuang di hadapan barisan ketenteraan, tidak hanya merangka dasar menindas rakyat di dalam parlimen delusi semata-mata. Pesta sial yang meletup-letup sedari tadi kini digantikan dengan sesi membakar-bakar pula.

Aduh, kejinya!

KRAKKK! KRAKKK! KRAKKK!

Papan litar yang musah, atau terpintas mula merecikkan bibit-bibit pembakaran sebelum tentera separuh mesin itu ditimbus dalam marakan api yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Api ini panas, tidak sesejuk bara yang membakar Nabi Ibrahim, begitu ujar Buhaira.

POFF! POFF! POFF!

Pesta jahanam oleh letupan dan pesta sial oleh pembakaran kini semakin memuncak, menyebabkan Buhaira dan angkatan tenteranya melarikan diri ke penghujung dataran untuk menyelamatkan mereka.

Isa!!!

Razief mencari Isa.

Sahabatku Isa! Di mana kamu, sahabatku! Dalam teriakan manusia gembira seolah menang perang, Razief berperasaan sebaliknya!

Isa Aduh Isa sahabatku, di mana kamu!

Razief berlegar-legar di sekeliling kubu angkatan tentera Buhaira. Pemimpin proto-Human itu juga sibuk mencari anaknya bersama-sama dengan kekasih lamanya, Nor- Tinta Pujangga.

Isa! Pujangga! Buhaira, apakah mereka terkorban sama!

Sahabatku Isa! Razief tidak putus-putus memanggil untuk mencari.

Angkatan tentera yang dipimpin oleh Aaron juga mula mencari Isa, sedang pasangan Joseph dan Jacob mencari seteru mereka dahulu, Srikandi Tinta Pujangga. Orang penting dalam misi ini telah hilang secara misteri.

Jika telah mati, di mana kuburnya Jika masih hidup, di manakah pula batang tubuhnya

Pujangga.... anakku Isa!!!

Ah!

Alif Lam Lam Ha!!!

Hampir sahaja riwayat hidup Buhaira terlucut saat melihat palang salib terpacak, penuh sial lagikan mual!